Monday, 11 January 2016

Petua awet muda serendah RM 2

Assallamualaikum... 

Siapa yang tak nak awet mudakan. Semua orang nak.. Melainkanlahh awet muda orang tu membuatkan  hidup seseorang tu semakin kacar kacirlahh.. eh ada ker?! . Almaklum la ramai yang dok kejaq dia. Kalo mummy tak awet muda.. Mummy suam-suam kuku ja..gitewww..! Hahahhaha pasan nak mampuih!

Sebenarnya petua ni memang dah lama mummy amalkan sejak zaman sekolah lagi.. Tapi disebabkan susah nak cari daun pegaga ni, mummy amalkan bila jumpa je.. Hehehehe tapi bila melihat mak -mak sedara yang dah mencecah 60an keatas masih kekal jelita walaupun semakin dimamah usia,  dorang still maintain gitu. Sikit pun  tak terusik dek kedut. 


Ni lah rupanya ulam pegaga. Rupanya bulat-bulat macam payung yang bersaiz kecik. Tapi waktu mummy beli dekat pasar tani ni. Almaklum la waktu beli pegaga ni matahari dah tinggi atas kepala so nampaklah dah kecut sikit. Takpelahh mummy nak khasiatnya bukan rupanya. Kannn.. hehhee


Sebenarnya banyak khasiat yang terdapat pada pucuk pegaga ni antaranya mengecutkan peranakan , penawar darah tinggi, awet muda, sebagai bahan pencuci untuk wanita dan berbagai lagilah.


 Rupa air pegaga yang telah diblend , tapis kemudian jeng jeng jeng.. beginilah rupanya. Warna hijau pekat.. bagi sesiapa yang tak bole tahan bau ala-ala daun dan tanah ni.. amatlah digalakkan  menambahkan  sesudu kecil gula.. apa-apapun ikut tekak masing-masing la.  Kalau mummy sesudu cukuplahh sebab mummy tak bole manis-manis sangat nanti sakit perut.. allergik pada kemanisan yang keterlampauan. hehhehee pelik .. pelik.. hahhahaa :P

Pegaga sebenarnya dapat merawat kulit yang rosak disamping meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri bagi mereka yang rajin  mengamalkannya samada daun pegaga direbus ataupun dikisar daunnya. Selain direbus , pegaga juga boleh ditumbuk dan disapu di kulit wajah. Ianya dapat bertindak sebagai antibakteria, antikuman dan antiradang malahan ianya juga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat  tisu yanng rosak dan mengurangkan parut serta menggalakkan pertumbuhan kolagen.

Bagi amalan dari segi meminumnya , ianya mampu menjadikan kulit wajah kita kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit , rambut dan juga kuku. Ini kerana ia dapat menyokong pembentukan kolagen seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi. Ianya juga mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan  masalah berkaitan urat bersimpul atau salur darah lemah sehingga menimbulkan urat berwarna unggu pada betis dan juga peha. Apalagi nak cantik mulalah dari sekarang , jangan jadi macam mummy dah tua baru nak amal.. hahhaaha. Moga korang lebih cantik lepas ni.

Thanks for reading! Wassallam..

34 comments:

  1. Replies
    1. takdelahh mummy minum sedap je.. tak macam herba2 tu.. yg tu memang payau. ni macam minum air jus je.. laju je mummy minum ..sodap.. try la Yan.. :D

      Delete
  2. betul betul pegaga awet muda,ralitinya nenek zie amalkan mkn pegaga.masak lemak kuning letak pegaga pun sedap ..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. family mummy memang selalu amalkan.. buat ulam pun sedap gak.. tapi jenuh nak telan.

      aaa .. mummy pun kadang2 bubuh gak.. sedapp!

      Delete
  3. orang lelaki boleh amalkan ker mummy...nak juga muda hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole sgt... hehheehe.. :D Moga lebih jelitas ye lepas ni..hahaha :P

      Delete
  4. feveret saya ni . dgn akarnya sekali saya mkn . klu balik kg ,saya buat jus sbb pokok pegaga byk melata atas tanah ... jus tu klu campurkan sesudu madu dan sedikit perahan lemon , lagi sedap mummy ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sama ka kita. Tp masih tak sanggup makan ngan akar2 kalo buat jus.. Kalo ulam bole telan lg akar tu. Mummy pernah try gak bubuh lemon dan madu.. Tp suka lagi bubuh gulu sesudu kot.. Hehehe

      Delete
  5. Dah lama tak minum jus pegaga ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi Zumal.. Silalah buat ye.. Awet muda hokay.. Haha

      Delete
    2. Dulu Zumal beli jus yang dah siap. Hehe :P

      Delete
  6. tips orang dulu-dulu juga yang mujarab kadang tu kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa petua dulu2 memang best dan mujarab, sbb tu mummy suka.)

      Delete
  7. bukan mahal pun nak cantik secara sihat yer ... tapi rajin tadaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... Itu betul, alasan banyak la yg paling tak tahan. Hehehe

      Delete
  8. tu telan jus pegaga sambil tutup hidung tak mummy? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah.. Bau rumput tu sedap... Mbekkkkk mbekkkk .. Haha

      Delete
  9. alamak, nak telan gitu jer...kalau ema memang tak lah nak minum..kalau dijadikan pil, boleh telan terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa telan gitu jew.. Sedap ka Ema. Try la.. Mummy ok je.. Tp bubuh gula sikit la.. Baru ada ummph!

      Delete
  10. Adoiii tabah nya nk minum air dia...

    Mkn ngn sambal belacan okay lg.
    Minum x blh...
    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy semua telan., asalkan awet muda.. Hahahaha

      Sambal belacan tu sekali sekala bole la.. Kalau tak mau jadi resdung nanti.. Hehehehe :)

      Delete
  11. SALAM Mummy , tak la yana minum kihkih

    ReplyDelete
  12. saya suka makan ulam
    tapi nak suruh saya minum gitu aje...memang taklah
    kalau makan as ulam, okay sangat
    dapat pula cicah sambal belacan...perghhh
    tak toleh kiri kanan dah

    air tu, nengok rupa pun ngeri...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. YY. Sekali sekala tukar angin apa salahnya...

      Mummy taklehh makan macam tu., jenuh 2,3 pinggan bersih mummy ngap kang.. Hahhaa :p

      Delete
  13. Wahh....bagus di amalkan ni mummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Jomlahh kita amalkan bersama-sama. :)

      Delete
  14. aritu ada kat belakang rumah ekin ada arwah ayah tanam.. ekin racun rumput banyak sangat habis xada dah...

    ReplyDelete
  15. Bunda srlalu makan buat ulam jer ....tak pernah blend pun..

    ReplyDelete