Sunday, 31 January 2016

D' Savoy Condo A Famosa Resort

Assallamualaikum...

Percutian ringkas mummy selama dua hari satu malam  di A Famosa Resort adalah bercuti sambil bekerja ye. Mengambil masa dalam 45 minit dari Bandar Melaka dan hanya lima minit dari Persimpangan Tol Alor Gajah.

Penginapan  D 'Savoy Condo

Mula-mulanya mummy ingat ianya merupakan sebuah kondo tapi tak ye.. Ianya merupakan sebuah Apartment 2 bilik yang lengkap dengan segala kemudahan dan yang paling penting luas okay. Kenapa mummy kata ianya bukan kondo sebab bangunan 3 tingkat ni tidak dilengkapi dengan lift hanya tangga sahaja. Tapi takdelah penat pun.. kejap je dah sampai depan pintu bilik lagipun mummy duduk kat tingkat satu je pun. hehehehe. Ngada-ngada nak lift bagai.hahhha :P

Ruang Makan yang luas

 
Nilah aktiviti hero-hero masuk bilik je terus tengok tv . Nasib baik ada Astro. Waktu ni dorang tengah layan movie HBO .. mummy ambil gambar sorang pun tak kalehh..kejam kejam..hahahha 

 Ni bilik mummy. Ada dua bilik kat dalam ni. Satu jenis katil King , satu lagi jenis katil Queen. Laju jer mummy tido malam tu padahal selalu je bermasalah dengan tempat yang tak biasa ni.. tapi aritu ehh lajulah pulak. Hero kecik lagi laju siap tido depan tv lagi.. Haiii bestlah tu..

 
Ni bilik air .. satu attach dengan bilik (ada Bath Tub ) dan satu lagi dalam bilik juga tanpa bath tub. 

 
Ni Dry Kitchen. Siap dilengkapi dengan Peti Ais dan juga kettle  . Kalau nak masak kenalah bawak dapur sendiri atau mungkin bole request dari receptionist mungkin. tapi kalo nak booking better tanya dulu.. kalau takde buat naya ja hampa..hehhehe

Ni pula wet kitchen. Serius luas kalah dapur mummy..hahhahaha :P

Muka ada happy jugak.. Tara nampak ka..! Ni jelahh sekeping pic hero kecik berposing.. Kalau tak jenuh pujuk nak bergambaq. Sib baik ada tuk kenang-kenangan. Hehee

Sebenarnya banyak kemudahan lain yang terdapat di D'Savoy Condo ni.. Ada Swimming Pool lagi, cuma mummy tak dan nak bawak hero-hero pergi situ,  lain kali mungkin. Kat bilik pulak ada juga disediakan iron dan boardnya sekali. Tak payah susah nak call reception suruh dorang hantar, buat membazir masa je. hehhehehe Biliknya pun luas. kalo datang dengan family... tak perlu nak book banyak-banyak bilik .. Insya Allah muat. Lagipun parking pun senang kat basement, tak perlu nak parking kat tengah panas.. hehhehehee. Apalagi jemputlahh booking. Macam-macam ada! hahhhaa

Breakfast pulak  di Clubhouse A Famosa , tak silap mummy yang dengan Golfer Terrace tu.. Perghh memang cantik sungguh lanskap dan bangunan dia.  Rasa macam nak posing sakan tapi apakan daya .. keadaan kamera yang tido dalam air-cond tak mengizinkan..Sob Sob Sob :( 

Antara menu yang disediakan .. ehh awat mummy amik gambar salad je ni.. padahal hero-hero sental nasi lemak.. mummy pulak Mee Hoon goreng panas-panas.. Sedap weiii...  Tapi salad ni mummy amik jugak buat second round. Manalah mummy tak muncit..hahahahha :P

Pemandangan dalam Clubhouse A Famosa . Cantekk! 

Pic candid oleh hero kecik. Sempat pulak tu , waktu ni tengah sedih dok godek-godek kamera kesayangan mummy.. hurmmm Sebenarnya waktu ni dah take mood tapi saja disorokkan... huhuhu Mood makan pun kelaut..kelaut kelaut pun dua pinggan jugak.. walapun selalunya mood makan kat hotel biasanya bisa mencecah  5 pinggan seorang ..ehhh?!

Hero besaq ngan flag lubang golf. Takpelah bang.. nak main golf tak reti.. posing ngan Flag Lubang Golf pun jadilah..hahhahaha :P

Ruang Buffet yang disediakan.. Sori pic blurr sikit..semua hero kecik yang amik gambaqnya.

Ruang Clubhouse yang dihiasi dengan hiasan Sempena Tahun Baru Cina. Mungkin percutian di A Famosa akan menjadi percutian korang bagi Tahun Baru Cina.. Apalagi.. Bookinglah cepat nanti penuh kang..menengis la korang depan pintu gerbang A Famosa tu..hahhahha 

Thanks for reading ! Wassalam...

18 comments:

  1. besar sis apartment tu.... cantik tempatnya, makanan pun best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang besaq.. puas hati sangat. Cozy pun cozy.. rasa mcm taknak balik la..hahahaa :P

      Delete
    2. hehe... mummy... bw blk isnpirasi tpt tu ke rumah mummy yer...

      Delete
    3. Apartment tu besaq rumah mummy sejemput je.. Macamana tu? Hahahhaa :p

      Delete
  2. Betapa bestnya kalau ada kediaman secantik apartment tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. mummy pun dah terberangan sebegitu rupanya. Syokkan alamatnya tak kluaq umah la..hahaha :P

      Delete
  3. ramai juga orang buat camni ya, apartment disewakan untuk pelancongan. cantik apartment tu

    ReplyDelete
  4. bestnya mummy julia bercuti..kalau ke melaka mesti kena singgah bermalam ke sini...menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Short vacay je.. 2 hari satu malam... Itu sudah semestinya semua lengkap. Confirm puas hati .. :)

      Delete
  5. better pilih apartment kalau nak bercuti bawa anak-anak..baru selesa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa apartmentkan luas.. Memang bertambah selesalah budak2... :)

      Delete
  6. Mummy.. kalau dapat tilam bilik gitu.. mmg laaa landing je lena teruih kan..

    ReplyDelete
  7. mummy pun nak buat lagu tu jugak.. tapi apakan daya hero2 dah tumbang dulu..hahahhaa makan hati ulam jantung teruih!..hahaha :p

    ReplyDelete
  8. More Details about Condo D'Savoy A'Famosa Resort
    (http://www.letsgoholiday.my/Listing/Detail/6605/condo-d-savoy-a-famosa-resort)
    Thank You.

    ReplyDelete