Thursday, 29 October 2015

Utaqha jugak mai

Assallammualaikum...

Petang semalam mummy malas nak masak . Almaklum la esok mummy outstation, malaih aih nak kecahkan dapuq .Yeahh! Palagi menu utaqha la cheq cari.. Craving oii! Hahaha. Sib baik menu utaqha ada dimana-mana .. Hehhee palagi jom terjah!

Sebenarnya mummy suka makan kat warung-warung biasa ja.. Rasa dia lagi perghhh! Mantop kalah Che Ta. Kadang-kadang hotel 5 star pun tak mampu lawan depa. Sapa setuju angkat tangan separuh.. :p

So mummy pi la kat satu warung ni. Kat Taman Kesidang Sekysen 2, Lorong Pandan, Melaka ni.  Sebelah BHP... Kat situ macam-macam ada.. Bagi mummy semua sedap! Ada bubuq pulut hitam, bubuq kacang hijau, moi sup, laksa penang, char keaw teow, ayaq loncan... Ish macam-macam la ada! Tak tau nak habaq lagu mana. Tapi yang paling penting menu dan masakan dia memang marvellous bakhang. Nak cita menu utaqha kena la cakap utaqha na.. Amik feel gitu...


Ni menu peberet mummy. Beehoon Sup Utaqha. Beehooon dia kena warna kuning pastu makan ngan sambal merah.. Tapi mummy suka sambal hitam.. So kita mentedarah la yang tu na.
Boh banyak-banyak kasi kluaq asap.. Keh keh keh :P

Ni cheq nak habaq .. Ni char keaw teow Penang mai.. Kacau -kacau itu tauge kasi rata.. Makan krup krap krup krap..! Perghhhh... Meleleh ayaq liuaq.. Keh keh keh.. Mampuih mummy kena hambat sat gi.. 

Ni ayaq loncan. Sapa tak pernah rasa.. Rugiiii .......!! Kalo dapat pekana yang perisa soda tu.. Lagilahh.. Nangis! Tapi kat warung dia habaq ada pepsi, angguq ngan perisa oren ja. Huaaaaa.. Takpa nanti kita habaq kat tauke so tambah perisa lain na. Hamboii hamboii hang ! 

Muka kenyang! Amacam?! Ada bran.. Takpa ni pun mummy dok nunggu drebar balik penang.. Pasni kita terjah menu kat Penang pulak na.. Nasi kandaq ka, Mee goreng sotong ka, sotong kangkung ka, pasemboq ka.. Hahahaha :P Penang tunggu cheq na.. Cheq mai sat lagi... :D Ni entry selepas Cik Nina Gracia kita tag kat Fb, kata Penang mendapat tempat ke -4 yang wajib dilawati di donia oleh Lonely Planet.. Hah bangga sat .. Walaupun cheq ni Penang celup2! Keh keh keh :-)

Thanks for reading! Wassallam..

Wednesday, 28 October 2015

Jom cari cucu dimana ada...

Assallamualaikum....

Aku rasa mesti ramai yang pernah bermain permainan tradisional ni. Permainan Cari Cucu..ala macam dalam citer Musang Berjanggut tu la... Dimana  bermula kisah cintanya Musang Berjanggut.. Tu kisah dulu-dulu la. Ada lagi ker zaman sekarang orang jatuh cinta dengan permainan Cari Cucu ni.. Alahaiii bertuahh la kalo jumpa.. hehehe :P


Sedutan permainan cari cucu dalam Filem Musang Berjanggut..


 Alamak.. tertangkap musang berjanggut la pulak.. hehhehee Ouchh!

Nak tengok full movie kat sini na : FILEM MUSANG BERJANGGUT

Permainan Cari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di kawasan luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan kawasan yang selalunya dibuat gelanggang.

Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang akan didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.


Part Cucu:

Nenek, nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana berada.
Nenekku kahwin dengan anak raja.


yang baju pink tu kunun-kununnya macam mummylahh..hahahhaha :P
Macam comey je..macam cute je.. ! Adehh mampuih dok pasan sowang2! kikiki :p

// Photo by Encik Google

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Part Nenek:

Cucu, cucu tak dapat lari
Nenek tua hai banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena dia yang jadi

Setelah selesai dendangan nenek, masing-masing cucu duduk mencangkung dan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. hah! so yang kena tangkap tu la yang kena. So kenalah jadi nenek ...kikiki :p

Seronokkan  permainan dulu-dulu ni. Dapat mengeratkan silaturrahim. Bukan macam la ni, dok hadap gadget , main games berjam-jam... tup tup gelak sorang-sorang sbb kat games tu ada bole chatting. Adehh jenuh nak paham games la ni. Sib baik mummy tak bole hadap gadget lama-lama nanti pening kepala. :D Ada waktu , lain kali mummy tulis lagi pasal permainan tradisional yang lain okay. Supaya generasi la ni tau betapa indahnya games dulu-dulu yang lebih happening dari games la ni yang bole mendatangkan stress bila phone hang.. hahahaha padan muka hampa!

Thanks for reading ..! Wassallam..

Note : Autopublish 28/10/2015  I 13.30 PM

Tuesday, 27 October 2015

Petua Tentang Pakaian

Assallamualaikum..

Rasanya macam dah lama mummy  tak share petua kat sini. Kali ni meh mummy share sikit petua tentang pakaian okay.Nak nak baju sekolah hero-hero tu macam-macam corak kalau dorang balik dari sekolah. Dengan dakwat pen, dengan colour water, kesan samballah.. aduhh macam-macam la.Kadang-kadang mummy pakai sabun mandi je..tu kadang-kadang tanggal kadang-kadang idak. Lepas baca satu buku ni.. mummy try lahh... Antara petuanya :-


 1. Menanggalkan kesan kopi, teh dan darah.

Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat yang terkena kesan-kesan itu. Sekiranya masih ada kesannnya, letaklah serbuk pencuci yang basah pada kesan tu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci.

Bagi meninggalkan kesan darah pada pakaian , rendamlah pakaian didalam air yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 susu makan garam-1 pain air)


Sekiranya baju korang terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sireh, sedikit garam halus serta cuka. Lecekkan pada tempat kesan dakwat. Beruskan perlahan-lahandan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang , ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.

//Photo by Mr.Google

2. Mencuci kotoran pakaian. 


Pakaian yang kotor terkena dakwat hendaklah dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap terlebih dulu sebelum dicuci. Pakaian yang terkena minyak pula perlu disapukan dengan bedak dan biarkan bedak disitu selama beberapa minit sebelum dibasuh. Jika pakaian terkena darah , pakaian itu perlu itu perlu dibilas terlebih dahulu dengan air suam sebelum dibasuh.

//Photo by Mr.Google



3. Menghilangkan kesan kunyit pada pakaian.






Kesan kunyit pada pakain memang sukar untuk dibersihkan . Petua untuk menanggalkan kesan itu adalah dengan mengambil sedikit sabun cuci pinggan mangkuk. Sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit itu. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Selepas itu cucilah seperti biasa. Kesan kunyit akan hilang.

//Photo by Mr.Google





4. Menghilangkan kesan karat.


Cara 1 Bilas pakaian dalam campuran air cuka dan garam, kemudian jemur sehingga kering.

Cara 2Ambil limau nipis , kemudian dibelah dua. Keluarkan biji-bijinya. Selepas itu, gosok limau tersebut pada tanda karat. Rendamkan pakaian didalam air yang bercampur sedikit garam serbuk. Setelah tanda karat itu hilang , basuh, bilas dan keringkan.

Cara 3 Ambil sedikit garam , perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman. Keesokkannya, cucilah seperti biasa.


//Photo by Mr.Google


5. Mengelakkan kain batik luntur.


Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman . Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa , kain itu tidak akan luntur lagi.


// Photo by Mr.Google


6. Menghilangkan kesan minyak.






Kesan tompokkan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar untuk dihilangkan. Jika digunakan  bahan peluntur kadang-kadang memudaratkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah untuk mengatasinya, sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.

// Photo by Mr.Google





Thanks for reading! Wassallam..

Sumber :// Buku Petua didapur oleh A.Azizan


Note : Autopublish 27/10/2015  I 13.30 PM


Monday, 26 October 2015

Pucuk pauh delima batu, selamat sudah cerita hujung minggu

Assallamualaikum...

Yeahhh! Hujung minggu datang lagi... Sebenarnya memang takde plan pun nak kluaq pi mana-mana hujung minggu  ni... Sekali-sekala dok lepak la kat umah best jugak, kununnya lahh... Tapi bila siang menjelma.. Adusss !  kalo dok lama-lama kat umah ni, bole pitam dibuatnya. Hero kecik bukak mata ja, dia dah start buat hal.. Menyakat je kejenya... Penin makk! Hero besaq hanya mintak password ipad je tuk main games..lain-lain tak dak. Tu ja la keje dia bila tibanya hujung minggu. Hujung minggu selalunya dorang akan dapat free install satu games tu pun kalo berperangai baik.. Heheeehe

Pukul 6.30 pagi elok je ketuk pintu bilik mummy.. Ni la jadinya kalo dah biasa ajaq bangun awai.. Jenuhh gak!  memang tak rasa pun makna hujung minggu macam orang lain.. Guling-guling ataih katil. Hehehehe Tapi baguih jugak, jadi morning person ni, dah besaq nanti moga-moga murah rezeki. Hehehehe Amin. :D

Settle breakfast .. Hahahaha hero kecik dah wat hal lagi?! Hari lego sedunia katanya. Kenalahh tu... timing elok je lepas mummy settle keje umah.. Eee..kecik besaq ja mummy tengok dia.

Tudiaaa satu bakul lego dia longgok tengah umah.. Pitam! Tapi dia dok elok sengih! Oh! Bahagianya donia dia..  Terkebil-kebil je mummy nengokkannya..tapi dia buat muka toya ja.. Cehh! Sib baik hujung minggu.. Kalau tak hujung minggu mau kluaq speaker mummy yang merdu ni ..hehehe

Tengah dok syokkk hero kecik pulon pasang lego, ntah kenapa ringan je tangan mummy nak tolong asingkan  lego ikut bangunan, kenderaan dan juga orang lego tu. Buang tebiatkan kah aku?! Ok tidakkkkkk...  ! Yelahhh sekali sekala nak gak amik feel jadi budak-budak. Hehehe apalagi senyum simpul la hero kecik... Ada yang jadi tukang asing lego. Bahagia!

Bila pewott mula keroncong, semua dah mula membebel, apalagi siap-siap terus ke Tesco, tu je lah yang paling dekat.. Dekat-dekat pun kat setengah jam gak la sampai, padahal jaraknya lebih kurang seploh minit, ni semua salah jemlahh.. Bukannya kaya atau peanut butter.. ! 


Makanan pertama yang harus masuk ke mulut adalah.. Pulut mangga. Peberet mummy dan hero besaq. Walaupun rupanya tak seberapa tapi kelakzatannya jelas terasa ditekak mummy. Hhehehe. 

Pas makan hero-hero masuk lak kat Tesco dok survey lego.. Tapi tak beli pun, almaklum la aritukan baru beli. Manyak cantik nak beli lagi. Kitai mau! 

Round-round lagi.. Hero kecik mintak nak makan keropok lekor dan Hero besaq cukai ice cream je. Almaklum la tangki pewott dorang ni memang selalu licking. Dah settle beli apa yang patut, dorang request lagi nak Ayam masak merah rice wrap kat KFC, beli ala cart je sebab bukannya minum sangat air gas dan fries tu.., membazir je kalau beli. Hehehehe .. Ehhh sebelum tu singgah dulu beli donat.. Ni tuk mummy! Yum yum.. Big Apple Alien., gambaq tak dak , selamat hadam.. Hehehehe

Kemudian ke port peberet Adam.. Apalagi POPULAR book store la.. Bukan dia aje, mummy pun suka pi sini.. Tapi kali ni mummy tahan je nafsu nak beli buku sebab aritu kan dah beli 2 buah buku kat MPH Mahkota Parade so terkawallah sikit nafsu tu... Hehehehe kalo tak mau mummy sambar dua, tiga buah buku lagi.. 

Dapat buku apalagi dok dalam trolly sambil baca la. Sampai rumah je, buku dah habis baca, pastu mintak lagii... Eeeeee

Otw nak ke kereta hero besaq request nak beli Durian Crepe.. Dia kata sedap so belilah lagi... Jalan-jalan depan sikit nampak lak kedai kek.. Hero kecik request nak bluberry kek, mummy pun nak gakk.. Belilah black forest! Yum yum.. 


Ni lahh citer hujung minggu kitaorang . Makan.. Makan.. dan makan.. Hhhehehehe.... Kali ni ajak main  kat Play Ground pun dorang tak nak masuk , hanya tengok orang main games je kali ni. Adehh baik gak hero-hero mummy ni sekali sekala.. "Sekali sekala ya!" Kalau tak bole gak mummy tumpang seploh kaki main games, almaklum la nak main games dalam phone tu bukan jiwa mummy... Takdak feel! padahal tak reti main, tu ayat cover line ja. :P  Hehhehee

Thanks for reading! Wassallam :D

Saturday, 24 October 2015

Travelog : Makassar (PART 2)

Assallamualaikum...

hahahhahaa... dekat setahun baru update entry Makassar ni.. sori aku lupa da. kan aku dah kata aku dah makin sebaya ngan anak -anak aku..keh keh keh Pasan! dan dan ... 1st entry klik sini Travelog : Makassar (Part 1)

Seawal 8.00 pagi semua sudah berkumpul dilobi hotel . Apa aktiviti arini..? heheheh Kitaorang akan bertolak ke Bulukumba. Sebenarnya Bulukumba terletak dihujung paling selatan semenanjung Sulawesi Selatan. mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam perjalanan yang merangkumi jarak perjalanan 153 kilometer. Apa yang bestnya? Pantai dan juga lautnya lah. Ianya juga merupakan sebuah tempat dimana perindustrian perkapalan dijalankan. Terutamanya kapal-kapal mewah yang memang gah dari segi saiznya yang cukup besaq dan terkenal diserata dunia. Walaupun penempatan penduduk disini kelihatan daif tapi ianya merupakan salah satu kebanggaan orang bugis. Dimana kapal-kapal mewah yang dihasilkan itu nilainya berbilion-bilion dan kebanyakan penghasilan kapal-kapal itu terletak di Tanah Beru yang 23 kilometer dari Ibukota Bulukumba . Apa yang membuatnya lebih menarik ? ianya diperbuat dari hasil tangan penduduk itu sendiri yang adakalanya mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Ditambah lagi dengan kekemasan dan   hasil seninya  yang cukup unik .

Apa-apa pun  sebelum bertolak kenalah makan dulu kan.... nanti ada lak yang pengsan..hehehheehe. 

Breakfast kat hotel yang ala kadar sungguh... harap-harap bukan ikan lagi..hahahaha . Ala takat alas pewottt okah tu. ..hehheheh yang penting coco crunch  dan susu mesti ada hokay. Errkkkk ..:P

hah? amik hang licin...kikiki

Kitaorang bertolak ke Bulukumba lebih kurang jam 8.45 pagi dan tiba di Bulukumba lebih kurang jam 4.00 petang....hah masak ranum kitaorang dalam bus.. nasib baik sepanjang perjalanan, pemandangannya best-best belaka. Tapi bila melalui jalan-jalan kampung yang hadoiii sempit mempit ni, sekali sekala tekak loya jugak dibuatnya. Nasib baik segala stok minyak angin, ubat, bantal busuk dan lain-lain telah ku mampatkan dalam backpack ku..hahaha . So Insya Allah takde yang parah hendaknya. 

Tembikai-tembikai lonjong  menghiasi gerai-gerai sepanjang awal perjalanan kitaorang. Apalagi masa untuk menikmati keenakkannya. Serius manis bangat.. Sesi pertama ini telah dibelanja oleh guide kitaorang..ala yang baju kotak2 tu la.

Setelah selesai mengisi perut , perjalanan pun diteruskan semula . Baru je nak lelap mata, mata aku dihidangkan dengan petak-petak bendang... Bukan hijau atau kuning seperti padi yang  telah masak , tapi ini petak putih. Itu adalah petak-petak garam . Serius ini memang  menarik. Buat aku yang pertama kali melihat bagaimana garam dihasilkan, so berhentilah sekejap untuk mengambil gambar.

Nampak macam air laut tapi bukan ..tu garam la..

 Kelihatan garam-garam yang telah siap dipacking dan  dijual  di kiri dan kanan jalan.

 Ni lah rupa garamnya.eelehhh garam punya rupa pun tak tau... :P

Lupa lak nak cakap sebelum sampai ke kawasan perindustrian garam ni, kitaorang sempat stop kat salah satu gerai tepi jalan yang menjual lemang pulut hitam. Macamana rupanya.. rasa kat sini pun ada jugak kan tapi jarang jumpa.

Gerai Lemang.

Lemang pulut hitam.. sedap gak.. Kitaorang meratah je, lagipun kat sini bukannya ada rendang, kalo ada confirm tak cukup 2, 3 batang lemang. Arghh dasar perut lantak!

Taraaa.. siap untuk dimakan.. ok PART 3 nanti aku update... Jangan mara na.. keh keh keh


Thanks for reading! Wassallam



Friday, 23 October 2015

Pameran Racun dan Bisa

Assallamualaikum...

Hamboii sakan meronda mummy na..! hehehee Kali ni aku berkesempatan melawat Pameran Racun dan Bisa. Padahal dah tau lama pun pasal pameran ni.. tapi tak teruja mana pun... tapi lepas tengok Kak Ana pi melalui entry NI.. terus teruja nak pi tengok.  

PAMERAN RACUN DAN BISA

Tarikh : 
31 Julai hingga 31 Oktober 2015

Lokasi : 
Muzium Negara Malaysia , Kuala Lumpur

Tiket :
 FREE hokay!


Pameran ni terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya  Haiwan Beracun dan berbisa, Medusa Si Ratu Ular, Kisah Haiwan Berbisa didalam Al-Quran,Ular, Paltipus , Ulat Gonggok, Ulat Bulu, Semut Kayap, Kumbang Bombardier, Kumbang Lepuh, Katak dan kodok, Hidupan laut berbisa, Makanan Eksotik beracun, Lipan , kala jengking dan macam-macam lagi lah.

Kebanyakkan tumbuhan , haiwan dan mikro organisma ni  menghasilkan toksin untuk menghalau atau membunuh pemangsa. Organisma hidup yang membawa toksin di panggil organisma beracun atau berbisa  samada tumbuh-tumbuhan , bakteria dan juga haiwan. Racun boleh didapati pada tumbuh -tumbuhan  cendawan atau haiwan. Namun bisa hanya terdapat  pada haiwan . Organisma beracun atau berbisa boleh ditemui didarat  , didalam air atau di laut. 

Sebelum masuk pameran kita posing dulu ngan kala jengking ye anak-anak..hehhe :P

Replika Kapal yang ditenggelamkan dengan sotong kurita gergasi.


Medusa Si Ratu Ular. 


Raksasa Medusa merupakan salah seorang daripada adik beradik Gorgon dan juga anak perempuan kepada Phorkys dan Keto, anak-anak kepada Gaea (Bumi) dan Oceanus (Lautan). Dia memiliki wajah yang amat hodoh dan kepalanya dilitupi ular  dan bukan rambutnya. Barang sesiapa yang melihat ke arah matanya akan bertukar menjadi batu. Medusa adalah seorang mortal.

Pada asalnya , dia berambut keemasan dan cantik. Sebagai paderi wanita Dewi Athena , dia mengabdikan dirinya dengan tidak berkahwin. Bagaimanapun , setelah digoda oleh Poseidon dan jatuh cinta kepadanya, dia lupa akan janjinya dan berkahwin. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum oleh dewi tersebut dengan cara yang kejam. Setiap gelungan rambutnya yang cantik , yang pernah memikat hati suaminya telah bertukar menjadi ular berbisa. Wajah asalnya yang lembut dan matanya yang menawan telah bertukar menjadi terjojol dan berdarah, hingga menimbulkan rasa takut pada sesiapa sahaja yang memandang. Sementara itu warna  kulitnya yang putih susu kemerahan bertukar menjadi hijau yang begitu menjijikkan.

Melihat dirinya bertukar menjadi makhluk yang menjelikkan , Medusa melarikan diri dari rumah dan tidak pernah kembali. Dia bertukar menjadi watak seperti rupa parasnya yg hodoh tu. Medusa yang berputus asa melarikan diri ke Afrika dan setiap kali dia mengembara tanpa arah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala anak-anak ular akan jatuh dari kepalanya. Begitulah menurut lagenda Greek Kuno bagaimana Afrika menjadi sarang reptalia beracun. Akhirnya penderitaan hidup Medusa ditamatkan oleh Perseus yang berjaya membunuhnya.

Posing ngan anak-anak ular yang comey. Ular ni berani la.. ulaq besaq mapuih cek lari tak cukup tanah..hehhehe :P

Labah-labah gergasi... 

Hi nama saya lipan... Comey tak saya...hehehe

Setiap aquarium ditempat satu replika tengkorak yang menempatkan  haiwan-haiwan yang berbisa seperti kala jengking dan lain-lain.

Jangan tak tau..lebah pun berbisa jugak tau.. lebah baju putih yang dok sebelah tu kadang-kadang bisa kadang-kadang tak..hahhaa :P

Spesis cicak berbisa /beracun yang dipamerkan . 

Sesetengah haiwan beracun kelihatan amat cantik dan menonjol dengan warna-warna yang menarik. Ia buka bertujuan untuk menarik perhatian , tetapi untuk memberi amaran kepada pemangsa dan haiwan lain termasuk manusia akan bahaya .

Haiwan beracun tidak mempunyai alat /organ khas untuk menyampaikan bisanya , tetapi sebahagian tisu dan organ tubuhnya beracun kepada pemangsa. Ia juga tidak mempunyai mekanisme pertahanan yang agresif , namun boleh memberi kesan kepada haiwan lain apabila ia menggigit atau dimakan.

Cantik kan katak ni..tapi aduhh beracun!

Hidupan laut juga ada yang berbisa dan beracun.

Settle menjelajah , duduk sebentar melepaskan lelah di segmen makanan yang berbisa dan beracun. 

Sudut interaktif untuk kanak-kanak pun ada. 

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang dipamerkan untuk pelawat. Antaranya haiwan-haiwan berbisa yang diawet dan dipamerkan seperti ular tedung selar. Ada juga dipamerkan hidupan-hidupan laut seperti Ikan Batu yang paling berbisa didunia. 

Ikan Batu

Ular Tedung Selar yang telah diawet.

Macam-macam lagi lah.. ada semut kayap dan juga ulat gonggong yang juga merupakan serangga kecil yang berbisa dan memberikan impak besar pada tubuh badan kita. Okay jangan lupa pergi tengok tau... Pameran berakhir pada 31 Oktober 2015 ni di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Thanks for reading! Wassalam...

Wednesday, 21 October 2015

Reinkarnasi

Assallamualaikum...Tak jawab dosa, jawab muahhh ciked!

Review yang tak berbayar.. Hehhehe (Sesi kongsi ilmu) 
Dah seminggu aku khatam membaca buku "Reinkarnasi" hasil perahan minda Faiz Ibrahim... Seminggu je dah buat aku ter-rindu-rindu akan setiap baris ayat yang ditulis dalam buku ni.. 

Beli kat mana?

MPH Mahkota Parade Melaka 
( Semua cawangan MPH & rasanya kat Kinokuya  ada dijual kot) 

Harga ?

RM19.00 je

Tujuan buku ini ditulis?


Bak kata Faiz Ibrahim.. " Warkah ini aku persembahkan buat mereka, Yang sedang jatuh, yang tidak tahu mana ingin dituju. Moga ia bantu dan buat kau nampak , sayangnya Tuhan sentiasa ada"


Ada yang tanya aku.. Best ker? 


Sebenarnya ianya lebih kepada cacatan peribadi Faiz tentang zaman mudanya yang sedang bergelut dengan dirinya sendiri. Ianya memfokuskan kepada kehidupan , cinta , impian dan pencarian makna kehidupan daripada tuhan.. 

Buku ni dibahagikan kepada dua bahagian puisi dan juga cacatan peribadi. Buat aku suka bermonolog sendirian.. Serius aku lebih suka puisi... Tapi cacatan peribadi Faiz ni memang tak dapat disangkal lagi akan hebatnya. 

Antara puisi dan cacatannya yang aku suka.. Padahal semuanya aku suka .. Ahh?! Tamakkan aku.. Kikiki :p




Sebenarnya banyak lagi puisi dan cacatannya yang aku suka. Banyakk sangat... 

Orang kata aku jiwang.. Hahahaaha memang aku jiwang pun walaupun luarannya nampak brutal.. Keh keh keh 

Yelahh sebab tu aku suka membaca buku -buku puisi, buku-buku motivasi dsb... Bukannnya apa kalau aku baca novel.. Hati aku sakit! Melayan perasaan yang tak sudah.. Akhirnya semua keje rumah tak siap, dapur tak berasap..kejarkan apa endingnya sebuah novel.  Aduhhh " Sakitnya ku disini... Didalam hatiku.. Lallalala " 

"Cinta itu apa? Kau cakap kau suka dia? Lepas tu terus bersama? 
Salah.


Cinta itu bila kau lihat dia, kau tersenyum tanpa sebab dan jawapan.
Cinta itu , bila kau dengar suaranya , kau rasa tenang walaupun isinya  menjengkelkan.

Cinta itu, bila kau tidak lihat kelibatnya, kau tertanya, kau tercari-cari, seakan separuh hidup kau hilang , dan dunia bagai dirompak hingga hilang serinya.


Itu cinta.


_________________________________________________________________________________

" Jadi baca , hayati dan rasa. Jangan baca mengkhinzir buta , kerana itu kosong, Dan segala perkataan muka kelihatan bohong"



Thanks for reading! Wassallam..

Tuesday, 20 October 2015

Nyonya Memoirs Museum

Assallamualaikum....

Rasanya ada yang dah baca kot entry sebelum ni pasal Nyonya Memoirs , kalau tak baca lagi bole klik SINI. Sebenarnya Nyonya Memoirs yang dulu pernah di jadikan sebagai Pementasan Teater yang telah diubah kepada Nyonya Memoirs Museum. Ini berikutan lokasi teater yang telah berubah ke  Hatten Hotel. 

Kini Nyonya Memoirs Museum telah dibuka untuk orang ramai sebagai sebuah museum . Menarik sangat seolah-olah berada dimasa lampau. Dari segi susun atur, bahan pameran , props-props yang bole bergerak dan bermacam-macam lagi la.

NYONYA MEMOIRS MUSEUM


Lokasi:

Level 3, Dataran Pahlawan , Banda Hilir ,
Melaka

Waktu lawatan :

11.00 pagi- 9.00 malam

Harga Tiket :

Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 6.00

Mula-mula beli tiket lah dulu ye. Anda akan dibekalkan dengan sekeping kertas yang perlu dicop ( 4 cop, 4 simbol) yang terdapat diruang pameran yang  disediakan. Jangan tak cop tau sebab akan ada hadiah yang menanti anda diakhir pameran.

Masuk-masuk je muzium belah kiri dah nampak gerai makan tuk lepak-lepak . Nak order tauke kedai dia tak muncul-muncul la pulok..

Ini merupakan "Thiar Besair" , dimana ianya akan mempamerkan perabut, meja bulat besar yang diperbuat daripada batu marmar bertatahkan ibu mutiara , kain-kain sutera cina yang disulam  dan juga cenderamata yang dibeli dari luar negara yang melambangkan status  dan kekayaan sesebuah keluarga. Hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan memasuki kawasan ni , wanita mampu melihat/ mengintai  dari kejauhan menggunakan " Lubang Gendap". Apa itu Lubang Gendap ? Ianya merupakan lubang yang dibina di bahagian atas yang menghadap koridor depan bawah dan juga serambi (Anjung Depan).




Sebenarnya ianya sama je macam konsep ruang tamu bagi masyarakat Melayu, pabila ibubapa dok bersembang dengan tetamu janganlah nak dok menempel kat situ... hanya dapat mengintai dari kejauhan sambil sayup-sayup je mendengar butir bicara tu. hehehehe

Hero kecik dah sibuk mencari cop. Hero-hero memang suka cari benda-benda macam ni... ala-ala cari harta karun gitu. Nak nak ada hadiah yang bakal menanti.. zup zap zup zap la pantasnya dorang.hehe ponat mummy nak kejaq.






Hero besaq cakap mummy ringan je ni... so..





Mummy pun trylah angkat dengan penuh kemanchoannya.. elehh ringan je pun..hahahaha eksen!



Yeahhh sesi penjelajahan pun bermula.. jeng jeng jeng...Terasa seperti mengimbau kenangan lama, cuma tak pakai baju kebaya dan berkasut manik je.. kalo tak confirm mummy dah jadi bibik bibik kan..." lu .. gua, lu gua.."  hehehehehe

Kebanyakkan Masyarakat Baba Nyonya ini cukup mahir dalam bidang perdagangan , pertanian, peniagaan (runcit)  dan juga tukang.  Ada yang menjadi tukang membuat rotan dan juga kasut manik


Kenal tak ni? ni namanya "Tikam".. bayar 10 sen atau 20 sen.. pastu tarik satu kertas dibawah, baca nombor yang terpapar.. check kena atau tak kena. Kalau kena dapatlah hadiah. hehehehe Zaman sekolah dulu habis duit belanja aku habis kat benda alah ni. Pastu balik umah buat macam ni balik, hadiahnya bungkus mainan dalam bakul mainan sendiri, Pas tu suh anak-anak jiran beli. hehhee. Kayo Mummy! Kayo Mummy! 
Adehh! tergimbau  memori kenakalan waktu kecik-kecik la pulak :P


Hero Kecik sedang penat membanting tulang.


Mummy hanya mampu posing  dicelah -celah tarmos, pingan mangkuk, payung, botol-botol gas, terompah je...sob sob sob  hehhehe :p 

Kedai runcit..

Hero besaq sedang menikmati cendol ditepi jalan depan kedai foto.. Ehh awaat peniaga cendol tu nampak macam hero kecik..aduhh! punggah!

Tilik jangan tak tilik. Salah satu pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Baba Nyonya.

Jadi tukang jahit la pulok..Nak tempah mai la. Tapi selai baju ..., tempoh siap,  setahun..hahahaa :P

Main Ting Ting... Ni permainan yang cukup pemes waktu kecik-kecik dulu  sebelum kemunculan games dalam ipad, PS2,3,4, Games Mario dll ... Dulu games ni pemes tau..malahan ada lagi permainan yang seusianya seperti galah panjang, congkak, batu seremban  dll yang cukup pemes pada waktu itu .

Komik 30 Sen. Sekarang komik Adam je dah RM 10 satu.. sekali request nak 5 buku sekali keluar.. 10 kali keluar cuba calculate... huhuhu #nangis

Bonceng hero kecik pi Market.. hehhe


" Laju-laju, buaiku laju.. Pohon beringin tegaknya tinggi, Kalau rendah menyapu bumi, Penghibur aku menolong aku, Bertiuplah oh angin bayu , Akulah anak yatim piatu... Laju-laju ..Buaiku laju, Pohon beringin daunnya rendang , Akar berjalur cecah ke bumi, Hatiku ingin hidup gemilang, Nasib badan suratan diri, Hidupku tidak beribu, Akulah anak yatim piatu..."


Naik buaian sambil feeling feeling Bawang Putih.. hehehe







Sesi tengok wayanglah pula.
jeng jeng jeng


Pendekar Bujang Lapok kah?

Memang disediakan satu bilik tuk menontong wayang cara lama kat sini. Tapi bukan citer bujang lapoklah lebih kepada cerita dan teater yang pernah ada sebelum ada disini. Menarik! Tengok wayang sebelah guni beras dan duduk atas tin-tin kosong.hehehe :p
Settle sudah penjelajahan kat dalam Nyonya Memoirs Muzium. Best! Sebenarnya macam-macam lagi ada kat sini..jenuh aihh nak tempek gambaq kat sini, So bolelah pegi sendiri dan rasai moment-moment macam zaman dulu-dulu tu. Tapi jangan lupa cari cop pulak , muzium  ada menyediakan cop di setiap stesen/props/ kedai dsb. Dah siap cop 4 simbol tu jangan lupa redeem gambar pulak. Tiga tiket , tiga keping gambar ngan frame kertas Nyonya Memoirs . Tapi mummy lupa lak nak tempek kat sini. Lain kali lah ea. Okay

Thanks For Reading! Wassallam..