Friday, 23 October 2015

Pameran Racun dan Bisa

Assallamualaikum...

Hamboii sakan meronda mummy na..! hehehee Kali ni aku berkesempatan melawat Pameran Racun dan Bisa. Padahal dah tau lama pun pasal pameran ni.. tapi tak teruja mana pun... tapi lepas tengok Kak Ana pi melalui entry NI.. terus teruja nak pi tengok.  

PAMERAN RACUN DAN BISA

Tarikh : 
31 Julai hingga 31 Oktober 2015

Lokasi : 
Muzium Negara Malaysia , Kuala Lumpur

Tiket :
 FREE hokay!


Pameran ni terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya  Haiwan Beracun dan berbisa, Medusa Si Ratu Ular, Kisah Haiwan Berbisa didalam Al-Quran,Ular, Paltipus , Ulat Gonggok, Ulat Bulu, Semut Kayap, Kumbang Bombardier, Kumbang Lepuh, Katak dan kodok, Hidupan laut berbisa, Makanan Eksotik beracun, Lipan , kala jengking dan macam-macam lagi lah.

Kebanyakkan tumbuhan , haiwan dan mikro organisma ni  menghasilkan toksin untuk menghalau atau membunuh pemangsa. Organisma hidup yang membawa toksin di panggil organisma beracun atau berbisa  samada tumbuh-tumbuhan , bakteria dan juga haiwan. Racun boleh didapati pada tumbuh -tumbuhan  cendawan atau haiwan. Namun bisa hanya terdapat  pada haiwan . Organisma beracun atau berbisa boleh ditemui didarat  , didalam air atau di laut. 

Sebelum masuk pameran kita posing dulu ngan kala jengking ye anak-anak..hehhe :P

Replika Kapal yang ditenggelamkan dengan sotong kurita gergasi.


Medusa Si Ratu Ular. 


Raksasa Medusa merupakan salah seorang daripada adik beradik Gorgon dan juga anak perempuan kepada Phorkys dan Keto, anak-anak kepada Gaea (Bumi) dan Oceanus (Lautan). Dia memiliki wajah yang amat hodoh dan kepalanya dilitupi ular  dan bukan rambutnya. Barang sesiapa yang melihat ke arah matanya akan bertukar menjadi batu. Medusa adalah seorang mortal.

Pada asalnya , dia berambut keemasan dan cantik. Sebagai paderi wanita Dewi Athena , dia mengabdikan dirinya dengan tidak berkahwin. Bagaimanapun , setelah digoda oleh Poseidon dan jatuh cinta kepadanya, dia lupa akan janjinya dan berkahwin. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum oleh dewi tersebut dengan cara yang kejam. Setiap gelungan rambutnya yang cantik , yang pernah memikat hati suaminya telah bertukar menjadi ular berbisa. Wajah asalnya yang lembut dan matanya yang menawan telah bertukar menjadi terjojol dan berdarah, hingga menimbulkan rasa takut pada sesiapa sahaja yang memandang. Sementara itu warna  kulitnya yang putih susu kemerahan bertukar menjadi hijau yang begitu menjijikkan.

Melihat dirinya bertukar menjadi makhluk yang menjelikkan , Medusa melarikan diri dari rumah dan tidak pernah kembali. Dia bertukar menjadi watak seperti rupa parasnya yg hodoh tu. Medusa yang berputus asa melarikan diri ke Afrika dan setiap kali dia mengembara tanpa arah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala anak-anak ular akan jatuh dari kepalanya. Begitulah menurut lagenda Greek Kuno bagaimana Afrika menjadi sarang reptalia beracun. Akhirnya penderitaan hidup Medusa ditamatkan oleh Perseus yang berjaya membunuhnya.

Posing ngan anak-anak ular yang comey. Ular ni berani la.. ulaq besaq mapuih cek lari tak cukup tanah..hehhehe :P

Labah-labah gergasi... 

Hi nama saya lipan... Comey tak saya...hehehe

Setiap aquarium ditempat satu replika tengkorak yang menempatkan  haiwan-haiwan yang berbisa seperti kala jengking dan lain-lain.

Jangan tak tau..lebah pun berbisa jugak tau.. lebah baju putih yang dok sebelah tu kadang-kadang bisa kadang-kadang tak..hahhaa :P

Spesis cicak berbisa /beracun yang dipamerkan . 

Sesetengah haiwan beracun kelihatan amat cantik dan menonjol dengan warna-warna yang menarik. Ia buka bertujuan untuk menarik perhatian , tetapi untuk memberi amaran kepada pemangsa dan haiwan lain termasuk manusia akan bahaya .

Haiwan beracun tidak mempunyai alat /organ khas untuk menyampaikan bisanya , tetapi sebahagian tisu dan organ tubuhnya beracun kepada pemangsa. Ia juga tidak mempunyai mekanisme pertahanan yang agresif , namun boleh memberi kesan kepada haiwan lain apabila ia menggigit atau dimakan.

Cantik kan katak ni..tapi aduhh beracun!

Hidupan laut juga ada yang berbisa dan beracun.

Settle menjelajah , duduk sebentar melepaskan lelah di segmen makanan yang berbisa dan beracun. 

Sudut interaktif untuk kanak-kanak pun ada. 

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang dipamerkan untuk pelawat. Antaranya haiwan-haiwan berbisa yang diawet dan dipamerkan seperti ular tedung selar. Ada juga dipamerkan hidupan-hidupan laut seperti Ikan Batu yang paling berbisa didunia. 

Ikan Batu

Ular Tedung Selar yang telah diawet.

Macam-macam lagi lah.. ada semut kayap dan juga ulat gonggong yang juga merupakan serangga kecil yang berbisa dan memberikan impak besar pada tubuh badan kita. Okay jangan lupa pergi tengok tau... Pameran berakhir pada 31 Oktober 2015 ni di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Thanks for reading! Wassalam...

58 comments:

  1. ishh! gerun bunda tengok gambar2 tu...bunda memang geli tengok ular, walaupun sekadar gambar...meremang bulu tengkok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehee... Bunda pun macam mummy gak..tapi kadang-kadang la geli tapi selalu takde lah geli, kalo pegang tu baru geli...hehhee

      Delete
  2. wahhh chanteknyer model kat Sudut interaktif untuk kanak-kanak tuuuu., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiii yang beracun & yang berbisa banyak..yg kat sudut interaktif jugak wak nampak..hahhhaa :P

      Delete
    2. Hahahah wak teropong dia memang special sikit!

      Delete
    3. teringt fantun dulu2., pesan org tua:

      besi ditimpa mnjadi keris,
      keris beracun ular berbisa,
      putus cinta jgn menangis,
      org tak cinta apakan daya., bolee mummy??

      Delete
    4. Kannn Farah... Ni bukan teropong special dah ni, ni namanya teropong berbisa. Hehehe

      Delete
    5. Ratu Medusa nama diberi,
      Amat beracun juga berbisa,
      Apa barang menangis bagai, ,
      Ala cari je jejaka kat luar , yg lagi berbisa.

      Hahahaha testing testing..

      Delete
  3. Replies
    1. memang menarik Dieyana... mummy pun geli gak, tapi perasaan nak tau tu tinggi, hilang kejap geli tu..heheheh :D

      Delete
  4. Katak pun ada yg beracun! Unsangkarable!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sebenarnya binatang kat dunia ni kita tak sangka kan Akak.. besar sungguh ciptaan Allah..

      Delete
    2. eh kak farrah tak tahu ke?
      banyak benda yang beracun, cicak, katak, ikan,
      orang pun ramai beracun...wahaha

      Delete
    3. Aaa Farah.. Katak pun beracun ye, nak nak yg lagi cantik dipandang.. :)

      Delete
    4. Aaa.. Mcm2 benda yg kita tak tahu sebenarnya... Tetiba rasa kerdilnya diri

      Delete
    5. YY... Kannn sebenarnya manusia la yg paling ramai..,hehehhee

      Delete
  5. Adakah katak beracun itu putera yg disumpah? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu kena cium dia dulu syida...baru dapat jawapan
      dak mummy julia...hehe

      Delete
    2. Ala apa kata syida cium katak tu dulu, mana tau boleh bertukaq bole jadi putera raja yg kacak bergaya.

      Delete
  6. wah bagus entry ni! suka saya baca
    buat nak pergi sana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat pergi best woo...31 last day last day... :p

      Delete
  7. hehe, sampai juga mummy ke sini ye, kak ana kan bila sampai kat hat reptilia tu tak dekat dah..geli geleman je rasanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn teruja lepas baca entry kak Ana. Hahhhaha reptilia tu comel2 la kak Ana , awat geli.. Hehehehe :p

      Delete
  8. Replies
    1. Hehehehe .. Sebab berbisa lah i pergi tengok.. :D

      Delete
  9. Wah...posing sakan :)
    Done follow sini mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Mummy memang suka posing.. :P ..

      Thanks Fidah..:)

      Delete
  10. wah mummy tomey dan sweetsss sngt
    walaupum dikelilingi binatang beracun sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh malu mummy kak Noor! Hehhhehee :D

      Delete
    2. kenyataan tu apa nak malu pulak Mummyyyy
      terimaalah hakikat nya hehee

      Delete
    3. Adehhh macehhh Kak Noor... ;)

      Delete
  11. Salam singgah sabtu mummy....seramnya tengok binatang2 yang berbisa tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassallam Mar...bisa bergambar je.. Yg lain tu semua dalam showcase... So bisa tu kurang berbisa la.. Hhehehe

      Thanks sudi singgah blog mummy.. :))

      Delete
  12. gelinya tengok ular tu.. kala jengking pun aiza geli tengok.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Tapi takat tgk pameran ok lagi.. Jgn tengok dekat2 tanpa showcase.. Mau lari sebatu mummy.. Hehheehe :p

      Delete
  13. Seksinya ratu ular...
    * tutup mata

    ReplyDelete
  14. waaa menarik. tapi saya lagi suka masuk museum :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Masuk muzium dah selalu, ni pameran khas yg dibuat kat muzium.. Penambah seri muzium gitu.. :)

      Delete
  15. Menariknyaaa pameran ni...tapi wa memang tak leh gi..sebab Wa ni fobiaaaaa sangat dengan ular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa... Ramai na dok geli tgk ulaq dlm gambaq.. Lom tgk dekat2 lagi.. Jenuh nak dok ligan ni, sbb lari tak cukup tanah.. Hehehe

      Delete
  16. Replies
    1. Pucuk pauh delima batu, selamat berhujung minggu ...

      Hehehehe Enjoy weekend bunda.. Muahhss

      Delete
  17. hi singgah sini.. xpernah lg masuk muzium negara. byk juga tempat best2 dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amanina... Nanti leh try masuk, macam2 ada kat dlm muzium disamping mengenal sejarah asal usul kita... :D Best!

      Delete
  18. Aku tertanya apa yang lebih menakutkan dari seekor labah-labah .

    Labah-labah gergasi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha.. Mungkinkah itu yang ditakutkahh?! Mungkinkahh?! Jeng jeng jeng :P

      Delete
  19. geli geleman tengok katak tu..beso betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gambo je Yan.. Luar takdak la besaq mana, mummy amik pic close up ni..saiz normal..hehehe

      Delete
  20. Mula nengok tajuk macam lucu pun ado... sekali nengok entry, gerun iii... hahaha..seram nengok haiwan2 berbisa ni erk.. takott plak... kena kenal pasti haiwan2 ni... mcm manalah rupa semut kayap tu kan? huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa tang mana yg lucu kat tajuk tu Atiey..

      Gerun kejap je.. Pastu enjoy mengeksporasi tempat tu.. Macam2 ada!

      Delete
  21. tiket masuk FREE? adusss hari ni last day sob sob sob..hero2 x ikut mummy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa free .. Rugi tak pi. Hero2 tak ikut. Pi atas urusan keje. Singgah sat kat sini., hehehe takdan nak bawak hero2 dorang busy memanjang.. Kena buat appointment dulu.. Heehe :p

      Delete