Sunday, 12 July 2015

Sindrom anak lelaki kah?

Assallamualaikum...

Lately ni aku rasa susah sangat nak bawak hero-hero ni pi jalan-jalan especially Adamlah.. Dia pulak memang jenis suka lepak kat umah. Tak sia sia aku kemas umah pagi petang siang malam.. Tapi bila dah acap kali lepak kat umah je , aku pulak yang naik bosan+ muak!. Dia lebih suka hadap games, do homework, buat craft, main lego, tido dan suka sangat baca komik.  Yup memang bagus, tapi kalau dah acap kali dok umah memang benaklah jiwa aku ni.

So la ni aku amik beberapa inisiatif agar dia suka berjalan-jalan. Takpelahh poket kering sikit asalkan dia bole tengok dunia luar dari memerap kat umah. Diantara yang aku buat adalah ;-

  • Main games kat Mall. Selalunya kat Tesco ngan Jaya Jusco la. La ni ada gak request nak pi karaoke kotak tu.. Eee nanti hujan lebat la + aku pun tak berapa nak reti karaoke -karaoke ni, kalau pi ngan kawan-kawan pun aku lebih suka makan dari nyanyi. kenyang pewott aku. Hehehehehe. Nak suh nyanyi memang taklahhh.. Bukan jiwa aku.... ;D
  • Masukkan dia dalam trolly sambil aku beli barang, especially barang dapur. Sambil-sambil tu aku belikanlah komik supaya dia bole baca ngan aman. Duduklah dia diam-diam. Turun pun bila aku kat kaunter bayaran je. 

Bila buat macam ni , barulah aman. Kalau tak asyik tanya mummy bila nak balik ... Huaaaa

  • Lepak kat POPULAR atau MPH. baca buku sampai lebam. Normally dia yang melebamkan aku.. Beli buku komik banyak-banyak, pastu sampai umah je komik  dah habis baca .Huaaa sadis sungguh nasib aku ni.

  • Bila nak raya ni aku try gak bawak dia pilih  baju raya dia sendiri tapi ermmm memang tak berkesan langsung. Kunun nak bagi happy la. Citt! Tak jalan langsung. Bila pi shopping, baju yang aku pilih dia letak balik. Bila dia lak pilih aku lak yang letak balik. In the end dia cakap.. Eee penin arrr beli baju ni, kita tak suka la. Jom balik! Ataupun memang sindrom anak  lelaki ni macam ni???... Serius cara ni memang tak berkesan tuk anak lelaki .. Maybe tuk gegurl menjadi kot.. Ikut nasib la..hehehe!

Tulah sekarang aku masih mencuba pelbagai cara agar adakalanya dia akan cuba berjalan-jalan keluar menemani aku, bukan sekadar terperuk di rumah. Tapi bukan hari-hari ye.

Thanks for reading! Wassallam...

Friday, 10 July 2015

Ramadhan ke 22

Assallamualaikum...

Sementara tunggu Adam balik sekolah sempat gak aku menulis blog ni.. Hahhaa almaklum la teknologi dihujung jari bak hang.. Semalam Adam request nak makan ayam percik.. Sebab aku tak reti masak + badan tak berapa nak sedap semalam so aku bawaklah hero-hero aku makan kat Restoren Sri Percik kat Malim tu..  nak kata sedap idak la jugak... Biasa-biasa ja.. Tapi disebabkan persekitarannya yang best so aku bawaklah hero-hero ni berbuka puasa kat situ . Actually aku ni jenis tak suka berbuka kat luar.. Almaklum la aku ni jenis malas menunggu . Hahaaha makan nak , tunggu malas.. Apa raaa... lagipun malas betui nak  terkejar-kejar balik rumah nak solat maghrib... Hish macam-macam kan alasan.. Biasalahh bila dah tak suka,  seribu alasan akan diberi. Hehhehe macam la kat situ takde surau kan.. Cehh.. 


Ook ini Adam .. Dia la request nak makan kat sini.. Semua nak makan.. Pastu tak habis.. So kecik besaq ja mummy tengok dia.. Ni dah kurus sikit sebab aritu demam panas.. bulan puasa turun 4 kg.. So mummy sedang bekerja keras menaikkan berat badan seperti sebelum puasa macam tahun-tahun yang lepas. Normally 1st raya dah kembali normal.. Kikikiki.. tu la ketupat rendang tok dia sedap sangat..


Ok.. Ini Mukhriz. Trademark Mukhriz.. Hensem, kacak dan bergaya.. Urghhhh kacak ker?!  Pasan lebih ini budak..! Setiap kali ajak makan luar , dia akan kata mummy tak payah .. Membazir je.. Padahal dia nak suh mummy simpan duit tuk beli Penny board dia.. Manyak cantekk! 


Sementara menunggu hidangan sampai dorang ada sediakan kurma dan juga bubur kacang.. ni tuk mummy je, hero-hero aku tak makan hokay.. Banyak sungguh alasannya.. Adam tak suka kurma sebab kulitnya dan rasanya yang manis sangat ! KatanyaLah.. Dah macam-macam usaha mummy buat, dia memang tak leh telan.. Mukhriz bole je makan, tapi memang susah nk tengok dia makan.. Sama je pangai ngan Adam. Itulahh inilahh.


Ni Nasi Lemak Ayam Percik , Mukhriz order. Sambal dia marvellous! Mukhriz cakap dalam pic ni dia nampak slim.. Ni sebelum, cer tengok selepas.. Muncittt!


Ni lak menu Adam, Nasi Beriyani Ayam Percik..dia pilih sendiri.. Padahal Adam tak suka makan nasi beriyani.. Tiba-tiba bila order kata suka. pastu cakap , yang Adam tak suka tu makan tu yang mummy masak.. Alahaii drama sungguh.. Alahaiii anak, seumur hidup mummy tak pernah masak nasi beriyani.. Eee tak kuasa mummy nak masak setakat mummy sorang je yang nak makan....membazir!  Baik beli ...kan kan kan..


Yang ni mummy punya.. Masak Masam ikan apa tahhh.. Arghh makan je, yang penting pedas.. nak makan yang ada cili padi macam serik je, almaklum la aritu perut dah meragam.. Huh! seksa tanggung sakit. Tapi mulut gatai nak makan gak.. Nasib baik masak asam ni tak pedas sangat.. Ok ok je.

Ok tu je nak cerita tuk entry kali ni. Dah lama tak buat entry buka puasa kan.. Kisah anak beranak berbuka puasa.. Tu pun dah nak masuk hari ke-22 baru nak wat entry berbuka. Hahhahaahaa.. 

Ok Thanks for reading! Wassallam..

Thursday, 9 July 2015

DIY : Kasut Raya

Assallamualaikum....

Aku ni kalo bosan-bosan ni la kejaan aku,  paling suka la dok melayan pintrest.. Pintrest ni best sebab ianya macam sumber rujukan untuk aku. Yelah kalo aku nak wat design , takde idea kat sini la aku aku buat rujukan, taip apa yang dicari klik search, tunggu sekejap taraaa.... bertimbun-timbunlah idea yang akan muncul.

So kali ni aku nak bagi tips tuk save budget beli kasut raya... Hahhahahhaa mana la tau ada yang tengah baca ni patern macam aku tak suka shopping.. Tak suka tempat sesak. Nak shopping online masa dah suntuk, nak nak pulak risau takut saiz kasut tu tak sama ngan size yang hampa dok pakai selalu. Tapi aku sebab cerewet sangat, sanggup tak beli dari buang duit dari beli barang yang aku tak pasti akan kualiti, size dan juga materialnya. hahahahaha cerewetkannn..sabo je la.. 









Cara pertama :


Kasut lama yang masih bole dipakai (cuma perlukan nafas baru)

Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/
atau bole dibeli secara terus di 

Unit D-1-46, 1st Floor, Block Dahlia, 10 Boulevard,, SPRINT Highway, PJU6A,, Petaling Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Gilter

Berus

Caranya : 

Sapu Modge Podge keseluruhan kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, campakkan /taburkan gilter pada kasut, tunggu sehingga kering..tadaaa siap!









Cara Kedua :


Kasut lama yang masih bole dipakai (cuma perlukan nafas baru)
Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/

Paper cutting/ magazine/ apa-apa sahaja corak yang diinginkan

Berus

Caranya :

Sapu Modge Podge pada bahagian kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, kemudian tampal lah paper cutting yang telah dipotong tu. Tunggu kering sekejap . kemudian sapu balik dibahagian atas dan tungu sehingga kering..Tadaaa siap!



Cara Ketiga :


(Still guna bahan-bahan yang sama beza gantikan gilter, paper cutting tu dengan lace )

Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/

Kasut lama

Berus

Caranya :

Sapu Modge Podge pada bahagian kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, kemudian tampal lah lace yang telah dipotong tu. Tunggu kering sekejap .  Tadaaa siap!

Tapi kalau tak guna Mod Podge , bole je guna glue biasa (ala gam kasut tu) .Ok Selamat Mencuba!

Wednesday, 8 July 2015

Pameran Lagi-Lagi Gila Gila #LagiLagiGilaGila

Assallamualaikum....

Akhirnya dapat gak aku tengok pameran ni.. Asyik tengok hashtag je , sekali dapat offer tengok sambil kerja, apalagi memang tak dilepaskan peluanglah. Pameran yang diketuai oleh En Badrolhisham dan team . Pameran Lagi Lagi Gila-Gila adalah sebuah pameran yang diadaptasi daripada sebuah Majalah Humor Nasional yang pertama kali diterbitkan pada 1 April 1987. Siapa yang selalu baca majalah gila-gila ni konfirm akan teruja untuk datang ke pameran ni. Hehehe

Harga Tiket : 
Free

Waktu operasi : 
10 pagi-10 malam

Tempoh pameran : 
14 April -17 Julai 2015

Lokasi :
 Galeri Petronas , Level 3, Suria KLCC, 
Petronas Twin Towers,
Kuala Lumpur


Lagi-lagi  Gila-Gila adalah sebuah pameran yang menumpukan kepada terma intelektualiti yang melihat upaya intelek kartunis yang disampaikan melalui jenaka satirikal didalam mengutarakan pelbagai gambaran sinis dan menyindir isu-isi sosial , politik dan juga ekonomi serta persoalan-persoalan kemanusiaan. Terdapat 500 buah karya yang dipamerkan dimana pengunjung diperlihatkan bagaimana proses fikir dan pengetahuan para kartunis dipersembahkan didalam  pelbagai strategi secara simbolik  melalui parodi keberlangsungan budaya Malaysia.

Komik Gila-Gila yang pertama 1 April 1987 " Istimewa Nasib Si Bedul".

komik-komik edisi terawal juga dipamerkan.

Komik edisi pertama.

Watak Tarzan.. Ingat tak??

Hari ini dalam sejarah ( Puteri Gunung Ledang)


     


Bila aku baca komik pasal puasa dan raya ni... Bestkan.. Tetiba tergimbau-gimbau lak memori raya waktu kecik-kecik dulu.. Ishhh feling feling gitu! 

Ni la watak yang paling aku suka kalo baca gila-gila ni... Tiga dara pinggitan... 


Egg is telur, wood is kayu , when i tidur i ingatkan u..

 
Fenomena video


Meh baca lagi... Hahahaha dah takde modal nak tulis apa.. Kikiki


Terdapat pelbagai teknik pameran yang dipamerkan antara props-props komik dan diorama. Ianya bisa  menarik minat pengunjung mengambil gambar  disamping diupload didalam instragram/ facebook dan dihashtagkan dengan #LagiLagiGilaGila . 

Sekaligus ianya dapat membantu bagi mempromosikan pameran ini secara tidak langsung tanpa mengeluarkan apa-apa budget. Antara orang yang paling kalut amik gambaq.. Aku lerrr.. Hehehe Almaklum la dah penat membaca . Bagi aku ianya tak ubah seperti selingan setelah penat tersenyum simpul setelah penat membaca komik yang dipamerkan.. ( gelak kang orang kata aku tak betui .. susah kang!.. Hahahha)


Sori darling lamaran mu ditolak sebab kamu hanya watak dalam komik tak real hokay :p

Udah-udahlahh tu..

Opsss... Bucuk!

Salah satu section lipat lepat Gila-Gila

Oh! Beratnya!

   

    

Antara karikatur -karikatur yang dilukis oleh pelawat dan dipamerkan dibahagian pintu masuk galeri sebagai kenangan.




Bagi yang suka membeli komik tu , souveniar shop kat pintu masuk tu ada jual macam-macam souveniar untuk dijadikan kenangan bagi dibawa pulang..apalgi cepatlahh pi.. Last 15 Julai  ni tau.. Cepat!

Thanks for reading! Wassallam...

Monday, 6 July 2015

Minions Oh! Minions..

Assalammualaikum...

Hari ni aku melayankan Adam tengok Minion. Dari minggu-ke minggu dia tuntut dari aku..Cian lak aku nengokkan nya. So pi la aku, walaupun malas. Ikut kan hati nak dok umah landing-landing dan kemaskan apa yang patut. Tapi awai pulak siapnya keje umah, mana taknya dari kul 4.30 pagi ngemas.. Hahhaha

So aku meredahlah jem yang orang lain dok pulon shopping raya. Almaklum la kali ni aku beli tiket kat kaunter je, normally aku pakai app/online je, tapi ntah kenapa app asyik blank tak leh guna. huh tak best tau! Kena beratur kat kaunter pastu dapat seat depan-depan. huaaa sakit tengkok wooo , tapi kali ni takdelah depan sangat.. 5 baris  dari depan. Adam lak kelihatan amat seronok nonton minion kali ni. Asyik gelak je.  Jenuh! Hanya kedengaran suara dia je memecah kesunyian panggung.. Saboo je la. Dalam  dok riuh rendah, aku rasa mata makin berat... Layu selayu layunya.. ciss aku tertido.. Sampai 1/2 jam lagi wayang nak habis. sabo je la .. Hish rugi RM 13.50 aku.  Penat sangat gamaknya menguruskan hal rumah tangga sampai aku layu ditasik madu.. Keh keh keh. catat sejarah aku tido dalam panggung . Padahal citer Minion ni best tau!

 Posing Adam posing! 

Adam with Stuart, Kevin dan Bob. Waktu ni Adam dah tak berapa nak sihat aka demam , tapi still juga posa... Rugi lak rasanya nak bagi dia tinggalkan posa walaupun  satu hari, so nak bagi dia terus bersemangat berpuasa aku fullfill segala permintaan dia. Syukur Alhamdullilah dia berjaya menghabiskan posanya pada hari ni.

Serba sedikit tentang Minion, ianya merupakan sebuah filem  animasi Hollywood berjudul “Minions” ini kembali bercerita tentang para Minions. Setelah master mereka yang sebelumnya T-Rex dan Dracula dihancurkan, mereka mengambil keputusan untuk pergi mengasingkan diri dan memulai hidup baru di Antartika. Kerana merasa kurangnya master, Kevin dan dua Minions iaitu Bob dan Stuart  telah keluar dari Antartika  dalam misi mencari bos/master yang baru bagi mengubah kehidupan mereka yang hilang nilai kegembiraan . Di New York mereka telah bertemu dengan bos baru mereka iatu Scarlet Overkill , seorang wanita yang super jahat, stylish dan yang sangat bercita-cita untuk menjadi wanita no.1 seperti Queen Elizebeth. Disitulah terjadi berbagai-bagai peristiwa  dan aksi-aksi extreme yang bakal mencuit hati. Nak tahu lebih lanjut sila tonton dipawagam yang berhampiran ye..

Thanks for reading! Wassalam..


Saturday, 4 July 2015

Bila mulut tak seiring dengan tekak..

Assallamualaikum...

Syukur Alhamdullilah .. Dah masuk puasa yang ke 17 hari ni.... Sekejap je dah nak raya kan... Hehehehehhe 

Masak apa arini...? Hehehhe  aku?? Dah nak masuk hujung-hujung ni dah tak tau nak masak apa sebenarnya.. So aku masak spagetthi je la... Dah la sahur tadi masak chicken sup cream ngan bread je.. Perghhhh  tekak mat saleh celup sungguh! Eeeee ... Ada pulak tu yang layan menu aku.. Hahhha sapa lagi kalo Adam.. Hahahahaa mamat kacak yang banyak feel  dan songeh... mulut kata lain tekak kata lain.. Hah! Tu lah Adam.. Jauh beza ngan Mukhriz , tak banyak songeh yang penting ada makanan.. Apa pun dia sapu.. Dan tak takut untuk mencuba  menu-menu baru.

Spagetthi Meat Ball aku arini disambut hambar  kununnya.. Almaklum la budak cerewet.. So paham -paham je la. 

Adam : Mummy masak apa arini?

Mummy : Mummy masak spagetthi je.. Spagetthi Meat Ball, kan mummy dah cakap tadi. Lupa la tu...

Adam : Ala kenapa mummy masak spagetthi , Adam tak suka lah mummy..<biasalahhh mulut bila berkata-kata>

Mummy : Diam je , malas nak layan.. Setiap kali masak spagetthi tu je la alasan dia.. Huh!

Azam Maghrib... ( Bila tiba waktu berbuka, spagetthi licin sepinggan)
yelah tekak orang yang tak seiring ngan mulut memang macam tu... Hahahha

Lepas Terawih

Adam : Mummy spagetthi ada lagi tak.. Adam nak lahh

Mummy : cehhh tadi action!

Adam : Tulahh kenapalah mummy masak sedap sangat. Mummy ni semua pandai masak. ( sambil tangan  mencedok spagetthi kedalam pinggan) hahahahaa. <standard la ayat cover line! Nilahh jadinya bila tekak mula berbicara> citt!

Mummy : <dalam hati> cehh! tadi tu lahh .. ni lahh.. Macam-macam drama dia wat.. Sekali 2 pinggan gakkk... Tak suka kunun..! 

Hahahaha  tu lahh anak-anak aku.. selalu sangat mulut dan tekak jalan tak beriringngan.. Tapi kerana tak beriringngan tu lah aku suka masak sebab 2,3 pinggan  confirm habis.. Hehehhe 

Spagetthi Meal Ball aku... Buh sikit-sikit udahh la.. Kata diett! Hahahha :p

Okaylahh jom santap mata dibulan puasa.. Have a nice weekend guys!  Thansk for reading.. Wassallam.. 

Friday, 3 July 2015

Pameran Keris 750+3 Sempena Festival Silat ( Largest Keris Exhibition : The Malaysian Book of Records)

Assallamualaikum...

Dah berlapuk event baru nak update story pasal event ni.. Hahahaha takpe yang penting ada record okay supaya senang nak buat rujukan dikemudian hari. 

Okaylahh citer pasal pameran keris ni, kenapa namanya Pameran Keris 750+ 3 ? Ianya merujuk kepada  Penubuhan Kerajaan Melaka yang ke 753 tahun pada tahun ni. So situlah datangnya jumlah keris yang akan dipamerkan.

Apa itu keris?

Keris adalah senjata  yang hanya terdapat dinusantara, kepunyaan bangsa rumpun Melayu yang tersebar dari Selatan Filipina , Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia. Mengikut "Kamus Dewan" pula ianya adalah sejenis senjata  bermata dua yang tajam bilahnya, lurus, atau berkelok-kelok. Merujuk sejarah lisan negeri Kelantan keris bermaksud "Keramat, Rahsia, Yang, Satu," daripada huruf Kaf, Ra, Ya,Sin.

Pada sebilah keris yang bermutu tinggi , tersimpannya pengetahuan dan teknologi orang melayu . Keris menjadi ikon orang Melayu kerana kebanyakkan daripada binaan orang Melayu seperti istana-istana Melayu silam, kapal-kapal besar  atau jong Melayu telah lama pupus atau hancur ditelan zaman atau dimusnahkan oleh penjajah. Akan tetapi pada sebilah keris tersematnya bukti bahawa orang melayu pandai mencampurkan, menempa dan membentuk besi sehingga memberikan corak atau pamor pada bilah keris. Selain itu juga keris juga dapat menunjukkan bukti kesenian cara menggunakan kayu yang dilestarikan dalam bentuk ukiran pada hulu dan sarung keris dan juga penggunaan pertukangan halus untuk menghasilkan perhiasan pada keris yang menggunakan logam emas, perak dan suasa.

( Sumber rujukan : Buku Semangat Keris by Emil Bahari)

Ciri-ciri yang perlu ada pada keris.

Pameran keris 750+3 ini telah diadakan pada 17-19 April 2015 , di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah Duyong, Melaka.

Untuk mengumpulkan 753 bilah keris ni  bukan semudahkan seperti lihat gambar keris itu disusun diatas meja.. Hokay kami terpaksa meminjam dan mengeluarkan pelbagai koleksi yang terdapat didalam simpanan kami sendiri termasuklah juga meminjam pada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Persatuan PURBA Selangor serta agensi swasta dan orang perseorangan. Bukan mudah nak pinjam. Nilai keris lebih 2k keatas tu bagi setiap bilah.. So bayangkan kalau 753 bilah keris ... Azab tak?

Waktu ni tengah set-up ruang pameran. memandang showcase agak limited, kitaorang hanya display atas meja dan dikawal rapi oleh oleh pengawal keselamatan, polis bantuan dan beberapa pihak keselamatan yang lain. Insurans pun tak dilupakan .Benda wajib hokay. 


Ruang pameran yang baru diset-up. Pening gak.. Ruang kecik, kerisnya banyak.

1st collection orang perseorangan. kena hadap satu-satu dan namakan setiap  keris.. Masakkkk nak hadap.

Showcase oh showcase.. Untuk VVIP sahaja sebab limited sangat, next time kena wat showcase banyak2 la .

Sesi tunjuk skill, bukan mistik tapi sains dan graviti hokay..  

jeng  jeng jeng.. demontrasi keris berdiri.

Team Persatuan Seni PURBA dari Selangor. Ohsem ! dari kiri En. S.Amin Shahab ( ala korang kenal punya, retis katakan.. Hehehhe) , En. Zarim YDP Persatuan, En. Majid Bujang, En. Hisham. Semuanya penggemar/pengumpul koleksi keris tegar. 

Dok pulun asingkan keris mengikut ketegori. Yang ni 2nd trip.. cari-cari keris tak cukup-cukup. Memang waktu ni rasa stress sangat. Tapi nasib baik dapat team yang sporting . Walaupun asyik kena buli sebab sorang je pompuan. Tapi takpelahh yang penting keje  siap on time.

Yeahhh dapat sijil! kerana sijil ni lah aku tak cukup tido, mandi tak basah, makan tak kenyang. Parah mengalahkan orang mabuk cinta.. Cissss.. !

Team Unit Aku.. Sejemput je yang lain mana ntah... apa-apa pun syabas tuk semua..



Ketua Menteri Melaka menandatangani Sijil Malaysian Book of Records ( Largest Keris of Exhibition)


Memberi penerangan kepada TYT dan CM mengenai keris perubatan ni. CM siap suh buat demontrasi lagi.. aihhh memang taklahh..heehehe


Posing posing posing... Waktu ni lahh baru dapat menarik nafas lega. Almaklum la akhirnya berjaya jugak mengumpulkan 753 keris tu. 

Akhir kata , dapat tempek story kat Nanyang Siang Pau pun jadilahh... 
Ada jugak kenangan kan...hehhee

Okaylah sampai disini sahaja. Thanks for reading! Wassallam...