Tuesday, 15 September 2015

Kisah hujung minggu : Nasi Lemak Lereh & Pantai Puteri Melaka

Assallamualaikum...

Sabtu aritu mummy bawaklah hero-hero pi breakfast luar. Apalagi nasi lemak Lereh la menjadi pilihan. Ni kali kedua mummy makan kat sini. Aritu ngan hero kecik.. Kali ni hero kecik besaq mummy angkut. Sedap woo makan kat sini...

Kedai Nasi Lemak Lereh ni betui-betui tepi jalan menuju ke Pantai Tanjung Puteri berdekatan pula dengan Everly Hotel Klebang. Senang je nak cari. So taste dia Mummy kasi 5 Bintang! kerusi meja manjang penuh , nak beli nasi lemak siap kena beratuq lagi.. Tapi sebab dorang keje efisen so semua cepat je. takyah beratur lama-lama.

Kali ni mummy test Sambal sotong ( ada kawan rekemen ni.. Katanya sedap) dan burung puyuh goreng.. Perghhh sedap dia, tangkap lelehh tu... #menitikayaqliuq

Lepas dah kenyang, hero besaq ajak jalan.. Hero kecik suh balik.. Tapi alang-alang dah dekat ngan pantai.. Apalagi ke pantai Tanjung Puteri lah nampak gayanya.

Sesi posing memposing pun bermula. Ni posing gaya Adam... dari mana dia ikut pun mummy tak pasti. Tapi macam sweet gitu.. Awww.. I like 2.6 billion ok!

Hero besaq mengabadikan nota-nota chenta kami di pantai ni..

Mummy cepat amik pic kitaorang nak lompat lak.. Cepat mummy! sorang happy , sorang jadi otomen.. 

Sekali .. Nyaris tersembam mencium pasir pantai .. alahai anak mummy..

kitaorang tak lama kat sini pun sebab jerebu..  Jarak pemandangan ditengah laut dan tgh jalan pun agak terhad. so kita orang pun bergerak pulang.

Sekali ada bunyi hon ice cream la pulak.. Hadoii aku dah start enjin kete nak balik tu.. Tapi bila nampak kon ice cream warna pink ada terus aku matikan enjin dan suruh hero besaq panggil motor ice cream tu. Teruja weiii kon pink tu! Hero besaq hangin bila pak cik ice cream tu nak bagi kon pink, takmo dia.. Tu gegurl punya.Kelihatan dia agak bosan ngan mummynya yg tak habis-habis dengan warna pink. Kikiki :p ,  So pak cik tukaqkan dengan kon hijau.. Eeerrkk macam2..! 

Ini budak memang over! Org makan ice cream kon color2 , tapi dia bantai Roti Ice Cream.. Mengambil kesempatan sungguh untuk membuncitkan pewott dia..! Eee

Ni la pak cik Ice Cream tu..Thanks ye pak cik layan kami anak -beranak yang wayernya agak longgaq hari tu.. Hahahhhahahaa... :P

Oklah tu je nak citer.. Thanks for reading! Wassallam..

18 comments:

  1. Woot! Cantik la gambar2 kat blog ni. Mesti pro ni.

    uncle pakai kamera henpon je! (malu) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi uncle..mummy pakai camera phone cokia je... Edit pakai app..

      Anw macehh na uncle sudi singgah blog mummy..

      Delete
  2. Bukan main pandai hero-hero mummy berposing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posing ikut mood je hero2 ni.. Ni kira tgh nasib baiklah... Hehehehe

      Delete
  3. dah lama tak makan puyuh....dengan nasi lemak? kena cuba nih.. one day bila gi melaka

    ReplyDelete
  4. Tu lahh , xbyk kedai ada jual burung puyuh. Dengan nasi lemak pulak tu... Sue wajib try bila pi Melaka tau.. :D

    ReplyDelete
  5. nampak sedap nasi lemak tu ... ais krim pun sedap, makan sambil lihat pantai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie.. Memang sedap... Sambil tgk view pantai + jerebu.. Hahhahaa..

      Delete
  6. seronok tengok boboy dua orang tu ... nak like 2.6 billion juga (ke saman tak ni?) :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boboy 2,2 tu kejap ok.. Kejap x.. Ikut mood jugak.. Bole bole.. Tp kena derma 2.6 duu tau.. Kalo x saman.. Hahahhaha :P

      Delete
  7. *(kena saman tak ni?) ... sempat lagi betulkan typo :)

    ReplyDelete
  8. Pah..pah kaler lain xda ke pah?
    Eh! dialog mana ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahahaha.. Adehhhh... ! Color lain xdak.. Semua out of stock.. Kikiki

      Delete
  9. Amboi siap ice krim lagi... adussss...

    ReplyDelete
  10. kah kah kah hero besar x nk ice cream kon pink eh..ahaha...mummy...mmg fanatik pink tu sampaikan kon ice cream pun mesti warna pink...yess,...JM vote..pink cone ice cream heee

    ReplyDelete