Tuesday, 8 September 2015

Nyonya Memoirs In Melaka

Assallamualaikum..

Jumaat yang lepas dan lepas aritu.. ( hahahaha nampak nau entry peram) aku jenjalan la ngan hero bujang aku yang sorang ni untuk menghabiskan masa rehatku yang agak lama dari biasa pada hari tu. Jenjalan pulak kat Dataran Pahlawan ...kununnya nak cari sandal Adam yang memanjang kehausan.. Kurang air nampak gayanya. So kenalah tukar.

Jalan punya jalan punyalah jalan.... terjumpa lak ngan Nyonya Memoirs ni. Menarik! Nyonya Memoirs ni merupakan satu ruang Teater tentang cara hidup Masyakat Baba dan Nyonya. Menggunakan hampir keseluruhan ruang Level 3 Dataran Pahlawan Melaka ni. Tapi sayangnya dah takde teater kat situ.. last bulan Julai 2015 . 


Teater ini telah dipindahkan ke lokasi terbaru iaitu ke Imperial Heritage Hotel dengan tajuk theatre 

 " Big Nyonya Cultural and Comedian Show "



Nyonya Memoirs ni sebenarnya berkisarkan  tentang kehidupan Masyarakat Baba Nyonya yang terdapat di Melaka . Tentang makan minum dia, tentang pakaian dia seperti kebaya nyonya, kasut manik dia dan berbagai-bagai lagi lah. 

Adam berposing disalah satu tarikan yang terdapat di Level 3 , Dataran Pahlawan.

Baba Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di antara kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Mereka memanggil diri mereka sebagai ” Baba” atau ”Peranakan”. 

Kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman-zaman silam adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”.

Baba Nyonya Melaka yang terdapat pada hari ini bertutur dalam bahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil bahasa Melayu Baba. Cara masakan mereka kebanyakannya diresepi oleh cara masakan Melayu , dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.

Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Sungguhpun demikian dalam aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama mereka masih kekal dengan amalan dan kepercayaan warisan Cina. 

Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang masih memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian indah dan berwarna-warni warisan budaya Cina tradisional.

Adam berposing berhampiran dengan Jambatan Kekasih yang menjadi salah satu props bagi tayangan Teater Memoirs.


Ni la jambatan kekasih tu. Apalagi meh feeling -feeling kat sini dibawah payungan pohon yang merimbun.. hehe

Kat tepi jambatan ni kelihatan kad-kad berbentuk love dan ucapan-ucapan atau tanda-tanda kenangan yang diabadikan dan diikat disitu. 

Adam sedang menyusuri kad love love

Kad -kad love tu bole dibeli kat sini . Harga satu kad RM 5.00.  Pastu bole la tulis ayat-ayat cinta korang. Mummy tak yah... Adam dan Mukhriz dah banyak bagi kad-kad cinta sampai tak tau  nak simpan kat mana. hehehehe 

Pastu ada gak kedai yang bole pos poskad cinta lak. Nama kedainya  Baba's Message dengan tema " Postcard = Memory + Love" .. gitewwww...


Stepnya mudah je.. pilih poskad yang berkenan dihati,bayar apa yang dipilih, tulis dan pos! senangkan..peti pos pon ada kat sini. Tak yah susah nak cari pejabat pos..


Kedai-kedai yang menjual macam-macam peralatan dan pakaian  baba nyonya,  tak kiralah aksesori, kasut, baju , pinggan mangkuk, handbag dan lain-lain lagi lah. 

Ok. Thanks for reading! Wassallam

24 comments:

  1. Bestnyeeee tempat ni mummy! Teater P Ramlee kat tempat baru ke?

    ReplyDelete
  2. Bukanlah SS.. ni kat Dataran Pahlawan. Teater P.Ramlee kat Taman Budaya Ayer Keroh.. Still tempat lama.

    ReplyDelete
  3. best jgak ni! Dah lama x g melaka..

    ReplyDelete
  4. kann... nanti bolelahh dtg Melaka.. Macam-macam ada.. hehehe

    ReplyDelete
  5. tringin nk bercuti di melaka
    salam perkenalan dari cik en

    ReplyDelete
  6. macam best! hari tu gi Melaka teringin gak nak tgk tempat Baba Nyonya ni tapi tak tau kat mana nak cari.

    ReplyDelete
  7. Hi Suhaila.. Kat area Jonker Street ada Muzium Baba Nyonya . Macam-macam info ada berkaitannya.

    ReplyDelete
  8. ini menunujukkan betapa lemaunye aku...dah menaun tak sampai kat dataran pahlawan...ape nak jadik la dgn aku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weiii Mas.. Xkan Dataran Pahlawan pun ko tak pernah pegi... Hadoii parah ko ni.. Cuti Malaysia ni bawaklah Zarif pi DP.. Macam2 ada..

      Delete
  9. masa stay melaka 2 tahun lepas, xsempat pun nak jalan2 sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh Abadi : 2 Tahun lepas Nyonya Memoirs ni takde lagi.. Ni baru buat awal tahun aritu.. nanti mai la balik Melaka.. Hehehe :D

      Delete
    2. oh ye..bolehlah bila2 pergi singgah sini..cantik jugak tempat dia

      Delete
  10. cantek gak deko dlm tu yer...mcm ala2 taman...sy sukaaaa....heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna Morni : cantekk kan.. Mummy pun suka. Bole feel ala ala princess gitu... Hehehehe

      Delete
  11. pergi ke melaka banyak kali dah ... tapi apesal tak tahu pasal tempat yang cantik ni? erm, next time nak pergi la kalau ada masa, cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie.. Tempat ni baru je bukak awal tahun aritu.. Ianya link terus ke Hatten Hotel. Takpe nanti bole mai sekali lagi jalan jalan.. Hehehhe

      Delete
  12. oo baru buka rupanya ... kami selalu ke area muzium kapal dan dataran bandar tu, tu pasal tak pernah tahu tempat cantik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa baru bukak.. Thn ni byk produk baru Melaka.. Ada Melaka Alive, Ada Pirate Park Adventure, ada Horse Riding.. Ehh macam2 la.. Hehhee

      Delete
  13. byk tempat menarik di melaka ni...bila nk 'travel' ke melaka plak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...moh ler kita reramai ker Melaka na...

      Delete
  14. Adakah anda memerlukan pinjaman ??
    Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana? Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
    Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
    Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
    Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

    ReplyDelete
  15. assalamulaikum mummy baru sempat singgah sini hihihi cantik rimbunan pokok tu

    ReplyDelete
  16. hari yang baik untuk semua orang malaysia, nama saya Puan aisha bukafia, tinggal di bandar bandar george, sila, saya ingin berkongsi kesaksian hidup yang sebenar saya di sini pada platform ini untuk semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman atas internet, Allah telah trully memihak kepada saya melalui ibu yang baik Puan Emiliana

     Selepas beberapa tempoh cuba untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan ditolak sentiasa, jadi saya memutuskan untuk memohon melalui pinjaman dalam talian tetapi saya telah ditipu dan saya kehilangan 5,000MYR, kepada seorang wanita di Arab Saudi.

     i menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan seorang kawan saya yang kemudian intorduce saya kepada Puan Emiliana yang juga pemilik sebuah organisasi pinjaman global, jadi kawan saya meminta saya untuk memohon dari Puan Emiliana, jadi saya summorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana.

     Saya memohon untuk jumlah pinjaman Rp80,000MYR dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 80,000MYR. Saya begitu gembira kerana akhirnya Allah menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang boleh memberikan apa yang diinginkan hati saya.

    Semoga Allah memberkati Ibu Emiliana untuk membuat adil hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat dalam mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi Puan Emiliana melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com untuk pinjaman anda

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup yang sebenar saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam kehidupan anda.
    satu lagi nama saya mrs aisha bukafia, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: mrsaishabukafia@gmail.com.

    ReplyDelete