Tuesday, 8 March 2016

Taman Negara Trip with KBBA / Day 1 ( Canopy Walk & Rapid Shooting )

Canopy Walk

Canopy Walk ini yang berukuran sepanjang 530  meter dan mempunyai ketinggian antara 30 meter dan 40 meter dari paras laut . Ianya bisa membuat sesiapa sahaja yang melaluinya akan megigil kepala lutut buat kali pertama termasuklah aku. hahahaha  Sebenarnya rugi kalau ke Taman Negara Pahang tanpa melalui canopy walk ni.. Di sepanjang perjalanan melalui Canopy Walk ini korang akan melihat pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan renek sehinggalah pokok-pokok yang tinggi yang usia ratusan tahun serta hidupan dan habitat liar yang terdapat disekelilingnya. Rasanya aummmm..syok weiii!  Walaupun hakikatnya aku berjalan laju  tanpa menoleh ke kiri kanan malahan juga di bawah.. Feel dia mak aii..seram tapi syokkk... !!! hahhahahaa Tetiba rasa macam ...ishhh nak naik lagilah pulokkk... hahhaha nilah namanya aku telah jatuh cinta.. Jatuh cinta kat nature takpe jangan cinta kat orang sudahhh ..ehhh! :P

Sebenarnya aku hanya melalui 300 meter sahaja yang mempunyai lebih kurang 10 pit stop . Ini disebabkan oleh banyak pokok tumbang yang berpunca daripada angin dan hujan yang lebat sebelum ini dan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan . Untuk pengetahuan korang Canopy Walk ini dibina tanpa  menggunakan sebarang paku  bagi mengikat jaring-jaring dan juga kayu untuk membina laluan canopy walk ini.  Ini disebabkan oleh pihak Taman Negara sendiri yang tidak mahu  merosakkan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun itu. Peliknya juga  ia kelihatan cukup gah dan mampu  menampung berat pelbagai saiz kitaorang . Hebatkan bunyi! gitewww..

Di setiap pit stop juga akan kelihatan seorang yang akan menjaga jarak antara pejalan kaki pertama , kedua dan seterusnya bagi menjaga keselamatan setiap orang. Hanya terdapat dua cara untuk sampai kesini iaitu menaiki boat ataupun jungle trekking melalui Bukit Terisek. Harga Tiket untuk menaiki Canopy Walk hanya RM 5.00, bagi aku ianya  terlalu murah untuk pengalaman yang cukup menakjubkan ini. 


Tiket Canopy Walk : RM 5.00

Mula-mula cantek je berposing bagai siap amik video lagi.. sekali bila dah sampai ke separuh perjalanan aku mula  kalut nak simpan semua gadget, hahahhaa tu tandanya aku dah ketaq lututlahh...hahahaha ..  Pandangan mata untuk melihat ke bawah membuatkan aku mulai ngeri.. 30 hingga 40 meter tu weiii... Dah la aku ni gayat walaupun gayanya berani nak mampuih! hahahaa Selama ni aku propa  je pun macam berani. Padahal cukup takut pada ketinggian. hahahhaa Syhhh jangan bagitau orang hokay.. ai so malu u!


Credit Pic  : http://shehanzstudio.com/

Korang jangan ingat dia jalan straight je tak de konar konar.. sekali amik hang.. ada tangga di hujung-hujung perjalanan canopy walk ni.. Perghhh seriau ! Kena pulak goyang sakan.. bukan takat seriau je, malahan masih kelihatan jejak jaring yang telah lobos kemungkinan tersakut dek kasut . hadoiii lagilahh dup dap dup dap aku dibuatnya.. takpe slow slow and steady gitewww... kununnyalah

Yeahh akhirnya aku berjaya. Welfie ciked.. Waktu ni,  eksen menguasai diri..hahaaha
Muahhhss!

Posing bersama blogger-blogger KBBA

Disaat ini kami sedang menunggu turn boat untuk pulang ke resort bagi  aktiviti seterusnya...Satu boat 10 orang je lepas.. so tunggu je la.. lagipun dok dalam hutan ni , best je.. Nyaman giteww! Manakan tidak sebelum canopy walk ni aku siap mengantuk sakan lagi.. nyaman katakan..hahahaha over tau!

Rapid Shooting

Rapid Shooting adalah aktiviti petang kitaorang pada hari itu. Rasanya ini adalah pengalaman pertama buat semua ahli KBBA .. Muka excited yooo masing-masing nak basah kuyup. hehehe . Boat ini hanya mampu memuatkan 10-12 orang penumpang sahaja dalam satu-satu masa . Malahan ianya menggunakan boat yang diperbuat daripada kayu serta kitaorang terpaksa merentasi 7 jeram kecil sepanjang Sungai Ulu Tembeling untuk merentasi kemeriahan rapid shooting pada petang tu. Tak yah berendam dan berenang bagai..  akhirnya kitaorang basah kuyup luar dalam tanpa perlu berganjak walau sejengkal dari tempat duduk kitaorang kat dalam boat tu.. hahahaha amacam dapat feel tak? ahahhaaha 

 Waktu ni belum basah lagi... lex lex je.. sekali hamik hang.. 

Bila la nak kena air ni.. nyempat lagi posing bagai... 

 Kuyup! kuyup! 

Mandi tanpa perlu berenang di Sungai Ulu Tembeling. hahaha Menggigil-gigil bakhang .

Nak tengok semua aktiviti kitaorang bole KLIK ENTY  sebelum ni dibawah  




Thanks for Reading! Wassallam

22 comments:

  1. hahaha.. mummy sambil jalan pun ngantok... aiyark...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la lately ni...mudah sangat rasa mengantuk.. nasib baik tak jalan atas canopy walk sambil pejam mata..kalau tak jenuih aihh!

      Delete
  2. best nyeeeee....sy tak gayat..sy yg sakat org ats tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best bangat! wahh untunglah tak gayat.. siap nyakat lagi..adoiii hahahaha :p

      Delete
  3. Kalau Mak tak sanggup lah nak naik tinggi2 cam tu.
    Takuttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha.. rugi tak naik best bakhang! ..kkikiki :p

      Delete
  4. rindunya taman negara ... time sekolah menengah pernah camping kat sini, tapi dulu tak ada canopy walk tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Zie.... tapi dah lama sungguh tu..palagi kena pi return balik tu..hehehe :D

      Delete
  5. xpernah pergi taman negara syok tengok mummy pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syokk Ekin.. Ekin pun patut pi tau.. :D

      Delete
    2. hahhahah bila nak p xtaw la... big boss busy keje... last g zoo taiping pun tu xkahwin lagi...

      Delete
  6. bestnya mummy, lama tak join aktiviti gini..kita geng la, geng takut tinggi.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal kena start balik lagu ni, syokkk !... yeahh ada geng sep sep sikit!...

      Delete
  7. Replies
    1. itu sudah semestinya Aida.. hehehe :D

      Delete
  8. Replies
    1. Wslm... sekali- sekala masuk best Huda.. yummy! ehhh yummy ker... kikiki :p

      Delete
  9. Mummy kasi enjut skat titi gantung tu...
    kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyaaa.. talak mau la... itu gantung mau gugur suda... hahaaha :p

      Delete
  10. pernah rasa pengalaman canopy walk dan Rapid shooting sekitar tahun 2008/2009 rasanya di taman negara pahang. tak pasti tempat yang sama atau tidak.

    jadi pengalaman mummy buat saya terkenal kembali moment tersebut. memang best...
    tambah-tambah cuaca di penang ketika ini sangat panas, memang rasa nak cari tempat yang lebih sejuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sgt tu Arz, kena try balik ni... memory dah lost tu..hehhee
      wahhh mummy punca memori tercipta la.. hahahahaha ... ala kat Penang banyak.. Pi je Taman Negara Penang tu... pun kira sejuk gak tu..hehhee :D

      Delete
  11. bestnya buat aktiviti gini ramai2..

    ReplyDelete