Friday, 27 February 2015

Jom Terokai Zaman Kegemilangan Tamadun Islam

Assallamualaikum...

Yeahhh .. Jom terokai zaman kegemilangan Tamadun Islam.. macam best je kan bunyinya.. Kannn ! ok sekarang kat Melaka ada Pameran 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Islam. Pameran lebih berbentuk interactive. Mungkin sasaran lebih kepada pelajar sekolah sebagai pendidikan tambahan disamping memberi penyedaran dan juga inspirasi kepda generasi kini dan akan datang.

PAMERAN 1001 INVENTIONS : KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
Tarikh 
17 Februari sehingga Jun 2015 

Masa 
9.00 pagi -5.30 petang( Last kemasukkan jam 5.00 petang)

Lokasi 
Bastion House( Muzium Dunia Melayu Dunia Islam) Jalan Kota , Melaka

Harga tiket 
Dewasa : RM 15.00 
Kanak-kanak/warga emas : RM 8 
Pelajar Sekolah : RM 4.00.

Selepas membayar harga tiket , korang akan ditontonkan dengan  tayangan movie pendek selama 10 minit dibilik audio visual. Ianya berkisar tentang Kisah Al-Jazari dan Perpustakawan. Serba sedikit baru aku tau... oooo nilahhh Al-Jazari Jurutera yang tersohor tu. Ooo itu.. Ooo ini.. Nampak nau buta sejarah..hahaha :P Aku melawat pameran ni sorang-sorang je, almaklum kenalah amik tahu serba sedikit info pasal pameran ni, kang orang tanya tak reti jawab, tak ke naya. 


ni la kununnya perpustakawan aka Al- Jazari  yang telah membuat penerangan 3 orang pelajar mengenai zaman gelap  dan zaman tamadun muslim ni.

Ni la budak2 tu. Short movie yang pendek dan padat dengan info.

Seronok gak tgk short movie ni .. Tapi spoil sebab tgk sorang-sorang .. gelap gelita, hanya screen yang memancarkan cahayanya ..hadoiii Last-last aku bukak pintu sikit, tp ada lak staff dia yg nampak dan terus cakap takpe kak,  saya temankan akak.. Ishh malu sungguh. Tadi eksen! Kikiki hilang ke'mancho'an i tau! Hahhaha

Pameran ini juga  memaparkan penemuan -penemuan oleh para ilmuan Islam abad ke-7 sehingga ke-17 yang telah menyumbangkan  kepada pembangunan dan pemodenan tamadun. Cendekiawan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Zahrawi , Al-Biruni , Ibnu Firnas dan ramai lagi yang telah merekacipta pelbagai ciptaan seperti mesin, jam, kanta, alat-alat perubatan,  syampoo, sabun , paip, kincir air, kincir angin, algebra, sistem penyulingan... ish banyak lagi la.



Jeng jeng .. inilah jam gajah yang telah dicipta oleh Al-Jazari dari Diyarbakir, dari Selatan Turki. Dia juga mencipta pelbagai jenis jam dalam berbagai bentuk dan rupa. Tapi ini lah diantara jam gajah yang paling terkenal dan replika masih digunakan sehingga kini yang terdapat di Dubai dan juga Switzerland.  Caranya masih sama menggunakan  sistem timbang air yang terdapat didalam perut gajah ni, kemudian air itu naik keatas sehingga ke burung helang. Sebuah bola kecil dikeluarkan dari mulut helang dan dijatuhkan ke mulut naga ( bola tu mungkin telah ditolak oleh air yag terdapat dalam perut gajah) dan dijatuhkan semula ke pasu yang ada dibawah . Ianya akan naik semula keatas orang yang berada disebelah burung helang dan penunjuk arah akan berlaku menggunakan jarum jam. Sekaligus bunyian pukulan gendang kot oleh orang yang berada diatas gajah tu.. Fuhhh penat sungguh nak explain.. Pergerakan jam gajah ni mengambil masa setengah jam  tau. Terdapat 32 biji bola yang terdapat didalam sistem ni untuk mengautomatikkan sistem ni.. Kenapa 32 biji.. Tu aku tak pasti.. tu kena tanya Al-Jazari sendiri ye anak2.. Keh keh keh

Ni lakaran dari manuskrip yang dijumpai mengenai jam gajah.

Kincir angin.. ingat kincir air je ada ke.. Hehheheheh angin pun ada tau... 

Mesin yang digunakan untuk menghidupkan kincir angin ni seperti pam.. Gabungan engkel dan rod penyambung secara automatik  menukarkan gerakan putaran kepada gerakan lunas. 

Ni pulak pasal perubatan. korang tau tak siapa orang pertama yang tahu mengenai bagaimana darah kita mengalir diantara jantung dan paru-paru..?

hhehhehe meh sini nak habaq, nama dia Ibnu Al-Nafis. Seorang cendiakawan  yang telah dilahirkan di Qarash, Damsyik. Ibnu Al-Nafis ni bekerja di sebuah hospital di Kaherah. Beliau telah menerangkan secara detail tentang  sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung dan paru-paru. Nak detail lagi, hampa kena mai baca sendiri na.  Aku dok penin nak hafal ni.. Macam amik exam la pulok.. Hehhehe So aku bagitau ja la mana yang dan otak ni simpan dan ingat.

Ni pulak peralatan yang digunakan untuk  pembedahan sehingga kini. Tapi mungkin ianya telah diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Jom main kenal-kenal bintang jom.. ni salah satu ruang interactive yang memaparkan beberapa horoskop yang perlu dipadankan dengan bintang-bintang yang ada.  Naik juling mata mak nak... aku cari bintang sagitaurus je.. Pastu , dah.. memang keje ni memang memerlukan penelitian  dan mata yang tajam  ..

Ni replika jam gajah yang dibuat dalam bentuk sebenar di salah satu ruang pameran yang ada. Memang besaq pun jika nak dibandingkan ngan aku yg comey lote ni.. Ehhh comey ker?! Hahahhaha :P


Tau tak ni apa? ha! Ni la  Balai Tinjau  pada abad ke -15 yang terletak di Uzbekistan yang menpunyai Sekstant  degan radius lebih 40 meter ke atas. Ala macam terowong bawah tanah tu la.. Tapi  dia tak jalan straight tapi ni condong ke atas.. Kata nak tengok bulan bintang kan.. Kalo kebawah hang nak tengok apa.. Mata air ada la.. Hehehe


Ni lah map atau dipanggil grafik info pasal salasilah rekacipta dari tahun 1096-1700 sebab zaman gelapkan bermula dari tahun 610. Macamana aku tau? ni la orang yang explainkan kat aku.. Namanya Encik Mikhail.  Kat sini  ada menerangkan ini barang ni dibuat oleh sapa ? Kat mana, tahun brp? Dan lain-lain lagi.. So kesimpulannya peta ni memang bestlahh.. kalo bole kecikkan aku nak masuk dalam poket.. asal orang tanya aku bole jawab ngan confidentnya.. aichewahhh berangan je lebih!hahha

Sebenarnya didalam kehidupan kita seharian pun  macam benda yang kita perlu tahu akan asal usulnya. contoh : Berus gigi dari kayu sugi, sabun dari minyak dan garam, Coffee yang nama asalnya dipanggil mocca, kasut yang berasal dari Sepanyol, rempah ratus yang berasal dari Eygpt dan Syria, Permainan Chess yang nama asalnya dipanggil "King is Defeated" yang bermula dari Europe pada 9 century, Syampoo , jam , kamera dan macam-macam lagilahhh..

Selain tu jugak terdapat ruang-ruang pameran mengenai algebra, perkapalan , sistem angin dan berbagai lagilah info pasal rekacipta  dalam tamadun islam ni.. Gambaq takda na, sbb bateri phone kong.  So tak rugi hampa mai sini sebab banyak ilmu yang korang akan dapat. Tempoh lawatan pameran 2 jam sebab aku baca semua dan test semua kiosk interactive ni.. Peningla jugak.. Hahhahaha  Aku masih cuba belajar mengenal sejarah walaupun otak ni dah makin slow motion.. Hehehhe 

Ok . Thanks for reading.. Wassallam..

Saturday, 21 February 2015

Cuti CNY : Balik Penang

Assallamualaikum...

Haihhh dh hampir ke penghujung cuti CNY tahun ni.. Esk dh nak balik Melaka la pulok... 

Cuti kali ni , mak aiihh padat sungguh jadualnya... Ikutkan tujuan asal nak balik kampung kat Teluk Intan je, melawat Pak Long aka Wa aku yang sakit tenat.. Aritu waktu dia dok kat hospital xdan aku nak pi melawat, so bila cuti2 ni la aku dan melawat dia. Syukur Alhamdullilah semuanya beransur pulih. Aku ni memang suka balik kampung.. Tgk bendang,tgk ayam itik, tgk suasananya yang indah permai dan macam2 lagi la.. Nasib baiklahh sungai depan rumah tok wan aku dulu tu dah di convertkan jadi parit kalo tak confirm Adam dan Mukhriz akan gilakan untuk terjun ke dalamnya.. Macam aku dulu2 jugak . Hehehehe ( hamboii tergimbau-gimbau pulak zaman nakai ngan sepupu sepapat waktu kecik dulu.. Hehehe)

Aku balik Teluk Intan sekejap je.. Lepas maghrib terus bergerak pulang ke Penang semula...Sebelum balik tu sempatlahh jugak melawat pak & mak ngah, mak lang dan pak &mak cik jugak.. Ni semua belah abah je.. Kalo nak melawat  semua alamatnya aku kena menetap terus kat sana kang..hahaha ;p

Esk harinya pulak, hero aku dh sibuk  request kat tok&wannya nak makan Lamb Chop.. Hadoiii  so aritu punya aktiviti layan tekak hero2 bersama tok &wannya. Padahal aku dh plan nak g lepak ngan kawan2 aku ex-smse tapi apakan daya.. family 1stkan.. Kang tak pasal2 mak aku kasi kata dua kang...  Cth ayatkan.."apa?  kawan2 lg penting lgi dari mak sendiri" hahh berani korang nak jawab.. Aku selalunya senyum dan angkat kaki je.. Woiii Syurga dibawah telapak kaki ibu  tau!

Sabtunya..

Aku hantaq adik aku balik Sg Petani.. Sebelum tu sempat gak layan movie Jupiter Ascending kat Amanjaya Mall.. cian adik aku ni cukup teringin nak tgk wayang.. Almaklum la anak mak mana nak tgk wayang selalu macam kakaknya ni. Hahhahaha.. bertabahlahh hati wahai adik, nasib baik ada kakak yang memahami ni tau..hehhehee Nanti dah habis praktikal chef, jgn lupa masak sedap2 tuk along hang yg comey ni .. Kiiikiki :p

Settle hantaq adik terus aku call bff aku Imah.. Cian dia kena paksa ngan aku bawak pi makan laksa.. Sebenarnya aku nak makan kat Taxi Stand tu.. laksa shuib.. Xtau la aku ni, tekak aku sedap kat situ jugak.. dari start zaman kolej sampai la ni. Malangnya nasib aku, kedai dia tak bukak la pulak.. Huaaaa Sedih tau! Laksa Beras yang pakai ikan sardin tu.. Huaaa .. Dulu aku pernah bawak family aku makan kat sini, hampa jgn tak tau.. Adam dan Mukhriz makan 2 pinggan sorang tau.. So hampa pikiaq la sedap ker idok.. :D
So bila dia tak bukak, kitaorg pi la ke plan B.. Wahh berplan gitu! Hehehhe makan la kami kat Billion SP tu.. Padahal kat situ ja yg kami tau.. Tempat  lain kami tak tau.. Layan je la.. So rasanya okay okay ja la.. Masih tak memenuhi piawaian tekak aku, tapi sebab lapaq punya pasai..licin! hehehhe :P


Jeng jeng.. Ni la laksanya, tp aku suka kalo boh ulam raja ka, pucuk selom ka.. Baru feel.. Ngeh ngeh ngeh!

Settle makan terus hantaq imah balik kat mana dia parking kete.. Cian Imah kena hadap heavy traffic nak balik Kuala Ketil.. Tapi aku lagi kesian dr SP ke Simpang Empat kena hadap 1 jam 1/2.. Hah? Layannnn..

Sampai ja Spg Empat terus teman mama kat Econsave borong bahan mentah  kedai mama tuk keesokkan harinya.

Balik ja dari kedai terus ajak mama ngan abah makan Char Keaw Teow pulok.. Hahhaha ngidam sakan! Adam dan Mukhriz tak ikut waktu ni.. Katanya dah overdose, mana taknya mulut asyik mengunyah ja .. Hahhaha almaklum la Mukhriz dah makan 2 mangkuk mee kari, Adam pulak dh macam2 makan sampai mcm nak pecah perut.. Hahaha

Mama ngan abah bawak aku makan kat Char Keaw Teow Abang Misai kat sebelah Maybank Simpang Empat.. sedap gak walaupun udang dia xdak la besaq2 nau.. so aku rasa sedap, tak tau tekak hampa... Hehehe Mama kata kedai ni dah masuk JJCM so mestilah sedapkan.. Hehehe

Ni la rupa Char Keaw Teow aku tu.. yummy.. mission sebelum balik ke Melaka settle.. Yahooo..  Tggu lepas ni aku nak makan Mee Udang kat Pulau Aman pulak.. Hadoiii tu ngidam part 2 .. Wakakakkakaahhh

Ahad..

Standby balik Melaka.. Sebelum tu layan masakan mama pulak na...Balik kali ni apa pun aku tak borong. Masa suntuk sungguh.

hah... ikan keli bakaq ngan ulam.. Hadoiii bole terliuq pulak aku waktu menaip ni.. Loqlaq kan... Hahahhaha.. ni all time peberet aku dan anak2.. Bole sekali hadap 5,6 ekoq tau.. Kalo korang nak try bole la pi kat Food Court PERDA kat Simpang Ampat tu.. Dekat ngan Pejabat Pos.. rugi tak try.. Hahhha pomot kedai mama pulak kannn.. :D

Habis makan terus bertolak ke Melaka.. So hadap la heavy traffic sampai 12 jam.. Layan sampai nak termuntah..! Dari 5jam perjalanan ke 12 jam.. Hebatkan penangan cuti CNY.. Hhehehe

muka budak yang tensen layan heavy traffic.. Dah tak dak idea nak wat apa.. Dia boom phone mummy ngan pic depa.. Layannnn!

Oklahh penat aihh mengomel.. anw thanks for reading.. Wassallam..

Tuesday, 17 February 2015

Kisah bekal Mukhriz

Assallamualaikum...

// Balik dari sekolah...

Mukhriz : Mummy.. mummy arini Cikgu Rokiah jumpa kita...

Mummy : Awat ? Pasaipa cikgu jumpa abang.. Abang ada buat salah ea..? (soal aku bertalu-talu)

Mukhriz : sabaq la mummy.. Kita nak citer la ni.. Arini cikgu panggil kita.. Dia tanya kita share bekal hari2 ngan Haris ka? kita cakap ye lahh...Cikgu tanya lagi.. Hari2 mak awak masak ka.. Kita kata ye..Cikgu tanya lagi.. Awak dah lama ka kenai Haris.. Kita cakap baru lg.. cikgu cakap awak ni baguslahh tolong kawan yang dalam kesusahan, maybe cikgu tau Haris tu orang susah kot.. Tiap2 hari awak share bekal ngan dia na... Takpa nanti awak susah kawan2 awak pulak yang tolong  .... So cikgu suka ngan sikap awak ni.

Sebenarnya Mukhriz ada habaq kawan dia ni orang susah.. Tiap2 hari mintak bekal dia..kadang2 dia rasa mcm nak marah gak almaklumla Mukhriz ni memang ketegori kuat makan, tapi cakap ngan aku je la (cakap mulut ja hati tak sampai) tapi bila pergi sekolah automatic je dia bahagi dua ngan kawan dia. Dia ada cakap ngan aku suh bawak dua bekal  hari2.. Aku pun cakap la ngan Mukhriz.. Kita ni pun susah gak abg, tapi xpalahhh bang hari2 mummy bubuh nasi ngan lauk lebih , abang sharelah ngan dia k.. tak sangka pulak perbuatan Mukhriz mendapat perhatian cikgu-cikgu dia kat sekolah..

Aritu ada gak cikgu lain yang tequq pasal bekal Mukhriz ni.. dia tanya awak bawak bekal hati-hari ka.. cikgu kata pandai mak awak masak.. Sejak aritu makin menjadi-jadi dia nak bawak bekal.. Hhehehe Syokkk ooo bila anak2 suka apa yg kita buat untuk membesaqkan depa.

Sebenarnya ni tahun pertama Mukhriz bawak bekal hati-hari . Sebelum ni dia malu.. Katanya tak mancho la kot sbb sekolah dia kan semua lelaki. Tapi tahun ni lain pulak.. Hahhahaa people changekan! lagipun duit sekolah dia hari2 masuk tabung.. Syokk la dia.. 

Ni bukan bekal Mukhriz tau ni bekal aku.. parah ooo kalo dorang bawak bekal pink ni.. (Halooo dorang allergic pink k, Mummy je yg fanatik pink!) Xpasal2 jadi sotong kang! Hahaha  

Kami anak beranak semua memang dah terjebak bawak  bekal hari2.. Dulu pun aku ada bawak gak tapi ikut mood la. Tapi Adam memang hari2 bawak sebab dia sekolah cina dan memang aku tak benarkan langsung dia beli kat kantin sekolah. Tapi la ni bila anak2 betui2 enjoy ngan bekal dia.. Aku lagi bersemangat nak masak hari-hari. Memang adakalanya perbuatan kita ni nampak kecik tapi effectnya memang besaq kat anak-anak.  So aku harap kerana bekal aku ni akan menerbitkan lebih banyak nilai2 positif dalam diri depa Insya Allah. Air tangan ibu kan pengikat kasih syg ibu dan anak. ^___^

ok. Thanks for reading!
Wassallam..

Raksasa

Assallamualaikum..

Sewaktu menanti azan subuh aku dok belek2 la we chat aku ni.. Tiba-tiba Adam datang nyendeng sebelah aku. Ternampak la pulak budak bam bam ni header we chat aku ni yang baru ditukar 2 hari yang lepas..... 


Dengan pantas Adam berkata...

Adam : Mummy mummy.. mummy ni raksasa ea.. Ada tiga lagi mummy Raksasa!

Mummy : ( Ignore sambil jalan menuju ke bilik)

Adam : Huh nasib baik Raksasa ni comelll! 

Mummy : ( Hamboiii...!)

Wow Adam cakap mummy comel .. Yeahhhhhhh!!  Almaklumla Adam ni jenis susah nak puji.. Ngutuk lagi ada la, berbeza sungguh dia ngan Mukhriz yang senantiasa bersifat romantikus tu... Hhehhee

Ni la keletah anak-anak yang aku kena hadap saban hari.. Adakalanya
meledakkan rasa seperti ledakkan gunung berapi... Adakalanya semanis kurma yang tergimbau2 akan manisnya..! Walaupun kurma itu sekadar terselit dicelah gigi.. Hehhehe ^___^

Wassallam..


Monday, 16 February 2015

Kerana sebiji bola

Assallamualaikum..

Dah menjadi lumrah buat anak-anak lelaki ni , hobi masa lapangnya semestinya dengan aktiviti lasak.. So aku pun tak terlepas ngan situasi ni.. Hero-hero aku ni memang suka gilos main bola sepak.. Katanya nak kejaq piala sekolah, nak jadi juara katanya.. so aku kata oklahh.. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang.. Dorang main kat laman sekangkang kera depan umah.. Hamboii tak cukup ker main kat sekolah ngan padang taman petang2 tu anak-anak oiii . Huh! Memang menguji kesabaran sungguh tau!

Waktu main bola kat padang normally aku letakkan syarat start kul 6.00 ptg, so bole la mandi ker, solat dulu ker sementara menunggu  tu , tapi ni tak...Main bola sampai berdentam dentup depan umah.. Hadoii! Sakan tunjuk skill konon.. Podahh! ( habaq kat sini ja, depan anak angkat rotan ! Tunjuk kuasa veto katakan.. Hehehe)

Pappp!! Bommm! Tummm! Gedegang! Habis habis.. ! 



Kena cermin kete, kena sliding door, kena tingkap bilik aku , kena pasu bunga aku (kes sebelum ini sebelum mummy sedekah kan semua pasu bunga mummy kat orang).. dan  belum lagi ayng  tersepak kena rumah  jiran sebelahhh..

Apalagi aku capai pisau, amik bola.. Toreh ! so habis segala angin bola keluaq.. Fuhh lega...! ((angin bola je ye..hahaha) Terkebil-kebil dorang tgk mummynya.. Hah sapa suh tak nak dengaq cakap mummy.. Rasakannn.. Bukan kejam tau! Ni satu pengajaran.. Bola sepakknya mainnya dipadang, bukan depan umah.. 

Aku bukannya garang tak kena gaya tapi aritu ada ke patut pakat ngan jiran sebelah jgn habaq kat mummy dorang pecahkan lampu luaq umah.. (hasil siasatan dan penceritaan semula oleh jiran sebelah umah) pakat la mummy pulon heran pasaipa la lampu luaq ni tak nyala, padahal dah on suis ni, rupa-rupanya lampu  dah tak dak.. Mummy geram hokay! tak pasai kena panggil orang tukaq lampu, bukan lampu ja , plaq dia pun hampir tertanggal dan rosak.  Lebuq!

Cer tgk betapa bijaknya pakatan adik beradik ni..kan tak pasal2 mummy dah terbalas dendam.. Layann sgt bola kann.. Rasakann.. Heheheheh sekali sekala kejam tak salah kannn.. So sapa-sapa yang ada anak hero yang masih kecik dan mempunyai adik atau yang hampir sebaya.. selamat menghitung hari untuk saat ni. Tapi moment -moment ni bukan selalu pun... hehhehe

ok .. Thanks for reading! Wassallam..

Sunday, 15 February 2015

Birthday Treat : A Famosa Water Theme Park

Assallamualaikum..

Melankoli sungguh nak bawak anak-anak  pergi A Famosa ni.. Hadoii.. ( macam-macam sungguh aku ni kan) .. Hehehehe tapi mengenangkan dah janji, so kenalah tunaikan ye idokk..hehhee

Adam ada mintak birthday present tuk birthday dia aritu.. Dia claim pergi Water  Theme Park.. Memandang semua theme park kat Melaka ni aku dah pi , so aku cadangkan pergi ke sini je. Nama je dok Melaka dah berpuluh tahun, pergi A Famosa pun tak lagi.. hadoiii punggah sungguh mummy ni kan!  hehehhe . hah?! Ni pun penat tanya Encik Google best ker idak.. Hahhaha dasat tak?

Dari Bandar Melaka ke A Famosa ni mengambil masa lebih kurang 45 minit ... Actually ni 2nd time aku masuk sini,  dulu pergi sebab shoot pre -wedding, so arini pergi sekali ngan kids pulak. 

Okay sebab pergi waktu weekend so harga tiket ada up sikit ye...

WEEKENDS ENTRANCE FEE

Dewasa : RM 42
kanak-Kanak: RM 37
Operation Hour : 9.00 pagi-7.00 ptg

WEEKDAYS

Dewasa :RM 37
kanak-kanak : RM 32
Operation Hour : 11.00 pagi- 7.00 malam

kalo nak beli online pun bole gak.. Maybe ada dis% lagi rasanya.. Tapi memandangkan aku decide nak pergi dah last minit so online dah xbole da. Rasanya last booking 2 hari sebelum pi kot. 

Tiket ni sekali pakej ngan makan tengahari tau.. Menu option yang diberi adalah Nasi +Ayam Masak Kicap, Nasi + Ayam masak kari, Bubur Ayam dan Nasi + Ayam masak halia. Air  ada mineral water, teh bunga, soya , ice lemon tea..So pandai-pandailahh pilih na.. ok untuk loker ada dua jenis satu yg besaq gedabak RM 12 ( bolelah masuk 4,5,6 bag).. dan yang kecik RM 4( 2 beg).. ianya dibeli dan diberikan dalam bentuk token. so sekali masukkan token kat loker tu sekali tu je la.. Kalau nak bukak tutup loker tu ,  bayau lahh berkali-kali na.. Hehehehehe 

Pelampung.. Ada macam-macam jenis pelampung tau.. Ada tuk sorang, tuk dua orang, tuk baby dan tuk family..  tapi yang aku ingat dan paling femes .. Yg sorang ngan dua orang . Yang sorang RM 8 dep RM 8.. So kenalah bayaq RM 16..  Tuk yang double RM 10 Dep 10 total RM 20. Nanti bole refund balik, asalkan jgn hilang tag kat tangan tu ye.Almaklum la nanti korang main games tu sampai lupa diri.. Habis hilang segala bagaikann.. Heheehe 

Ni sempatlahh jugak aku snap pic harga tiket kat kaunter sementara dok beratuq panjang ni.. Hehehehe

View kat sini memang cantik.. games pun banyak gak.. terbahagi kepada 3 section.. Kids, family dan adventure.. So aku cari yang family ngan kids je la.. Yang adventure tak berani  aku nak cuba  .. Takut lain lak jadinya... 

Anway kat sini ada penjaga yang menjaga keselamatan kat sini.. sentiasa je standby ngan wisel tau.. so don;t wori sgt k pasal keselamatan tapi jangan lak lupa diri so bermainlahh dengan berpada-pada na..hehhee


Wave pool.. Rasanya la.. Ada je signage tapi malas nau aku nak baca...Hehhehehe

ni lazy river kot.. Ombak dia ala-ala manja gitu.. Hehehehe tapi air kat sini  walaupun manja tapi bersih k.. 


Ni section tuk kids..Kids Adventure Play Pool. Memang betui2 santai, air pun paras keting je.. Walaupun air paras keting banyak gak ngan mak pak join sekali tau. Heheehe Ada lagi satu tuk kids  namanya Arabian Village... Atas sekali. 

Lazy Pool..

Sandy Beach. Waktu aku mai, dorang tengah set up set tuk Valentine dinner.. ada booth kissing kissing lagi u.. Ouchhh...

hah?! waktu dalam kul 2.30 petang, masing -masing dh kebuluq, paling kebuluq Adam la.. Macam biasa! Padahal kat umah 2 pinggan nasi goreng dia hadap.. Hurmmm macam ni nak dapat six pax.. Jangan haraplahhh.. Hahhaha

Ni set aku. Nasi Putih + Ayam kari+ sayur+ keropok.. Sedap hokay!  tak silap aku harga set ni kalau beli RM 12 tak termasuk air. 

Ni set Adam ngan Mukhriz . Nasi Putih + Ayam masak kicap + sayur + keropok. 

Ni muka mamat cool  sedang menikmati hidangan . Hehehe

Makanan ni bole claim pakai resit.. Dia aada sediakan resit tuk lunch tau.. Jgn tercicir atau buang tau. Aku simpan ni kat dalam loker.. So bila nak claim lunch.. Hangus lagilahhh duit loker RM 4..  So  lain kali jgn lupa beli waterproof pouch bag ye.. Takla macam aku hangus memanjang..Huhuhu 

Settle makan.. Anak2 aku terjun lagi..  Hadoiii bila nak balik ni..  Dari pagi sampai petang tau.. Naik bosan mummy tau!  Korang xpelahh ada geng.. Mummy sorang2 jugak.. Sob sob sob..

so jadilahh aku tukang amik gambaq tak bertauliah... merakam moment2 yang best  tuk dorang sebagai kenang-kenangan..


Paling lama kat sini la..kat depan tu tempat ombak dilepaskann.. Syokkk gakkk.. Taklahh heavy sangat kan..  Yang bestnya, tgk dorang tunggang terbalikjelahh.. Hehehhehe ( Notty tau mummy ni....)

Jam dah menunjukkan kul 4.30 ptg .. Hadoiii asal aku ajak balik Mukhriz cakap kita bayaq mahai mummy so kita kena balik sampai dorang tutup la.. Punggah!! Oiii kita sampai sini kul 11.00 pagi tau! so memandangkan aku dah bosan.. Aku sumbat bag kat loker , aku terjun sekali ngan dorang.. aku dok je dalam pelambung tu,  tido dan lepak !.. Aku pesan jangan bagi mummy jatuh, kalo jatuh terus balik.. Hahahahha sorang pun tak berani jatuhkan aku.. Ahhahaha kejam tak?! Keh keh keh...


Akhirnya balik jugak.. Meh posing lompat-lompat kat sini mehhh.. 

Posing kat kereta kebal sebelum pulang.. Yeahhh... 

Ok thanks for reading.. Wassalam..

Wednesday, 11 February 2015

Resepi : Asam Pedas Melaka

Assallamualaikum...

Masak.. Masak.. Masak....Arghhh kadang-kadang memang bosan... masak hari-hari ,  sampai dah tak tau nak masak menu apa lagi.. Dah la hero-hero aku ni tekak melayu sejati.. Memang penin la mummy.. Western memang dorang tak nak langsung. Hampeh!  Pernah gak aku masak spagetti bolognise dan beberapa menu western yang lain.. Tapi ermmmm! Tak pasal2 aku kena masak tengah-tengah malam... almaklum la mummynya risau! Nanti dorang tak makan bekal, hadoii kebuluq lak anak aku.. Dah la kelas dari pagi sampai petang. Cian nanti kuruih anak mummy tau!  Hehehe

 Adam : Kita nak pewott kita ada  6 pax la mummy.... 
Mummy : Ehhh tu bukan 6 pax la syg tu 6 layer ..hadoiii!
(Hahahhaa (anak oh! Anak)

Normally aku masak malam, so pagi2 esk aku tak payah bersusah payah nak masak.. Cukuplah sekadar goreng cekodok ker, buat roti bakar ker.. Jadilahh buat alas pewott sementara menunggu  waktu rehat kat sekolah nanti....

Sebelum aku merapu lebih jauh meh aku share resepi Asam Pedas Melaka . Kenapa Asam Pedas Melaka? Sebab kalau asam pedas Johor dia bubuh daun kesum dan kuahnya cair sikit jika nak dibandingkan dengan yang Melaka , dimana asamnya lebih dan kuahnya agak pekat dan lebih pedas. yum yum


IKAN PARI MASAK ASAM MELAKA

Bahan-Bahannya :

Ikan Pari (kuantiti ikut suka)
6, 7 batang kacang bendi 
(saiz sederhana besar, sebab yg kecik/sederhana ni rasanya sedap...lembut)
satu sudu besaq asam jawa adabi
4 keping daun limau purut
3 batang serai
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Cilli kering yang telah diblend bersama 
bawang merah (3 biji) , kunyit hidup ( 2 inchi)

Cara Masak

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend 
sehingga pecah minyak dan harum mewangi.
Masukkan serai (telah diketuk) dan  daun limau purut , tumis bagi serasi.
Masukkan air (3 cawan)  dan asam jawa.
Masukkan ikan, garam dan bendi. Biarkan sampai mendidih. Tunggu sampai bendi lembut.
Angkat dan hidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi dan juga roti..yum yum yum
Model tak berbayar sedang menikmati Ikan Pari Asam Pedas sehingga melupakan orang lain yanng tak makan lagi..huhuhu sadisss..!

Thanks for reading..! Wassalam..





Tuesday, 10 February 2015

Aktiviti hero-hero weekdays

Assallamualaikum...

Lately ni anak2 semakin busy dengan aktiviti -aktiviti harian dorang, apatah lagi mummynya .. Berbusy-busylahhh! Siang malam semua aktiviti pasal anak.. memandang Mukhriz dah nak UPSR tahun ni dan Adam dah darjah 4, so pihak sekolah masing-masing dah mengeluarkan jadual aktiviti masing2. Adam dah wajib  hadir ke kelas tambahan setelah tamat waktu sekolah ,  aktiviti co-curiculumnya (Art Class, U'su, Bola sepak) dan tuisyen aka transit school (personel). So yuran tak yahlah  tanya memang melambung-lambungla huhuhu. (Termenung kejap... ) Mukhriz pulak dengan kelas tambahan kul 7.15 pagi dan lepas habis kelas.. Memang padat. Aku busy apa?? Busy memasak dan mencari pendapatan tambahan..  Sebab hero-hero ni sekarang semua nak bawak bekal. Dulu Mukhriz tak nak bawak bekal sebab tak mancho kununnya (almaklumla sekolah semua hero2 belaka.. ) ... Tapi skrg hari-hari nak bawak tau. Punca? Sebab kawan-kawan dia puji mummy dia  masak sedap..hahahha sedaplahh sgt (mata keatas dan tangan dibahu.. Ouchh!) Siap ada yang nak tempah bagai... so memang taklah nak terima.. Nak masak tuk dua orang ni pun dah tak larat, inikan pula tuk orang lain.. Adam lak memang bawak bekal tuk sekolah petang dari dulu lagi. Almaklum la dia kan sekolah cina. So tak bolelah beli makanan kat kantin macam abangnya. Bezanya kuantiti masakan kena lebih banyak la.

Itu citer siangnya.. malam lak sibuk dengan kelas agama. Belajar solat, ilmu-ilmu agama dan juga mengaji. Nak harap aku yg ajar , alamatnya aku tido berdiri la jawabnya. Tak mampu mak!  lagipun aku sendiri pun masih mengejar ilmu yang tiada titik noktah ni.

Ada diantara aktiviti sekolah Adam yang paling aku suka  adalah Art Class. Hhehehehe kenapa?? Sebab ni juga sebahagian dari minat aku yang dah lama aku tinggalkan.. Dengan harapan ada yang mewarisi minat aku ni. Almaklum la dunia IT sekarang makin moden. Kesibukkan kerja tidak mengizinkan aku memegang brush, colour pencil dan lain-lain tapi aku kini lebih sibuk memegang mouse dan menghadap komputer sampai naik juling bijik mata ... Hahahaha

Ok berbalik citer pasal Art Class Adam  , meh aku kongsi sedikit hasil lukisan Art Class oleh Adam ni... Jeng jeng jeng


Hasil dari 1st  class Adam. Lukisan abstrak.Serius aku tak tau anak aku bole mewarna. Sebab dia memang tak de kesabaran bermain dengan ton color. kalau melukis bole la .. Bagi 10 helai lukisan pun dia bole lukis dalam waktu yg singkat.. Dengan cara dan gaya dia yang tersendiri .


Ni hasil tuk second class dia.. Arini la. Perghh bagiku ianya cukup cantik.  Hasil kanak-kanak berusia 10 tahun yang tak reti duduk diam dan jarang bole fokus pada aktiviti mewarna sebelum ini. 

Actually Art Class yang dianjurkan oleh pihak sekolah Adam ni takdelah mahal sangat yurannya jika nak dibandingkan dengan Art Class  swasta. 

Art &Craft (1/2 tahun pertama ) RM 15
Printing dan paper Fee : RM 12 setahun
Art Fee setiap bulan RM 38
So Total bagi permulaan Fee RM 68. 
So bg aku murah la jika nak dibandingkan dengan yang swasta kat luar sana yang beratus-ratus tu. 

Opsss tidak lupa sediakan Crayon 48 pcs/70pcs , poster color, pencil 8B ( mata besaq macam charcoal gak tapi dia pencil dan pekat hasilnya), flourocent crayon , colour water plate, set brush dan bahan-bahan yang berkaitan.

Tu citer pasal Adam , berlainan pulak dengan Mukhriz yang lebih suka pada aktiviti melibatkan sains, ujikaji , robotik dan repair-repair. Nasib takde aktiviti tu kat sekolah kalau tak confirm aku registerkan Mukhriz. Dengan harapan Mukhriz akan ciptakan aku satu robot yang bole  buat design dan juga membuat keje rumah. So aku bole tidoq awai ...takdela mata  den lobam2 poie koje.. Hehehe.. oklahhh sampai sini je entry aku tuk kali ni.. Dapur dah panggil2 aku tu suh diasapkan.. See u next time.. Hehhehhe byeee

Wassallam.. Thanks for reading!

Friday, 6 February 2015

Lunch Date with Mukhriz

Assallamualaikum...

Lunch date arini dengan budak bam bam, Mukhriz .. Arini kena amik dia dari sekolah sebab beg dia berat sangat.. Hadoii tak sanggup nk bagi dia jalan tengah-tengahari buta  dengan beg berat lagu tu ke opis mummy..

so sebab alang-alang  dah keluar.. Aku park kete terus ke Dataran Pahlawan.. Lagipun arini rest lama.. So meh la cuci mata dan isi pewott walaupun tak lapaq mana.. Hehhehe . Actually aku ni teringin nau nak makan ABC Ice Batu Campuq.. yang selalu tak memenuhi iso tekak aku.. so aku bawaklah hero aku yg sorang ni ke Food Paradise Dataran Pahlawan..

Rasa dah lama gilos  ke sini, sampai adik tukang masak teguq aku  kata "kenapa akak dah lama tak datang.." Sibuk dik aku jawab.. biasa jawapan standard.. Nanti kalo aku jawab detail kang sampai esk tak habis.. Hehhehe


Untuk Mukhriz aku orderkan Nasi Goreng Seafood.. serius lumayan! Dengan udang dan sotong yg besaq2.. Yummy.. Tambah pulak disediakan satu slice Tembikai susu sebagai desert..Harga RM 6.90 bagi aku berbaloi la . Mukhriz cakap sedap mummy sambil suapkan sesudu dua nasi ke mulut aku.. Grrrr budak sorang ni memang romantik sungguh.. Ehheehe 

Ni ABC yang aku nak tu harga RM 4.00 satu bekas besaq ni... ok sedap walaupun takde ice cream...

Ni Mee Siam.. tapi kat Stall Singapore. Sedap cuma masin sikit.. tapi udang dapat 2 ekoq yang besaq2 + satu slice tembikai susu jugak.. oklah dengan harga RM 6.90. keje kat area opis aku ni tak bole memilih sgt.. Dengan nak redah jem , kalau keluar kunun nak dapat yg lagi murah memang tak berbaloi...

ni air Mukhriz , dia nak order Milo ice tabuq xtak dak pulak.. So dia order Teh o Ice Limau.. RM 1.20. 

Muka budak balik sekolah sedang menikmati hidangan tengahari.Cian hari-hari kena makan masakan mummy.. so arini bagi can makan luaq k.. nanti adik dah habis tuisyen atau free2 nanti kita bawak adik pulak pergi jalan dan makan-makan.

Pemandangan dari tingkap meja aku.. Heritage Hotel tang sedang dalam pembinaan.Melaka makin dipenuhi hutan konkrit walaupun ianya berhampiran dengan tapak-tapak warisan dunia. 

Ini budak sedang main test-test spec yang ada kat gerai-gerai dalam area Food Paradise ni.. Encem tak saya?! ..hahahahaha..Ok tu je tuk arini bye. Wassallam..