Friday, 19 February 2016

Satay Kampung Jawa

Assallamualaikum... 

Satay Kampung Jawa ni memang dah cukup sinonim dengan penduduk sekitar Banda Hilir  , Kampung Jawa dan seluruh Melaka rasanya.. Dari sebuah gerai kecil telah bertukar lokasi ke kedai yang lebih besar yang terletak di tepi Sungai Melaka di Kampung Jawa. Apa yang istimewanya disini? Apalagi.. Cendol, Satay pelbagai jenis, Nasi Goreng Kampung, Mee Rojak dan juga Rojak.. Rasa dia memang marvellous!!  Sebenarnya nama asal kedai ni adalah Restoran Line Clear Kampung Jawa.. Tapi dek kesedapan Sataynya , maka ianya lebih dikenali sebagai Satay Kampung Jawa. 

Kebetulan aritu sedang sibuk mummy mencari barang dengan hero kecik, terlalulah disini secara tidak sengaja ,kena pulak hero kecik tengah lapar waktu tu apalagi menyinggahlah mummy dengan hero kecik. Dah nak jadi rezeki, senang pulak dapat parking aritu, padahal selalunya cukup azab nak dapat parking. So berbunga-bungalah hati.  Senang je nak cari kedai ni sebab ianya berhampiran dengan Jambatan Kampung Jawa berhadapan pula dengan Syarikat Menang. 

Pemandangan dari dalam kedai... View yang sangat cantik! Sesekali kelihatan bot-bot river cruise lalu memecah ketenangan air sungai Melaka  menambahkan lagi kecantikan dan keunikan Sungai Melaka .

Mee Rojak. Ni peberet mummy.. Yummy! Kuah sedap dan mee pun banyak.

Hero kecik dengan Mee Rojaknya.

Nasi Goreng Ayam. Sebenarnya mummy nak order nasi goreng kampung je, tapi teroder ni pulak.. Apalagi ngap je la... Rasa dia memang ada umph!

Air Mata kucing Panas.. Ni mummy punya. Sedap.. !
Mata kucing tu banyak .. Tak kedekut! Hehehe :)

Cendol.. Isi pun banyak.. Ni share ngan hero kecik.. 
Makan sampai mengah la... Hahhaha :p

Kepelbagaian satay.. Kalau dulu selalu mummy order satay , tapi dorangkan akan hantar satay dalam kuantiti yang banyak tapi kita tak perlu bayar untuk keseluruhan  satay yang dihantar  tu tapi hanya bayar apa yang dimakan sahaja.  Tapi sekarang tak lagi.. Kita kena mention nak berapa batang satay dan jenis apa.. Yang mummy order ni campur-campur. Ada satay ayam, kamping, perut, hati dan juga kerang. Satay ni mummy order 10 cucuk dalam RM 10.90.  Harga tuk air mata kucing sejuk dan panas , satu mee rojak, nasi goreng ayam dan juga cendol semuanya berjumlah RM 16.50. Agak-agak murah ker mahal?? Mummy ni tau makan dan bayor je.. Dan yang penting kenyang dan sedap...

Kedai ni dibuka sewal jam 12.00 tengahari hingga ke pukul 4.00 petang. Kedai ni memang penuh memanjang.. Parking pula agak susah , so kena pandai-pandailah cari parking ye. Hehhehe sapa nak mai Melaka bole la cuba makan kat sini.. Sedapp weiii bakhang ! hehehehe 

Thanks for reading! Wassallam..

19 comments:

  1. salam ! mummy lama tak singgah sini , singgah pula pagi pagi buta ni ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Huda.. tudiaa tak tidoq lagi. Jadi burung hantu ea.. hehhe :D

      Delete
    2. Tu yana lah... salah org dah mumy ni... tu pasal lah jgn cuti blogging lama sangat ... hi hi hi

      Delete
    3. hahhahahah... megong betuila mummy ni... kan Huda.. asyik busy je, blogwalking pun dah lama tak buat, hadoii sadis sungguh hidup mummy ni.. huaaaa

      Delete
    4. Yanaa..... Soriii salah nama..:D

      Delete
  2. nampak pulak makanan sabar banyak banyak jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. sila bertabah dipagi buta yang indah ini..hehehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. kalo macam tu kena datang Melaka ka.. nak pekena cendol..Yummy!

      Delete
  4. Alaaa... tak tau pun pasal kedai ni masa dok sana dulu... mummy lah ni tak mau bagi tau.. huk2

    nanti kalau pi, nak singgah... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahhaa... tu la awat la mummy tak tulis awai2 kan..hehhehee.. Takpe nanti mai la lagi.. sedap.. yum yum yum!

      Delete
  5. Hamboiii mumy... lama x update... sekali hapdet habes satay cendol semua kluar... aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahah.. hupdate mengikut situasi pewott je..hahahha :P

      Delete
  6. hai mummy the vogue tu.. lama xbuat kacau kat sni.. hehe..
    terliuq aish tgk satey tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syida.. rindunya dia! sorry lama tak blogwalking, busy nau. Sedap Shida mai la sini makan..yum yum.. :D

      Delete
  7. assalamulaikum mummy... lama xsinggah sini... tertingal kereta api hahahhah.... sedapnya satay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ekin... sama la mummy pun dah lama tak blogwalking... Sedap Ekin..yummy! meh la mai sini..

      Delete
  8. alamak Mummy.. ceq dahla tak makan dari pagi ni.. huhu..
    dia jamu mata kita ngan makanan lak dah ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. Sila bertabah wahai siti roro.. kikiki :P

      Delete