Wednesday, 23 March 2016

BoboiBoy The Movie... Best Weiiii....!

Assallamualaikum...

Yeahhh movie time! 

Hero-hero mummy kat umah ni asyik menghitung hari je nak tengok Boboiboy The Movie.. ngan aku aku sekali ikut terjebak.. kikiki.. Dengar cerita hasil kutipan dah mencecah jutaan ringgit .. ehh betui ker? Ish macam bergosip pulak bunyinya... kikiki.   Tu yang buat aku lagi teruja tu. Kena pulak hero kecik asyik update je kat aku perkembangan movie ni. Almaklum la sejak jadi mummy ni, nak tengok tv pun kadang-kadang tak dan , sibuk je ngan keje kat umah. Ntah apa yang aku buat pun aku tak tau.. hahaha .

Sejak dah ada anak-anak genre filem yang aku tengok ni semua berunsur keanak-anakkan.. hahhaa layan kan aje.. walaupun hakikatnya aku ni jenis mudah terhibur bila melihat movie-movie sebegini rupa..hehehe . Almaklum la kalo layan tv.. confirm akhirnya tv tengok aku.. sebab tu aku prefer bawak hero-hero tengok wayang sebab aku bole fokus.... kalo tak memang taklahh.. kejap nak basuh baju, kejap nak masak, kejap nak lipat kain, kejap anak kucing mintak nak makan.. hadoii busy bebenor gamaknya...heheehhee amacam korang sama macam aku tak? hhahaha :p



Berbalik pada Boboiboy The Movie ni, ianya merupakan terbitan Pertama Syarikat Monsta edaran PrimeWorks Studio... Merupakan sebuah Movie berunsurkan animasi yang berbahasa melayu dan ditayangkan dalam masa 1 jam 40 Minit  malahan ianya diklasifikasikan sebagai tayangan Umum dan cukup sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. 

Sinopsis

Merupakan perjuangan Boboiboy and The Team untuk menyelamatkan bumi daripada anasir -anasir luar yang mengganggu gugat kesejahteraan manusia dibumi. Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak telah tiba dibumi dan menculik Ochobot yang juga merupakan dalah seorang sahabat baik Boboiboy. Geng Tengkotak ni telah turun ke bumi bagi mencari Sfera Kuasa dengan mengggunakan kelebihan tang terdapat pada Ochobot untuk mengenalpasti kedudukkan Sfera Kuasa itu disamping membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Berbagai aksi yang menarik serta teknik-teknik animasi yang dapat menarik perhatian untuk kanak-kanak malahan golongan dewasa juga akan turut serta seronok menontonya. Nak tahu lebih lanjut jangan lupa menontonya ye... 

Mummy dan hero kecik bergambo sebelum tayangan bermula. Sila abaikan kelayuan mata mummy yang hampir-hampir pejam tu. Almaklum la lately ni keje menimbun-nimbun...hadoii penat tak yah la habaq... ehhehehe :D

Thanks for reading! Wassallam..

28 comments:

  1. Mummy pun layan Boboiboy eh ehehe terbaaaik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilahh layan.. besttt wooooo.. !hheehheehe Mak ngan anak2 je pangai pun sama je..hehehe :P

      Delete
    2. mummy acah-acah anak yang nak tengok, padahal dia..haha

      Delete
    3. hahahahaha syhhhh cakap pelan pelan na.. kikiki :p

      Delete
    4. CT serious takleh goooo Boboiboy ehehe tapi kalo best apa salahnya kan =)

      Delete
    5. Ct kena tgk dulu... nanti mesti jatuh cinta..hahahhaa :p

      Delete
  2. sonoknya. semua bagi good review kan. anak anak i pun selalu ternganga bila tengok iklan. tapi I tak yakin nak bawak dorang. si abang 3 tahun. si adik 2 tahun . takut bergegar kan cinema tu kang -___-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa sebab gus review tu jugaklah yg menarik mummy pi sana..

      Tu la anak2 ni peel dia lain2 , kadang suka tp takut tempat gelap, ada jugak yg suka dok dlm aircond kat panggung.. sejuk je.. tu yg payah sikit nak predict ok ker tidak.. hehehe Tapi kalo nak cuba pun bole.. hehehe

      Delete
  3. amboiii Mummy..layan bOboyboy erk... kamek belum berkesempatan nak pegi tgk..anak teruna sorang tu pun dah asyik berbunyi minta bawa ke pawagam... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaah Baik pi cepat Atiey.. kang kempunan kan.. Cian kat anak teruna tu.. hehehe

      Delete
  4. Wah.. mummy pun kemain layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa... bestt mummy ni memang banyak pangai budak2nya.. hehheeh :)

      Delete
  5. Dah tonton... haha... tp utk stgh jam yg terakhir je... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaa... confirm tido dalam panggung la tu.. :p

      Delete
  6. tak tengok lagi lah mummy.katanya dah juta-juta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik pi cepat Sal.. syok bangat! hehehehe

      Delete
  7. Best! Memang best! Boboboiiiiii!

    ReplyDelete
  8. saya sangat setuju! dah tengok juga
    memang layan juga dengan anak2

    ReplyDelete
  9. Memang best sangat cerita nonprofit ni

    ReplyDelete
  10. Macam tak ada peluang ja nak tengok. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ada lagi tayangan kan Zumal..

      Delete
    2. Samalah dengan zumal...tak ada peluang nak tengok....

      Delete
  11. Huaaa mummy anak2 kita lum berkesempatan menonton lagi ..ada2 jer halangannya..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Huaaa mummy anak2 kita lum berkesempatan menonton lagi ..ada2 jer halangannya..huhuhu..

    ReplyDelete