Wednesday, 30 September 2015

Salam Aidiladha dari Eco World Penang

Assallamualaikum...

Berposak-posak aku punya nak taip entry raya qurban tahun ni. Dah la kat umah mama coverage tak berapa baik. Ni pun aku dok naip waktu tengah tggu feri pi Penang. Hah?! Ko tgk tekun tak aku.. Keh keh keh

So pada sapa2 yang dok whatsApp tu ker, We Chat ka, PM ka.. Atau pun komen kat FB.. Sorii lerrr memang lambat gilos aku nak reply..

tapi...

akhirnya aku publish kat umah jugak.. cehhhh sia-sia ku korbankan selama ini.. ala-ala Zamani Slam..hehhee

Aktiviti raya macam biasalah cuma kali ni aku bermarathon ke masjid kejorkan imam yang dah bertakbir 5 di rakaat pertama, ni semua angkara dok pulun sembang ngan makan ketupat lo.. Dasar perut lantak! Tapi meriah macam biasalah... Nak nak ada hero kecik dan hero besaq , confirm tak sunyi.. Rumah nak terbalik lagi ada laaa.. walaupun mama ngan abah asyik bising sebab cucu-cucunya tak reti diam..tapi korang jangan tak tau,  bila kami semua balik semua dok komplen, Oh! sunyi sepinya donia.. kannnnnn!  Terasa diriku begitu berharga..ehhh tetiba :P

Lepas sembahyang raya, semua laju je masuk bilik tempek make-up, habis bedak miyami Mak Usu dorang, hero besaq dan kecik keje kan.. Hadoiiii macam-macam peel! Settle ..capai  kamera , start enjin kete vroommm  terus ke Eco World.

Posing weii posing! Tak de la balik2 posing kat kolam depan umah tok wan tu.. Naik muak ikan-ikan mak aku tgk kitaorang posing.. Hehehehe kali ni cari la kelainan la sikit..chewahhh

Kali ni aku beraidiladha di Eco World.. Yeahhhaaaa.. Cehhh macam poyo je bunyi nya.. Bertabahlahh! :p

Eco World ni sebenarnya bukan produk pelancongan.. Tapi lebih kepada show room sebuah syarikat perumahan.. Info detail klik sini ... Tapi yang menariknya hiasan landskap depan show room syarikat perumahan tu.. Ada banyak windmill, ada kambing biri-biri, ada lembu .. Sekali imbas dah macam kat New Zealand pun ada, tak yah nak pi obersea, "dekatje" dalam Malaysia macam-macam ada.. tapi tu tipu je la.. keh keh keh ..still nampak kat Malaysia jugak.. :P

Macam-macam patern windmill termasuklah minion. Lawoo beb.. ! Waktu aku pi tak la ramai orang, tapi bila malam mak ai .. Kalah Pesta Penang kat Sg Nibong tu..nak parking pun siap ada RELA yang jaga.. Ko mampu??

Dah dah meh jamu mata sebagai hidangan raya.. Nak jamu ketupat, tak reti menganyam.. Nak jamu rendang, rendang dah jadi serunding.. Arghh macam-macam la mummy ni kan.. Hehehehe

 Mummy and The Geng sedang membuli kambing biri-biri..kejam tak..kejam tak? hahahhaaha #gelakjahat

 Windmill Minions

Alamak hero-hero ngan mummy dah sama besaq la..parah ni!

Apa-apapun mummmy nak ucapkan Salam Belated Aidiladha buat semua yang sudi singgah kat teratak pink mummy.. Pink hokay.. !

Semoga korang semua lebih bahagia bersama yang tercinta.. Lengkap ker tak lengkap itu belakang kira.. Yang penting "tercinta"..

Nikmat paling bahagia pabila kita dapat gelak-gelak, ketawa-ketawa, makan-makan  dengan orang yang kita sayang..

Kita berhak tuk rasa bahagia.. !! Salam Aidiladha semua dari Mummy and the Geng!

Thanks for reading! Wassallam...

Monday, 21 September 2015

Imaginasi kanak-kanak

Assallamualaikum..

Arini tengah dok belek-belek gambaq ternampak lak lukisan hero kecik. Hero kecik ni hobinya suka melukis selain daripada bermain lego, baca komik dan tengok tv. Perkara paling dia tak suka teman mummy dia pegi shopping..ala-ala fobia gitu.. huaaaa cian mummy tau..

Apalagi jom cari cerita-cerita misteri di sebalik lukisan ni :-

hahhahha bila dok belek lukisan ni, aku tanyalah hero kecik, adik lukis apa ni?
Meh citer kat mummy satu persatu. Waktu ni hero kecik baru 7 tahun. Almaklum la sel-sel otak tengah sibuk redah jem tuk bergabung. tu yang jadi kebaboom tu...

  1. Ada gambaq Tok Wan tengah bagi kucing makan.. tu  memang aktiviti wajib Tok Wan sebelum  kluaq umah setiap pagi. So Hero Kecik ni kira pemerhati lah. Family kitaorang ni memang suka kucing. Especially mummy, Mak Usu hero-hero dan Hero Besaq.
  2. Kelihatan juga Tok Mama sedang jirus pokok bunga.. ni la hasilnya bila balik kampung selalu tengok Tok Mama jirus pokok, sampai dalam lukisan dia lukis. hehehe
  3. Yang comel  dan yang kecik tu.. Mak Usu sedang kasi ikan makan sebab depan umah Tok Wan ada kolam ikan..kecik je. Tapi bila hero besaq dan kecik balik semua ikan dok pakat nyorok..Maybe dia nampak dinasour dah balik kampung . Mana taknya waktu tu lah dia nak basuh kolam , nak mandi kolam... mana la ikan tak lari.. #tepukdahi... mummy pun penat layan korang tau..
  4. Hah... Ada En.Matahari yang bermisai macam Wak Doyok gitu! 
  5. Ada piring Astro yang sedang ditiup angin..keh keh keh.. perghh hebat..!
  6. Ada Uncle Joy yang sedang sibuk dengaq lagu dalam rumah.
  7. Pak Ngah lakk tak tau ngorok mana..dok pulun cari tak jumpa. Maybe dah jadi Polis kot..hehehe
  8. Ada mummy yang dok pulok sidai kain... tapi yang kat belakang mummy tu mesti perompak yang nak rompak kita kan adik... sebab tu banyak polis kepung umah kita . Haiii mana datang idea lukis benda-benda macam ni.. penangan tengok citer " Gerak-Gerak Khas " Jumaat di TV 2 , 9 malam la tu.. ni memang citer peberet dorang..kalo tak sempat tengok , depa siap rakam lagi. 
  9. Dan yang paling pasti memang banyak polis yang kepung umah kita, atas pokok rambut kerinting tu mesti perisik kan, ada kereta polis, ada machine gun, ada meriam lagi tu, ada bom...
Tapi dalam banyak-banyak lukisan ni yang paling mummy tak puas hati adalah.. ada ker patut semua orang dia lukis orang lidi... tang muka dia, lukis pipi kembung, encem! siap ada nama penuh lagi. Sentap tau mummy..hehehhe. 

Ni lah rasanya bila anak makin meningkat dewasa.. dorang sibuk nak explore kehidupan depan mata..tapi kita ni , makin suka mengimbau memori waktu dorang kecik. Kannnnn :D Biasalah sindrom mak-mak!..:p

Thanks for reading ! Wassallam... 

Sunday, 20 September 2015

Rindu yang tak tertahan...

Assallamualaikum...

>>> Actually ni entry yang aku peram waktu Putih hilang tahun lepas... tapi disebabkan terlalu sedih sampai aku terlupa nak sambung entry ni dan publish.. dan sejak Putih takdelahh aku stop berblog seketika, so sekarang ni la  aku  try aktif balik sebaik yang mungkin. Insya Allah

Catatan pada 28 Februari 2014.



Putih dah takde! Saat aku menulis ni mata aku memang dah bengkak gilerrr! Tak tau macam mana nak gambarkan apa yang aku rasa. Sedih sgt ! :((

Mesti ingat korang ingat aku  ni gilerrrr menangis sampai bengkak bagai kerana seekor kucing kannnn  . Tapi dia sentiasa ada didalam setiap babak kehidupan aku, suka dan juga duka. Malahan dia jugaklah jadi model baju kucing tuk aku  yang aku selalu beli tiap kali ke  Daiso atau Mr DIY... Cian Putih... Jadi mangsa aku, tapi dia suka. Relax je muka.

Tapi yang paling aku kesalkan aku marah dia sebab dia rembat makanan atas meja makan. Tapi takde lah sampai pukul memukul,  aku bebel je pun... Tu yg dia merajuk sampai tak makan sampai arini! sampai dia meninggal la ... Nyesal gilerr! Kalau lah aku tahu...huhuhu Tapi nyesal pun dah tak berguna, Putih dah takde.....

Tapi malam sebelum dia meninggal ni aku dah berdoa agar dijumpakan dengan Putih.. Aku tak nak dia meninggal ditempat lain.. biarlah aku yang mandikan dia.. simpan dia.. biar tangan aku yang melakukan semuanya untuk dia.. biarlah baju aku yang menyelimutkan dia ... tanda aku sayang sangat kat dia sepertimana dia sayang aku selama hayatnya. Izinkan aku memberi penghargaan terakhir tanda terima kasih kerana mencorakkan kehidupan aku yang dulu kelam sehingga menjadi begitu ceria. 

Syukur Alhamdullillah  ! Saat aku sedang membuat kerja-kerja mengemas di luar rumah,  aku nampak Putih  dalam longkang kat rumah jiran aku. ( Ops lupa nak habaq , semua jiran pun pakat tolong carikan Putih, dorang dah cam sangat Putih yanng bijak pandai tu... terima kasih jiran! ) Saat tu airmata mula berlinang..... # pause !....... 

.
.
.
.
.
.
.
.

Menitik satu persatu.. Aku angkat dan bawanya pulang. Aku mandikan dia. Selembut yang mungkin.. Sebaik yang mungkin...!  Sedih tak terkata... Lebam bijik mata., sampai jran aku geleng kepala. Lebam mata hanya kerana seekor kucing , tapi padaku dia seekor teman yang cukup bermakna dalam kehidupanku .. RIP Putih. Walaupun berjuta kucing gebu gebas yang muncul depan mata, .. Putih tetap No.1 dihati mummy... 

Putih bagi salam nak masuk rumah pas buat salah., pastu buat muka seposen. Habis sanggup tak kasi masuk? Memang taklah.. meh masuk meh masuk syg..
Model kamera mummy.. Posing sana posing sini.. Klik.. Klik.. Klik.

Putih rajin temankan hero kecik wat homework. Setia sungguh dia disisi hero kecik.

Waktu mummy belikan En. Lion untuk dibuat bantal peluk ..

Muka bangun tido .. 

Kadangkala Putih jadi waze kalo mummy sesat. Macehh Putih!

Tukang habiskan rempeyek kala musim raya menjelma. Mummy tak makan sgt rempeyek ni sebab mummy allergic kacang, so Putih habiskan la.

Setiap hari kul 5 petang dia akan standby kat tembok depan rumah. Hari2! Dan pada waktu yang sama. Sampai ngantuk2 lah tunggu. Kadang-kadang bila Mummy balik keje acapkali itu lah mummy ternampak bayang putih.

Putih selalu teman mummy beli brg dapur kat kedai area rumah.

Putih yang selalu temankan  hero besaq  tgk cartoon.

Putih yang rajin  jagakan burung jiran sebelah rumah. Wahhh rajinkan . kadang-kadang cubaan nak ngap pun ada jugak. keh keh keh 

Putih yg suka catwalk mcm model gitu, tp kali ni  posing gaya diva tunggu hero2 balik dari ngaji... 

Walaupun Putih dah takde , aura Putih sentiasa ada dalam kehidupan kami yang kecil ini. Kami sayang putih..LOVE!

Thanks for reading! Wassallam..

Wednesday, 16 September 2015

Aku dah tua

Assallamualaikum...

Arini aku takde mood nak tulis panjang-panjang...

So

Aku tulis ini aja...

Kisah hero besar dan hero kecik...


" Bila  main tak tahu penat, Lari ke sana lari ke sini " 


Kita yang kejar tengok pun penat,


Ok rasa dah tua.."


Oh Mannn.....


Ni aku petik dari "The Faiz Ibrahim " yang kata...

cuma tambah melodinya ..

Aku?   iyakan aja... Senyum macam biasa..

Wassallam... 



Tuesday, 15 September 2015

Kisah hujung minggu : Nasi Lemak Lereh & Pantai Puteri Melaka

Assallamualaikum...

Sabtu aritu mummy bawaklah hero-hero pi breakfast luar. Apalagi nasi lemak Lereh la menjadi pilihan. Ni kali kedua mummy makan kat sini. Aritu ngan hero kecik.. Kali ni hero kecik besaq mummy angkut. Sedap woo makan kat sini...

Kedai Nasi Lemak Lereh ni betui-betui tepi jalan menuju ke Pantai Tanjung Puteri berdekatan pula dengan Everly Hotel Klebang. Senang je nak cari. So taste dia Mummy kasi 5 Bintang! kerusi meja manjang penuh , nak beli nasi lemak siap kena beratuq lagi.. Tapi sebab dorang keje efisen so semua cepat je. takyah beratur lama-lama.

Kali ni mummy test Sambal sotong ( ada kawan rekemen ni.. Katanya sedap) dan burung puyuh goreng.. Perghhh sedap dia, tangkap lelehh tu... #menitikayaqliuq

Lepas dah kenyang, hero besaq ajak jalan.. Hero kecik suh balik.. Tapi alang-alang dah dekat ngan pantai.. Apalagi ke pantai Tanjung Puteri lah nampak gayanya.

Sesi posing memposing pun bermula. Ni posing gaya Adam... dari mana dia ikut pun mummy tak pasti. Tapi macam sweet gitu.. Awww.. I like 2.6 billion ok!

Hero besaq mengabadikan nota-nota chenta kami di pantai ni..

Mummy cepat amik pic kitaorang nak lompat lak.. Cepat mummy! sorang happy , sorang jadi otomen.. 

Sekali .. Nyaris tersembam mencium pasir pantai .. alahai anak mummy..

kitaorang tak lama kat sini pun sebab jerebu..  Jarak pemandangan ditengah laut dan tgh jalan pun agak terhad. so kita orang pun bergerak pulang.

Sekali ada bunyi hon ice cream la pulak.. Hadoii aku dah start enjin kete nak balik tu.. Tapi bila nampak kon ice cream warna pink ada terus aku matikan enjin dan suruh hero besaq panggil motor ice cream tu. Teruja weiii kon pink tu! Hero besaq hangin bila pak cik ice cream tu nak bagi kon pink, takmo dia.. Tu gegurl punya.Kelihatan dia agak bosan ngan mummynya yg tak habis-habis dengan warna pink. Kikiki :p ,  So pak cik tukaqkan dengan kon hijau.. Eeerrkk macam2..! 

Ini budak memang over! Org makan ice cream kon color2 , tapi dia bantai Roti Ice Cream.. Mengambil kesempatan sungguh untuk membuncitkan pewott dia..! Eee

Ni la pak cik Ice Cream tu..Thanks ye pak cik layan kami anak -beranak yang wayernya agak longgaq hari tu.. Hahahhhahahaa... :P

Oklah tu je nak citer.. Thanks for reading! Wassallam..

Monday, 14 September 2015

Teater Musical P.Ramlee " Dari Penang Ke Singapura"

Assallamualaikum..

Siapa itu P.Ramlee ? 

Tan Sri Dr. P.Ramlee atau nama sebenarnya Tenku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon , penyanyi, pengarah , pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 MAc 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri . bapa beliau berasal dari Lhokseumwe, Acheh Indonesia dan telah berumah tangga dengan ibu beliau iaitu Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya Butterwoth, Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light , Penang . Seterusnya telah menyambung pelajaran ke Penang Free School sehingga Perang Dunia Kedua. Beliau juga pernah digelar sebagai " Seniman Agung Negara " kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Asia ke-4, Tokyo ) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia ke-10, Tokyo ).  Sepanjang hayat beliau , beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

Idea tercetus untuk menyaksikan pementasan Teater P.Ramlee ni bermula apabila membaca entry daripada   Blog : Siti Yang Menaip . Apalagi dengan pantas aku pun menggoogle info-info yang berkaitan. Paling penting harga tiket hokay.. Lagipun bukan selalu teater macam ni nak ada kat Melaka. Rugi weii kalo tak pi tengok. Mula-mula ingat nak pergi berfoya-foya menonton sorang-sorang, almaklum la tiket mahai tu.. ( Harga tiket bermula dari RM 85 -RM203 tu) ... tapi nak dijadikan cerita budak-budak yang pasan kacak ni dah nampak mummy dia dok survey ... so kena beli sekali la. Kalo tak sampai mati depa dok ngungkit. Matilah makkk.. #tepukdahi..amma!

Dua orang budak yang pasan kacak posing gaya Pak Nil. Pak Nil ni kan idola kanak-kanak. Apalagi bertambah excited la depa.

Tiket beli ye bukan free.. Aku beli kat sini  Ticketpro.com.my , so dapatlah diskaun 10% bagi Maybank Cardholder. Aku try gak tengok harga tuk student, kata ada diskaun tapi harga semua sama je. Arghhhh halal je la jawabnya. Kang tak dapat lak, menyesal pulak kang. Aku beli yang RM 103 so after dis% RM 93 sorang. #nangis . Nak beli yang kat depan tak mampu makk.. belilah yang depan sikit dari seat belakang sekali. Almaklum la Adam ni tak berapa nampak sangat kalo belakang-belakang... ni pun dia dah bising.. hadoii..

Pementasan teater ni sebenarnya bermula pada jam 8.00 malam. Tapi disebabkan oleh VVIP yang datang lambat,  hampir 1 jam setengah la baru teater bermula . Dah la dapat tiket free datang lambat pulak tuu , eeee tak suka tau! Yang kitaorang ni datang berbayar tau . So what u feel?  Eee benci! Waktu ni Adam dah mula ngamuk.. nak balik.. nak balik.. Weii mummy stress oiii bila Adam dah mula merengek.. Tiket lak bukan murah, habis nak burn lagu tu. Memang tak arrr , kalo aku balik pun confrim aku mintak refund! Hampir 10.30 mlm teater baru bermula.  #nangisdalamhatilagi

Bila teater hampir bermula pihak penganjur meminta penonton-penonton di row belakang ni pindah ke depan sebab ramai VIP yang tidak dapat hadir, so aku dengan pantas beredar ke depan. Ehhh.. yang lain tak berganjak pun, aku je berganjak.. Dah lemau la tu. Aku ni berganjak tuk puaskan hati anak-anak. Semua tuk anak-anak la. So dapatlah seat RM 203 tuuuuuuu... #senyumsikitwalauhatisakitpadamulanya


 Babak P.Ramlee dan juga Azizah. Kekasih lama yang telah berpisah sebab Azizah memberi ruang kepada P.Ramlee untuk membina masa depan di Singapura.

 Babak dalam train P.Ramlee dan sahabatnya Sukardi ke Singapura.

Babak perkahwinan P.Ramlee (Tony Eusoff)  dengan Junaidah (Asmidar) , kakak kepada Junaina dan Anak kepada Uncle D'Harris ( Pak Nil) . Junaidah bercerai dengan P.Ramlee kerana Junaidah tak tahan dengan sikap cemburu yang ada dalam dirinya. Dia cemburu bila P.Ramlee ramai peminat dan selalu mendapat perhatian.

 Perkahwinan kedua P.Ramlee dengan Norizan (Tiara Jacquelina) ni pun tak dapat bertahan sebab Norizan sunyi dan sering rasa terasing akan ketiadaan P.Ramlee yang sering sibuk dengan dunianya.

 Saloma ( Nadia Aqilah ) .. Suara dia takyah cakap..memang power habis. 

 Adam tanya aku.. Mummy P.Ramlee tengah wat apa tu? Dia tengah buat skrip untuk filem Penarik Becha menggunakan Type Writer. Almaklum la budak-budak zaman sekarang mana pernah nampak type writer..hehehehe Alamatnya mummy kena selalu bawak pegi muzium laaa..

Babak pada hari pertama Filem Penarik Becha ditayangkan. Waktu ni P.Ramlee curi-curi tengok ikut pintu belakang panggung. Takut diserbu peminat katanya.

 P.Ramlee dan Saloma sedang praktis lagu burung tebuk.. Lagu asalnya aku lupa...

Hamik ko.. punya la besaq mikrofon zaman dulu-dulu. Kalo terjatuh atas kepala mau mati katak dibuatnya..hehehe

 P.Ramlee bermadu asmara dibawah sinar bulan purnama dan disinilah P.Ramlee melamar Saloma menjadi isterinya.

 P.Ramlee dan Saloma kekal bahagia hingga ke akhir hayat P.Ramlee. Susah senang dihadap bersama. 

Lirik lagu terakhir P.Ramlee .. " Airmata di Kuala Lumpur "

"Hidup sudah tiada bererti, zahirku hidup hai batinku mati, 
Remuk redam hatiku hancur, Airmata di Kuala Lumpur "

#sedih

Al-Fatihah buat Seniman Agong P.Ramlee

Seriously ni teater yang paling best dari segi kronologinya,  props , backdropnya, pakaianyanya, lagu-lagunya.. Memang tak bosanlahh .. Mukhriz yang selalu tido dalam panggung pun bole seronok menonton sampai akhir...

Kadang-kadang terasa  rindu dengan dialog-dialog dalam filem-filem P.Ramlee seperti

" Walau rupamu tak ku kenali, tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku" 
Filem Seniman Bujang Lapok


" Pah... butang baju aku mana Pah" 
Filem Madu Tiga


"Annie ..Angkat kain dijemuran, hujan sudah turun "
Filem Pendekar Bujang Lapuk


" 1 utk engkau.. 1 untuk aku, 2 utk engkau, 2 untuk aku, 3 untuk enkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah ...bedallah untuk engkau, bedallah untuk aku......ee dalam dunia mana ada huruf bedallah , ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk kau ..ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk aku.... .."
Filem Nujum Pak Belalang


" Jamil..Jamil kusangka kan dua rupanya tiga ya..!"
Filem Madu Tiga


"Kasim Selamat .. Siapa itu Kasim Selamat? Lawyer? Masjistret? Ahli Muzik ? Memang pantang nenek moyang aku Ahli Muzik.. Anak tidak mengenang jasa"
Filem Ibu Mertuaku



Barisan pelakon yang telah menjayakan pementasan Teater Musical P.Ramlee ni dan mendapat tepukan gemuruh . Semua penonton berdiri dan memberikan tanda hormat kepada semua yang terlibat. So aku bagi LIMA BINTANG sebab teater ni membuatkan Mukhriz ajak aku tengok lagi., walaupun Adam tido dibabak-babak yang terakhir. Yelahhh dah pukul 12.00 malam waktu tu. Dorang yang pada mulanya nak amik gambaq ngan Pak Nil pun tak jadi. So aku teruslah balik sebelum Adam terus mengamuk. 

Thanks for reading! Wassallam


Saturday, 12 September 2015

Friday Lunch with Teddy Bear -TBC

Assallamualaikum...

Normally kalo ari jumaat aku ni busy sikit.. Amik Mukhriz dan Adam balik sekolah, balik tu pulak waktu lain-lain... So waktu rehat aku kadang-kadang kurang dari satu jam. Sedihh wooo ! Mana nak masak ... Mana nak rehat lagi... Tapi takpe aku okay je.. Cuma penat sikit je. Lex arr mummy.. Mummy kan kuad.. Hehehehe

Tapi memandangkan arini amik Adam balik school awal dan Mukhriz tak sekolah . So waktu -waktu macam ni la aku akan kluaq berfoya-foya. Mangsa yang kena temankan aku, sapa lagi. Adam la! Hahahhaaha #gelakjahat

Lunch kali ni aku try kat TBC . Teddie Bear Cafe kat Level 3 , Dataran Pahlwan, Melaka. Dengan jalan terbengkang bengkok ( terseliuh)  disebabkan angkara jogging petang semalam, namun ianya tidak dapat mematahkan semangat ku test food kat TBC. Sebenarnya bukan food dia yang aku nak test. Tapi aku nak feel makan ngan teddy bear . Weii aku peminat teddy bear hokay! In love love sgt! 


Yang datang sini, bukannya nak makan sgt, semua sibuk pegang kamera.. Posing sana, posing sini, selfie sana, welfie sini. hhahahaha Cakap orang aku pun sama. 

Selepas sesi berebut-rebut teddy bear ngan Adam selesai. Kitaorng pun order la. Aku amik pakej promosi je. Tukang tulis order, Adam la. Pantang nampak pensil ngan kertas. Siap komplen lagi.. Pencil tekan takde ke kedai ni. pencil macam ni je.. Hadoii demand !

Anak beranak posing ngan En. Teddy.  Comel tak??? Gituuu.. Awww

Sempoii je tempat makan TBC ni. Aku prefer dok kat Bean Bag dari dok atas kerusi meja. 

Ni menunya. Harga standard la ngan western cafe yang lain. 

Signage bling-bling gitu.

Banyak sticky note yang ditampal kat wall TBC . Adam apalagi tak melepaskan peluang yang ada.

Teddy rasmikan dulu juice yang sampai.

Mummy ngan hero order Baked Cheese Rice je.. Promosi Pakej RM 15.90 with juice.  Rasa okay la. 

Lepas makan cari sticky note lagi. Lukis lagi. Adam oh! Adam

Dari Adam dan juga mummy.. Tapi dua-dua Adam yang lukis. Tak bagi can langsung kat mummy nak tulis. Sob sob sob.. Tamak pencil dan kertas la Adam ni. Eeee

Posing kat bahagian hadapan TBC

Adam kalo amik gambaq mummy.. Blurr memanjang. Sabotaj sungguh. Cian mummy. Kalo gambaq dia manjang nak hensem la, kacak la. Sabaq mummy.. Sabaq... 

Okay ni jela citer lunch tuk arini. 

Thanks for reading! Wassallam..