Thursday, 25 February 2016

Taman Negara Trip with KBBA / Day 1 ( Han Rainforest Resort & Jungle Trekking )

Assallamualaikum..


Yeahhh! Masa yang dinanti telah tiba..berbekal tido dua jam pada malam sebelumnya akhirnya mummy telah berjaya ke Taman Negara Pahang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga penaja rasmi  Han Rainforest Resort Pahang. Best ooo .. Dah lama betui rasanya pendam perasaan nak merasai segala aktiviti lasak yang acapkali digembar-gemburkan oleh kawan-kawan sekeliling mummy. Hehehhe.. #senyum sampai telinga

Taman Negara ini telah dibuka pada tahun 1938 /1939 yang nama asalnya adalah Taman Negara King George V dan ianya telah ditukar pada nama Taman Negara setelah kemerdekaan . Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua didunia yang berusia lebih daripada 135 juta tahun yang telah diwartakan pada tahun 1925 dibawah oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah daerah Jerantut. Ianya mempunyai keluasan 4, 343km . Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan seperti jungle treking, Hiking ke puncak Gunung Tahan, rapid shoot, trip ke Lata Bekoh, Merapoh  dan ianya juga merupakan habitat pelbagai jenis hidupan liar.

19 hb - Jumaat 
Bus kami telah bergerak tepat jam 9.30 mlm yang telah menanti kami ahli KBBA di Matic Kuala Lumpur. Dan kami sampai di resort lebih kurang pukul 2.30 pagi.

2.30 pagi 
Setelah menempuh jalan yang berliku dan gelap gelita sambil ditambah pula dengan break emergency disebabkan oleh kerbau pendek dan juga lembu  melintas maybe nak ikut kitaorang join jugaklah tu.. Hehehehe. Haippp!!

Sesampainya sana kami dan telah diberi kunci bilik dan apalagi jomm serbu! Satu bilik 2 orang. Mummy duduk ngan farah. Team KBBA Melaka jugak.. Hehhee :) keching keching!

Penginapan

Han Rainforest Resort
Taman Negara Pahang , 
Kuala Tahan 
27020 Jerantut,
Pahang

Website : Han Rainforest Resort



Nilah bilik kitaorang.. Cantek dan cukup Simple. Cuma takde tv je.. apahal datang Taman Negara tengok tv..memang tak ter on la tv tu sebab busy bebenau dengan aktiviti best kat Taman Negara ni.  Tepi Curtain tu siap ada balkoni lagi... cosy gilosss...! Sorry na.. mata dah rabak, so cuma pic ni je mummy dan snap... gedebum mummy tumpang atas katil empuk ni.. Nyaman yooo.. kena pulak aircond dia sejuk gilos.. hamik hang, sampai terlajak tidolah dibuatnya..hahhahahaa 

20hb-Sabtu

Seawal 7.00 pagi kami telah berkumpul dan cafe untuk sarapan pagi.. Nasi goreng, scramble egg dan juga roti bakar. Sedap! Yum yum...

Trekking ke Bukit Terisek

Setelah selesai kami telah dibahagikan dengan beberapa group untuk menaiki pacuan 4 x4 untuk ke Jetty bagi meneruskan aktiviti pertama kitaorang iaitu Jungle trekking atau hiking ke Bukit Terisek. Wow! Dah lama tak hiking ni.. Nasib baik tak jadi apa-apa, rasanya waktu ni lah mummy nak balas dendam segala rindu dendam mendaki. Setelah hampir beberapa jam mendaki bukit yang agak curam akan treknya kami hanya mampu sampai di 2nd last check point tuk ke puncak. Ni disebabkan oleh beberapa ahli dalam team yang fizikalnya dan kesihatannya tak berapa nak mengizinkan. Ala yang penting sikap tolong menolong dan sikap toleransi antara satu sama lain. Actually mummy agak bangga dengan beberapa orng ahli yang cukup kuat semangatnya dan juga sentiasa  happy sokmo senantiasa walaupun tidak berjaya ke puncak sepenuhnya. 


Masing-masing berwajah ceria walaupun tak cukup tido.. Semangat ooo semangat!! hehehehe.
Waktu ni sedang menunggu turn untuk menaiki kenderaan ayng disediakan oleh Han Rainforest Resort tuk aktiviti trekking. 

Sewaktu di Jeti untuk menunggu bot ke seberang Sungai . Apalagi posing ler... 

Yeahhh sampai sudah di Jeti kat Mutiara Resort tu . Disitulah bermulanya trek tuk hiking. waweeee.. Apa-apapun kita posing lagi...

Diawal perjalanan muka masih ceria je.. hah! tunggulahh lagi 100 meter.. tengok ada rupa orang lagi ke idak.. keh keh keh :p

hahahhaaha masing-masing dah terpancar cahaya kepenatan disitu.. halloooo perjalanan kita masih jauh lagi okay. Sebenarnya trek dia hanya 300 meter lebih je pun. Tapi disebabkan oleh oleh banyak sangat yang trek tangganya tinggi mencanak , hamik ko semput. Kesian pula aku tengok kat dorang  yang baru 1st time mendaki.. rasa macam separuh nyawa la dibuatnya. Apa-apapun dorang memang mental strong giloss sebab takde sorang pun yang merungut nak patah balik, tido kat resort. Terbaeklah korang!


Kumpulan -kumpulan lain sedang rancak memotong kitaorang walaupun asalnya kitaorang dari group dua.. habis group 3 dan 4 potong. hhehehe Waktu pit stop kejap sebab ada yang dah nyawa-nyawa ikan so waktu-waktu macam nilah aku mengambil kesempatan berposing sakan..keh keh keh Jangan jeles na!!

Aku di 2nd pit stop terakhir untuk sampai di puncak bukit Terisek. Group aku tak dan nak kejar masa ke puncak disebabkan oleh masa yang cukup suntuk sebab next adalah canopy walk. Almaklumla takut jem. hehheehe. Entry seterusnya aku akan citer pasal canopy walk pula ye.. tunggguuuuuuuu

Thanks for reading! Wassallam

20 comments:

  1. Waaaa best2....
    more pict plisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning Huda... ! Best sgt!... pic otw otw.. hehhee :D

      Delete
  2. Replies
    1. Hi Nina.. takdelahh budget lari, beli yang ala2 gro pro je , yang penting kualiti tip top ..hehheeh :D

      Delete
  3. Layan gambaq dulu.. Ok... Topi pink tu... Silau..
    * Mood dengki sebab tak de topi pink... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. layan jangan sampai cemuih na..hahahhaa :P

      Alamak ada unsur-unsur kejelesan disitu.. wahai hati sila bertabah.. ala nak pinjam kasi habaq la na SS..kikiki :p

      Delete
  4. rindunya nak buat aktiviti gini mami..lemak dah terkumpul ni ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaa.. kalau akak lemak terkumpul, zaf lemak tertepu.. muhahah

      Delete
    2. mummy pun rindu jugak.. ni kira versi lepas gian tau Sal..hehehhe :P

      Delete
    3. Kalau Sal lemak terkumpul, Siti pulak lemak tepu.. mummy pulak apa? adakah lemak yang makin berkembang dengan pesatnya..... Oh ! tidakkk!!!

      Delete
  5. Syoknyaaa... jeles tau ! cepat karang canopy walk tu.. teruja nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok Siti... Sila jeles lebih2 k..hahhahaa :P Tulaaahhh busy bebenau.. nanti mummy karang baik punya sepesel tuk Siti..hehhehhee :D

      Delete
  6. Mumy
    ... nk ty mumy sket ni...

    Pm no kt ig plisss...

    Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. mummy dah reply hokay.. :D

      Delete
  7. pergh Mummy pergh !! ni nak kena ada stamina kuat ni.. kalo x boleh pancit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole sikit.. stamina suam suam kuku pun Insya Allah lepas.. 3lebih meter je.. tapi bole tahan jugak trek dia.. heheh :D Tapi syokk ooo....

      Delete