Wednesday, 6 January 2016

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama AdHadi Mohd

Assallamualaikum..

Perkembangan fotografi digital sejak akhir-akhir ini memang semakin pesat. Hampir semua orang wajib ada kamera tak kiralah DSLR , SLR , kamera digital poket , kamera polaraid mahupun kamera smart phone. Memang ramai yang dah mampu membeli, walaupun keghairahan ini sekadar ikutan dari jaringan laman sosial seperti facebook, intagram, pintrest , blog mahupun laman-laman sosial yang lain.

Malahan ada sesetengah individu , memakai DSLR hanya sekadar mengikut trend semasa  dan ada juga yang posing action semata-mata. Mungkin individu-individu tersebut seronok bila ramai yang puji berkata " Mesti gambar-gambar kau cantik kan, almaklumla kamera mahal "  Propa je lebih padahal snap pun pakai setting automatik je . Alahai... sanggup tu bawak kamera besaq qedabaq sekadar untuk tontonan umum... Tak sakit bahu ke Kak Non dan Abam Sudin oiii. Apa-apapun semua terpulang kepada individu itu sendiri. Terpulanglah duit korang kan.. hehehehe.

Tapi seeloknya biarlah ada sedikit ilmu didada agar gambar yang dihasilkan lebih  umph dan lebih berbaloi pada setiap ringgit yang dikeluarkan. Memang tak dinafikan ramai yang kata.. belajar fotografi ni rumit. Yes! setuju sangat .. tapi ianya hanya pada permulaan. "Tak kenal maka tak cinta kan" . Mummy dulu mula-mula belajar pasal kamera pun menggunakan kamera DSLR yang pakai kodak  tu.. hah! lagilahh... sakitnya ku disini , didalam hati ku...lalalalaa eh! ter"over" pulak... Setiap kali nak snap kena beli kodak yang ada 24 atau 36 kodak dalamnya . Sebagai pelajar waktu tu memang rasa aduhhh... azabnya! kena pulak terpaksa berkongsi duit dengan kawan-kawan untuk membeli kodak tersebut. Pastu bila print mummy dapat 40 keping, itu pun ada pula yang jadi dan ada juga gambar yang tak jadi.. Adoii double sedih! Zaman sekarang, korang untung segalanya digital. Banyak manfaatnya tu . Tak cantik padam dan snap semula sampailah puas hati aka lebam!


Selain dari menimba ilmu fotografi melalui buku-buku yang banyak terdapat dipasaran, mummy juga ada turut serta belajar melalui kursus-kursus pendek yang banyak  terdapat diluar sana . Almaklum menimba ilmu ni kan tak pernah ada titik noktah, setiap orang  berlainan gaya, cara dan tekniknya. Antaranya kursus yang dianjurkan oleh En. Adhadi Mohd kali ni . 

Ini merupakan  kali pertama  mummy menghadiri kursus En. AdHadi Mohd bersama-sama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari . Beliau yang mempunyai latar belakang  didalam bidang software engineering mulai bergiat aktif sebagai tenaga pengajar didalam bidang fotografi dan mula  berkongsi ilmu tentang fotografi melalui blog beliau iaitu http://adhadi.com/ Malahan nama beliau sendiri sebagai tenaga pengajar semakin dikenali ramai. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar kepada beberapa buah jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Unifilm UUM, Cybersecurity, Universiti Malaya, Yayasan Mara dan pelbagai lagi.

Tenaga Pengajar : Adhadi Mohd



En. Adhadi Mohd - Pengajar Bengkel Fotografi in Silhouette.

Apa Maksud Gambar?
Gambar  merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat didalam sesebuah  penceritaan . So maksudnya satu gambar satu ceritalah. Kalau korang suka ambil gambar banyak-banyak , kiraya terdapatlah pelbagai cerita yang ingin disampaikan secara langsung mahupun tidak langsung. Cuma bila gambar selfie je tu mummy agak confius korang nak cerita apa sebenarnya ye..hehehe :p oh lupa... OOTD ye.. :p


Kunci untuk mendapatkan gambar kesan terang dan gelap yang ideal adalah segitiga emas fotografi. Kenapa mummy panggil segitiga emas. Sebab ini adalah asas yang semua orang perlu tahu. Wajib untuk peminat fotografi.




Apa itu Aperture?

Aperture adalah bukaan lensa kamera dimana cahayanya akan masuk. Jika bukaan besar, banyak cahaya yang akan masuk berbanding bukaan kecil. Perkara yang unik dan sering membingungkan adalah penamaan dalam setting bukaan kerana angka yang tertera terbalik dengan besar bukaannya. Aperture /bukaan disimbolkan dengan huruf "f" pada kamera. Angka kecil bererti bukaan besar, manakala angka besar bererti bukaan kecil. Contoh : f/1, f/1.4/f/2 dan seterusnya. Refer gambar diatas.

Apa itu Shutter Speed?

Shutter speed  adalah durasi/tempoh kamera membuka sensor untuk menyerap cahaya. Kiraan shutter speed adalah dalam saat. Biasanya bermula dengan 1/4000 saat sehingga 30 saat. Variasi nilai shutter kamera ini diatur pada body kamera. Selain mempengaruhi kuantiti cahaya yang masuk , shutter speed juga mempengaruhi dua perkara  iaitu:

1. Shutter speed yang cepat dapat menangkap /membekukan (freeze) objek yang sedang bergerak dengan jelas ketika diambil gambarnya. Contoh : kanak-kanak berlari atau kenderaan yang sedang bergerak.

2. Shutter speed yang lama dapat menangkap kesan gerakan (motion) objek secara continue.
Contoh : Air terjun.

Apa itu ISO?

Iso adalah ukuran sensitiviti sensorterhadap cahaya . Ukuran bermula dari angka 50, 80 atau 100 dan akan berlipat ganda sehingga 3200 atau lebih besar lagi. ISo dengan ukuran kecil bererti sensitiviti terhadap cahaya adalah sangat rendah, ISO dengan angka besar bererti sensitiviti terhadap cahaya adalah tinggi.

ISO yang tinggi akan mengurangkan kualiti gambar kerana akan muncul bintik-bintik yang dinamakan "noise". Malahan ini akan mengurangkan kualiti gambar. Pada sesuatu keadaan seperti berada ditempat yang gelap ISO yang tinggi seringkali diperlukan sekiranya tidak menggunakan extra flash..



Bloger-blogger sedang diterangkan mengenai teknik pencahayaan oleh En. Adhadi Mohd. Antara tekniknya adalah :

  1. Teknik pencahayaan yang lembut.
  2.  Latar belakang. 
  3. Shooting mood dan fokus.
  4. Depth of filed /Bokeh.
  5. Close -Up /Elakkan pertindihan.



Hasil pratikal gambar potret menggunakan cahaya semulajadi.




Gambar produk menggunakan teknik DIY dan pencahayaan semulajadi.

Gelagat blogger-blogger sewaktu sesi outdoor . Lain yang disuruh lain pula yang diambilnya .hehhehe . Kannn dah tak pasal-pasal Dilla jadi model tak bertauliah. Bhahahaha..

Bokeh. Mummy ambil pakai hentam je sebab semua blogger fokus hanya pada sebiji gelas, so mummy fokuslah pada sejambak bunga kertas. hehehhee

Bokeh dalam kelas

Foto group bersama semua blogger dan juga penaja rasmi dan penaja bersama.

En Adhadi Mohd juga ada menyediakan DVD secara lebih terperinci kepada yang berminat. Antaranya DVD Adobe Photoshop Lightroom, Kursus Asas Photoshop dan juga Kuasai Fotografi DSLR.  Untuk berminat boleh menghubungi beliau di:


Facebook : Adhadi Mohd III
Facebook Page : Adhadi Mohd
Instagram : @adhadimohd
Website : adhadi


Thanks for reading! Wassallam..

48 comments:

  1. Teringin nak belajar ilmu photografi ni... terlepas peluang ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe banyak lagi peluang yg ada.. Call je En. Adhadi ni.. Tanya pasal next class.. Maybe ni bole membantu..

      Delete
  2. kamera hp je yang mampu setakat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala bole je.. Cuma kamera phone ni kalau kena gaya dan angle pasti akan meletops mengalah kamera gedabak tu..

      Delete
  3. lepas ni meriah lah blog mummy dengan gambar menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. Moga2 bertambah meriah. Nanti Yan bole cuci mata.. Hehehe

      Delete
  4. yep, wak pon penah belajar fotografi gak dgn abam adhadi nih., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kita ada pengalaman yang sama la wak..

      Delete
    2. guru sifu fotografi yang sama je mummy kann., kihkih2

      Delete
  5. jap, tadi wak godeh2 blog lama terjumpa gak kelas fotografi dgn abam adhadi ni, 5 tahun lepas., harhar2

    https://fotolumayan.wordpress.com/2011/03/08/kelas-photography-no-3/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh nanti nak pi skodeng la.. Lama tu 2008.. Patutlahh wak lagi terror dari mummy.. Hehheee

      Delete
    2. bukan 2008 la mummy, 2011 terang lagi bersuluh tuhh., hehe2

      Delete
    3. Ehhh salah da.. Mummy tgk terbalik.. Kikiki

      Delete
  6. dah terer shoot nanti bebila bole ajaq kita plak..

    ReplyDelete
  7. salam mummy bestnya ! dapat pi bengkel yana suka sangat phtography ni tapi tak de dslr, guna phone je mampu kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Aaa best... Takpe ada rezeki lebih bole la beli tapi buat masa ni pakailahh apa yg mampu k.. Pakai kamera phone kalau kena gaya pasti lagi kebaboom..

      Delete
  8. yana masa study ritu dapat belajar sikit je pasal photoshop ni, tu pon happy sangat daaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Yana pelan-pelan. Nanti ada rezeki bole pi belajar lagi.. Belajar photoshop ni best tau..

      Delete
  9. seronoknya.. dari dulu minat dengan photography ni.. tapi dslr pown tak do.. cemana ni mummy ? huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo.. Takpe dah bole start menabung dari sekarang. Nanti kita bole pi menembak sama2., :)

      Delete
  10. nanti nak belajar banyak lagi pasal fotografi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila.. best kan belajar fotografi ni.. :D

      Delete
  11. Selamat tahun baru!

    Teringin nak belajar pasal fotografi ni sebab kita suka sangat ambil gambar. Tapi itulah..tak berkesempatan lagi nak belajar. InsyaAllah satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru... :D
      .
      aaa kena tau basic jugak kalo nak amik gambaq ni supaya lebih berseni sikit.. Takpe pelan2 ada masa dan rezeki bole la join..:D

      Delete
  12. Nanti gambaq lagi cantik lah mummy kan.. boleh guna ilmu yg ada menampak duit poket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe mudah-mudahan.. Tu la memang tgh sibuk cari poket money lebih ni.. :))

      Delete
  13. I ni asyik ambik gambar gegar ja.. tangan xreti dok diam.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu maksudnya kena amik gam tampal.. Harap lepas ni tak gegeq lagi la na.. Hahahah :p

      Delete
  14. pengisian dan penyampaian artikel yang menarik! kipidap! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Terima kasih En. Hilman... :)

      Delete
  15. ok..tak perasan mummy update blog...hehehe.berbaloi gak gi bengkel macam ni.camera nombor dua, yang penting, skills..bak kata mummy kalau takat pakai auto tu, buat sakit bahu je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Ni baru ada curi2 masa update blog.. Cuti sekolah busy sikit. Event banyak..

      Ya betui.. Kalo tak rabak bahu penat angkat lens punya pasal..

      Delete
  16. ohmai CT suka gambar yang tunjuk perbezaan aperture tu.. apaaacer ??? ahaha..
    dulu blaja sikit2 tapi sejak pakai oto ni.. ngeh2.. snap saja.. kdg2 je la adjust sikit2..

    menarik bila kita tahu serba sikit.. kita tak adalah blur. tapi kalo pakai oto ahaha.. ttb gmbr gelap mesti frust.. kena try n eror banyak kali..

    ini adalah omelan nubis hehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu yg paling senang nak nampak beza kecik besaq.. Dan cukup senang paham..
      .
      Pakai auto boleh tapi kadang over exposure cahaya dia.. Heheehe aicheheh komen gaya trainer gitu.. Hahahhaha

      Delete
  17. Menarik bengkel begini, boleh belajar teknik yang betul untuk hasilkan gambar yang cantik dan menarik.. Aiza ambil gambar hentam saja.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best macam2 benda baru yg mummy belajaq,, takpe pelan2 nanti pandailah tu..

      Delete
  18. oh mummy pun pergi eh..kte ritu nk g gak pastu terpaksa cancel ada problem..kalau x leh jumpa,hehehe..xde rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa pi, nampak gak Nama UA kat group ingat salah orang. Tu yg tak berani nak tegur.Hehehe

      Takpe ada rezeki nanti bole kita jumpa kan..

      Delete
  19. wahhh upgrade lah semua gambar yang mummy upload nanti yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah... Mudahh -mudahann ikut kerajinan mengedit jugak ni., hehe

      Delete
  20. baru pergi bengkel semua gambar pun dah cantik ... nanti dah expert boleh buat part time lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa.. Dah lama dah Zie mummy buat part time.. Cuma tak habaq kat blog ja.. Hahaha alamak terpecah rahsia la pulok..,

      Delete
  21. bestnya bengkel ni! saya pun suka ambil gamba
    tapi tak pandai guna teknik betul
    kamera pun pakai digital biasa aje
    kadang cantik aje gambo, kadang tu hampeh
    nak kena memahirkan diri benda gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi YY.. Sila la attend kursus.. Ada basic pun dah ok. Kalau tak mampu pi kelas.. Pakai buku pun bole.. :)

      Delete
  22. untung dapat join program begini kan

    ReplyDelete
  23. Zumal teringin gak mendalami ilmu fotografi nie tapi kamera pun tak ado ^-^

    ReplyDelete