Tuesday, 1 March 2016

English Mania I Belajar English cara Legoland !

Assallamualaikum...

Sejak dah jadi mummy ni , cabaran hidup semakin mencabar .. tapi bukan cabaran yang menyusahkan .. tapi cabaran yang menyeronokkan untuk di explore bersama. Almaklum la banyak sungguh cabaran hidup yang harus disahut terutama  sekali bab pelajaran ni. Penin wooo.. Mata pelajaran dorang ngan kita dulu-dulu pun bukannya sama  dengan yang sekarang. Kannn.. ! Mummy bab-bab pelajaran ni memang particular sikit.. Walaupun hero-hero takdelah pandai tahap gaban pun .. Biasa-biasa aja... Mummy ni baru dua ketui je hero kat umah nak kena hadap.. Tu pun dah penin kepala , kalo Cikgu cekgi kat sekolah tu .. berketui-ketui.. Mau tak pengsan.. Hahhahaha :p #makan hati berketui-ketui la jang oiii..!


Dua ketui hero yang cukup fanatik dengan lego... :D

Sekarang kat Legoland ada satu program yang dinamakan  "English Mania'  atau lebih dikenali sebagai belajar bahasa inggeris dengan cara legoland.. Ia diadakan bagi memudahkan cikgu cekgi kat sekolah tu mengajar Bahasa Inggeris kepada para pelajar dengan cara yang mudah dan menyeronokkan....  Ishh  bunyi pun , macam dah teruja  kan tak giteww.. 

Sebenarnya pendekatan anak-anak sejak kecil tentang bahasa inggeris ni amat penting sebenarnya ... jangan jadi macam hero besaq .. bila masuk form 1 je terus mummy masukkan sekolah fully inggeris... mungkin disebabkan persekitaran yang berbeza dari sekolah rendah, hero besaq dengan rasa tulus ikhlas meluahkan rasa " mummy bila masuk sekolah ni kita rasa macam masuk negara omputih la mummy... hah! ko haderrr... so pendidikan english sejak kecil amatlah penting selain bahasa rasmi kita. Semoga senang mereka tuk menerokai dunia luar pabila menginjak dewasa  nanti tanpa rasa ketinggalan pun walaupun sejengkal cuma.. tak gitew wahai mak pak sekelian alam...


Apa itu English Mania?

Ianya adalah satu program kerjasama antara Legoland dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikhususkan kepada guru-guru dan semua tenaga pengajar. Ianya juga lebih dikenali sebagai Outdoor Classroom.. Canggih gitewww budak-budak la ni.. Dedulu mummy outdoor classroom bawah pokok... depan kelas, hadap kantin sekolah je tau.. Budak la ni kat dalam Legoland yang best tahap nak pitam tu! Sentap mummy tau!

Sejajar dengan objektif legoland itu sendiri yang mahu ianya dijadikan sebagai salah satu platform pembelajaran yang unik dan menyeronokkan bagi memudahkan para pelajar memahami bahasa inggeris dengan pantas seperti  Roller Coaster kat Lego Kingdoms tu.. Nak angkat kepala pun tak dan.. Hahahaha :p serap habis gitewww...

English Mania ini merupakan program yang lain daripada konsep buku teks, malahan lebih kepada konsep sentuh dan rasa bagi membina sesuatu projek.  Disamping pengajaran yang berkonsep  interaktif  serta melalui  pengalaman dan pendedahan melalui matematik, sains dan teknologi . 

Terdapat 7 unik workshop yang akan diberikan iaitu :

Fantastic Gears
Tall Towers
Get Movies
Amazing Machines
Adventure ( bot)
Dr. Heartbeat
Energy Lab



Apalagi jom belajar English in Legoland Way!!  Belajar daripada pendedahan dan pengalaman, classroom bertema lego, meneroka taman tema legoland yang akan dijalankan  sepenuhnya dalam bahasa inggeris.. Waweee syokk tu..!! Opss jangan lupa lepas habis meneroka ada task yang perlu diselesaikan.. Apa dia? Mana bole bagi tau... Nak tau  jomlah sertainya.. Confirm tak rugi.. ! Berbaloi baloii... 

Untuk maklumat lanjut

 FREE Admission for Teachers
  
      Learn more about our Education Programme and Experience the Park for FREE.
Up to 4 complimentary Theme Park tickets.The teacher / officer are required to attend a briefing session on the day of visit    .  Offer valid until 31st March 2016



FREE Admission for Malaysian teachers and education personnel.

Please fill up the form and send to Sheila.Shamsuddin@legoland.my or Shahbudin.Wong@legoland.my
Present a verified stamp from Malaysia school or the Education board.

Website : http://www.legoland.com.my/

Thanks for reading! Wassallam

24 comments:

  1. Cikgu tusyen boleh dapat admission tak? Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole rasanya Huda .. Cer try tanya kat PIC , Sheila Samsudin tu.. Rasanya bole kot..

      Delete
  2. Sangat setuju mummy..
    Saya pun tgh cari tution yg sesuai untuk improve kan english anak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fidah.. Otak kita sama la. Hehehee ;)

      Bukan takat anak je , mummy pun dok pulon cari tuisyen english tuk diri sendiri.. Jgn tak tau.. Hahahha

      Delete
  3. canggih dah sekarang.. banyak membantu pelajar.. dulu, asyik kena marah denganabah ja asyik tanya abah, malas nak cari sendiri dalam dictionary... buut, it works.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann untung budak2 zaman la ni.. Hahhaha abah siti sama la cam mummy.. Garang bebenor... Tapi mummy punya tak tau la berkesan ker idok.. Hahhaaa :p

      Delete
  4. jgn jadi cam akak ni adik2, tua2 baru nak belajor.. last2 cakaplah kau english ngan dak tadika pun kalah.. haaaaahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe jadi macam akak Shida ok aper... Walaupun dah tua masih ada kesedaran.. Tp kalo tua tua tapi tak sodar-sodar nak buek guano tu.. Hahahha :p

      Delete
  5. Bagus jugak laa tuh kan.... Boleh improve english...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... sib baik takde tuk mummy mummy..kalo tak confirm mummy dah register..heheh

      Delete
  6. Mak budak pon leh nompang blajar sekalikan mummy? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole... tapi kena jadi cikgu cekge dulu la..hehhe :p

      Delete
  7. ni yang teacher suka ni.. benda2 membina untuk anak2 murid memang teacher sokong =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh teacher suker ye.. ehh Siti teacher ea...? hehhee

      Delete
  8. Cara ni rasanya minat belajar tu jadi lebih tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Zumal.. Best sungguh aii kalo dapat belajaq dan sambil jalan-jalan kat Legoland ni.. confirm mummy dapat AAAAA++++ waktu sekolah dulu.hahaha :P

      Delete
  9. negara kita patut ada lebih banyak program mcm ni kan . Sgt bagus utk perkembangan budak budak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang sangat setuju... kanak2 zaman skrg sudah semakin bosan dengan classroom.. so cara ni paling bijak menjana minda kanak2...

      Delete
  10. Menarik! boleh propose pada cikgu-cikgu sekolah

    ReplyDelete
  11. program yang baik untuk pelajar dan cikgu

    ReplyDelete