Thursday, 4 February 2016

Tak rocklah kalau tak derma darah!

Assallamualaikum...

Ish rasa malu pulak nak cerita. Hahaha.. Umur dah setengah abad, ni la baru 1st time mummy berkesempatan menderma darah.. Bukan baru berkesempatan.. Peluang selalu ada je depan mata... Tapi desakan diri untuk menderma tu masih tak kuat kununnya.. Almaklum dulu banyak penyakit bergayut kan badan ditambah pula dengan takut bila tengok jarum besaq gedabak tu. Hahaha macam budak kecik!

Ntah bagaimana selepas perhimpunan pagi kat office semalam, kebetulan pulak ada taklimat ringkas mengenai fysiotheraphy.. Yang lebih banyak berhubung kait pasal ligemen kat badan ni. So kira banyaklah part yang terkena kat batang hidung.. Hamik hang rasa macam nak bernanah telinga dengar doktor pakar terangkan itu dan ini... Lasak lagi. Padan muka! Mummy ni kan jenis manusia yang suka paksa diri even tak mampu nak buat.. Sampai la berjaya!  so badanlah memamg merasalah impaknya.. Perkataan yang lebih sesuai "degil" lah kan.. Sapa sama perangai dengan mummy baik mengaku cepat. Hahaha :p

Selepas taklimat ada pulak pemeriksaan kesihatan.. Check kolestrol, BMI, darah tinggi dan juga kandungan dalam darah.  Hah?! Nak tau result.. Semua ok ye.. Tapi ..?! Obesiti..! Huaaaa.. Gara-gara tak cukup tinggi. Ish ish ish kena bergayut lebih ni. Sadis sungguh... Hahaha :p

Jom derma darah!

Mummy dan pom pom gurl mummy..hehehe

Ketaq weiii.. Waktu ni belum amik darah lagi..so kita posing dulu.. 

So tibalah masa untuk derma darah.. Rasa macam nak derma tapi takut so mintak mak encek (Fyda) tolong teman sambil menjadi pom pom gurl tuk mummy . Macehh mak encek. Mak encek takleh  nak menderma sebab baru lepas operation bersalin  lima bulan yang lepas ditambah pula ada hepitetis keturunan keluarga ( ntah betui ker idak spellingnya.. Hentam je la labu). Apalagi setelah isi form bagai... Mula la step by step mengikut prosedur yang dibuat..


  1. Isi form tentang semua data diri dan juga sejarah kesihatan dan dapat buku merah (buku rekod tuk setiap kali amik darah)
  2. Check jenis darah
  3. Re-confirm balik semua data tentang tiada penyakit lain yang merbahaya dan juga  pastikan tidak melakukan sebarang hubungan kelamin dengan pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh kurang dari setahun .
  4. Operasi ambil darah pun bermula. Mula-mula takut juga nak ambil darah ni, almaklum darah mummy ni kategori jenis cepat beku.. So memang takutlah.. Nasib baik semua berjalan lancar. Heheehe
  5. Siap! 1 beg.. Yes! Akhirnya mummy berjaya melawan ketakutan. Ala bukan sakit mana pun.. Macam gigit semut je pun. Hahaha eksyenlahh pulak :p
  6.  Kemudian mummy diberikan air 100 plus limited edition CNY, roti dan juga air milo O' dan diminta tuk berehat dengan secukupnya, memang berehat sungguh la jawabnya sampai tertido-tido. hahahaa 

Buku merah bukan tuk travel tau.. Buku merah untuk darah!..hahahahaa

Setengah jam lepas tu.. Mummy mula rasa mengigil yang amat, rasa macam nak pitam dan letih tahap gaban! Kenapa mummy jadi macam ni? 

  1. Sebab mummy tak breakfast.. Hanya minum air suam + lemon je.. ( rutin)
  2. Tipu kata larat padahal perut dah keroncong gara-gara nak proses derma darah tu berlaku dalam tempoh yang cepat dan pantas! Padan muka mummy lah! Hahahaha :p so lepas ni kalau korang nak derma sila pastikan perut tu penuh hokay.. 
  3. Mummy tido kurang dari 5 jam.. ( pukul 1 pagi - 4pagi) gara-gara ada kerja -kerja  yang perlu disettlekan segera.. So sila pastikan korang kena cukup tido sekurang-kurangnya 5 jam. Jangan jadi macam mummy membohong je kejenya..hahahaa :P


Pic : Muka orang yang lepas derma darah, nak bukak mata pun tak larat. hadoii parah sungguh!




 Kesimpulannya derma darah ni ok je.. Takdelahh sakit mana pun. Macam kena gigit semut je pun. So mendermalah dari sekarang sebab mungkin ramai yang kat luar sana amat memerlukan darah kita yang cukup berharga ni tuk meneruskan hidup. Ni pun kira amal jariah la jugak kan.. Nak menderma macam Pak Arab 2.6 billion tu tak mampu. Derma darah je la yang mummy mampu.. 

Thanks for reading! Wassallam.



32 comments:

  1. Zumal belum pernah derma darah. Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala mummy pun baru 1st time .hehehe Apalagi lepas ni silalahh menderma kalau sihat ye..hehhehee

      Delete
  2. sangat seronok...
    derma darah..
    nieyl dah berkali² dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Nieyl..? Biaq betui.. Wahh baguih betul la.. Mummy ni sampai arini letih sbb derma darah smlm..hehehhe

      Delete
  3. SS derma darah kat nyamuk kire rock tak mummy? keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah rock! Tapi rock sikit je la ikut saiz nyamuk.. Hahaha :p

      Delete
  4. Sijil tu boleh buat masuk dalam resume tak mummy? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah masukkan sekali .. Mahai tu sijil ..

      Delete
  5. takut kena cucuk...huhuhuhu...
    sebab tu sampai skrg sy belum ada kekuatan nak derma darah...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ngan mummy.. takut kene cucuk dan takut jarum..

      Tapi pejam mata je.. pastu , ehh dah habis derma dah.. hehehhe

      Delete
  6. Joget lah mummy... apa kes rock... tak pink lah camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena rock kalo bab derma darah ni.. Kalau pink mau mummy nangis tgk jarum tu.. Hehhee :)

      Delete
  7. Mummy... obesiti?

    Kalau mummy obesiti... sy ni gergasi lh kot... hu hi ho ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau huda gergasi...kak yan apa pulak..huhuhu

      Delete
    2. ketaq lutut dengar jarum..huhu

      Delete
    3. Hahahah hadoii korang.. Jenuh mummy dok gelak guling-guling.. :p

      Delete
  8. okeh mummy ! lepas ni buku merah jangan lupa bawa ye.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa :p kalo buku merah pasport tu syok la bawak.. Buku merah ni bawak selalu mau nangis selalu mummy jawabnya.. Hahhaaha :p

      Delete
  9. berebut nak derma darah dulu.. pantang nampak..

    sampailah disahkan menghidap penyakit ni.. terus tak derma dah.. *buat teruk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa sampai berebut bagai.. Sakit apa? Moga cepat sembuh ye.. Amin

      Delete
  10. tak takut jarum eh mummy ... memang rock lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut zie oiii.. Jenuh dok ketaq lutut.. Sambil pejam mata. Hahahaaa :p

      Delete
    2. hahaha sampai pejam mata tu ... mesti nurse tu hairan, mummy takut jarum tapi berani nak derma darah :)

      Delete
  11. tak boleh derma darah..sebab underweight.pastu low BP.teringin jugak, sebab ada member cakap pas derma darah dia gain weight..entah ye entah tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat? ooo tak cukup berat.. haii untunglah badan tak cukup berat bukan mcm mummy terlebih berat..hahahahaa .. tp rugi takleh derma darah..hahahha :P

      Delete
    2. mula-mula je rasa kuat makan.. pastu back to normal.. heheh :D

      Delete
  12. tak pernah derma darah... hihihi

    ReplyDelete
  13. takleh laaa Mummy.. i is kenot la Mummy.. heehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat u is kenot..? tapi takpe yg penting dah ada pun okay..heheh :)

      Delete