Tuesday, 1 December 2015

Baru mummy tahu apa ertinya rindu

Assallamualaikum...

Syukur Alhamdullilah selamat sudah hero kecik dan hero besaq masuk kem cuti sekolah. Saja kali ni mummy pilih masuk kem sekolah pondok bagi dia tau apa itu ertinya kesusahan. Selalunya order je kat mummy.. Tau tau dah ada, tak dapat majuk.. Well anak-anak la ni.. 

Tapi baru sehari hantaq pi kem, hati mula berlagu hiba... "Ku pandang kiri, ku pandang kanan....Engkau tiada....  Lalalalala" mummy lak yang seksa menanggung rindu. Yelahh mummy dok umah nak cakap dengan sapa?! Anak-anak berekor Si Icha ngan Jerry tu.. Hishh depa tu apa tau.. Makan tau la.. Tak pun tunggang terbalikkan rumah.. Huaaaaa

2,3 hari sebelum ke kem.. Mummy sibuklahh ke hulu ke hilir mencari jubah depa.. Susah gak nak cari kan.  Layankan aje. Depa maintain relax... Mummy pulak dok kelam kabut. Dalam hujan lebat pun mummy redah .. Dorang lak seronok main hujan. Nak marah lebih-lebih kang nak kena tinggai sebulan. Tahan je la macam tak biasalahh pulok kan... Aouchhh.. 

Sampai je di kem yang jauh ke dalam kawasan perkampungan tu.. Hero kecik dan hero besaq dah kelam kabut... Suasana yang riuh rendah mulai suram.. Hero besaq dah buat muka kelat.. Keh keh keh... Hero kecik mantain cool je.. Walau soalan makin bertubi-tubi di ajukan kepada mummy. Tapi dalam hati dia , tuhan ja yang tau.

Bila tengok suasana sekolah pondok tu.. Muka masing-masing mulai berubah.. Kikiki baju kena basuh sendiri, makan dalam dulang, masak kena gotong royong, bangun kena 4.30 pagi... Semua tu maybe pengalaman baju buat depa. Moga hero-hero mummy tabah menghadapinya. Semuanya untuk kebaikan masing-masing jugak. Almaklum ilmu didada mummy masih tak lengkap untuk menyempurnakan kekurangan yang ada pada hero-hero mummy.

Selalunya cuti sekolah depa dok seronok jenjalan kehulu kehilir.. Kalo tak jenjalan balik umah tok kat Penang. Jalan jalan cari makan ja kejanya . Apa salahnya kali ni, kita cari kelainan sikit . Yang lebih bermanfaat. Lagipun dah habis kem pun bole jenjalan lagi. Cuti banyak oii.. Lagi-lagi dah masuk tahun baru.. Cuti tahunan dah renew , ditambah pula baki cuti tahun ni. Sabaq na.. Mummy nak uji sikit kentalkah anak mummy ni. For your own good jugak.. 

Korang doakanlahh hero-hero mummy ni akan tamat kem dengan seribu satu cerita yang indah-indah...Amin.  Apa-apapun mummy jugak yang dok ketaq kepala lutut nak pi melawat depa. Mampuiih kalo masing-masing dok pulon nak balik..mana mau larii hah?!  Huaaaaa tak pi tengok , susah gak... ada benda yang kena hantaq ni.. Hishhh jiwaku kacau bilau..

Muka hero kecik yang seronok berserban.. Muka ada happy sikit. Hehehehe alahaii pengubat rindu. Rindu lak nak bercekau ngan budak debam sorang ni. Rindu lak nak dengaq dia kata "Mummyyyy Kita lapaq lagilahh mummy" "Mummy jom kita tengok wayang" "Mummy .. Mummy kita sayang mummy" "Mummy.. Mummy nak lok lok..." Adehhh sapa lak potong bawang petang-petang ni.. Hishh! 


Ni lak hero kecik ngan hero besaq.. Lepas salam mummy sebelum mummy berangkat pulang. Hero besaq punya muka ada gusar sikit dalam hati..  Sebab mummy lupa nak beli kain serban tuk dia.. Tu yang nak pi hantaq tu.. Serban Hero kecik , ada budak-budak senior kasi pinjam dan tolong ikatkan.  Ehhh tiba -tiba terngiang-ngiang hero besaq selalu cakap..."Mummy .. Mummy.. Mummy sayang kita banyak mana?!" "Nak lok lok cikit leh tak mummy" ... Adehhh aku lak yang dah tak keruan .. Dah dahh mummy nak pi jogging dalam hujan.. 

Thanks for reading! Wassallam.