Wednesday, 11 March 2015

Ada apa kat langit?

Assallamualaikum...

Mukhriz ni ada satu perangai yang aku nak katakan ala degil macam aku gak.. Hahahaha  Saban hari balik je dari sekolah dia akan tanya kat aku.. Especially kalo dia penat dan ada benda yang tak best jadi kat dia pada aritu... Konon nak cari penawarlah kot! soklan nya adalah... Jeng jeng jeng...Mummy , Mummy...sayang kita tak? Banyak mana? ( sambil kelip2 mata ditambah manis senyum dibibir ngan dimple sebelah kanan dia tu.. Hadoiii melting hokay! ) Rasanya adalah 10 kali dan kadang2 lebih sehingga dia puas hatilah ngan jawapan aku.. Nampak simple je kan.. Tapi kalo dah tanya sampai 10 kali dan lebih.. Nak nak kalau aku tengah banyak keje.. Arghhhh memang bole jadi gaduh kang! Hangin oooo...

Selalunya aku jawab .. Syggg.. Syg sangat!  Tapi selalu jugak dia tak pernah puas hati ngan jawapan aku tu.. So satu hari tu aku jawab ala-ala ayat Zul Ariffin bagi kat Ayda Jebat dalm citer rindu 200% tu.. Macammmm, bukan sama tau! Hehehehe muah ciked!

" Abang.. Malam nanti lepas balik ngaji  abang tengok kat langit.. ( tapi kalo hujan nasib laaa ye..hehehe Bisik hati kecilku..) abang tengok je kat langit tu ada apa? Mukhriz pantas menjawab setelah tekun mendengar setiap bait kataku.. kat langit ada bulan dan bintang.. Tapi kadang-kadang aeroplane pun lalu gak mummy..hhahahha sekali sekala aku terkena jugak ngan Mukhriz ni. akai panjang!  Hishh main-main pulak si Mukhriz ni..  Ada yang kena piat telinga nanti kang! :p Kat Langit ada bintang sygg.. banyak tak abang? Soal ku pada Mukhriz... Banyak! Mukhriz menjawab sepatah. Kalau abang nak tahu macam tu sayang mummy kat abang dan adik..   Ooooo macam bintang.. Banyak tu mummy.. Macamana abang nak kira.. Spontan jawabnya persis anak kecil.. hah! Baru abang tau macamana mummy syg abang.. Tak terkira tau... Tapi kalo satu nanti abang dapat kira sila bgtau mummy k..hehhehe ( acah je, buat kang satu hari dia kira sungguh .. Masak aku..!) hahahahha  tau takut!  Nampak nya jawapan aku kali ni dibalas dengan senyum simpul .. Puas hatilah tu kot.. Tapi kalo satu hari nanti kalau abang nak tanya mummy lagi.. Abang tengok je langit..  Nanti abang akan tau erti sayang, cinta dan sebuah pengorbanan.. ;D



Sori entry kali ni agak mengedik sikit.. Hahahaha.. Kata buat nota kan.. So ni nota mummy untuk anak2 nya.. Oklahh thanks for reading.. Wassallam..

Tuesday, 10 March 2015

Zombie ?

Assallamualaikum...

Arggggggghhh... Sakit! Pekik aku...

Adam & Mukhriz : Mummy.. mummy.. kenapa?

Mummy : Tangan mummy kena gunting waktu basuh pinggan tadi.. Luka..! Darah banyak ( ayat penuh minta simpati tamabh  ngada2 sikit kan.. walaupun tak sakit mana pun.. Kekkekeke)

Adam : Tu lahh mummy... ( Tiba-tiba ayat seolah-olah  terbantut..) Mungkin dalam hati Adam berkata , kalo dia cakap lebih kang  , ada yg tak makan dinner nanti ,  tak pun takde bekal tuk sekolah esk..) tak ker parah..! Hehehe

Mummy : Habis macamana mummy nak masak ni? Muka ala-ala sekupang lima det..! ( Berlakon kenalah lebih sikit kan.. Kikiki kata cita2 nak bergandingan ngan Adi Putra tak pun Zul Ariffin.. So inilah masanya tuk praktise !.. Eh?!)

Adam : Mummy dulu kan Adam pernah tengok citer apatah.. Dia kata macam ni..

 " Kenapa sayur ni tak sedap macam semalam.. Beta nak kan yang macam semalam..! Paham..! Dipanggilnya tukang masak dan disuruh ceritakan hal yang sebenarnya... lalu tukang masak tanpa berlengah lagi, teruslah menghiris jarinya . Pabila terbit  darah.. tukang masak itu  terus memasukkan ke dalam makanan Raja , kemudian dipersembahkan dan dihidangkan kepada Raja. Raja memakan makanan yang hidangkan itu dengan cukup lahap dan amat gembira sekali  ...Akhirnya Raja keluar taring dan terus  jadi zombie...! 

(Waktu Adam citer.. Mukhriz dah melopong.. Biaq betui adik aku ni?! , katanya dalam hati . #mungkin..)

Mummy : Zombie?! Citer apa ni dik...Kalo Raja Bersiong last sekali ada jadi zombie ker..? Ehhhh.. Tak kan kot...

Oklah mummy try buh darah mummy sikit.. Tengok ada yang jadi zombie tak esok pagi.. Hehhehe .. Korang rasa..?! 
.
.
.
.
.
.
.

Jeng jeng jeng..hehehhehehe memang taklahhh! 

Sekian.. Thanks for reading!

Sunday, 8 March 2015

Abah


Assallamualaikum...

Tiba-tiba rasa sedih pulak tgk citer "Harus Berpisah " ni.. Lakonan Ogy (isteri) sebagai Cikgu Yon dan juga  Nasir bilal Khan (suami) sebagai Guru Besar Atan. Suami Isteri yang cukup romantik, tapi bila suaminya disahkan sakit alzhaimer( lupa ingatan) segalanya mula berubah . Cikgu Atan mula lupa akan isterinya, anak2nya dan juga orang disekeliling. Tapi anak2 dan isterinya tak pernah berganjak walau sejengkal untuk menjaganya. Banyak cabaran yang harus dihadapi isteri dan anak2nya sehingga keakhir hayatnya.  Apalagi makin banyaklah habuk masuk mata aku. 

..... Tiba-tiba teringat pulak dekat abah... Waktu abah sakit aritu.. Aku mandikan abah, suapkan abah makan sedangkan airmata ni laju menitis tiada tertahan. Abah kata awat along menangis, abah sihat lagi okay sambil mengeluarkan bait-bait kata lucu supaya aku tak sedih. Abah.. abah! Seperti biasalah tak pernah lekang dengan lawak jenaka.  Abah kurus sangat waktu tu..  1st time aku tengok abah macam tu.. Seumur hidup aku tau! Tengok abah lemah dan terlantar diatas katil , tak pernah terlintas untuk aku gambarkan. Pilu! Sedih! Sedangkan abah seorang yang amat kuat dan tak pernah kenal erti kalah. Terutamanya untuk mengapai cita-citanya yang setinggi langit. Aku sedar aku bukanlah anak yang terbaik untuk memenuhi impiannya ... Aku bukan secekal abah, baru je diuji .. Aku dah hampir tersungkur.. Aku tak sekuat abah, aku tak secekal abah, aku bukan anak yang bijak seperti anak orang lain seperti yang abah impikan, anak bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti impian abah. Tapi aku ada sebuah janji yang menjadi impian aku untuk abah.. Insya Allah akan ku simpan janji tu untuk abah.. Wahai abah along doakan abah terus sihat , kuat dan terus hebat dalam meneruskan cita-cita untuk dunia dan akhirat.. Amin. Moga dengan lanjut satu lagi angka dihari lahir  abah ni, segalanya akan jadi success! Bersama isteri yang tercinta iaitu mama. 

Wassallam..

Monday, 2 March 2015

Duck Tour Melaka

Assallamualaikum...

Duck Tour..? Pernah dengaq tak...? Aku ni namanya dah dok Melaka berpuluh tahun tapi produk pelancongan Melaka  yang satu ni memang tak pernah test, dah la depan opis je..hehehhe Tapi bila dapat je tiket free apalagi laju jelahhh... padahal dah berpuluh kali dan dah berbuih-buih mulut Adam & Mukhriz mengajaknya tapi memandang tiketnya yang bagi aku agak mahal, aku pekakkan telinga bila hero2 ajak naik..hahhahaha kejam tak?? Kikiki Almaklum review yang aku baca dari blog semua tidak memberi komen yang memberangsangkan jika bak dibandingkan dengan harganya. So bila dapat free ni barulah ada can nak try..ekkekeke

Harga Tiket Duck Tour 

Dewasa : RM 37
Kanak-kanak : RM 28
( bole dibeli dikaunter tiket Duck Tour bersebelahan Taming Sari)
Waktu Operasi 
9.00 pagi -5.00 ptg ( last jalan)
( Duck Tour ni jalan sejam sekali .. So kalo penuh silalah tunggu next trip pulak ye)

Duck Tour ni merupakan sejenis bot dua alam, darat bole,  laut pun bole da... jalan pun memang sebijik macam itik pulang petang... Erkkk lembab! Almaklum la usia pun dah 54 tahun . Ianya merupakan bot peninggalan british yang telah diberi nafas baru dan dikomersialkan bersesuaian mengikut peredaran zaman seiringla dengan Melaka Bandaraya Bersejarah ni kan..


Ni lah rupanya Duck Tour

Kaunter Tiket Duck Tour yang bersebelahan dengan Menara Taming Sari.

Duck Tour ni mampu memuatkan seramai 30 orang penumpang sahaja, lebihan muatan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sebenarnya aku sampai lebih kurang jam 3.30 ptg tapi hanya tinggal satu seat.  So  aku minta staff kaunter tu booking seat tuk aku for the  next trip  aka last trip kul 5.00 petang. 

Oh lupa nak habaq , aku naik duck tour ni dengan Adam je, Mukhriz tak ikut, sebab merajuk ngan aku. So berdua je lahh... aku agak rushing sikit sebab dateline tuk tamat tempoh tiket ni 28 februari 2015, so masa nak pujuk memujuk Mukhriz memang xdan la.. Tiket ni pulak valid tuk weekdays je, weekend xleh.  Huhuhu Nasib baik xberapa nak best, kalo best wajib aku return balik bawak Mukhriz.. hhuhu

Staff yang bertugas memberi penerangan serba sedikit tentang Melaka


 View sebelum Duck Tour ni turun ke laut.


Kanan :  Menara Tinjau
Kiri : Kapal Zheng He yang dapat di lihat dari kejauhan sewaktu melalui jalan ke Masjid Selat.
 
 The Jetty



Melaka Raya

Holiday Inn

Masjid Selat

Sepanjang menaiki duck tour ni aku dan penumpang lain telah diberikan banyak  penerangan tentang sejarah Melaka, tempat-tempat menarik, port makan best, kaum-kaum yang terdapat di Melaka dan tak lupa juga
produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka. Opcoz tuk aku ni yang acap kali mendengar
tentangnya agak penin dan muak... bukan sebab bosan, tapi dia membebel non stop.. Hallooooo i tak dapat feel the view hokay...

Terdapat dua orang  driver tuk Duck Tour ni.. Satu driver darat dan satu lagi driver laut.  Perjalanan dimulakan dengan menyusuri Kawasan Banda Hilir, Melaka Raya dan terus berlepas ke laut di Pulau Melaka bersebelahan dengan Masjid Selat. Waktu kat Masjid Selat ni lah sesi bertukar driver berlaku . Agak terkejut apabila driver laut memanjat body bot tanpa ada apa-apa pemberitahuan. Kalo ye pun habaq la dan berilah penerangan sikit  mengapa perlu tukaq driver .  Adam agak terkejut memandangkan kami duduk di seat yang paling hadapan sekali.huhu .. Ingat kan perompak!.. huhu 

Bagi aku view yang cantik hanya kat Masjid Selat dan Kapal Zheng He je.. Tang lain hampeh.. Takde yang menarik, dia pusing-pusing hanya disekitar tu je , The Jetty, Belakang Holiday Inn... Ehh tu je la, pastu dia pusing balik.. Naik ke darat. 

Sesi kuiz pun bermula...  terdapat tiga soklan  

1-Berapakah Ketinggian Bangunan Taming Sari?
 110 meter .

2-Berapakah usia Duck Tour ni ?
 54 Tahun

3- Apakah nama kapal yang terdapat di selat Melaka ni ?
 Kapal Cheng Ho (5 Cheng Ho)

Hadiahnya merupakan wisel berbentuk mulut itik.. katanya limited edition, duck tour je yang ada.. Kikiki  iyolahhh tu! Sejurus je habis soklan kuiz, sampailah sudah kami di hadapan Taming Sari.

Akhir kata di ucapkan terima kasih pd  yang telah mensponsor tiket duck tour kami..  Dengan ucapan kalo ada tiket free lagi.. Sila habaq la mai kat kami na.. Hehhehehe  Anw Thanks for reading!

Wassallam