Sunday, 18 October 2015

1 MCAT 2015 & Art Bazaar

Assallamualaikum...

Festival pelancongan Seni Kontemporari (1 MCAT ) yang ke enam ni pasti menjadi pengalaman berharga buat semua pencinta seni. Pengunjung akan menikmati aktiviti meraikan seni, pameran -pameran seni dan produk pelancongan di seluruh Malaysia . Persembahan seni melalui kepelbagaian media dan teknik dalam warna warni  kemeriahan budaya rakyat Malaysia. 

1 MCAT 2015   & Art Bazaar

Tarikh Art Bazaar :
16-18 Oktober 2015

Tarikh Pameran Lukisan :
16 Oktober - 16 November 2015

Masa:
9.00 pagi-6.00 petang

Lokasi : 
Balai Seni Lukis

Sepanjang Art Baazar 1MCAT ni berlansung pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan termasuklah pameran lukisan yang mempamerkan lukisan-lukisan dari pelukis-pelukis tersohor seluruh Malaysia. Dari Melaka je dah mempamerkan 7 orang pelukis tak termasuk lagi dari negeri-negeri  yang lain. Lukisan -lukisan ini akan dipamerkan bermula 16 oktober sehingga 16 November 2015. 

Selain itu juga terdapat jualan untuk Art Produk & craft sale, Food truck fiesta, Pasar Karat. Car Boot Sale, Art Book Sale, Buskers, Bikers lepak santai, Art Bengkel dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah diaturkan. ( 16 oktober sehingga 18 Oktober 2015)

Art Bazaar Booth yang terdapat di perkarangan Balai Seni Lukis.

Azeera bersama seorang pelukis yang pernah membuat pameran di Melaka iaitu Pn. Fauziah. 

Pelukis lukisan atas batu. 

Batu-batu yang telah dilukis. 

Art Craft / Pillow , dolls and Tee Pee. Comey je..  Macam nak beli satu tapi dah terlupa lak.. Hehehe

Naif Art. Lukisan yang penuh warna warni. Menariknya tentang lukisan ni.. Lukisan ini akan akan diwarnakan dahulu backgroundnya kemudian barulah dilukis keatasnya. Cukup menarik!  Aku memang suka lukisan fancy-fancy ni meriah sangat.

Durian atas t-shirt. Hahahhaa. Unik. Normally t-shirt akan dicorak menggunakan block secara teknik silk screen tak pun heat press tapi ini tidak .. By hand je hokay...  Memang menarik...

Ada Ikan, ada buah durian, tembikai, rambutan.. Tak lupa gak bendera Malaysia. 

Aku snap lukisan ni untuk rujukan Hero kecik sebenarnya tapi eksen pulak dia. Hish! Ni lukisan otemen menentang raksasa.. Saja nak jadikan sumber inspirasi tuk Adam.. Tapi Adam kata kita lukis lagi cantiklaa.. Eee gerammm nya!

Ni Car boot Sale. Booth yang aku paling geram. Aku geram van kombi tu sebenarnya yang dah lama menjadi idaman aku. Antik gitu. Aku selalu berangan nak colorkan kombi tu nanti warna pink., mesti cantik kan .. Pastu g travel satu Malaysia... Alaaa berangan kan free.. Kombi tu je yang tak free.. Hahahaha :p

Ni satu lagi tv antik ...Aku tengah dok aim je rumah sapa yang ada aku nak rembat.. Tapi tak jumpa lak.. Dulu umah tok ada tapi ntah mana pak cik aku buang ker, simpan ker.. Cari-cari tak jumpa.

Car Boot ni pun style jugak..

Tepat kul 4.00 petang , semalam ( sabtu) rasmilaj sudah Majlis Perasmian 1MCAT 2015... Aku pun datang atas tugas rasmi sebenarnya tapi sambil-sambil tu menyelam minum air lah jugak.. Hehhee . Kebanyakkan yang hadir tergolong dari golongan VVIP, artist, ,  Duta-duta dan juga peminat koleksi tegar lukisan.

Semua pelukis di Seluruh Malaysia bergambar kenangan.

Rozainol. Pelukis dari Melaka yang tak asing lagi .. Kali ni lukisan yang dipaparkan bertajuk selfie.  Memaparkan wajah beliau dan doodle berbentuk wajah beliau dari kecil sehingga kini disamping wajah-wajah orang-orang yang berada disekeliling beliau. Jangan tak tau bos aku punya muka pun ada. Hehehehe

Lawatan ke ruang pameran. Sesak!

Acara yang ditunggu-tunggu. Posing! Bergambar bersama sebahagian pelukis dari Melaka. Hebat-hebat lukisan dorang ni.

Bersama Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.  Sempoi je orangnya.. 

Pelukis dan Penulis lirik terkenal S.Amin Sahab . Kalau yang kenal tu kenal la.. Tapi yang aku baru tau , beliaulah  penulis lirik lagu artis peberet aku Fauziah Latiff tu.. Teratai layu di tasik madu.  Beliau juga kini sedang menyiapkan lukisan sepanjang 1km. Sekarang hanya tinggal 100 meter je lagi nak siap. Aku dah kenal En. Amin ni sejak pameran keris dulu lagi. Almaklum la beliau juga seorang pengumpul keris .

Posing aku dan Zeera buat kali terakhir kat BSLN. Harap-harap tahun depan nama aku naik lagi tuk event ni. Aku memang peminat tuk event-event art macam ni. Best woo.. Tengok kreativiti -kreativiti orang lain ni.. Bak kata orang jadikan ianya sebagai sumber inspirasi gitu... Hhehehe 

Wassallam. Thanks for reading!

57 comments:

  1. Wah, kat Malaysia nie banyak insan seni yang sangat kreatif yer... rambang mata tengok apa yang dipamerkan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang ramai org kreatif kat sekeliling kita sebenarnya.. Antara tahu ngan tak tahu je..

      Aa memang rambang mata, rasa macam nak angkut je semua bawak balik.. Hehhee

      Delete
    2. kannn ... kretif semuanya, terpegun tengok :)

      Delete
    3. Ruginya tak sekreatif depa, kalau tidak boleh jual hasil karya pada Mummy ^-^

      Delete
    4. Hahahahaha.. Bole train lagi tu Zumal... Nanti mummy pi borong karya Zumal k.. :D

      Delete
  2. balai seni lukis kl kemana ni mummy? mcm meriah jeer ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke Balai Seni Lukis la... Atas urusan keje sebenarnya.. So tumpang sekaki la meronda kat situ.. Hehehe

      Delete
    2. gi lah wak, wak kan rajin memenda gini

      Delete
    3. Wak rajin buat liputan.. he he he...

      Delete
  3. Orang seni nie bagi lah apa pun , diorang boleh buat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Semua bole buat, tapi bila angin mai ka, idea tak dak ka.. Suh apa ka, dia buat dek je.. Hehehe :P

      Delete
  4. Wow, b'gambo ngan mahadzir lokman le suara dia mmg best...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waweeee..! Heheheee.. Kann mummy pun suka dengaq sora dia.. Sodap! Lagipun dia tak sombong.. Mummy siap ajak dia posing kat situ relax je ngikut.. Ehehhehe :)

      Delete
  5. comelnya batu-batu tu dilukis.. memang penuh kesenian.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Mummy pon geram tengok ..rasa mcm nak beli semua.. Hehehhe :)

      Delete
    2. Saya berkenan tengok minions & owls. Cantik dan comelll!

      Delete
    3. tu baru owl ngan minion.. belum lagi tengok panda.lagi gerammm!

      Delete
  6. alaa art Bazar dah tamat tempoh...meriah..pesal jauh sgt jika x leh la terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa JM 3 hari je.. Kali ni nampak lg meriah dr tahun yg lepas! Tu la mummy pun pi atas urusan keje kalo tak susah gak nak pi.. Hehehe :)

      Delete
    2. jauh apa nyee Jay Emm... Ahaksss...

      Delete
    3. Traffic light byk dr putrajaya ke BSLN tu.. Sebab tu jauh.. Hehehe

      Delete
    4. jauh tau...nak ke Bangunan SAPURA Sri Kembangan pun JM boleh sesat huhuhuh

      Delete
    5. Adehhh obersea tak sesat dalam Malaysia leh sesat.. hahahah so gunalah Waze.. memudahkan perjalanan anda...hahhahaa #iklankejap

      Delete
  7. lukisan adam lagi cantik eh...ahakss..adam adam!

    ReplyDelete
  8. mummy dan pink berpisah tiada...tu ha...JM nampak bagpack pink tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa... Tanpa pink hidupku pudar tak bercahaya ... So wajib ada pink! :))

      Delete
    2. Apabila dua wanita pink berbicara...

      Delete
    3. Haip skodeng ea.. Babab kang!

      Delete
    4. hanya pink lady sahaja memahami kan mummy kan!

      Delete
    5. Ya betui! SS sila jeles..hehehe :P

      Delete
  9. wah hebatlah Mummy ni jeles kaknoor, beekenan kat batu tu lah cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang mana yg hebat tu kak Nor.. Hebat berposing je kot.. Hahaaha :p

      Aaa yg kat lukis kat batu tu memang cantek mummy pun berkenan .. Tp bila beli, jenuh dok pikiaq nak letak kat mana.. So cancel je la.. Heheh

      Delete
  10. wow..bestnya dapat layan hasil seni mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehehe... best! tahun depan bole la pi, layan artwork dorang..

      Delete
  11. cantik-cantik lah kak..kalau saya pun suka tengok..power giler lukis atas batu, atas T-shirt.saya lukis atas pasir pun x lepas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..memang geram sungguh. atas batu tu memang terror . hahahahhaaa xpe Sal dah bole praktis g kelas melukis la lepas ni..hehehe

      Delete
  12. Kagum betul tengok orang yang ada talent lukis melukis ni! Yang atas t shirt tu, nampak simple je gambar buah-buah,..tapi cantik bangatttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kalo farah tgk waktu dia buat lagilahh..macam senang je main campak2 color.. tup tup dah jadi ngan cantek sekali.

      Delete
  13. seronoknya kalau dapat pergi ... baca blog ni pun dah rasa seronok, inikan pula kalau pergi sendiri kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.... hehehhee takpe tahun depan ada lagi.bole pi

      Delete
    2. hopefully dapat pergi yang tahun depan punya :)

      Delete
  14. Adusss... van kombi tuuu..... van kombi tuuuuu... Nakkkkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww ada geng minat kombi.. bestkan kombi! nanti dapat mummy nak colorkan warna pink.. wahhh mesti menawankan..hehehe :P

      Delete
  15. Lagu2 S.Amin Sahab memang menusuk kalbu ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sib baik SS kenal, kalo tanya budak2 la ni, hampehh sorang pun tak kenal.Nyirap je.

      Delete
    2. Dedulu kalu Muzik2... S.Amin Sahab sesaja naik atas pentas...

      Delete
    3. Ni lah mummy jarang tengok TV . Apa pun tak tau... Hehehee

      Delete
  16. syoknya mummy dapat p tengok pameran seni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok Cik Ash.. Sungguh menyelerakan mata yang memandang.. ;)

      Delete
  17. Meriahnya..lama takpergi sne...syok kot tgk lukisan...i like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang meriah. Penuh warna warni.. Pi la jenguk UA. Insya Allah kenyang mata.. :D

      Delete
  18. Alaaaa.... dah lepas ke...
    Kt melaka je ke?
    Dia x nk dtg putrajaya ke...

    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa dah terlepas tggu next year ea... Ni kat Balai Seni Lukis Negara sebelah Istana Budaya..

      Ala Putrajaya ngan KL tu tak jauh mana pun..hehhehe :P

      Delete