Friday, 27 November 2015

Hero kecik vs mummy

Assallamualaikum...

Indahnya cuti sekolah. Hahahaha tu propa je lebih.. Padahal nak pitam hadap hero kecik ni.. Makan .. Pastu kena cukai. Ayat bodek tak tahan.  Mummy hampir pitam.. Hampir je belum pitam lagi..

Walaweiii kitaorang dah ketagih melukis da..  Baik hero kecik ataupun aku. Gadget tolak tepi.. Hah?! Macam tak percaya kan.. Tapi itulah hakikatnya. Kalo keluar , Kejap-kejap nak cari stationery shop nak tapau pen  dan drawing block. Hehehehee. Meh la jamu mata dipagi jumaat yang indah ini.. Kikiki..

Lukisan hero kecik


Meowww


Minion. Dia kata kat sekolah budak-budak pompuan dia suka minion.. Nanti dia nak jual. Dasar otak bussiness.. Almaklum la mummy tak kaya raya.. Semua kena usaha sendiri. Bukan senang nak senang.. Tapi nak susah cukup senang. Hehehehe


Hamster. Hero kecik kata dia suka ni.. Comel sgt.. ! Cehh masuk bakul angkat sendiri. Kikiki


Ni dia bagi kat mummy semalam. Hamboii dan macam pak we mak we lak hero kecik wat kat mummy..



Ni pun dia lukis petang semalam.... Pray For MH370.. Semua soklan  dia tanya kat situ.. Lost? Who died? Where? What? When? Hah?!  Songkok oren hero kecik.. Tudung pink mummy.. Ishh sesungguhnya hero kecik cukup memahami apa yang mummy suka..

Nah  santap mata dengan lukisan mummy pulak..

Ni meoww versi mummy pulak..


Ni mummy and the gang's versi doodle.


Puteri Rimba berleher jinjang..  


Meow kempunan tak dapat ikan.. Hehehehe

Ni la aktiviti kami anak beranak selama masuk hari ke 7 cuti sekolah. Banyak lagi nak kena difikirkan ni. Hero kecik ni akainya panjang.. Mulut pulak tak reti diam dok mengomel. Biasalah copy paste mummy dia la.. Sapa lagi kan. Tak kan copy paste anak jiran sebelah umah pulak . Kikiki :p  ala gurau sikit pun tak bole.. Babab kang!

Thanks for reading! Wassallam.

Tuesday, 24 November 2015

Kapten Pisang Love U

Assallamualaikum...

Hero kecik ajak mummy beli pisang cheese kat kaptain pisang... Teringin nak cuba katanya.. Almaklumla tengok kat instagram cam sedap je.. Ooops memang sedap pun... Aritu pergi kat sini hari sabtu tapi tutup lah pulak. Sebenarnya dorang cuti pada hari Sabtu dan jumaat.  adehhhh lupa ingatan kejap aritu kot .. Hehehhee almaklum la dah sejak usia makin meningkat ni banyak benda yang dah makin lupa. haip haip jangan gelak..babab kang!

Lokasi?

Kedai Kapten Pisang ni terletak di Peringgit berhadapan dengan Melaka Sentral.. Sekiranya masuk dari Bank Islam tu akan kelihatan Food Court disebelah kiri .. Kedai dia hujung sekali... Ala yang ada bunting warna kuning tu la...


Kat sini yang menjualnya semua jejaka -jejaka kacak.. Ehhh?!  Plus kedai dia yang sempoii tu .. Mungkin itulah tarikan di kedai ni,  disamping Pisang Cheese dia yang super ohsem!? Nak tau sila try ye.... Hahahahaa :p


Terdapat dua choice.. Tapau atau makan kat situ.. Ala tu standard je pun, kat mana-mana pun sama..  Ada dua box.. Satu regular dan mini jumbo. Terdapat enam jenis topping... Cheese, caramel cheese, oreo cheese, chocolate,  chocolate cheese, cinnamon sugar.. So sila pilih.. Tapi kalo pilih mini jumbo tuk makan kat situ bole letak 4 topping tapi kalau tapau hanya 3 topping dibenarkan...  So pilih lah yang mana berkenan dihati.. 

Mummy tapau je.. Amik mini jumbo, 12 pcs, 3 topping- cheese caramel, cheese oreo dan juga chocolate. Rasa dia marvellous.. Sedap! Tak manis sgt dan tak masin sangat cheese dia. Almaklum la hero kecik tak suka sangat makan cheese, mummy pun tak suka jugak...  Cheese kat sini walaupun banyak tak rasa sangat sebab telah ditutupi ngan rasa oreo dan caramel yang berlambak tu... Yum yum!


Ok tu je nak habaq.. Mana tau hampa pi holiday waktu musim cuti sekolah ni.. Taktau nak makan apa bole lah singgah kat sini.. Mummy bagi solution je.. Hehehehee

Thanks for reading! Wassallam..

Monday, 23 November 2015

Bergumbira bersama doodles di hujung minggu

Assallamualaikum... 

Hua cuti lamooo ooo no tak menghadap Teratak Chenta Mummy ni..Almaklum la bila cuti sekolah menjelma dok pikiaq macam-macam  la nak buat aktiviti apa tuk hero-hero ni. Ni pun tengah sibuk carikan kem cuti sekolah tuk hero-hero. Hero kecik nak yang masuk hutan je.. adehh macam la dia tu kuad nau.. Last-last mummy jugak yang susah hati nanti . Macam-macam.. kalo sesiapa idea meh la habaq okay.. 

Ahad.. semalam la, aku ada bawak hero kecik pergi library kat Bukit Baru tu..Almaklum la jiwa aku dah kusut tengok hero kecik hadap tv  dan jugak games.. So dapatlah idea bawak dia pi library ni. Tapi lain pulak jadinya. Dia tak bole concentrate dengan suasana sunyi sepi tu sebab kat area dewasa... kat area kanak-kanak dia rasa dia macam budak-budak.. ehhh! memang hero kecik tu bukan budak-budak kan.. ? so aku dapatlah idea  melukis ni... hah! dah lama gilos aku lupakan hobi aku yang satu ni.. sejak dah lali ngan gadget it zaman sekarang ni. So aku mulakan dengan doodles...

Apa itu doodles?
Doodles adalah coretan , contengan atau gambar yang dibuat oleh seseorang . Ianya boleh dibuat secara betul-betul fokus ataupun tidak fokus. Contohnya : Tengah meeting, bos dok berletiaq kat depan, kita melukis la. tuuu contohhhh je tau.. hampa jangan buat.
Doodles secara tidak langsung dapat mengungkapkan suasana hati maupun pikiran seseorang .Bagi kanak-kanak serta orang dewasa pada umumnya, terapi doodles dapat melatih meningkatkan kreativiti dan imaginasi serta membantu seseorang melihat suatu masalah dari sisi yang berbeza. Ggambar-gambar atau bentuk-bentuk tertentuseolah-olah dapat menenangkan dan menyenangkan perasaan ketika itu. Doodles juga sangat efektif sebagai alat komunikasi disamping kata-kata dan bahasa, itu sebabnya doodles bersifat terapeutik* karena berbagai hal termasuk permintaan tolong akan dapat terungkap meski sang pelukis tidak menyedarinya.
Bagi kanak-kanak, menambahkan suatu bahagian atau mengubah/ melukis sedikit garis pada gambaran atau doodles nya secara berkesinambungan dapat mengubah sikap kanak-kanak tersebut supaya bersikap lebih gembira dan menyeronokkan. 

Cubaan pertama mummy untuk melukis doodles.. almaklum la dah lama tak melukis.. tangan keras dah mengalahkan lesung batu...hehhehehe :P
Ni cubaan kedua... Si mata besaq...
Ni doodle dari hero kecik. Mummy lukis cat tu dia corakkan atau doodles dibahagian dalam lukisan ni. 
Lagii.. cubaan dari hero kecik.. mummy lukis lion hero kecik tambah doodle..

Ehh.. tercetus lak idea nak buat Mummy and the geng dalam bentuk cat... 

hehehehee... Taraaaa siap..! yang tengah mummy.. yang pakai spec tu , ala korang kenalkan.. hero kecik yang bercita-cita nak jadi Pegawai Atasan Polis..dan hero besaq yang bercita-cita nak jadi pomen.. hehheheheeh Comey tak kami dalam versi kucing..Meowwwwwww...!

Lepas ni korang bolelah mencuba lukisan dengan teknik doodle.. Serius fun habis!..

Thanks for reading! Wassalam...

Thursday, 19 November 2015

Pop Donna Melaka

Assallamualaikum...

Aritu cuti Deepavali berkesempatan la aku lunch ngan hero kecik kat sini.... Sebenarnya selalu dengaq dari kengkawan kat sini best! Katanyalahh... Apalagi bila dapat cuti-cuti macam ni la aku berkempatan nak JJCM ( jalan -jalan cari makan ). Selepas shooping barang dapur kat Mydin Ayer Keroh tu.. Apalagi tekan minyakk zassss ... .. Sampai la ke Pop Donna. Kedai dia atas Pizza Hut berhadapan MMU ( Multimedia University) Bukit Beruang tu.. Sonang ja nak pi..

Ni tangga naik ke tingkat atas.. Sekiranya confius nak naik tangga yang mana satu.. Signage ada, confirm tak sesat. Hehehehe

Ruang dalaman Pop Donna Bukit Beruang Melaka.

Kat sini macam-macam ada. Ni kategori kedai vendor yang  mengumpulkan pelbagai barang dari aksesori wanita, produk kecantikkan, pakaian, kasut, buku-buku dan lain-lain lagi dari koleksi beberapa shop online yang dijual di instagram. So sebagai memeriahkan kedai ni dorang buat la sekali kafe. Sementara menunggu yang pompuan shopping, yang laki bole la ngap apa yang ada kat kafe tu. Tapi memandangkan hero kecik tak suka shopping-shopping ni dia suh mummy dia dok diam-diam dan makan je...Kejam betui dapat anak lagu ni kan.... Sob sob sob... :(( 


Wall yang dihiasi dengan pelbagai barang-barang untuk dijual. Kebanyakkan dari instagram seperti ig : Positive Emporium ni.

Meja semua full. Sib baik waktu mummy datang.. Banyak luck.! Parking senang, meja pun senang dapat. Syukur Alhamdullilah. Rezeki pewooottt katanya. Hahahaha :P

Mummy order air Pink Panter.. Yum!!! Manis melekat!

Chicken Chop .. Ni hero kecik punya. Marvellous! The best ever Chicken Chop yang pernah aku rasa. Hero kecik yang cerewet tu pun setuju menu ni the best!

Boat Noodle. Kocik je bowl dia.. Bole la dua kali ngap masuk mulut. Sedap gak.. Cuma yang buat spoil tu sebab adanya sos .. So rasanya ala-ala manis...  Mungkin yang makan dia pun ala-ala manis.. Hahahaa pasan nak mampuih!

Mummy amik tiga bowl je.. Kalo sedap lagi, kemungkinan 10 bowl bakal selamat hadam. Hahahahaha dasar pewottt lantak!

Hah! Ni la diantara menu yang terdapat di Pop Donna ni.. Harga bole tahan.. Size hidangan pun sesuailah ngan harga. Servis tak cepat , tak lambat.. Almaklum la ramai orang kot. Kesabaran itu bole ditimbang kati sekiranya rasa itu marvellous kan.. Tak gitu!

Ni diantara barang-barang yang terdapat di Pop Donna. Sori gambaq tak berapa nak banyak sebab hero kecik tak kasi mummy pegang phone. Sebab dia kata mummy ni suka sangat amik gambaq.....opss bukan selfie tau... Gambaq berseni, hanya orang seni je yang memahami, walaupun hero kecik pun orang seni gak, tapi seni dia, seni amik gambaq semua blurr..huh! Stress tau.. Hehehhe

Thanks for reading! Wassallam... 

Note : Autopublish 19/11/2015  I 13.30 PM

Tuesday, 17 November 2015

Birthday treat Mukhriz : Bayou Lagoon Water Theme Park

Assallamualaikum..

9 November (Rabu) lalu aku sempatlah meraikan birthday Hero besaq yang ker....?? 12 tahun. Kejap je dah besaq. Sebenarnya aku nak tunda je hadiah dia ni..memandangkan kali ni aku cuti sambil bekerja .  Ni pun atas paksaan Hero besaq, katanya birthday abang.. Mummy kena cuti. So  bercutilah aku dengan keje berlonggok kat umah. Cian pulak tgk hero-hero sebab mummy dia dok pulon hadap lappy dia . Tapi apa kan daya dah tanggungjawab .. Layannn jer la. 

Kali ni dorang request ke Bayou Lagoon, Bukit Katil Melaka. Actually ni kali ke-2 kitaorang ke sini, so selok belok kat sini hero-hero memang dah expert la. Siap dah plan dari rumah nak naik apa dulu. Hahahhaha. So tuk mummynya pulak mood memang kelaut walaupun dah berbaju pink munga-munga. Kikiki :p

Tiket seperti biasa aku beli dari Groupon . Dewasa : RM 16 ( harga asal RM 22) Kanak -kanak RM 11 ( Harga Asal RM 16)  so dapatlah sikit pengurangan harga disitu.. 

So saksikanlah aksi-aksi ngeri hero-hero bermain didalam air. Hehehhee. Sedangkan mummy terdampar disisi air , bak seorang ikan duyong yang sedang stress sedang menanti jejaka idaman yang tak kunjung tiba.. Ehh!!?? Hahahahhaa :p huh! Tak kuasa mak jemah! padahal stress keje tak siap-siap. Tgk ?! cuti pun ingat keje. 

Aksi-aksi 18SG

Nampak kaki je...

Mummy and The Geng's

Best woooo...! Seronok tengok hero-hero happy..


Maggi dan sejuk memang tak dapat dipisahkan. Padahal food yang lain semua tak dak . Dah la mahai, lapaq punya pasai bedal ajolahh na..

Happy Face!

Merentas titian 

Actually banyak gak aksi-aksi hero besaq menggoda mummynya tuk bermain sama-sama, tapi memandangkan hari nak hujan.. Mummy dia ketaq lebih sikit. Sejukk weiii air itu.. Air panas tak dak ka kat water theme park ni. Hahahhaha dasar ikan duyong takut air.. Kikiki .Aktiviti berendam didalam air tamat apabila hujan turun ala-ala manja. Sebenarnya rasa macam tak puas je bawak hero-hero pi theme park kali ni. Yelahhh mood kelaut. Takpe ada rezeki kita pi lain na. 

......................................................................................................................................

Notachentamummy : 17 November 2015 . Selasa. Actually arini result UPSR keluar. Tahniah abang.. Apa-apapun mummy yakin abang dah buat yang the best tuk mummy. Syukur Alhamdullilah.. Mummy dan adik syg abang.. Luv U!

Thanks for reading! Wassallam...

Sunday, 15 November 2015

Terima kasih Jari Manis

Assallamualaikum..

Hari tu.. Sesampai je umah kelihatan sayup-sayup je sampul coklat didalam peti pos.. Alamak dah kuyup da...! Ni mesti gara-gara terkena serpihan hujan petang tu. Takpalahh basah sikit-sikit ja. Isinya masih ok.. Tulisan pun jelas kelihatan.. 

Sebenarnya dah dapat agak sapa pengirimnya. Tak lain dan tak bukan Si Jari manis yg cute muet tu la..plus si manis ni pun hantu pink macam mummy jugak.. hehee meh terjah blog JM ... Macam-macam tips travel yang akan kita dapat dari blog Jari Manis ni.. Hehhehe memang terbaekkk!!

Ole-ole sebagai tanda penghargaan top komentor Oktober rasanya kot. Adehh terlupa lak mummy.. Kalo salah betuikan ye JM. Apa-apa pun thanks na JM Muahhhsss..

Sampul surat kecik tu warna pink! I like... 



Cantikkk sgt! Hehehe . Hah.. Top komentor September rupanya.. Hehhhee lupa daa.. Thanks na JM sebab sudi bagi FM ni kat mummy. Tambah lagi koleksi.. Koleksi dari Jogjajakarta ni mummy tak dak lagi.   Bromo Mount, Jogjakarta , Indonesia.  Tak dapat jejak ke sana dapat tengok gambaq pun jadilah.. Hehehehe

Koleksi makin bertambah nampak gayanya.. Heheheh cer cari kat mana Hero kecik letak Fridge Magnet pemberian JM ni.. Jeng jeng jeng... 

" We as blogger , We support each other!" 

Ehh tertiba rasa nak wat logo lak pulak dengan tagline  yg acap kali disebut-sebut oleh JM dan SS ni.. Macam syokk ja.. Hehehehe


Thanks for reading ! Wassalllam..

Friday, 13 November 2015

Ohsem Blogger Oktober

Assallamualaikum...

Salam Jumaat. Arini baru berkesempatan nak update " Top Komentor Oktober " setelah sekian lama diperam ranum. hehhehee. Memandangkan selama 5 tahun berblog, ni baru 1st time buat widget top komentor ni... nampak tak rajin tahap Power Rangers mummy menggodek blog mummy ni . kikiki tu baru Power Rangers belum lagi Iron Man, Ninja Turtle, Superman, Batman, Captain America dan lain-lain .. hahahaha :p

Buat teman-teman blogger yang sudi singgah ke Teratak Chenta Mummy ni , terima kasih daun keladi na. Sebagai perhargaan terimalahh.. jeng jeng jeng... Eh..! silalah email address  kat mummy.. julia_yana@yahoo.com.  


Jom Blogwalking Ohsem Blogger bulan ni 


Maaflah widget mummy bulan ni agak pening-pening lalat sikit bulan ni.. Tak tau nak betuikan lagu mana. Nanti mummy akan ikhtiarkan untuk betulkannya. Atau mungkinkah ini widget ini akan dibiarkan sepi dan bersawang. Kita nanti kannya ye..hehhee

Thanks for reading ! Wassalam..

Wednesday, 11 November 2015

Mee Besen... Yummy!

Assallamualaikum.... Tak jawab dosa, jawab cyg ciked! hehhehe :p

Masih dimood berfoya-foya walaupun keje menimbun-nimbun sampai nak update entry kat sini pun dok tak dan ja..Hehehhee biasalah alasan semata-mata... bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ni kira tengah banyak dalih la ni..keh keh keh :P

Bila stress keje banyak aku memang layan pewott sungguh! bila kenyang otak dah tak fikir apa.. so layan tidoq la pulokkk..hahhahaha nyaman je.. kah kah kah memang kembang la jawabnya.  Kali ni jom aku bawak korang pi layan Mee Besen pulak na.. Dap Dap Dap!

Mee Besen...?! tapi bukan Mee Besen basuh baju tu.. yang tu aku pun takmo.. ni Besen Makanan da..Size dia takdelah besaq mana pun.. Ada Size S ( 2,3 org makan), Size M (3,4 orang makan) dan juga size L (4,5,6 orang makan).. kalau tak cukup juga amiklah 3, 4 besen...hehhee

Nama Kedai :
Candyy Pillow ( Vendor Konsep & Butik)

Alamat :
GF 11, Pangsapuri Laksamana 1,
Jalan Thamby Abdullah ,
Bandar Hilir,
75000 Melaka

Waktu Operasi :
3.00 Petang - 10.00 malam

Tel No:
010-2737856

Facebook :
Candyy Pillow
Peta ke Candyy Pillow

Ni rupa hadapan kedai Candyy Pillow
Ruang makan..Penuh! Lambat sikit jenuh berdiri.


Sempoii ja deco kedai ni.
Dinding yang dihiasi dengan quote aluminum plate.
Ada budak happy dapat makan.. tak dapat makan muncung! Besen lagi besaq dari muka na.. hhehhehee :P

Mee Besen yang aku pilih ni size Medium je, mula-mula ingat nak amik size S tapi desakan hati kata confirm tak cukup..nak nak ada jejaka-jejaka kacak ni..lagilahhh hahhahah. Tapi memang tak cukup pun walaupun size Medium. Rasa dia.. sodap tanpa MSG... sebab lepas makan aku tak pening kepala. hero-hero pun macam tu jugak... Mee pun kategori mee buat sendiri. Debab-debab size dia sesuai sangat dengan orang yang nak makan tu..kikiki

Mee Besen ni korang tak perlulah makan dalam besen tu, dia ada sediakan mangkuk-mangkuk kecil, so korang bubuh lah sendiri ikut pewott masing-masing. Sambal cili kicap pun ada disediakan jugak.. pedas ker..? takdelah pedas mana bole la dibubuh banyak-banyak. Ala kalo pedas minum la air banyak-banyak.  Air pun sedop!

Muka ada senyum jugak..

Hero besaq ngan baju sekolah terus mummy angkut makan kat sini. Cian dia tak dan nak salin baju. Muka sedih je . Tapi muka je la hati pewott berbunga-bunga . hahhaaha ayat propa ja lebih

Air gelas tinggi ada, gelas rendah pun ada pilih ja.. Gelas tinggi RM 6.00 gelas rendah RM 5.00 ja. Perisa apa aku lupa.. hehehee


Mee Besen
Size S : RM 6.00
Size M : RM 10.00
Size L : RM 15.00
Muka makan tak cukup.. nak order lagi tak mau sebab bila tengok ramai yang dok berdiri sebelah -sebalah tunggu meja kosong, hero kecik dah start kelam kabut. Adehh ! Takpelahh ada masa free, rezeki lebh kita datang lagi k.. 

Thanks for reading! Wassallam..