Monday, 20 April 2015

Adam sayang mummy!

 Assallamualaikum..

Pagi ni rutin aku seperti biasa.. Bangun pagi, kejutkan anak-anak bangun sekolah, buat breakfast , siapkan makanan untuk makhluk tuhan paling comel tu.. Ala sapa lagi Icha, Jerry dan Tom tu la, anak angkat kecilku yang ada ekor tu la....hahahhaha

Anak-anak agak liat bangun pagi ni, mungkin sebab penat kot almaklum la penat  ulang alik dari rumah mummy dan daddynya sebab mummy agak busy menguruskan Pameran sempena Festival Silat. Cian lak dorang.. 

Mukhriz bangun dulu dari adiknya..tu pun setengah jam jugak nak mengejutkannya. Tiba-tiba rasa suhu badan Mukhriz lain dari biasa. oh demam panas rupanya anak mummy sorang ni. Apalagi aku kejutkan dia suruh bangun dan mandi. Sekurang-kurangkan panas tu surutla sikit. So dia Off la arini. Aku?? Dengan berat hati terpaksalah jugak off walaupun dalam kepala aku ni listing keje yang nak disettlekan arini dah panjang lebar. Ala demi anak kan.. Lagipun cari duit pun tuk anak gak kan. 

Budak demam. Terpaksa pakai selimut pink mummy yang selalu mummy guna bila  travel. Sabo la syg.. Nak wat macamana dah mummynya hantu pink.. Kikiki

Bila tenung muka Mukhriz yang tengah sedap letak kakinya kat atas riba aku ni teriba teringat pulak kat Adam yang aku dah hantar ke sekolah pagi tadi. Yang sorang ni mengadu penat arini. Yelah dok ngan daddy main je la keje nya. Balik umah terbongkang  penat!. So mummy janji ngan dia balik sekolah mummy amik . Berbungalah hati dia tu! senyum sampai telinga..

Tetiba teringat bait kata-kata Adam yang masih terngiang-ngiang di telinga aku hingga hari ini. Sebenarnya aku balik lewat sejam pada sabtu lepas baru ni dari yang aku janjikan padanya. Sampai dia call la aku tanya bila nak balik. hadoiii! Sori Adik.... so aku cakap , nanti mummy balik mummy bunyi hon je adik terus keluar dan kita pergi makan ea. 

Bila dia masuk je dalam perut kete ku.. Dia mula mengomel.. 

Adam : Apa lah mummy ni kata nak balik awal lepas habis aerobic tapi ni balik lambat penat tau Adam tunggu.

mummy : Sori sayang.. mummy tak sempat aerobic pun arini, banyak sangat keje mummy kena siapkan siapkan.. sori ye..

Adam : Takpe lahh.. mummy .. Adam nak cakap terima kasih ye  sebab bawak Adam ke tempat kesukaan Adam . Mummy ni macamana sibuk pun mesti bawak pergi tempat kesukaan Adam ni setiap ari sabtu. Terima Kasih mummy. Adam nak peluk mummy bole?

Mummy : ( Hadoii syahdu la pulak... Nasib baik tgh lampu merah) Dengan pantas Adam memeluknya mummy ketat-ketat. Aku hanya menjawab terima kasih dan terus tersenyum dalam gelap malam yang makin memekat ke seluruh pelusuk alam.

Sori aku ni memang cepat tersentuh sikit bila anak-anak aku ni berkelakuan romantis gitu.. Yelahh anak aku ni bukannya lemah lembut, sopan santun macam anak orang lain. Dorang ni amat lasak dan talkactive . Pada sapa yang tak kenal tu ... Memang pening la jawabnya.Ingat ye brutal tak semestinya tak romantis tau! Hahahhaa Fikir -fikirkanlah dan selamat beramal.. Aichewahhhhh

Tu je aku nak ngomel tuk entry kali ni. Thanks for reading ! Wassallam

Wednesday, 15 April 2015

Telatah anak-anak

Assallamualaikum...

Merujuk perkara diatas adalah dimaklumkan ehhhh ! .. Hahahhaha macam poyo je ala-ala sedang menulis surat rasmi gitu, almaklum sibuk nau buat surat dan hadap email je akhir-akhir ni, hampir terbawak-bawak gaya penulisan surat rasmi ke blog ..kikiki.. lately aku ni busy nau gamaknya.. Kadang-kadang tu nak makan pun takde mood, dok kat opis aku  layan perasan dan bermonolog sendiri.. Perghhh jiwang habis.. Bukan apa bila kita bermonolog sendiri kita dapat berfikir secara waras mana yg perlu buat dan tak perlu buat , dan acap kali juga ,  ianya cukup berkesan buat aku. Korang try ler.. Mana tau serasi.. 😉

Tapi satu benda yg aku tak bole miss walau busy macamana pun adalahh... Jeng jeng jeng, layan cerita anak-anak aku la... Serius bole hilang stress walaupun rumah aku dah jadi macam pasar malam riuhnya... Sabo je la.. 

Aritu aku lambat pick up Adam balik school, rasanya dalam sejam la lambat.. Sian anak aku.. Dah la public phone sekolah tu cekik darah suka benau telan duit anak aku.. Aku lak tengah sibuk online kat phone .. Hah?! camana nak angkat kan.! So bila sampai je depan pintu sekolah.. Dia..?? Adam macam biasalahh relax dan cool je... Habis kuat dia akan cakap kenapa mummy amik lambat cian Adam tinggal sorang-sorang... Alahai cian anak mummy! Tapi mostly dia ok je.. Lepas explain,  everything back to normal..kemudian dia sibuk la cerita itu dan ini.. 

Kes praktis syarahan dia la.. Pasal cikgu lantik dia jadi pengacara majlis la...jadi ketua kelas agamalahh... Kes tak nak jadi pengawas sebb dia kata kalo jadi pengawas ni buat apa.. Asyik cari salah orang je... Buat penat badan katanya. ( padahal sejukkan hati sendiri sebab memang susah budak melayu nak jadi pengawas sekolah dia..) hahahah macam-macam! Kes dia ramai peminat la, citer bola sepak la, citer dia kacak la, citer dia tak nak makan sebab sedang berusaha keras nak six pack la tapi taknak kurus sgt tak nak gemuk sangat dan nak tengah-tengah, arghhh mcm-macam la..Tapi yg aku tak bole blah citer dua hari lepas..

KISAH CIKGU BAHASA




Adam : Mummy cikgu lantik Adam jadi pengacara majlis la.. ( sambil tunjuk scrip pengacara dia) 

Mummy : Aik adik jadi peserta mana bole jadi pengacara. 

Adam : Takpe mummy.. Adam ngan Edeline  jadi pengacara.. Nanti kitaorang gilir-gilir la

Mummy : Kenapa balik- balik adik je, takde orang lain ker? 

Adam : Entahla.. Mungkin sebab Adam cakap ok kot.. Cuba tengok lidah Adam ( ehh ada kena mengena ker.. Bisik hati kecilku.. Arghh layan je) ala lagipun Adam kan kacak.. ( ayat ni memang tak bole blah.. Dah naik muak aku dengaq.. Hahahaa Confident level tu penting hokay untuk terus maju dan jaya.. Kikiki) 

Mummy : Oooo  kacakLAh sangat ea.. Heheehe Cikgu Bahasa adik ni Cina ker Melayu? 

Adam : Cikgu Melayu la.. Cikgu Rashidi .. Kan Adam dah cakap ngan mummy dulu...

Mummy : Mana la mummy ingat... Ingat cikgu cina sebab balik-balik muka Adam itu dan ini.. 

Adam : Tulah mummy kan Adam dah cakap mummy ni dah tua.. ( cisss dalam baik dia kenakan aku!!!)  Tapi Cikgu Rashidi ni hensem mummy..! Mummy try lerrr... ( sambil buat muka selamba badak)

Mummy : Try..??? maksud Adam..

Adam : Mummy tackle la cikgu Rashidi tu...( muka dh senyum simpul!) 

Mummy : Adam!!!!
( Diolog anak beranak ni berakhir dengan gelak ketawa.. Yang menyebabkan cermin kereta aku retak...... Eh acah je!  Hahahaha)

KISAH WISEL




Mummy : Where u get the wisel.. Adik...? abang...?

Mukhriz : Ala Amni yang kasi.. Aritu kan dia ada datang rumah...yang panggil kita tu..

Mummy : Sorry Mummy tak suka okay, kecik-kecik lagi dah gatai na ( eh suka2 aku je cakap anak orang gatai.. Ish mulut aku ni..!babab kang) Seriously mummy don't like her! ( action je lebih... Padahal takde la serius nau pun, dah nama pun budak-budak walaupun saiz badan gegurl tu lagi besaq dari anak aku.. 

Tiba-tiba Adam menyampuk....

Adam : Mummy,  she so pretty ok... ! ( sambil buat muka seposen!)

Mukhriz : Yes mummy..! I like her! ( sambil mata kelip-kelip)

( huh! Memang drama sungguh anak-anak aku ni.... Habis tak jadi aku nak marah ) Apalagi senja arini berakhir dengan gelak ketawa besaq sekali lagi... 

Tulah gelagat anak-anak aku, hari-hari ada je cerita yang buat aku tersenyum  walaupun penat tahap nak colapse. Almaklum la waktu ni je la nak dengaq depa bercerita itu dan ini, nanti dah besaq tak tau lah depa still nak anggap mummy ni macam girlfriend aka marka depa lagi ker idak, almaklum la dah besaq panjang, mummy pun maybe dah tua waktu tu( tapi still comel lagi la.. Hahahhaha nakkk jugak menyelit.. Kikiki) Menjadi teman bercerita siang dan malam tanpa mengenal erti bosan... Heheehehe Okaylah cukup sampai disini saja , aku update tuk entry kali ni.. anw Thanks for reading .. Muahciked! 

Wassallam..

Tuesday, 14 April 2015

Kisah disebalik tali gantung...

Assallamualaikum....

Terkesima seketika membaca kisah ini yang aku baca dari ruang komen facebook.. Aku titipkan kisah ini tuk bacaan semua sebagai pedoman.. Insya Allah...

Gambar dalam sel je ada.. ni kat Muzium Penjara Banda Hilir Melaka.. gambar bilik gantung xdpt diupload atas sebab-sebab tertentu.. Nak tgk?? Pi la sendiri na.. Rasailah sendiri akan debarannya...

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil & terus pasang. Ada empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam.  Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat² terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih & seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’ cerita Samsul.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira² 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata Samsul.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah 
berkaitan dengan dadah.

..Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..

Wassallam...

Wednesday, 1 April 2015

Hari Kraft Kebangsaan 2015

Assallamualaikum...

Selasa lepas aku ditugaskan tuk melawat Hari Kraft Kebangsaan 2015 kat Jalan Conlay, Kuala Lumpur tu. Kununnya bos nak kasi rehat la tu.. padahal paper kat atas meja tu dah tinggi menggunung mohon disiapkan.. Tapi takpelahh dah ada yang offer, apalagi lajulah langkahnya...hehehheehe

Hari Kraft Kebangsaan ni merupakan Hari Kraft yang ke 13 yang disertai oleh 600 usahawan kraft seluruh Malaysia . Kebanyakan pameran yang dipamerkan menampilkan keunikkan  produk kraft tempatan tradisional dan juga kontemporari . Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti jualan , demonstrasi kraft dan berbagai lagi.

Hari Kraft Kebangsaan 2015
" Penerokaan Kraft Malaysia"

Tarikh : 26 Mac -7 April
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Kompleks Kraft Kuala Lumpur, Jalan Conlay, KL

Lokasi pertama yang aku tuju pabila sampai disini adalah Muzium Kraft la... dah nama pun orang muzium kan...hehehehehehehe. Setelah mendaftar nama dikaunter dihadapan Muzium Kraft  , sesi penjelajahan pun bermula..yeahhhhhh..


Ni adalah demonstrasi Masyarakat Sabah yang sedang memakai perhiasan diri. Perhiasan diri ini biasanya akan dipakai oleh wanita-wanita  bagi menghadiri sesebuah perayaan, perkahwinan dan sebagainya.

Posing lagi. Ada gak kenangan ngan budak praktikal Brunei ni.. Siti.

Salah satu masyarakat yang terdapat di Dusun Sabah menggunakan tembaga sebagai salah satu hiasa untuk kencantikkan. iatu Gelang tembaga.  Dipasang sama ada di leher , kaki dan juga tangan.

Perhiasan yang bakal dipasang dikaki. Ianya selalunya dipakai oleh kaum wanita.


Wanita bidayuh yang menjadikan tembaga sebagai alat perhiasan.

Salah satu ruang pameran yang berada ditingkat atas Pusat Kraft Negara ni. 

Anyaman rombong atau lebih dikenali sebagai anyaman gila. Sebab cara pembuatannya yang agak rumit dan hanya yang pakar sahaja bisa membuatnya.

Diorama pembuatan keris.

Demontrasi Anyaman rotan. 

Diorama pembuatan Pua Kumbu. Tenunan turun temurun masayarakat di Sarawak.

Salah satu ruanng pameran  yang terdapat disana. Diorama dan demontrasi perubatan melayu atau nama glomournya bomoh la. Mula-mula macam seram gak nak masuk . Dengan bertiraikan kain hitam dan ditambah pula bau-bauan kemian. hadoiii tapi masuk jugaklahh nak amik feel dan ilmu.

Tok bomoh layan handset..hehhehehe

Bahan-bahan yang sering kali digunakan bagi tujuan perubatan. 

Sering pusing-pusing di Ruang pameran dan demontrasi kami pun bergerak ke booth-both yang terdapat dikawasan Kompleks Kraft ni. Macam-macam ada,. 

Diantara kraftangan yang terdapat sempena Hari Kraft tu.Ukiran Kayu. Booth ni amat menarik minat aku sebab semua ukirannya berbentuk kasut. Cantik dan halus sangat.


Key chain ukiran kayu.



Ruang pameran bagi jualan keris dan lain-lain senjata.


Motor pun jugak tau tapi motor yang telah diconvert menjadi kerusi dan meja makan taman. Unik dan amat menarik.  So bagi aku yang minat kraft ni  ianya memang best untuk dilawati, Bawalah family sekali. Banyak benda yang boleh kira pelajari disini. Sekian Wassallam...