Wednesday, 30 March 2016

Travellogue China Part 2 : The New Yuan Ming Palace

Assallamualaikum...Salam Zhuhai! ehhh...

The New Yuan Ming Palace Zhuhai ( Yuanming Xinyuan) merupakan sebuah Taman diraja terbesar yang telah dibina semula setelah kemusnahan akibat perang satu masa dahulu. dimana istana asal dulu telah dibina pada tahun 1709. Setelah kemusnahannya ianya telah dibina oleh arkitek mengikut pembinaan asal istana pada zaman Dinasti Qing dan menjadikan ianya salah satu warisan negara China. Selain itu juga ianya juga lebih dikenali sebagai " The Sole Royal Garden of South China" . Ianya Mempunyai keluasan 1.39 km persegi  istana ini juga  merupakan diantara lokasi yang terindah yang terdapat Zhuhai China  bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman tentang kehidupan Diraja China dan taman sekitarnya . 

Kecantikan bangunan dan senibinanya  membuatkan mummy bergambar sakan  di pintu masuk. Dengan baju keje pun jadi je berposing sakan walaupun dalam hujan renyai .Nampak tak? boss cakap  sakan staff aku ni... posing je kejenya.. hahaha :p

Lokasi 

Alamat 
Lampu Road , Xiangzhou District, Zhuhai China

Tel No : 0756-8610388

Bus Route 
 1,13,14,25,30,40,60,62,69,201,991

Website 

Selepas pintu masuk pertama tu, kita akan menuruni tangga untuk masuk ke istana kedua rasanya kot.. mummy pun tak paham sangat sebab tiada tour guide yang explain ataupun sebarang write-up menerangkan dalam bahasa Inggeris, semua dalam bahasa mandarin yang membuatkan mummy terkebil-kebil  disamping terpesona akan seni ukiran istana itu sendiri

Untuk makluman Istana ini telah  dibuka pada 17 Oktober 2012 kepada orang ramai dan kemasukkan adalah PERCUMA . Bagi yang berminat untuk menyaksikan persembahan Diraja China , pelawat hanya perlu membayar tiket sebanyak 50 yuan/ rmb. 

Tiket masuk show. RMB 50

The New Yuan Ming Palace ini telah mendapat 4 bintang di sebagai antara lokasi terbaik di Zhuhai . Pembinaan Istana ini telah dibina mengikut zaman kegemilangan dan sejarah purba China. Malahan pelawat yang berjalan-jalan sekitar The Yuan Ming Palace ni akan turut menikmati pemandangan yang indah disamping mengimbau sejarah kegemilangan Dinasti Qing (1633-1911) yang melibatkan pembelanjaan  bernilai RMB 600 milion .

Taktau pintu ni nama apa. Caption dan signage semua in Mandarin. Saboo je la..Nampaknya mereka masih mengekalkan bahasa ibunda dorang walaupun ditempat utama yang menjadi tarikan pelancong.

Tempat beristirehat. Waktu mummy sampai rasanya hujan baru lepas turun dengan lebatnya. So tidak kelihatan seorang makhluk pun yang duduk berehat disitu.

Rumah hantu! ingat kat Malaysia je ada, sini pun ada la..hantu Ju'On.. hahaha :P

Toilet.. Tapi tak masuklahh sebab sibuk dok kejarkan show tu.  Tapi kalo masuk pun confirm ajak berteman macam scary je.. macam menarik je..ehhh! mana satu da.. hehehe :P

Antara pemdangan yang terdapat disini. Serius cantik gilosss! nasib baik pi ngan bos.. kalo tak sampai tutup operasi tempat ni mummy round. Ish rasa macam nak pegi balik je. Tapi next time nak pi ngan hero-hero la pulak. 

Berpayung didalam hujan

Cakk... comey tak muka sehari suntuk keje tak mandi..hahaha :P
Takpe musim-musium sejuk kat sini tak berapa nak digalakkan mandi takut beku nanti.
hahaha :P

Bagi mereka yang suka mengabadikan kenangan melalui gambar bole je berposing sakan dengan jumlah RMB 100 dengan memakai costume-costume DiRaja China termasuk make-up dan juga photografi dan rasanya wajib try la.. tapi mummy tak dan nak try.. bos ada.. huaaaa..huh! Alasan bos lagi... :((

Antara costume-costume yang ada.

Kelihatan para juru mekap sedang bergembira menempek bedak pada para pelancong yang ingin mengabadikan kenangan sebagai Pemaisuri Di Raja China..

Sesi berposing sedang dijalankan.. 

Peta The New Yuan Ming Palace

Pada sesiapa yang tak larat nak jalan tu, buggy juga ada disediakan . Rupa dah macam Thomas and friends  cuma color je beza sikit. hehhee . Tapi kitaorang jalan je.. sambil jalan sambil posing..
hehehe :D

Terdapat 10 persembahan merangkumi  tarian, "imitation show", pecking show, dan lain-lain lagi bagi satu-satu tayangan. Selain itu juga antara tarikan utama The New Yuan Ming Palace adalah Architure Istana itu sendiri yang mempunyai gabungan Classic Royal style , South Classical Garden dan juga persembahan kebudayaan Dinasti Qing yang cukup memukau mata.

Pentas persembahan. Full hokay!

Pelancongan yang hadir menonton juga dipanggil untuk turut serta diatas pementasan show ini. Memang menarik!  ada Pelancong dari Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Seronok weeii... Mummy baru nak angkat tangan ... ehhh dah cukup orang la pulokk.. oh! hatiku keciwa... :(





Pelancong aka penonton juga turut dipakaikan dengan costume bangsawan mereka. Salah seorang kawan kitaorang yang ikut serta kata macam nak pengsan pakai baju tu.. Walaweiii dah lama agaknya tak pegi dry cleaning..hahahah sib baik , kalo tak, confirm mummy pun terjebak sama.hahaha 

Persembahan dan costume yang menarik

Walaupun tak berapa nak faham tapi mummy enjoy jugak la...
 Teater muzikal gamaknya kot.hahaha :P

Amoi-amoi manis

Akhirnya Maharaja dapat berkahwin dengan gadis pilihan hati dan mereka hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat setelah melalui pelbagai pancaroba . Sekian Terima Kasih. Tang ending dia ja mummy paham..kikiki

Thanks for reading! Next entry kita sambung lain okay..
Wassallam!

30 comments:

  1. Cuci mata layan gambo seround...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhahahhaaha... sila sila, dah hbs cuci mata, cuci -cucilah apa yg patut sekali ye..hehhe ;)

      Delete
  2. waahhh seronok tuuu... panjang lebar cerita, takyah pegi sana baca kat sini dah ok kot :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... seronoklah sgt :P Saja je tulis panjang lebor almaklum la nak berkongsi cerita, kang pegi jauh2 tak best rugi pulak kang. senang jadi rujukan. IShhh mcm tu pulakk.. hahahhaah :P

      Delete
  3. Bos kena tau staf dia hot blogger :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhhaha.. hot lahh sgt mak oii.. :P

      Delete
    2. abislah kena potong gaji.. ha ha ha...

      Delete
    3. adoiii matilahh makkkk... hahahaha

      Delete
  4. Blogger akn cuba jadi setiap pengalaman tu satu entry hehe..dapat masuk bilik mekap..dasat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... kalo bole semua nak jadi satu entry, so banyak sikit bole updatekan mak.. hehehhe

      Bilik Mekap dia open kat tepi tempat lalu lalang..senang mummy skodeng. hehheehe :D

      Delete
  5. wah bestnya kalau dapat bergambar dengan baju tu . siap makeup lagi. murah jugak lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. mummy je tak sempat nak ngetest.. rugi rugi..

      Delete
  6. memang best la china nie..cuma bab bahasa tu yang boleh mendatangkan cabaran utama bila kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa best..! Negara doranng pun bersih cuma bahasa je lah problem..hehhe :D

      Delete
  7. alahai mummy, kalau saya memang teringin sangat posing pakai mekap ala-ala permaisuri China dolu-dolu..ni semua pengaruh TV..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn mummy pun sama.. asyik berangan je kan.. ni dh ada depan mata pun tak de peluang nak test..

      Delete
  8. lama tak menyinggah blog mummy, tak tau pun mummy gi China...tapi memang cantik tempat ni.rezeki betul dapat sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee takpe mummy paham busy bebenor kann.. hehhehe

      Tu la rezeki terpijak namanya ni., Syukran..

      Delete
  9. Uik mummy kita ni g china ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Ekin.. mummy pi China kejap aritu, balik hari.. heehe

      Delete
  10. Mummy jalan sampai China tak ajak noo... Cantiknya tempat depa noo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula terlupo pulak nak hajak.. mummy pi keje la Zumal..

      Aaa tempat ni memang cantekk.. mummy pun suka..

      Delete
  11. Suka tengok gambar mummy semua terutama tu yang..... Cakk... comey nya mummy....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalololololo malunya mummy... Macehh na MD atas pujian sebegitu rupa..hahahaha..

      Malu hokay..kikiki

      Delete
  12. Rezeki mummy dapat jejaki kaki ke negara china....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh Syukur Alhamdullillah... :D

      Delete
  13. wow. a great journey la :)
    kagum aida dgn kecantikan china...
    lom ada peluang nak gi lg. in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhhe.. TQ Aida..

      Insya Allah ada rezeki nanti sampai la tu.. :D

      Delete
  14. Waa mummy g china..jelss tau thk gambar2 mummy kat sana..omey angat gambarnya...untunglaaa jln2 sambil kije..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Waaaa~ macam menarik jugak China ... Cantik view nya juga =)

    ReplyDelete