Friday, 5 February 2016

Cowboy Town di A Famosa Resort Melaka

Assallamualaikum..

A Famosa diambil nama sempena kubu peninggalan penjajah  Portugis yang cukup terkenal yang dibina pada adab ke-16. Ianya juga dikelilingi dengan bukit dengan pemandangan yang hijau yang mempunyai keluasan 520 hektar yang telah direka oleh artikek padang golf yang tesohor daripada Australia iaitu Ross.C Watson. Selain daripada Cowboy Town iainya juga terkenal dengan Animal World Safari , Taman Tema Air, Resort Hotel , Condotel dan juga Villa.

Kali ini mummy berkesempatan membawa hero-hero ke Cowboy Town.... yeahhhh ! Salah satu tempat yang menjadi lokasi idaman hero-hero . Almaklum nak jadi cowboy tak dapat.. Dapat merasai suasana cowboy di A Famosa ni pun dah cukup best buat her-hero .. Hehehee.. So percutian ni kira in Advance Birthday Treat untuk hero kecik yang jatuh pada 3 Februari yang lepaslah. Happy Birthday Adam.. Mummy Love U! muahhhhh....

 
Posing dulu bersama-sama Live Band di pintu masuk Cowboy Town.


HARGA TIKET COWBOY TOWN/ ENTRANCE FEE

WEEKENDS & WEEKDAYS / 
HARI BIASA & CUTI HUJUNG MINGGU

Dewasa : RM 59
kanak-Kanak: RM 48



OPERATION HOUR / WAKTU OPERASI

 6.00 PETANG- 12.00 MALAM

Show

Cultural Show 7.30pm Daily
Red Indian Show 8.30pm Daily
Carnival 9.15pm Daily
Firework 9.45pm Daily


Berjalan menuju ke Huang -Di Restaurant yang terletak di dalam Cowboy Town.

Sebelum menjelajah ke dalam Cowboy Town ni , kami dihidangkan dengan makanan Chinese Food oleh pihak A Famosa di Huang-Di Restaurant. Nak tengok apa yang mummy makan sila petik  DISINI.

 Hero-hero bersama-sama Fizi ( Blogger Melaka)

 Hero Kecik dan kuda padi. Comelnya je! 


Diantara papan tanda arah dan  kemudahan yang terdapat di Cowboy Town.

Suasana di dalam Cowboy Town .

Carnival Show. Sebenarnya banyak lagi gambar yang mummy snap, tapi kalau tempek semua kat sini, jenuh korang nak scroll.. ni diantara sebahagian show carnival pada malam tu. Pelawat pada malam tu pun tak berapa nak ramai maybe sebab weekdays kot. Rasanya kalau hujung minggu mau penuh.


Hero besaq dan hero kecik berposing bersama pas pelawat. Hero besaq dah standby baju hujan awal-awal yang telah diberi oleh petugas disana sebab lepas je keluar Huang -Di Restaurant hujan mulai rintik-rintik. Nasib baik sekejap je.. kalau tak mau basah lokos kitaorang malam tu.hehehe

Pertunjukkan bunga api diakhir persembahan.

Kanak-kanak di tarik untuk menari tarian Gang Nam Style oleh DJ tuk malam tu. Comel-comel je tengok budak menari. Hero kecik dan besaq malu-malu yang akhirnya tersadai ditepi pintu. hehehe

Yeahh show dah tamat. Apalagi jom kita round apa yang ada kat Cowboy Town ni. Suasana kat sini sama je macam kat Zaman Cowboy. Bangunan rustik-rustik gitu, barang-barang kat situ semuanya antik dan bermacam-macam lagi lah.

Buggy Car .. Tak nampak pulak dia bergerak tuk malam tu. Hero besaq request nak naik.. tapi malas la mummy.

Fun Fair

Mummy and the geng

Sayang kuda padi.. Nak bodek ajak balik umahlah tu..hahaha :p

 
Senarai tiket untuk semua games / horse riding yang terdapat dalam Cowboy Town. So buat siapa yang datang sini, bawaklah duit lebih-lebih sikit ye.. sebab macam-macam nak naik ni. ehheheehe

Thanks for reading! Wassallam

33 comments:

  1. bestnya kan mummy, kak ana tak sampai lagi sini, in shaa allah lain kali ada rezeki singgah sini pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best Kak Ana.. Nanti dtg la..rasa macam masuk cowboy town je tau.. Hehhee :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehehee.. Biasalah budak2 pi mana2 pun meriahh! Dpt lak mummy pangai mcm budak2.. Lagilahh..

      Delete
  3. Meriahnya mummy julia...pernah masuk a famosa je tak pernah masuk yg cowboy ni bestttt la...mummy nanti besarkan gambar ni ye kecik tgk tak puas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju.. Nanti masuklahh.. Best.. Tgk dlm phone memang nampak kecik, cuba tgk dlm lappy or pc.. Confirm puas.. Heheee :)

      Delete
  4. Mummy tak aci tak tunggu kitee ! kite nak majuk... sobbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahha.. Ala mummy dh tggu la kat pintu gerbang.. Lmbt sgt mai, mummy masuklah dulu.. Hehhe

      Delete
    2. zaf punya kuda tu lambat sangat..koboi kena pantas.hahaha

      Delete
    3. hahahhaa.. kan Sal... Tu la lambat dah kena tinggal :D

      Delete
  5. syoknya, belum kesana lagi kami ni ... harga tiket mahal dah, nak main dalam tu pun kena bayar lagi yer hurmmm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhee.. Aaa mahal. Mana2 pi pun sama.. Tu namanya marketing. Hehehee ;)

      Delete
    2. tu la kan mummy ... semuanya pun dah mahal sekarang. ta ada dah taman tema yang murah. sedih :(

      Delete
  6. Best best! Haritu pergi sini untuk buat photoshoot je. Tak berpeluang untuk explore. InsyaAllah kalau ada rezeki, pasti akan jejak tempat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann pojie.. Best! Dtg jgn tak dtg. :)

      Delete
  7. Bestnya kalau dapat pergi nanti ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Zumal.. Mai la nanti. Hehehe :)

      Delete
  8. koboi hensem ada tak mummy?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah ada tapi versi Bangla.. mau ka? hehhee :p

      Delete
  9. mummy rm58 tu ticket masuk je ye..

    tq tau mummy....nak buat kejutan kat hubby..coz hubby suka tengok filem cowboy

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa tu harga tiket masuk... Wahh Yan nak mai sini ka..

      Sila2 buat suprise cowboy hokay.. mesti kebaboom!.. :D

      Delete
  10. terharu kita sebab gambar kita ad dalam blog die la.. hehehe

    ReplyDelete
  11. syoknya mummy n anak2 g tempat macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah... sekali sekala lepas gian...

      Delete
  12. Nak pergiiiii....

    Mummy jommm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom jom.. aritu dah dekat tak mau pi.. hahahhaa :P

      Delete
  13. dulu sharian kat zoo A Famosa tu tapi dah balik x larat nak singgah Cowboy Town.. x larat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... kalo nak round semua kena stay kat situ.. baru puas jenjalan.. hehhee

      Delete
  14. Bestnya.. Last pergi 7 thn lps.. Anak2 dh 4 org ni nk msk dh mahal.. Hehe

    ReplyDelete
  15. Bestnya.. Last pergi 7 thn lps.. Anak2 dh 4 org ni nk msk dh mahal.. Hehe

    ReplyDelete
  16. Salam Mummy Ja,
    Hari tu tinggal kat mana? Villa plus swimming tu ke.
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    ReplyDelete
  17. Salam Mummy Ja,
    Hari tu tinggal kat mana? Villa plus swimming tu ke.
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    ReplyDelete