Thursday, 27 August 2015

Diari Adam

Assallamualaikum...

Hehhhee Dah lama aku tak check dairi Adam.. Arini balik-balik je dari sekolah ..

Adam : Mummy nak baca tak diari Adam?

Adam buat waktu kat sekolah tadi..


Mummy : Bole jugak.. Mana ?


Adam : Jap ea... Sambil pas surat order vitagen..


Mummy : 

Ni borang order vitagen.. Pandai adik ea, 

suh mummy order vitagen dulu, baru bagi mummy baca diari adik ye.. 

Huaaaa


Adam : 

taklahh.. Jap la. tengah cari ni..  

Ni! Nah mummy... 


Mummy :


 [ aku pun baca dengan senyum simpul... 

Terdetik seketika dihati.. 

Kagum gak dengan Adam walaupun hyper semacam.. 

Bole gak dia dok diam sambil menulis hampir 4 

muka surat dengan tekun dan gaya penulisan yang agak menarik.. 

Patutlah Mukhriz selalu cakap Adam kalau buat karangan mesti dapat 80% 

keatas... Well done adik! ]


Kisah hari rabu...




Pantunnya yang tak tahan , walaupun sekadar pantun 2 kerat ...hehehhe

" Anak muda bersopan santun, Akulah Raja Pantun "


" Dua , tiga makan mee , Akulah orang terkacak dibumi " 


" Satu , Dua aku menyanyi, Aku lapar perut sudah berbunyi "


Bukan tu je , ada jugak diselitkan lakaran " Rice Chicken Chop" dia tu..   Cute tak?! 

Kisah khamis.. Arini la tu..




Arini pulak aku bekalkan dia Kuew Teow Goreng.. Hahahaha dia lukis jugak , siap ada telur goreng mata kerbau sebelah tu.... Ko hado?! Kikiki :p

Hishhh cute jugak bila tengok budak-budak ni menulis.. Nanti dah besar bole jadi penulis aka bloggger ye.. Kongsikan ilmu yang baik-baik je tau.. Hehehe

Ok Thanks for reading! Wassallam..

Tuesday, 25 August 2015

Makan best di Melaka

Assallamualaikum...

Ramai yang tanya aku apa makanan yang best kat Melaka ni.. ? Dorang kata yang best kat Melaka ni hanya masak asam je kot..  Baiklahh jom review sikit port makan best kat Melaka.. kalau ada yang aku terlepas pandang nanti aku buat part 2 hokay.. Hehehehe


1. Masak Asam Pedas ( Tetel, Ikan Pari, Tenggiri, Ikan Kembung dll)


Firstly mestilah Masak Asam kot.. Selalunya aku makan kat Masak Asam Claypot kat Kota Laksamana.. Selalunya kawan-kawan yang aku bawak makan kat sini memang puas hati la.. Bertingket-tingket depa makan.. Hehehehe

(Pic Ihsan Mr Google)

Tapi bukan kat sini je best ada jugak Masak Asam Pedas kat Pasar Borong, Masak Asam kat Semabok, Masak Asam Selera Kampung kat Melaka Raya ,  Masak Asam kat Seribu Kuih Ujong Pasir Melaka, Masak Asam Hajah Mona dan lain-lain lagi.

2. Ikan Bakar Muara Sungai Duyong.


Ni tempat peberet aku dan family. Dari aku bujang sampai la anak dua kat sini je yang memenuhi tekak aku. Selalu ikan bakar kat Melaka ni makannya ngan nasi lemak, tapi kalo nak nasi pun bole request..

( Pic dari Tripvisor)

Selain kat Muara Sungai Duyong ni, kat Ikan Bakar Parameswara di Umbai dan Ikan Bakar kat Crystal Bay Alai pun tak kurang juga menjadi pilihan ramai. 

3. Kuih Keria Limbongan


( Pic Ihsan Mr Google)

Ni lah kuih keria Limbongan. Asal aku nak beli je kena beratur panjang stress tau! Keria ni sama je macam kuih keria lain bezanya hanya disira ngan gula Melaka.. Color dia solid je, rasanya pun solid masuk je masuk tekak .. Huahuahahua .. Asal makan je pasti nak lagi... Hahhhaha promote baik punya!

4. Mee Sup Tengkera.


( Pic Ihsan Kawan FB)

Mee Sup ni pun best jugak. Tapi kena makan kat situlah, makan panas-panas.. Barulahh syokkk!  Kat kedai ni jugak ada dijual Popia Basah.. Sedappp oooo..! 

5. Mee Bodoh Tengkera


( Pic Ihsan Kawan FB)

Makan terus bodoh..! Hahahhahaa nasib la sapa yang suka makan.. Kikiki :p acah je la.. Sebenarnya aku pun tak tau la awat la nama dia  Mee Bodoh.. Tapi bila makan kena makan ngan Telur goyang. Pastu mee goreng tu  kena letak kicap dan cuka sikit.. Perghhh terliuq bak hang.. kedai dia dekat-dekat je ngan Mee Sup Tengkera.   Trylahh sedap ker idok.. Tapi kena datang awai tau ( breakfast) kalo tak sila beratur ye.. 

6. Nasi Gunting


( Pic Ihsan Kawan FB)

hah? Kenapa namanya nasi gunting .. Sebab daging tu di gunting-gunting. Dimakan pula ngan telur masin, timun, sambal dan juga cili hijau yang di gunting-gunting jugak.. Pastu tu pekena ngan Air Mata Kucing Panas ( kedai yang sama) ..... Fuhhh.. Kedai ni terletak di Food Court di Pasar Besar Melaka Sentral Melaka ( Tingkat 1) . Dibuka jam 9.00 pagi .. So bole borong ikan dan sayur dulu kat tingkat bawah.hhhehe

7. Cendol Jam Besar


( Pic Ihsan Kawan FB)

Cendol pulut ada, Cendol biasa ada, ABC ada.. Macam-macam la ada.. Terletak di Dataran Cendol di Jalan Bendahara berhadapan jam besar dan Bangunan Stadhuys. Gerai dia betui-betui sebelah Sungai Melaka.. sambil makan bole lambai-lambai tangan kat pelancong yang sedang menaiki river cruise tu.. Jangan terjun sudahhh... Hehehhee

8. Berkat Roti John 


( Pic Ihsan Kawan FB )

Yang ni peberet anak aku, Mukhriz.. Satu bantal roti john ni dia bole makan sorang ngan selamber.. Fuhh senak pewott mummy tengok dia makan. Terletak di sebelah Giant dan juga di Lorong Pandan, Melaka

9. Ais Krim Pasu Bunga



Yang ni banyak negeri dah buat kan.. Tapi kalo nak cuba bole try kat Dataran 1 Malaysia, Klebang. Satu pasu RM 5.00 hengget siap ais krim, pasu ,bunga, daun dan tanah . Pas makan tumbuh pokok bunga dalam pewot... hehhe

10. Coconut Shake Klebang dan Batu Berendam


( Pic Ihsan Mr Google)

Coconut shake ni ada dua tempat. Satu kat Klebang dan satu lagi kat Batu Berendam. Yang mencipta sejarah opcoz la yang kat Klebang tapi kat sini aku dah jarang pi, sebab aku pernah tercium bumper kete orang kat area tu sebab nak beli coconut shake ni lah.. So aku beralih arah kat Batu Berendam pukak. Parking lagi senang  dan rasa coconut shake ni pun  bagi aku lebih kurang je ! 

 11. Satay Celup-celup Warisan 


( Pic dari FB Satay Celup-celup warisan)

Ni la rupa satay tu.. Just celup-celup ye ngan kuah yang disediakan.. kedai ni terletak di Taman Lagenda 1 bersebelahan dengan Aeon Jaya Jusco Bandaraya.

Thanks for Reading! Wassallam

Sunday, 23 August 2015

Ngidam Roti Kacang Pool

Assallamualaikum...

Kacang Pool oh Kacang Pool! dari aritu lagi aku nak makan Roti Kacang Pool ni. Nak ajak hero-hero ni makan luar memang bercinta sungguh... Tapi akhir setelah dipujuk rayu berjaya gak aku makan kacang pool ni.. Dorang kalo ajak makan kepci dan mekdi laju la..apolahh nak nasib aku ni anak2 suka makan fastfood ni.. Ni la anak-anak zaman sekarang , benda yang mummy tak suka tulahh yang paling dia suka..

Sib baik kat rumah aku ni ada restoren yang jual  Roti Kacang Pool. Istimewa katanya.. katanyalah. Restoren Anggerik 8 ni terletak kat area Econsave Malim satu  baris ngan Cosway dan juga 7E. Moh ler kita try.. katanya istimewa...sedap ker idok..?

Deko dalaman biasa-biasa je.. Rasa macam kedai baru bukak ,  sebab sebelum ni bila aku lalu tak nampak lak kedai ni atau aku yang terlepas pandang. Hiasan kedai ni banyak dihiasi dengan  barang-barang lama seperti duit kertas lama, pinggan mangkuk lama,syiling dan macam-macam la yang lama , ada yang dihias di rak, ada jugak sebagai alas meja makan dan juga kaunter bayaran.. Nak kata menarik sgt  idoklahh,  biasa-biasa je...  Macam adam selalu cakap tu.. Biasa-biasa je.

Ini muka budak yang tengah lapaq. Cian lakk  tengok dia.. amik ordernya dah lama, tapi sampainya idok juga. So mood moody pun tiba. Mangsanya phone mummylah... huhuhu Ingat tak berapa ramai orang datang cepatlah sampai ordernya tapi ... Hampeh! penat tau aku pujuk dia makan luar tau, tapi gini jadinya..


Tunggu punya tunggu ... akhirnya sampai jugak kacang pool yang dinanti.. Kejap je habis takat mulut mummy ni... Rasa? Oklahh , tapi bagi aku best lagi yang kat Klebang  tepi laut tempat dorang main layang-layang aritu.. Portion dia pun lagi besar.. Tapi ni maybe tekak aku kot. Biasalah orang ngidam memang lagu ni.. hahahhhaa ngidam kerr..? bukan orang ngidam main hentam je ker, ni bole pilih-pilih pulok..  Cian Adam, sampai aku dah habis makan  order dia tak sampai lagi... sampai dia kata cancellah order, tapi bila aku nak cancel barulah order nak mai. Muka Adam dah mencuka, alamat balik ni kena bebel la jawabnya...huhuhu

Wassallam.. Thanks for reading!

Thursday, 20 August 2015

Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Assallamualaikum..

Ipoh sebenarnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan terutamanya Nasi Vanggeylah.. Apalagi..hehe. Nasi Vanggey yang membuat orang beratur panjang , padahal nasinya lebih kurang sama je macam nasi kandar kat Penang tu. Bagi pandangan akulah . Kesedapan yang tak terhingga pada sesetengah orang membuatkan ianya dipanggil  nasi ganja. Eh tapi aku bukan nak citer pasal nasi vanggey atau nasi ganja ni. Ni nak citer pasal Nasi Lemak Ayam Kampung kat Jalan Pitchay yang dibuka mulai jam 4.30 petang- 2.00 pagi tu la...Ni pun berpunca dari aktiviti selepas penat berjalan di Gerbang malam Ipoh tu. 

Mungkin Nasi Lemak Ayam Kampung ni tak sesedap mana bagi tekak cerewet aku ni, so aku tak kira nak review jugak kat dalam blog aku ni.. hehhehee so gedikss kan... hahahaha ada aku kisah.. :P Ohh lupa nak bagitau, sambutan kat kedai ni memang ramai, agaknya sedap kot. Tu yang buat aku teruja untuk test .. 

Otak-otak sebagai pembuka selera sementara menanti hidangan yang diorder sampai. Habis satu bekas ni. Sapolahhh yang makan ye..Al-maklumlah semua dah kebuloq.

Pulut mangga. Aku order yang ni, pastu paksa semua orang makan. kejam tak aku. Nafsu makan kuat tapi tank kecik...hahahah keciklahh sangat.. :p  Pulutnya yang berwarna hijau ditabur dengan sesame. Dihidangakn bersama dengan mangga yang suam-suam kuku masaknya. So okaylah tapi kalo mangga tu lagi masak dan kuning, lagi yummy kot! tambah dilembutkan sedikit texture pulut tu...hadoiii banyak sungguh komplainkan aku ni dengan harapan owner restoren ni baca untuk sesi baik pulih.

 Ni Nasi Lemak Ayam Kampung. Ayam agak banyak, tapi liat sikitlahhh kan.. dah nama pun ayam kampung..eeeeee


Nasi Lemak Ikan Bakar.  Sambal sedap tapi ikan bakar tu dah keras sikit dan sejuk, so agak hambar disitu.

 Nasi Lemak Sambal Kerang. Yang ni memang sedap.. Tapi portion nasi tu lak sikit nau, zaman GST kot.. Serius tak kenyang.. nak tambah lagiii..

Pulut Mangga yang telah aku tuang santan keatasnya. Sedia untuk dingapp... 

Sebenarnya banyak pilihan makanan yang ada kat Nasi Lemak Ayam Kampung ni, terpulang pada tekak masing-masing. Tapi kalo tak nak makan kat sini macam-macam restoren , cafe dan gerai/warung best yang ada kat Ipoh ni. Antaranya Thumbs Cafe ( Cafe Antik gitu ), Gomok's Cafe , Restoren Simpang Tiga ( Nasi Padang ) , Mee Daud Mat Jasak ( Famous Mee Kicap & Mee Kari), Nasi Ayam Fauziah... ish banyak la kedai best -best kat sini.. pi dan explore lah sendiri ... ucapan khas dari insan yang kuat makan..hahhaaha adios...

Wassallam and Thanks for reading!

Wednesday, 19 August 2015

The Pirate Adventure Melaka

Assallamualaikum...

Aku agak teruja bila mula-mula membaca promosi daripada facebook akan pembukaan produk terbaru Negeri Melaka iaitu " The Pirate Adventure " ni. So aku korek-korek info secara detail kat facebook ( The Melaka Alive) tu. Tapi hampa! takde lah pulak... So agak sedih disitu, tapi bila aku attend meeting pagi tadi.. bos ada citer serba sedikit tentang produk ini yang baru di rasmikan pada 15 Ogos 2015 ( sabtu) baru-baru ni. Apalagi aku dengan pantas telah memaksa dengan kejam salah sorang staff  ofis aku untuk mendapatkan tiket secara percuma untuk memasuki TPA ( The Pirate Adventure) ni . Untuk aku dan anak2 buah aku ( dua orang anak buah aku tak dapat ikut serta atas sebab-sebab tertentu dan so bila rahsia telah pecah so adalah dua orang hamba Allah telah offer diri nak ikut... Offer hokay bukan ajak.. Hahaha kejam tak statement.. Kikiki :P ). Memandangkan pihak mereka agak straight, so hanya empat orang sahaja dibenarkan. So korang jangan nak pandai-pandai mintak kat aku tiket free ye. 

THE PIRATE ADVENTURE
Melaka Alive , Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
( Berhadapan Memorial & A Famosa -Belakang Dataran Pahlawan)
GPS : N2.191 261 E102.250 725

Facebook : Official Melaka Alive

WAKTU LAWATAN

Isnin - Khamis
10.00 pagi -7.00 malam
Jumaat - Ahad & Cuti Umum
10 .00 pagi- 9.30 malam

HARGA TIKET

DEWASA : 
RM 20 (MyCard) RM 25 ( non MyCard)

KANAK-KANAK : 
(Bawah 4 tahun FREE)

RM 15 (MyCard) RM 20 ( Non MyCard)

WARGA EMAS
(60 tahun keatas )

RM 15 ( MyCard)
RM 20 ( NonMyCard)

ni peta untuk ke TPA ni.. Cari jangan tak cari.. Cuma dari segi promosi agak suram dan kaunter tiket pun agak tersorok sedikit . Maybe kalo dia buat signage tunjuk arah yang lagi proper lagi best kot... Kitaorang tadi pun terkebil-kebil walaupun opis depan tu je. 

Dari pandangan hadapan TPA ni. Kaunternya sebelah kiri. TPA ni kat dalam kapal tu.. 

Perjalanan menuju pintu masuk akan dihidangkan dengan pemandangan sebegini rupa. Seorang jejaka yang menanti si Chenta yang tak kunjung tiba.. oh!  setianya dia.. 😝😝 Tu dulu .. La ni tinggai sekejap ja dah cari lain.. Hehehehe mohon terasa...

" The Pirates Adventure " merupakan sebuah ruang pameran tentang pengembaraan Nakhoda kapal dan anak-anak buahnya selama lebih 30 minit.. Tapi kitaorang satu jam pun tak habis mengembara sambil posing.. Hehehe Tentang harta karun , lanun serta tengkorak yang bersepah-sepah disana sini, kekejaman dan juga keganasan tak bertepian. Hati mula cuak sebaik pintu masuk dibuka. Seram! Masing-masing dah mula berkata.. "Ko masuklah dulu.. Ko masuklah dulu.. " Hahhahaa 10 minit berlalu begitu sahaja dengan aksi tolak menolak. Lawak!  tapi ia tak bisa melepaskan  debar dihati. Bila melangkah masuk,  kelihatan tengkorak disana-sini.. Kabus tebal menyelebungi pemandangan .. Tiba-tiba .. " Kak nak sapa amikkan gambaq.... ? " hahhahaha weeiiii lanun sound aku k.. Ok ye dik bole gak.. Hehehhee

Selesai posing.. Pengembaraan diteruskann.. Langkah demi langkah.. Ok ni serius.. Gelap.. Gelap .. Gelap.. Sungguh gelap.. Tiba-tiba kelihatan sebuah lembaga hitam kaku diatas titi.... Jantungku berhenti berdegup! Tiba-tiba lembaga itu mengejar kami....makin laju , laju dan laju akhirnya makin hampirrrrrr.....hampir menangkap kakiku yang bertumit tinggi!  Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! semua lari lintang pukang.. Aku? Gelak dalam ketakutan walaupun masih kontrol keayuan.. Errghhh loya la tu... Cehhh 

Betuiii ada hantu.. Hantu dimana ? hantu hantu dimana...?  Aku dan yang lain terus melangkah.. Masing-masing dok kalot membuka lampu dari phone masing-masing.. Lanun section sebelah dah geleng kepala, lawak agaknya .. Tak pernah dia jumpa pelawat ala penakut tahap gaban lagu ni... Bertabahlahh lanun.. Ko kan dah jadi hantu, mana mungkin kami tak takut.. Hehhee 

Langkah diteruskan.. Ada patung lanun sedang berdiri tegak dihadapan.. Yang depan aku mula berkata.. Ala patung je pun...  tiba-tiba mata aku tertumpu di ibu jarinya... Mana mungkin patung menggerakkan ibu jari kakinya.. Apalagi  sekali lagi jeritan memecah kegelapan malam.. Hahhahaha haru biru sungguh.. ! Jerit lagi... dah la penat sungguh aku nak  bagi feel mengembara kat korang...  Meh layan gambaq la pulak na.. Keh keh keh..

Drebar aka Nakhoda kapal

kat dalam ni tak dibenarkan mengambil gambar sebenarnya.... Tapi aku kawtim baik punya.. So lanun yang tolong amikkan gambaq..( cer tengok terror tak kitaorang , dengan lanun pun kitaorang geng k ) 

Sebenarnya selepas section ada satu section yang membuatkan aku seperti nak kluaq balik.. Gelak sambil menitis ayaq mata..  sampai pening la Lanun tu nak melayan kitaorang.. Nak tau apa dia... Pi la sendiri na.. Hehehhe rahsiaaaaa...

Hampa agak ni hantu ker orang..? Jeng jeng jeng..

Aku ni memang kuat posing.. Asal ada peluang.. Bertabahlahh wahai mata..  :p

3D drawing of Octopus.. Ehh awat aku nampak gemuks.. Baju aku terlekat kat belakang dak Ila la tu.. Hahahhaa ayat menyelamatkan diri sebelum ditanya...

Ni kat souveniar shop.. Masih kosong lagi, almaklum la baru bukak.. Pelawat pun tak ramai, ehh bukan tak ramai.. Memang kitaorang ja yang melawat waktu ni.. Patutlahh Lanun setiap section kenakan kitaorang cukup-cukup.. Arghhhhh #lapayaqmata

Ngan patung bole la action kan.. Hehehe 
ni kat bilik tayangan.. Dah la tak kusyuk asyik pandang kiri dan kanan, almaklum la patung ngan hantu dah sama level... huhuhu makkk takut tau! Nasib baik aku pi ngan gegurl2  , sorang boboy... Kalo pi ngan Zam dan kasim lagi la mati aku kena buli.... Sib baik....

T-shirt yang bole dijadikan cenderamata. 

Ni last posing suh pak guard TPA amikkan gambaq.. Habis senget benget.. Takpalahh yang penting ada kan... Terima kasih Pak Guard walaupun hang tak tau cakap melayu ka .. English ka.. Macehh na.. Am ma

Wassallam.. Thanks For Reading..!

Hari Muzium Antarabangsa 2015

Assallamualaikum...

Seperti tahun-tahun sebelum ni Hari Muzium datang lagi.. Kali ni tuan rumahnya Negeri Perak.. Negeri kelahiranku. Tapi lahir je la pastu dah pindah randah... hehehe. Bertemakan "Muzium untuk Masyarakat Lestari" , ianya diadakan pada 1 Ogos sehingga 4 Ogos 2015. Asalnya Hari Muzium diraikan 18 Mei  pada setiap tahun, tapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu ia telah dipinda tarikh. So pada 18 Mei setiap tahun ,  korang bole masuk mana-mana muzium di seluruh Malaysia secara PERCUMA . So sila simpan kedap-kedap tarikh ini ye . 

Sempena Hari Muzium Antarabangsa ini pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mendekatkan masyarakat umum  tentang betapa pentingnya peranan muzium sebagai sebuah institusi yang memberi khidmat untuk masyarakat dan pembangunannya. Antara program yang diaturkan adalah pameran (semua muzium seluruh Malaysia) , program keilmuan (wacana, seminar), gotong-royong, persembahan kebudayaan , Marathon dan lain-lain lagi.

Aktiviti pertama sewaktu sampai disana, opcoz la pasang pameran dan menyiapkan apa-apa yang patut sebelum perasmian pameran pada 3.30 petang , 1 Ogos 2015 tu. Malamnya pula 31 Julai  kami kena menghadirkan diri untuk makan malam. Retro adalah tema untuk makan malam hari muzium untuk tahun ini. Memandangkan aku dan team pameran tak bawa apa-apa yang bertemakan retro , apalagi sebelum masuk dewan , sesi menerjah Mr DIY pun bermula. Amik je apa-apa yang bole dikatakan retro yang penting ikut tema. Tak kan nak pakai jeans dan t-shirt je kot. Agak-agaklah kan.

Hah ni la hasilnya RETRO last minit.. Carca Merba ! Aku macam biasalah semua nak pink .hehhehe Tomey tak kak Ton? sambil mata kelip kelip..keh keh keh

 Gabungan Muzium Melaka, PADAT dan juga Johor.


Dinner kat Weil Hotel. Makan sampai lobam. Bila dah kenyang terpaksalah aku mengeluarkan tongkat sakti. Sonang tak yah soh orang lain yang tolong amikkan gambau, nanti menggangu lak. Orang lain sibuk makan kitaorang sibuk berwelfie-fie -fie ni. hehhee 

Settle pasal makan malam meh beralih pasal pameran lak ea. Seperti tahun -tahun yang lepas part aku hanyalah menguruskan segala hal ehwal pameran. Kali ni kitaorang menetengahkan Perkahwinan Masyarakat Melayu Melaka supaya kita dapat mengimbau kembali tradisi-tradisi / adat-adat perkahwinan yang semakin ditelan zaman. Jangan tak tau ada budak-budak remaja yang datang ke booth siap tanya lagi, bunga Rampai tu apa kak ? Tu baru generasi sekarang, generasi-generasi akan datang macamana pulak?

Sesi demontrasi memotong bunga rampai dan juga membuat bunga telur. Dulu bunga telur dibungkus hanya menggunakan tisu je..tak caya tanya mak pak hampa..  Bunga telur pulak pakai bunga kertas je yang dipotong dan digubah menjadi bunga. Ada jugak yang telur tu diwarna dengan pewarna makanan yang berwarna merah. Pisang pula sebagai goodies untuk tetamu yang datang. Lain kan jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang yang goodies bag yang penuh dengan jajan , kuih muih dan  tak kurang jugak pada yang  memberikan souveniar yang mahai-mahai.

Team pameran yang telah menjayakan pameran kali ni. Terima kasih buat awak-awak semua ye..

Kelihatan pelawat yang datang begitu teruja dengan bunga rampai yang berbau wangi dan hampir tak percaya ianya hasil dari daun pandan... ishhh korang ni biaq betui..! Begitu juga dengan gubahan untuk bunga telur tu.. nampak je simple bahan-bahannya kan. So terima kasih buat Pn.Ila yang telah bertungkus lumus membuatnya. Macehh na

Ni waktu last day, sesi meround booth pameran muzium negeri yang turut serta. Ni kat Booth Yayasan Warisan Johor yang pamerannya bertemakan Kuda Kepang. Tengok betapa terujanya aku memakai topeng itu, buatnya tengah dok pakai tiba-tiba melekat terus kat mukaa... Hadoiii jadi The Mask la aku..hahhaha :p


Kiri : Ni sewaktu booth Muzium Sarawak. Berposing bersama-sama dengan monkey kot... nama dia aku lupa. Aku ingat nak posing je..keh keh keh. Tak senonoh sungguh pangai. Actually monkey tu adalah haiwan yang telah diawet dan dijadikan sebagai bahan pameran. Ada jugak Buaya, burung dan beberapa haiwan lain yang turut sama dipamerkan.

Kanan : Aku dan bersama-sama sahabat dari Muzium Penjara dan Muzium Johor di Booth Muzium Penjara. Kali ni Muzium Penjara yang terletak di Banda Hilir Melaka ini membawa bahan pameran yang bertemakan hukuman. So banyaklah bahan-bahan seperti alat gantung, sebatan dan pelbagai lagi.

Bersama-sama staff pameran dan artist Muzium Sabah dalam pakaian tradisional masyarakat mereka Kali ini Muzium Sabah membawa bahan pameran yang bertemakan peralatan muzik yang digunakan semasa majlis-masjlis keraian dan juga perayaan.

 Ni aku! dok kalut nak jadi cashier. tapi kejenya dok renyih ja. Apa pun xleh. Pipi tembam , mata sepet.. hahahaha  Kejadian ini berlaku di Muzium Pulau Pinang. Berkonsepkan kedai Tiffin Ah Seng.

 Aku and The Geng. Sesi meround ni bersama dorang la...hehehe

Oklahhh... dah dah..aku rasa cukuplah sampai disini saja kisah Hari Muzium ..Tunggu tahun depan lak ye.. Di Muzium Kedah.. Agak-agak apa nak bawak tuk tahun depan pulak ye... hehehehhee

Wassallam.. Thanks for reading!