Sunday, 31 January 2016

West 57th St Cafe I Zang Toi Cafe

Assallamualaikum..

Gendang gendut  tali kecapi, haii kenyang perut senanglahh hati.. Hehehehe suka-suka je mummy tambah-tambah perkataan kat peribahasa kat atas kan. Biasalahh perut dah kenyang senanglah hati kan.. Tak gitewww...Ni adalah kali pertama kali nelangkah masuk ke dalam Zhai Tong Cafe ni.. Berkonsepkan Black and white serius ianya nampak simple dan cukup menarik. Terletak disalah satu outlet yang terdapat di Freeport A Famosa Outlet membuatkan korang rasa woowww! Insya Allah korang akan puas hati.

Lokasi 

West 57th St Cafe
Lot F & B5 Free Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Melaka

Tel No : 03 -2145 7701

Website : http://zangtoicafe.com

Opening Hour : 10 pagi - 10 malam

Bahagian Tepi Bangunan Zhang Toi Cafe

 Bahagian Hadapan Zhang Toi Cafe


Bahagian Dalam Zhang Toi Cafe. Sebelah kanan Cafe , sebelah kiri Butik Zhang Toi. Sebab tulah Zhang Toi Cafe ni unik .
 
Antara menu-menu yang menjadi pilihan utama antaranya adalah Chicken Chop, West 57th Nasi Lemak with Chicken Rendang dan pelbagai lagilah menu yang bakal menambat hati korang..

 
 West 57th Nasi Lemak with Chicken Rendang

Jangan tak tau Hero kecik menikmati nasi lemak ni sampai licin okay.. Wahh sedap sungguh gamaknya, sampai tak dan mummy nak menumpang berkaki-kaki..hehehehe

 
Chicken Chop.. Sos Black Pepper ni sedap hokay.. Yum Yum!

Selain itu juga terdapat pelbagai jenis sandwich, sampai mummy lupalah apa nama dia.. almaklum la sedap! hahhahaa. Tak senonoh sungguh kelakuan itu..hahhaha. Tak silap mummy yang ni berasaskan Salmon dan juga Cheese.

Yang ni pula, Chicken sandwich. Nampak sama tapi tak serupa hokay

Yang ni paling marvellous.. Sebut tak tau. kalo nak order tunjuk gambaq ni je tau.. hahhaha. Bernas tak idea mummy.. 


Hah?! bab dessert pulakk.. Hadoiii cerita je dah jenuh telan ayaq liuq.  Antaranya adalah Banana Chocalate Cake especially buat pencinta cokelat macam mummy ni.. Ni antaranya menu dessert yang wajib korang cuba.. Tak muak pun kalau korang makan dalam kuantiti yang banyak. Coklat dia aummmm.. Leleh baqhang! kena pulak diselang selikan dengan beberapa slice banana.. hadoiii...Pastu letak pulak ice cream..hahhahahha  Mampuih telan ayaq liuq la korang..hahahhaha

Bagi yang tak suka coklat.. Dunt worry... Pandan Cheese Cake akan membuat korang terkedu akan kelakzatannya. Yum yum! So kira banyaklah pilihan yang korang boleh pilih. Menu-menu dia pun sedap dan tak pelik-pelik namanya untuk disebut. Sekali makan pasti nak lagi. Serius mummy tak tipu. hehhhee

Kalau tak suka dua-dua dessert yang mummy mention kat atas tu, bole try Lemon Cake with Ice Cream. Lemak berkrim , rasa dia pun padat. 

Apalagi..ngap la... tak kan tengok je kot...hahhahaha


Ni pulak last sekali.. tetiba je muncul..ehhh?! Macam scoon  Tapi ianya lembut sikit. Nak bertambah sedap sila request nak coklat dan juga caramel.. perghhhh... Macam-macam flavour ada, Nutty, coklat, raisin  dan satu lagi lupa lak nama dia..hhehehe ampun kan mummy na. Biasalah banyak tertelan semut. hehehehe

Mummy order air ni.. ala-ala detox.. blend sekali ngan lemon dan  serdak-serdaknya. Letak pulak daun pudina. Serius Sedap. Rasa tak cukup satu gelas.. ingat nak tambah lagi, tapi malulah pulak...hahhaha :P


Staff bersama Outlet Manager Zhang Toi Cafe

Blogger KBBA dan Blogger Melaka bersama En .Amir  Outlet Manager Zhang Toi 



Pulon dek non pulon oii..  Sib baik penat amik gambaq tu berbaloi dengan hidangan yang disediakan. hehhehe Yummy!

Last sekali mummy ngan En .Amir Outlet Manager. Abaikan muka serabut yang kekenyangan itu. hahhaha

So apalagi...  Disamping menikmati hidang-hidangan yang memukau perut tu.. Korang boleh membeli belah kat sini yang berkonsepkan makan sambil membeli belah .  Hiasan dalamnya yang berkonsepkan balck and white ni pasti akan memukau mata korang.. So bukan takat perut je kenyang.. Mata, badan dan perut sekali ikut serta. Hah?! Tak ker berbaloi-baloi bunyinya..gitewww.. 

Thanks for reading! Wassallam

5 comments:

  1. adoiii la mummy saja buat perut berbunyi bunyi...nampak sedap dan menarik selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah.. Tapi memang sedap pun Arz.. Mai Melaka kena singgah tau.. Hehehe :)

      Delete