Monday, 12 October 2015

Muzium Kamera Penang

Assallamualaikum...

Kamera! kamera! kamera... ! Satu perkara yang tak dapat dipisahkan dengan aku. Dari kamera kodak, kamera dslr manual, kamera samsung pink, kamera polaraid, kamera semi pro, kamera dslr digital... Ah!  macam-macam kamera aku dah beli, minat punya pasal . La ni tengah dok kumpul duit nak beli action kamera... Tapi bila tahun nak cukup pun aku tak tau...asyik tak cukup je memanjang. Hehehhehee Biasalah dasar nafsu besaq.. Nafsu makan da! Keh keh keh :p cehh otak dah pikiaq lain la tu..

Kamera bagi aku la ni , dah macam satu kemestian. Terutamanya pada zaman IT dan serba moden ni. Semua nak serba canggih...  Baik kamera phone , kamera dslr mahupun action camera.... Tambahan pula ada sesetengah kamera yang telah dibekalkan  dengan siap wi-fi.. Canggih betul! Senang kan nak up kat laman social.

Bila ke Penang aritu , nyempat jugak aku melawat Muzium Kamera ni.. dari start dia buka secara umum pada 31 Ogos 2013 dan telah dirasmikan pada 9 Oktober 2013 sekarag barulah berkesempatan nak melawat. Ini pun secara kebetulan, gara-gara nak cari Cat Cafe la ni. Kebetulan ianya sebelah menyebelah. So aku pilih ke muzium kamera. Nampak lebih teruja, props cantek, entrance ohsem! Dekonya pulak memanggil-manggil....so apalagi terjah la! Sebab nak masuk ke Cat Cafe banyak syaratnya.. So leceh! Wish list next year lahh.. Hahahaha

THE CAMERA MUSEUM PENANG

Lokasi : 

49 Lebuh Muntri , George Town , 10200 Penang.

Waktu Operasi :

 Monday-Sunday
9.30 pagi - 6.30 petang

No. Tel : 047-2613649

Tiket : 

Dewasa : RM 20 
( Tapi waktu aku pi ada promosi RM 10 tuk dewasa)

Kanak-Kanak : RM 5

Pelajar : RM 10

Muzium Kamera ini merupakan muzium kamera yang pertama di South East di Asia . Kat Muzium Kamera ni memang macam-macam kita bole jumpa. Opcoz la buat mereka yang hantu kamera ianya memang bole mengundang keterujaan.. Banyak sejarah pasal kamera seperti siapa yang mencipta kamera, Bagaimanakah idea mencipta kamera ni muncul ? Apakah kamera pertama yang dicipta? dan bermacam-macam lagi lah.

Tahukah anda ?

 "Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim  iaitu Abu Ali Al-Hasan Ibnu Al-Haitham  yang lahir di Basra (965-1039 M)

Ruang hadapan muzium kamera. Kamera besar kat pintu masuk tu lupa pulak aku nak ambil gambarnya . 

Muzium kamera ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ruang pameran yang memaparkan pelbagai informasi, ruang koleksi kamera yang unik serata dunia, Bilik Gelap, Pinhole Kamera (Dunia kita didalam kanta kamera) , Stereo Kamera, Kamera mainan dan juga ruang bergambar. 

Ni la kamera pertama yang dicipta. Rasa macam lawak pun ada.  Kamera mainan yang diperbuat dari lego. Ehhh tetiba rasa ehh betul ker...? macam main-main je.Tapi inilah yang telah dimaklumkan oleh Guide.

Kamera Mamiya

Kamera Mainan.

Kamera Canon bersama flash-flashnya. Bapak bosar flashnyer . Dah  macam satelit astro hehehee. Bulb yang digunakan untuk flash ni, hanya sekali sahaja digunakan pastu kena tukar pada bulb yang baru,  sebab dah terbakar. Adehh jenuh nak mengangkut bulb ni.

Ruang merasai sendiri pengalaman memegang kamera. Kamera yang Hero Kecik  pegang tu cara nak amik gambar kena kat level perut. Then snap!

Tapi hero kecik tak puas hati..nak jugak letak kat mata..hah! baru nampak..Tak kisah adik, janji puas hati .. keh keh keh.. 

Kamera macam pistol. Nampak tak ada budak sedang teruja. Semua dia nak test!

Ni kamera lipat. Bahagian lens tu bole lipat tau. Jangan tak tau..

Ni kamera apa aku dah lupa. Rasanya macam kamera yang dibawa sekali pada zaman perang dahulu kot..

Klasik sungguh. Cantekk je nengok...

Kamera koleksi Tunku Abdul Rahman. 

Ni flash kamera yang menggunakan empat bulb. Dulu ni kira canggihlah. Sekarang kalau guna macam ni mau menangis kang. 

1st Selfie kamera. Tahun 1920 an. Ingat sekarang je bole selfie dulu-dulu pun bole selfie gak.

Hero kecik  cakap.. mummy hantu! hahahaha.... ni gambar style dulu-dulu la nak amik potret baby. Sebab nak amik potret baby, ibunya haruslah ditutup dengan kain. So dapatlah fokus gambar pada baby . Pelik tapi itulah realiti.

Menyusuri era foto dulu hingga kini.

Ruang pameran/ bilik untuk mengambil gambar potret. Ala macam bilik studio nak amik gambar kat kedai gambar tu la.

Koleksi kamera -kamera yang digunakan sewaktu perang.

Kamera-kamera perisik.

Kamera yang berbentuk senjata. 

Ruang bergambar. Kat tingkap ni mcam-macam props disediakan tuk bergambar.

Waktu ni aku mintak guide yang ambilkan gambaq.. ehh lupa lak nak bagitau, setiap pelawat akan dibekalkan dengan seorang guide yang akan menceritakan setiap flow pameran .

Bilik gelap atau bilik mencuci filem . 

Sette sudah penjelajahan ruang pameran di Muzium Kamera.

Kat tingkat bawah juga disediakan cafe. Waktu ni aku tak sempat nak test apa-apa makanan kat situ, sebab dorang nak tutup dah. Next time la kot test food kat sini.

Cupcake Camera!

Dah dah... balik! Ni posing gaya keciwa ala-ala sakit pinggang..eh! ada kena mengena ker? hantam saja lah labu..Nak amik gambaq terbang.. photografer Muzium Kamera ni cuti la pulak aritu. Sedih tau! Apahal la pulak cuti hari ahad. sob sob sob...so ambil gambaq ngan teddy bear je la. Sedih!

Thanks for reading! Wassallam..

58 comments:

  1. Wah, bestnya kalau dapat pergi tengok. Macam2 kamera yang Zumal tak pernah tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. seperti menyelusuri sendiri era dimana kamera bermula.. gituuuuu..! hehehhee

      Delete
    2. Hujung bulan nie nak terjah muzium nie kalau berkesempatan...

      Delete
    3. Sila sila.. Ala Perlis ngan Penang tak jauh mana pun.. Leh g selalu.. Heheheh

      Delete
    4. Kan, selang satu negeri aje pun ^-^

      Delete
  2. i masuk dah camera museum ni.. kecik je kan.. nasib baik bayar RM 10 je sbb masuk ngan adik time tu.. kalau RM 20 rase cam x berbaloi lak.. cake kat cafe agak overpriced.. tap makan jugak sbb nak try.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang kecik je.. seluruh ruang tingkat atas...aaa tapi mummy suka giler deko dia.. cantekk sgt! Vintage style...

      kat cafe memang mahal pun, portion dia pun kecik2 je, sib baik dorang dah nak tutup... kalo tidak bakal kopak jugak dibuatnya, almaklum la semua diatas tanggungan mummynya lagi.. :p takpa yang penting dah try... hehehehe

      Delete
    2. nah.. sila la melawat newbie.. kehkehkeh

      http://nina-gracia.blogspot.my/

      Delete
    3. yeahhh! Macehh Nina... mummy dah pi skodeng dah tadi..heheheheheh :D

      Delete
    4. Siap laaa I bommm Nina nanti... Cissss....

      Delete
  3. menarik jugak ye mummy.. banyak muzium kat penang ni.. satu pun xsampai lagi..hehek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... ala mummy pun kebetulan tengah cuti , so ronda-ronda lahh.. kang Tok Mama hero2 bosan lak tgk muka kitaorang kat umah je. Tukang wat sepah.

      Takpa nanti free pi la meronda.. byk lagi tau muzium yg mummy tak pi macam coklat museum, gold museum dan 2,3 buah muzium lagi.. adehh jenuh nak meronda.

      Delete
    2. Orang dok penang tak sampai lagi... Camno tu? isks isks isksss

      Delete
    3. Hahahahaaha... Syida sila jawab..

      Delete
  4. menarik...belum pernah masuk..biasalah bila dah nama dekat ni mummy....entri yang menarik...saya pun suka kamera...tapi kamera yang baru la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...try la pi... best! sekarang kamera banyak dah canggih...tu yang bertambah menariknya bila pegang camera ni..hehehe

      Delete
  5. Banyaknya muzium kat peneng....kamera pun ada muzium
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa Penang banyak muzium private... Best! Bukan old school museum.. Skrg byk yg interactive.. Tak rugi pi.. Hehehehe

      Delete
  6. menarik lah mummy, kak ana ingat dulu kamera lama kan kan men seronok bergambar bila pi kedai cetak (dulu panggil cuci gambaq) mata merah haha :) nice entri dear .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Ana.. Syokkk. Dedulu kalo amik gambaq pic mata merah maksudnya orang tu rabun.. Hahahaha macam2..! Anw Thanks Kak Ana.. :))

      Delete
  7. Fav! Best dapat tengok pelbagai jenis kamera. Masuk obscura room pun best!
    Kan best kalau dapat rembat hehehe especially kamera Leica!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... memang teruja masuk muzium ni... " Serius jerit dalam hati..banyaknya camera! "

      hahahahha.. ingat kak jue sorang je ada niat nak rembat Leica tu... ada geng rupanya..keh keh keh :p

      Delete
  8. seronok nya lah klu dpt kesini ..Muzium kamera... mesti semua kamera kt dlm tu unik2.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Atie... ! Silalah pi.. Kamera kat sini semua ohsem2!..teruja nengoknya..heheee :)

      Delete
  9. toy muzium lagi hampeh kan mummy, yg jaga tiket masuk pon nyonya patut pencenn jeer., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa Toy Museum tu memang hampeh! Showcase berabuk bagai, display pun hancuq.. Ala mummy tak ingat la nyonya ka apex yg jaga.. Dah lama tu pi ..

      Delete
  10. Memang boleh mengundang keterunaan... ehhhhh... keterujaan,,, ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiii keterunaan... Aaa mummy pun teruja masuk sini.. Syokkk ooo!

      Delete
  11. Yesss! SS pon suka camera... Pernah rakam 365 keping selfie sepanjang tahun 2014 as record peribadi... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa selfie tu.. Adehhh gigih nak senyum tu.. Mau bengkak pipi dok dibuatnya. Hahaha

      Delete
    2. Awat tahun ni tak buat SS?

      Delete
    3. Farahhh.. On processs tu kot.. Dalam diam... Hehehehe

      Delete
    4. wow....sy xpernah selfie...xreti....hehhehe

      Delete
    5. Deana .. Takpe nanti SS ajaq.. Hehehe

      Delete
  12. byk gak tarikan kat penang ni , nak gi sana ntah bila ... teringat zaman kamera konica ... dulu dah ada selfie rupanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa kat Penang memang macam-macam ada.., syokkkk oo. Yang penting standby duit na.. Hehhehe

      Delete
  13. baru tahu ada muzium kamere..memang best untuk kaki kamera nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik baru tau.. Dah lama pun muzium ni ditubuhkan... Aaa memang best gilos buat kaki kamera... Rasa semua kamera nak angkut balik umah.. Hehhee

      Delete
  14. banyaknya kamera antik kan ... dulu kamera mahal kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sgt.. Sampai semua showcase padat madat.. Hehehehe aaa dulu kamera paling namanya Leica.. Mau nangis nak beli..

      Delete
  15. eh RM20? ... agak mahal la untuk orng yang bukan peminat kamera :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa... Agak mahal la jugak buat bukan peminat kamera. Dengan ruang pameran yg tak berapa besaq tu... Hehehehe tapi bg peminat kamera ianya berbaloi-baloi...

      Delete
  16. Bagusnya muzium ni! Ini bukan kaki kamera pun seronok pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt! Hehehehehhe Farah kena try pi ni.. Barulehh feel best ker idak.. Hehehee

      Delete
  17. Menarik tu muzium kamera.. Macam-macam jenis kamera dari zaman dahulu hingga terkini.. ;)

    ReplyDelete
  18. ritu pi jalan dah area sini.. kawan plak tanak masuk..
    xpa next time boleh plan ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe Siti dekat.. bila2 pun bole pi..hehehehee ;D

      Delete
  19. sy suka g muzium mcm ni...terutama camera...sy suka camera....teruja lebih....hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bole geng ngan mummy! Kamera ni memang best.. Merakam memori yg tak mampu di jual beli.. :)

      Delete
  20. pelbagai jenis camera kan sampai leh buat muzeum..JM plan nak guna kamera pohne je senang pas selfie terus leh update IG hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang banyak sgt.. Dari yg bapok besaq sampai sekecil-kecil alam...

      Alamak penuh la ig JM lepas ni dengan gambaq selfie.. Hahhaha :p

      Delete