Tuesday, 30 June 2015

Gelagat dia yang kucinta!

Assallammualaikum....

Wahhh baca tajuk mesti macam suspend je kan... Keh keh keh.. Almaklum la sejak dah amik anak angkat yang berekoq ni.. Hadoiii hati sentiasa je berbunga-bunga walaupun balik keje hari-hari terus pegang mop kemas rumah... Hehehehe  Tapi takpe untuk penawar duka lara apa salahnya kan.. 

Ni kes bermula waktu Comot mati sebab kena Virus Parvo.. huh! Stress tau.. Banyak kali gak bawak pi klinik tapi still tak sembuh-sembuh.. Dah ajalnya, aku terima dengan hati terbuka.. Tapi tak sehebat kehilangan Putih dulu.. Hadoiii aku trauma habis....Aku ingat nak slow down sikit, ingat tak nak bela budak  bulus lagi, Serik! tapi bosannn arrr... keje aku jadi sikit. kalo tak balik umah terus pegang mop, sapu sampah, lap meja dan lain -lain lagi la , hasil kerjasama bulus-bulus ni mengemas rumah sewaktu ketiadaan aku dan anak-anak. hahahaha bertabahlahh! Lagipun bagi aku doranglahh yang paling setia mendengaq aku membuat luahan perasaan tanpa prejudis.. Kekekkee

hah?! Ni la Tom.. Perangai tak ubah macam si Putih.. Ngikut je mana aku pi.. Geng kamceng dia si Icha yang dia tengah hempap tu... Oiiii ! ingat hang tu slim ka , dok suka-suka hempap si Icha tu.. Babab kang! 

Ni Tom waktu tengah dok pulon tolong Adam do homework.. Excited !  jadi Tukang sibuk.. Paling suka bila kita selak-selak helaian buku tu... Dia Ingat kita ajak dia  main la tu.. Cehhh pasan! 

Yang ni lak stray cat area umah aku.. Memandangkan kibless dorang aku boh dalam dispenser, so aku kasi je budak-budak comel ni makan.. Aku namakan dia Zul Ariffin.. Keh keh keh.. Sado gitu! Tak dapat yang real dapat anak kucing pun jadilahh .. Sob sob sob

Ni aktiviti lepas berbuka puasa.. Layan cartooon .. Oii orang suh pi terawih la, ada pulak  hang dok lomantik-lomantik depan tv ... Hish!

Lepas sahur kita landing dulu ye mummy.. Nak top up energy la.. Heehehe

Ni pun peberet gak.., peberet jadi raksasa menyerang lego adik ngan abang.. Hhahhahaha nasib la badan...

eh .. Eh  .. Eh.. Ada budak comel dok usha kita la.. ni mananya Aaron Aziz.. Hadoiii bertabahlahh anda membaca nama-nama bulus ni ye.. ( Stray cat)

yeahh dapat bouquet of cat! muahhhhh

Ni lah cara sabotaj paling berkesan bila mummy sibuk nak siapkan keje.. Hah ! Dok atas lappy terus... Hah sapa berani kacau... ?! datanglah! Eeeeeee

Icha dan bulu tangkis memang tak dapat dipisahkan... Diusung kehulu ke hilir, ajak adik ngan abang main sorang pun tak nak layan.. So main sorang-sorang je la...

eh.. Eh.. Kita dengaq ada orang panggil nama kita la... Diam diam nak dengaq sat..

eh bukanlahhh.. Panggil jiran sebelah la...

Baik aku tidoq... Zzzzzzz

sama tapi tak serupa da... Tom, Jerry dan Icha..Eh pandai lak Icha marah mummy amik gambaq ea.. Ala mummy nak buh dalam blog la.. Nak pahatkan memori bahawa awak-awak semua ni adalah kesayangan mummy sekeluarga.

Terbongkang! Hishhh malu la sikit..

Budak manja.. Almaklum la bongsu katakan.. Nak berkepit je kejenya... Habis Jerry macamana mummy nak wat keje ni...

Last sekali telatah Icha yang agak lucu  bagi aku.. Suka cium dan gigit ketiak bucuk Adam atau Mukhriz yang balik sekolah.. terapi kot... !! Macam-macam!  So ni lah gelagat cinta hati aku versi bulus bulus.. Icha , Tom dan Jerry.. So jangan jeles na.. Hati i telah ditawan.. 😝😝

Ok Thanks for reading entry merapu arini.. Wassallam..

Melaka Book Of Records. Tahu ker ?

Assallamualaikum...

Tahukah anda???  Alahai formalnya..hehehehe....  Sebenarnya terdapat beberapa bangunan di Melaka yang telah mencatat Melaka Book Of Records yang aku sendiri pun tak berapa nak tau sehingga terbaca buku Melaka Book Of Record  antaranya :

UTC Pertama di Malaysia

Pusat Transformasi Kerajaan (UTC)  pertamanya di buka di Melaka . Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama ini mula beroperasi pada 13 Jun 2012 dengan 70 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai termasuk kesihatan , keselamatan, pendidikan , latihan dan pekerjaan , kewangan  dan pembangunan belia. Pendek kata kat sini la kita bole renew pasport , buat IC, masukkan duit kat dalam Tabung Haji tanpa perlu beratur panjang . Bukan takat tu je kat sini juga terdapat Klinik Satu Malaysia . Gym dan perpustakaan . Senang One Stop Centre.

Bangunan UTC Melaka (Gambar: Sumber google)

Pusat Bowling Terbesar

Melaka International Bowling Centre (MIBC) yang bernilai RM 15 juta yang terletak di Pusat Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh dilengkapi dengan 52 lorong Bowling . Pusat dua tingkat tersebut  mempunyai  keluasaan lantai 10.401 meter persegi ini dikatakan sebagai Pusat Bowling terbesar di Asia Tenggara dan  telah dibuka secara rasmi pada 1 Ogos 2009.  Pada siapa yang suka main bowling tu bole la asah skill kat MIBC ni .

MIBC Ayer Keroh Melaka (Gambar: Sumber google)

Resort Kayu Pertama.

Philiea Resort & Spa yang dibina dengan kos yang menelan belanja sebanyak RM 140 juta ni terletak di Ayer Keroh, Melaka. Merupakan satu seumpamanya di Asia serta berinspirasikan gaya alam semulajadi dengan gaya hidup moden. Terdapat 201 unit resort  yang terdiri  daripada Vila Pavillion , 19 set bilik tidur Philea dan 2 set bilik tidur diRaja. Resort yang dilancarkan pada 19 Jun 2011 ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kolam renang , gimnasium , bilik permainan dan juga dewan.

Philiea Resort and Spa (Gambar: Sumber google)

Menara "Giro" Berputar pertama aka Menara Taming Sari

Menara Taming Sari setinggi 110meter di Bandar Hilir Melaka direka khas berasaskan keris Hang Tuah. Terdapat juga kabin untuk membuat tinjauan berukuran diameter 14 meter  dan boleh memuatkan 66 orang pada satu masa. Sambil berputar ia naik dari bawah ke atas dalam masa tujuh minit hokay! Menara 'Giro' yang menelan belanja kos RM 23 juta ini telah dibuka secara rasmi pada 17 Mei 2008.

Menara Taming Sari (Gambar: Sumber google)

Rumah Api Tertua 

Rumah Api Cape Rachado , berketinggian 118meter . Ianya dibina apada tahun 1817, yang terletak di Alor Gajah Melaka. Ia menggunakan gasolin untuk menghasilkan cahaya.Wow antik sungguh!

Rumah Api  Cape Rachado (Gambar: Sumber google)

Masjid Tertua di Melaka

Berdasarkan kajian ahli sejarah , Masjid Kampung Hulu ialah Masjid yang mula-mula sekali dibina dalam zaman pemerintahan Belanda , iaitu pada tahun 1728 masihi bersamaan 1141 Hijrah. Pada tahun 1892 bersamaaan 1309 hijrah , Masjid Kampung Hulu ini dibaharui oleh Wazir Al-Sheikh Omar Bin Husib Al-Attas dengan mengubah sebahagian daripada binaanya dengan bangunan batu seperti yang ada sekarang.


Masjid Kampung Hulu

Gereja Protestan Tertua

Gereja Christ Church yang terletak di Jalan Gereja, Melaka dibina pada tahun 1953 yang merupakan gereja protestan tertua di Asia Tenggara. Ianya berkeluasan 24.99m (82 kaki) panjang , 12.19m (40kaki) lebar dan 12.90m (42kaki ) tinggi . Bulatan separuh simetri menyokong muka bangunan tersebut yang mempunyai lorong kecil diatas pintu gerbang.

Gereja Christ Church

Tokong Buddha Tertua.

Tokong Cheng Hoon Teng di Jalan Tokong , Melaka dibina pada tahun 1645 oleh Li Kup, seorang pelarian politik dari kerajaan Manchu di China. Diberi gelaran "Abode of the Green Merciful Clouds" (mengikut terjemahan dari nama cina). Tokong ini mempamerkan seni bina china Selatan dengan reka bentuk dan ukiran di bumbung dan mempunyai sebuah dewan utama yang dikelilingi oleh 4 ruang terbuka. Tokong bersejarah yang tersergam indah ini didekasikan pada Dewi GuanYin.

Tokong Cheng Hoon Teng  (Gambar: Sumber google)

Kuil Tertua di Malaysia.

Kuil Sri Poyatha Vinayagar Moorthi yang dibina pada tahun 1781 merupakan kuil tertua dibina di Malaysia . Kuil ini memberikan penghormatan kepada Dewa Vinayagar (Dewa kepala gajah) dan Dewa Muruga . Kuil bagi masyarakat hindu ini masih kukuh dan terletak di Jalan Tokong Melaka.

Kuil Sri Poyatha Vinayagar Moorthi (Gambar: Sumber google)

Gereja Khatolik Tertua

Gereja Khatolik tertua di Malaysia ialah Gereja St.Paul Gereja ini dibina oleh seorang berbangsa Portugis , Duarte Coelho pada tahun 1521 diatas Bukit Melaka.


Gereja St.Paul

Sekolah Inggeris Tertua.

Sekolah Tinggi Melaka yang ditubuhkan pada 7 Disember 1826 merupakan sekolah menengah kebangsaan Inggeris kedua  tertua di Malaysia selapas SMK Penang Free dan tertua di Melaka. Sekolah ini bermula dengan 18 orang murid di Parsonage House , Melaka dan T.H Moore ialah guru besar pertama di sekolah ini.

Sekolah Tinggi Melaka (Gambar: Sumber google)

Pintu Gerbang Tertua

Porta de Santiago merupakan sebahagian dari kubu A Famosa yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511. Sebahagian kubu ini telah musnah akibat serangan pihak Belanda . Pada tahun 1808, Sir Stamford telah berjaya menyelamatkan kubu daripada musnah dan pintu gerbang kubu masih kekal sehingga hari ini.

 Porta de Santiago (Kota A Famosa)

Pintu Feng Shui Terbesar

Pintu Feng Shui terbesar terletak di Auyin Hill Resort , Durian Tunggal , Melaka dan bentuk dalam corak Mandarin melambangkan "Buka" dan  "Pintu" berukuran 18 meter tinggi dan 10 meter lebar. Pintu ini direka bentuk dan dicipta oleh Pengarah Urusan Auyin Hill, En.Lau.

Pintu Feng Shui terbesar terletak di Auyin Hill Resort

Thanks for Reading! Wassallam

Monday, 29 June 2015

Muzium best kat Penang

Assallamualaikum...

Aritu bos aku ada kasi artikel /keratan akhbar Berita Harian pasal muzium-muzium yang terdapat kat Penang.. Perghh syiokk ooo, seriously aku tak tau banyak gak muzium kat Penang ni ea... Tapi still tak dapat lawan muzium kat Melaka ni la... banyak sangat sampai tak terkira. hahahhaa  poyos sungguh bunyinya.. biasalahh kes lupa asal usul..! 

Kebanyakkan Muzium-muzium ini dipelopori oleh orang perseorangan yang diswastakan. So harga tiket memanglahh mahalkan... dan pastinya bermotifkan keuntungan. Tapi.... jangan lupa setiap sen yang dikeluarkan pastinya diharapkan dapat memenuhi dan  memastikan kepuasan pelawat yang datang. So mostly interior dan info kat dalam muzium ni memang bestlah kan..?/ Ok aku kirakan ini sebagai entry check list tuk aku  melawat muzium-muzium yang terletak di Penang ni nanti.

MUZIUM PERANG PULAU PINANG
WAR MUSEUM

Sebenarnya muzium ni agak tersorok dan terletak diatas bukit. (Refer dengan cara aku pegi dulu la) tapi tak tau la ni ada jalan baru . 

Alamat :
 Lot 1350, Mukim 12, Batu Maung , 11960 Pulau Pinang

Waktu Operasi :
9.00 pagi- 6 petang

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Kanak-kanak ( 5-12 Thn) : RM 10



Muzium Perang ni merupakan Kubu British pada perang dunia kedua. Dibina pada tahun 1930 yang terletak di Batu Maung dan digunakan sebagai operasi ketenteraan British. Terdapat tiga terowong rahsia keselamatan rahsia yang digunakan oleh British  dan Jepun. Muzium ni mempunyai  29 lokasi (refer map diatas) diantaranya bilik tentera, bilik tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, bilik penjana elektrik dan bilik rehat yang digunakan juga sebagai bilik tuk seksaan ketika zaman Jepun.

Ok Muzium ni bagi aku memang best..ala-ala scary gitu dan pernah juga menjadi salah satu lokasi dalam rancangan TV Seekers.. So paham-paham je lah ye... 

MUZIUM KAMERA
THE CAMERA MUSEUM GEORGETOWN

Muzium ni mempunyai pelbagai koleksi kamera dari yang lama hingga baru mengikut peredaran zaman antaranya kamera daripada rolfix ke kamer masingan  Jepun dan digunakan agen perisik termasuk agen 007 James Bond . kat muzium ni jugak kita bole merasai sendiri kronologi pengambilan gambar dari yang paling susah sehinggalah yang paling senang seperti kamera digital la ni.

Alamat
49, lebuh Muntri , Georgetown , Pulau Pinang.

Website : www.thecameramuseumpenang.com

Waktu Operasi: 9.30 pg -6.30 ptg
( open daily)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Pelajar dan warga emas : RM 10
( Terdapat juga pakej keluarga , sila rujuk website)




Sumber : Pic Google

MUZIUM BURUNG HANTU
THE OWL MUSEUM

Pernah memenangi Malaysian Book Of Record , Muzium Burung Hantu atau Owl muzium ni terletak di Bukit Bendera. Tingkat bawah di Food Court Bukit Bendera. Ianya telah dibuka  pada 7 Jun 2012 yang merupakan muzium pertama khusus untuk seni kraft di Asia Tenggara yang bertemakan Burung Hantu. Berbagai-bagai koleksi burung hantu yang terdapat  disini diantaranya dihasilkan daripada kayu, tanah liat, logam , kaca, plastik, tanduk kerbau dan cengkerang. 

Alamat :
 Level B3, Astaka Bukit Bendera, Jalan Tunku Yahya Petra , 
1000 Bukit Bendera , Pulau Pinang.

Website : 
www.theowlmuseum.com

Waktu Operasi : 
9.00 pagi- 6 petang
( Isnin-Ahad)

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 10
Warga Emas : RM 10
kanak-kanak : Percuma (12 tahun kebawah)





Sumber : Pic Google

PENANG 3D TRICK ART MUSEUM

Dibuka secara rasmi pada 25 oktober 2014 yang memaparkan pelbagai teknik mengubah lukisan 2 dimensi dalam imej 3 dimensi dengan 45 gambar yang dihasilkan artis tempatan  dan antarabangsa. 

Alamat :
 10, Lebuh Penang , 10200 Georgetown , Pulau Pinang.

Website : 
www.penangtrickart.com

Waktu Operasi :
 9.00 pagi-6.00 petang
(Isnin-jumaat)
9.00 pagi-9.00malam
( Sabtu, Ahad, Cuti Umum)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15 Mycard
Pelajar, Kanak-kanak, Warga Emas : RM 10 




Sumber : Pic Google

PENANG TIME TUNNEL MUSEUM

Terletak di Jalan Green Hall , muzium ini bagaikan membawa pengunjung kembali ke zaman  bermulanya Pulau Pinang.  Memaparkan  sejarah Pulau Pinang dari tahun 1952 hinggalah sekarang.  Write-up penerangan  mengenai sejarah juga turut dipamerkan di dinding terowong dan lampu persis membawa pengunjung kembali ke zaman silam.

Alamat : 
No.39, Jalan Green Hall, 10200 Georgetown , Pulau Pinang.

Website: 
www.penangtimetunnel.com

Waktu Operasi :
 9.15 pagi - 7.00 malam
( Open Daily)
9.15 pagi- 9.00 malam
( Weekend dan cuti umum)

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM 22( without Mycard)
RM 14 ( with Mycard)
Kanak-kanak : RM 12 
( Tanpa MyCard dari 5-12 Tahun)
RM 7 ( With MyCard)




Sumber : Pic Google

TOY MUSEUM HERITAGE GARDEN

Muzium yang mempunyai hampir 120 000 koleksi  mainan yang menakjubkan bagi semua peringkat umur . Hampir memapatkan kesemua wira-wira kartun, aksara filem , penjahat dan juga pelbagai  watak dalam permainan komputer , komik dan siri TV dari zaman kita kecil sehingga kini. 

Alamat :
1370 MK2, 11050 Teluk Bahang, 
Pulau Pinang

Waktu Operasi : 
9.00 pagi - 6.00 petang
( Open Daily)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15
Kanak-kanak : RM 10




Sumber : Pic Google

Actually terdapat banyak lagi musuem-museum famous yang terdapat di Pulau Pinang ni, antara yang lainnya, Muzium Negeri Pulau Pinang , Asia Camera Musuem, Muzium Lukisan Batik , Teddy  Ville Musuem Penang, Cheong Fatt Tze Mansion, Khoo Kongsi Museum , Made in Penang Interactive Museum dan pelbagai lagilah. Okay selamat explore.. 

Thanks For Reading! Wassalam...

Sumber : Berita Harian ( Khamis , 9 April 2015)

Sunday, 28 June 2015

Resepi : Lontong

Assalllamualaikum...

Arini macam bermood je nak masak lontong.. Padahal tinggal berdua je ngan Adam. Tapi masaknya seperiuk.. Hehehhee Takpe dont worry hero-hero mummy ada sebagai penyelamat.. Kikiki

LONTONG

Nasi Impit (5,6 bungkus )

( Rebus awal sebab nak bagi sejuk, kalo panas-panas takut nanti nak potong, nasinya hancuq)

Untuk Kuah | Bahan-bahannya

Kobis
Tempe ( Goreng dulu)
Tauhu ( Goreng Dulu) 
Carrot 
Soo Un
Serbuk kunyit
( Semua bahan diatas dipotong mengikut  kesesuaian / Kuantiti ikut berapa org nak makan) 
Udang kering
Cili Padi (5,6 biji)
Bawang Merah
( Ditumbuk halus untuk ditumis)
Santan Kotak
Serbuk kunyit
Garam

Cara Masak
Tumiskan cili padi, bawang merah dan udang kering hingga naik bau. Masukkan semua sayur yang telah dipotong, gaul sehingga rata, masukkan air satu cawan. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan santan satu kotak . ( Guna santan kotak sebab rendah kolestrol + pekat dan likat.. Hehehe)  Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa. 

Sambal Ikan Bilis

Ikan Bilis 
( Goreng garing dan asingkan)
Cili Kering
ikan bilis
Bawang Merah
Belacan 
Minyak Masak
( Blend semua )
Gula
Garam
Asam Keping
Bawang Besar ( Potong bulat)

Cara Masak
Masukkan minyak masak kemudian semua bahan yang diblend , goreng sehingga garing. Bila dah pecah minyak  masukkan bawang merah ( yang di potong bulat) , garam , gula dan asam keping. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.. Tadaaaa siap! 



Selamat Mencuba.. and thanks for reading! Wassalam... 

Saturday, 27 June 2015

Puasa ke 10

Assallamualaikum...

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk puasa yang ke sepuluh.... Kejap je kan. So alang - alang dah menaip ni... Aku nak ucapkan selamat berpuasa . Jangan puasa yangyok tau pagi-pagi bukak periuk..! Babab kang!

Budak-budak? Ermmm dorang macam tu la , ragam yang bermacam-macam , kadang-kadang naik mual kepala otak mak jemah ni.. Budak lain posa penat tapi dorang penyakit tak reti dok diam  + bercakap non stop sampai la waktu berbukak tu dia bercakap.. Ada je idea.. stress  tau! Mummy kena paksa jawab semua soklan ngan paksaan.. Huaaaa.... tu bila citer bab perangai.. Belum la bab menu-menu berbuka. Halooo i masak hokay.. Everyday!! .. tanpa paksaan tapi penuh dengan kasih sayang.. Aichecehhhh.. Walaupun pasar ramadhan belakang umah aku je pun.. tuk 1st day ramadhan tu aku round-round je la.. 1st day normally semuanya fresh takdenya yg simpan dan masak balik tu. Hopefullyla.... So kalo beli pun aku beli ikut permintaan hero-hero. ala setakat kuih cara RM 2 dan air soya pati RM 3.50 tu je...apalahh sangat sebagai support tuk anak-anak kita berpuasa.  Nasi dan lauk  normally aku masak je lepas balik keje.  Ala setakat satu dua lauk tu Insya Allah okay.. Masih lagi kuat kudrat ni. Tapi arini aku Off Day. kitchen tak berasap hokay walaupun tgh tadi aku dah rebus ketupat nak wat lontong, so tak jadilah... Arini semua menu tunjuk.. Hehehehe


Hari ni hari melayan anak-anak main games. Mummynya pun terjebak sekali hokay... Hehe ala kasi cannn arrr.. Mummy pun nak feel budak-budak jugak .. Kelihatan gambar diatas menunjukkan wajah -wajah kekalahan sebab salah masuk gear reverse.. Kikikiki.. 


Thursday, 11 June 2015

REunion Kecil-kecilan SMSE

Assallamualaikum...

Balik kampung sempat jugak lepak ngan kengkawan sekolah menengah dulu.. tu punlepas pastikan semua keje kat rumah settle. Almaklum la cheq takut kena beletiaq ngan mama nanti , asyik nak dok melatong ja kejanya...  Hhheehe Takpa lagi pun aku dah hired assistant bab keje- keje kat umah.. Sapa lagi kalo bukan hero-hero aku.. keje umah settle.. baik punya mummy kan.. Kikiki

Selasa petang tu kitaorang planning jumpa kat Kedai Saniah ja, Kat Bukit Tambun . Ni 1st time aku pi..  D'Chempaka nama diberi, terletak pulak dihadapan padang. Okay view bestla tapi waktu aku pu hujan so dok dalam rumah Saniah je la jawabnya.  

Miza, Tiah , Suraya  dan Ct Rohani ja yang sempat jumpa petang tu. Suraya paling jauh la dari Bertam.. Miza dari office, Tiah takpa bussiness woman.. So anytime ja la.. Ct Rohani mula-mula nak mai, lepas tu tak jadi sebab kena keje lebih masa.. Tapi bila petang je.. Eh muncul pulak dia.hahahaha Takpa baguih baguih!  tapi aku la yang paling jauh dok nun jauh di Selatan, so bila dapat peluang lagu ni memang tak dilepaskanlah . Nanti waktu raya lagi lah susah nak jumpa. Confirm macam -macam lagi jadual yang bakal family aku susun. 


Reunion kecik kami petang tu. Yang paling kembang akulah..asyik masak dan makan ja kejenya aku. Nasiblah badan.. Hehehe .. Eh lupa lak nak habaq .. Menu makan petang ti semua dibelanja oleh Miza termasuk yang ditapau.. Terima kasih  Miza.. Moga murah rezeki hang na.. 

Okay Thanks for reading! Wassallam..

Tuesday, 9 June 2015

Uncle Joy Kawin sudah

Assallammualaikum....

Syukur Alhamdullilah selamat sudah adik aku ejoy berkahwin ngan pilihan hatinya,  Aena.. So secara rasmi aku tambah lagi satu adik pompuan. Sebab tu la lately ni aku kerap kali balik Penang, nguruskan apa yg patut. Almaklum jadi Along ni kena bantunya lebih. Cian tengok mama yang macam-macam yang nak kena difikiirkan,  lagi pun abah bukannya sihat sangat pun.   

Kalo ikutkan busy memanglah sgt busy, lagipun tengah tahun kan, event pun melambak. Pulak tu Mukhriz tengah busy ngan kelas tambahan UPSR dia so aku kenalah susun jadual sebaik yang mungkin . Nasib baik semuanya dipermudahkan. Syukur Alhamdullilah..


Bunting dan kad kawin yang aku buat sendiri. Semuanya last minit. Nasib baik pandai wat design. Senanglah sikit, nanti upah orang susah lak, dah la aku ni cerewet amat. Hehhehe

Bab hantaran aku wat sikit demi sikit, ada yang aku beli waktu ngan mama, ada yang aku ukir idea kat Melaka , realisekannya di Penang.. Ala macam nasi kandaq kasi gaul  deyy... Syukur alhamdullilah.. Settle cuma tepak sireh je kelam kabut , almaklum la masa nak gubah suntuk sangat... Carca merba sikit la jawabnya.. Nasib la ko Ejoy!

Rewang oh rewang! meriah...

Kelihatan angah sedang mencucuk bunga manggar.. Sekali cucuk sekali tengok.. Hadoiii bila mau siap deyyyy..!


Majlis rumah perempuan pada sabtu 6 Jun 2015, Rumah aku 7 Jun 2015 pada esok harinya. Kat Umah pompuan tema biru dan dua pengantin iaitu kakak Aena , Shark dan jejaka pilihan hatinya  dari negara matahari terbit, Jepun. Tema biru. Sweet2 gitu... 


Hero-heroku bersama unclenya....  Hero-hero yanng cukup baik tingkah lakunya sebaik majlis berlangsung sebelum dan selepas majlis. Sampai Tok dan Wannya puji.. Rajin sangat .. mana taknya sebelum balik aku dah warning siap-siap, kali ni balik kampung, kita balik untuk menolong bukan menambah beban dan haru biru orang sekeliling. Syukur Alhamdullilah nasihat berkesan , baik dari segala segi tak kiralah dari tolong bubuh barang dalam goodies bag, tukaq langsir, basuh lantai, pasang cadar  dan lain-lain pertolongan dari masa ke semasa. Thanks sayang-sayang mucuk macam mummy! Cuma mulut je masih tak dapat dicover akan kelancarannya... hahahhhaa 

Aku dan family tersayang...Kelihatan anak-anak aku semakin membesar dengan sihatnya dan bakal juga bakal membesar mengalahkan semua ahli keluarga ku yang comey-comey ni..hehhehehe

Posing lewat petang.. semua dah lemau... hehhehee Family aku yanng cukup susah nak amik pic formal.. We are the happy family!


 Kakak pengantin yang ceria sokmo..

 Aku , mak sedara dan juga cousin-sousin dari Perak..

Cousin oh cousin! hah ni baru satu family.. Belum yang lain lagi.., hah?! Baru hampa tau besaq ke idak family aku.. Hehehe

 Ejoy dan Aena

Rumah aku pilihan tema semua mama yang pilih, kitaorang ikut aje dan bantu mana yang perlu. Baik dari pelamin, khemah, goodies bag, design bunting dan kad, baju family semuanya warna coklat. Peberet color mama. Bab color ni sensitif sikit so kita follow big bos je la ye. kang cakap banyak kang, nanti ada yang majuk.. Hadoiii jenuh!

Sebenarnya mama suh aku je yang amik pic kawin ni, so aku amik lahh. Kelam kabut jugak dibuatnya. Sebelum ni kalo amik pic orang kawin, aku ok je sbb job rasmi, yang ni ...,,, errmmm hamik hang! Macam nak pengsan! 

Sesi outdoor aku wat kat Jetty Pulau Aman je, tu pun dah lewat , almkalumlahh pengantin sibuk melayan kawan-kawannya yang datang sampai petang. So outdoor malam la jawabnya ditambah pulak hujan renyai-renyai.. huh! dugaan sungguh.... Sib baik semuanya dah berakhir. Soo??? Akhir kata buat Ejoy dan Aena .... Along doakan korang bahagia hingga ke jannah . Amin




Wassallam...