Thursday, 20 August 2015

Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Assallamualaikum..

Ipoh sebenarnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan terutamanya Nasi Vanggeylah.. Apalagi..hehe. Nasi Vanggey yang membuat orang beratur panjang , padahal nasinya lebih kurang sama je macam nasi kandar kat Penang tu. Bagi pandangan akulah . Kesedapan yang tak terhingga pada sesetengah orang membuatkan ianya dipanggil  nasi ganja. Eh tapi aku bukan nak citer pasal nasi vanggey atau nasi ganja ni. Ni nak citer pasal Nasi Lemak Ayam Kampung kat Jalan Pitchay yang dibuka mulai jam 4.30 petang- 2.00 pagi tu la...Ni pun berpunca dari aktiviti selepas penat berjalan di Gerbang malam Ipoh tu. 

Mungkin Nasi Lemak Ayam Kampung ni tak sesedap mana bagi tekak cerewet aku ni, so aku tak kira nak review jugak kat dalam blog aku ni.. hehhehee so gedikss kan... hahahaha ada aku kisah.. :P Ohh lupa nak bagitau, sambutan kat kedai ni memang ramai, agaknya sedap kot. Tu yang buat aku teruja untuk test .. 

Otak-otak sebagai pembuka selera sementara menanti hidangan yang diorder sampai. Habis satu bekas ni. Sapolahhh yang makan ye..Al-maklumlah semua dah kebuloq.

Pulut mangga. Aku order yang ni, pastu paksa semua orang makan. kejam tak aku. Nafsu makan kuat tapi tank kecik...hahahah keciklahh sangat.. :p  Pulutnya yang berwarna hijau ditabur dengan sesame. Dihidangakn bersama dengan mangga yang suam-suam kuku masaknya. So okaylah tapi kalo mangga tu lagi masak dan kuning, lagi yummy kot! tambah dilembutkan sedikit texture pulut tu...hadoiii banyak sungguh komplainkan aku ni dengan harapan owner restoren ni baca untuk sesi baik pulih.

 Ni Nasi Lemak Ayam Kampung. Ayam agak banyak, tapi liat sikitlahhh kan.. dah nama pun ayam kampung..eeeeee


Nasi Lemak Ikan Bakar.  Sambal sedap tapi ikan bakar tu dah keras sikit dan sejuk, so agak hambar disitu.

 Nasi Lemak Sambal Kerang. Yang ni memang sedap.. Tapi portion nasi tu lak sikit nau, zaman GST kot.. Serius tak kenyang.. nak tambah lagiii..

Pulut Mangga yang telah aku tuang santan keatasnya. Sedia untuk dingapp... 

Sebenarnya banyak pilihan makanan yang ada kat Nasi Lemak Ayam Kampung ni, terpulang pada tekak masing-masing. Tapi kalo tak nak makan kat sini macam-macam restoren , cafe dan gerai/warung best yang ada kat Ipoh ni. Antaranya Thumbs Cafe ( Cafe Antik gitu ), Gomok's Cafe , Restoren Simpang Tiga ( Nasi Padang ) , Mee Daud Mat Jasak ( Famous Mee Kicap & Mee Kari), Nasi Ayam Fauziah... ish banyak la kedai best -best kat sini.. pi dan explore lah sendiri ... ucapan khas dari insan yang kuat makan..hahhaaha adios...

Wassallam and Thanks for reading!

10 comments:

  1. pulut mangga yg sedap tu makk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... Kenalah dihidang bila tengah lapaq , mau 2 pinggan jawabnya.. Hehehe

      Delete
  2. ayam kampung LIAT tapi SEDAP!!! lah mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehehehee...mummy tau la saja ja nak test JM.. Hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Aik dh menitik ayaq liuq tu.. Lap sikit.. Hehehehe

      Delete
  4. Dah lama tak makan ayam kampung.
    Makanan semua nampak tempting tapi alangkah bagusnya kalau rasa tiptop seperti rupa :)

    Baru tengok Thumbs Cafe di JJCM. Menarik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lah ianya seindah rupanya.. Alamatnya 2,3 pinggan pun tak cukup tu.. Yup kat Thumbs Cafe tu memang nampak begitu menyelerakan kat JJCM .. Mummy pun tgk jugak

      Delete
  5. Ni yang SS malas nihhhhh! Pepagi masuk2 blog mummy... Mummy dah tayang makanan sedap2... Adussss... Buat SS laporrrr je laaaa... Mencikkkkkkkkkkkkkk!!!! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaaha bertabahlah wahai SS.. Mummy bukannya apa nak bagi idea tuk SS pi cari breakfast dipagi hari.. Hehehe

      Delete