Tuesday, 29 March 2016

Travellogue : Zhuhai China ( Part 1)

Assallamualaikum... Muah Ciked dari Zhuhai!
( Sori entry ditaip di Zhuhai tapi  tak bole pos sebab kat China dorang Block Google)

Zhuhai , Guangdong merupakan sebuah zon yang terawal di China yang stabil akan ekonominya . Mempunyai keluasan 7,653 kilometer persegi termasuk 1,701 kilometer persegi tanah  dan juga 5,952 kilometer persegi marine areanya.  Malahan terdapat juga 146 Pulau kecil yang terdapat di Zhuhai, dimana mulanya berpunca Zhuhai mendapat gelaran " The City of Hundreds Islands ". Seramai lebih daripada 1.5 million penduduk yang menetap di Zhuhai yang terkenal dengan  kecantikkan alam semujadi  dan cuaca yang best!  Bestlahhh sangat... sejukkk weiiii! Sebenarnya terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang best boleh dilawati disini antaranya Ocean Spring Resort, New Yuan Ming Palace, Imperial Hot Springs Resort, Chimeleong Ocean Kingdom , Airshow China dan pelbagai lagi tempat yang menarik.. nak tau sila google hokay...  
( Info daripada Broucher Zhuhai Culture Sports and Tourism Bureau)

City of Zhuhai

Berbalik pada dimana ianya bermula....hahahah poyo je bunyinya kan..kikiki :P Bertolak dari Melaka jam 11.00 malam dan sampai ke KLIA lebih kurang jam 2.30 pagi...  Megong kejap la kepala dibuatnya.  Sebab jadual asal dari travel agent sepatutnya bertolak pukul 1.30 tengahari tapi telah dipinda sesuka hati jam 6.15 pagi.. hati panas! tapi takpelahh nak jalan-jalan hati takleh panas... nanti tak syokkk ma..Anw  tu jugalah mummy suka booking sendiri.. senang nak susun jadual..  Bila tiba masanya untuk check in luggage,  tambahan luggage yang kitaorang booking takde pulak dalam booking.. perghhh panas panas... so masa yang diperuntukkan untuk tidur terpaksa menyettlekan luggage sahaja ... Untuk makluman setiap tambahan luggage tuk flight Air Asia harganya RM 50 hengget hokay bagi setiap kg.. So luggage asal 40 kg nak tambah lagi 60kg..urmmm So telinga itu hari itu ada asap kepuk-kepuk juga keluar...  Mummy bawak hampir 100 kg untuk dua orang penumpang.. huaaa... bengkok-bengkok jugaklah tulang-tulang mummy.. hahhahaa okay itu mummy tipu! kikiki :P Takpe dunt worry... hal luggage dapat disettlekan dengan amannya + tambahan wang RM 150 hengget sahaja. 

Buku Merah jangan lupa bawa ye....

Jom beratur Check In Luggage ...  Mummy bawak 5 bag Giant size je.. 
Berat? confirmla lagi berat dari mummy. hhehehhehe

Akhirnya berjaya jugak mummy settlekan semua luggage tu. So sunrise dalam flight la  sambil breakfast Nasi Lemak Pak Naseer tu... hehhee So amik gambaq wajib bila dalam flight.. sapa pangai macam mummy sila angkat tangan ! hehehe :p

Nasi Lemak Pak Naseer.. Tetiba rasa makin lama dah makin kurang kick pulak rasa dan texturenya. hahah komen ngalah Chef Wan..:P
 tapi apa kan daya layan je la.. dah lapo nak kebeloq sangat waktu ni. licin! hahaha :p

Syukur Alhamdullilah  mummy dah selamat sampai ke Airport Shenzen pukul  11.30 pagi 15 Mac 2016 aritu dan akan terus bergerak ke GDH Hotel , Zhuhai . Jangkamasa sampai , sepatutnya 2 jam je.. tapi kitaorang sampai lebih kurang jam 3.30 petang. Perghhhh beranak pinak debaran dihati mummy.. kikiki Almaklumla driver sini pun pakai waze tapi dalam mandarin la... so hanya mampu mendengar tapi tak mampu menolong..  So sempatlah jugak berhenti kejap kat RNR dia.. perghhh bau... menusuk ke kalbu toiletnya. T_T 

Gambo dari atas flight Bandar Shenzen.  Kemas dan teratur je.  Awan kepuk-kepuk takde kat sini.. so mood bergambar agak kurang pada hari pertama sahaja.. takpe esok mummy amik gambaq lain pulak okay.. Selfie tak dak... muka belemuih tak mandi.. hahahaha

Pesanan Mummy!

1. Sila bawak botol air kosong. 
Sebab? toilet sini tiada air. Air ada hanya di sinki . hehhehe Bau semerbak walaupun nampak bersih . Kalo nasib korang tak baik... akan masuk toilet tanpa pintu atau berjumpa manusia dalam toilet tanpa pintu.. itu sadis.. pastu lap-lap je.. Tapi ingat bukan semua ye.. Ada jugak yang bersih hokay.. 

2. Sila roaming phone bagi hantu internet! 
Sebab ? Kat sini Google  dan adik beradik dan seangkatan dengannya ( Gmail, Blogpot, Map dll) , di block especially yang guna wifi hotel dan kawasan sekitarnya. Hanya We Chat, Yahoo, Bidoo sahaja dibenarkan.. WhatsApp kadang-kadang boleh, kadang -kadang tak bole ala macam Chipsmore tu! Tapi kalau nak cool je bila travel tanpa  internet /google macam mummy pun bole, just pakai wi-fi hotel je... hehhehe  ( coollah sgt!, menggelupuq jugak takde internet..hehhee :p) 

3. Sila bawak wording-wording penting dalam bahasa mandarin 
Seperti Di mana Toilet ? Dimana restoren halal?  dan lain-lain lagi wording penting.. Sebab diorang hanya tahu cakap mandarin dan kantonis sahaja.. bunyinya akan jadi macam dinasour dan naga berborak... hati jadi panas nanti. English dorang pun kekadang ke laut. 

4. Sila banyak sabar
Sebab? kasar budi bahasanya. hehehehe Kadang-kadang dorang maki kita dalam senyuman bila tawar menawar barang dalam mandarin walaupun muka ada senyum jugakkk...

5. Sila bawa power bank berjenama
Kuantiti dua sahaja ke dalam kabin. Kalo tak nangis tanpa lagu la jawabnya bila kena rampas.. kalo nak try sorok dalam kargo je.. tu bole try.. ehehehe Mungkinkah anda bernasib baik.. rasanya ok je kot... 

6. Sila standby sakit .... sakit hati
Sebab? kalo korang bawak sambal goreng.. Akan ada anjing yang akan bau korang punya beg , salah hari bulan kena punggah kat tempat Collect Luggage > Tengok kawan-kawan kena kesian dibuatnya. Tapi akan daya dah keje dorang.

7. Bawak stok makanan yang secukupnya
Mummy bawak maggi ngan oat je.. tu pun dah cukup. Sebab tu bila balik aritu ramai yang kata mummy dah kurusss... aichechechehhh..hahahaha :P 

Ada je halal food kat sini, antara boleh telan ngan tak bole telan je la. Nasi kat sini pun macam berpulut sikit. Satay kambing kat sini sedap. Sup banyak sup herba. Air banyak  Green Tea... sebab tu semua penduduk kat sini slim slim belaka. Semua saiz S.. cam mummy.. hahahhaa pasan nak mampuih! :p

8. Berhati-hati dengan barangan kulit yang murah
Sebab? barang kulit seperti purse , handbag banyak diperbuat daripada kulit "ba alif ba ya"  apa bunyinya anak-anak..? Babi ye...  Ada 3 titik berbentuk segi tiga. so beware.. especially barang-barang yang cukup murah tu... memang kena hati-hati ! 

Satu lagi nak habaq cuaca kat sini tengah tak menentu kejap panas , kejap kejong ehhh bukan, sejukkkk... !  tapi memang sejuk habis la cuma masih positif lagi bukan negatif... walaupun ikutkan anggaran kesejukkan dalam 14-21 darjah celcius sahaja.  So sapa nak pi sini sila standby. Mummy memang bawak baju tebal tapi kena pakai yang lagi tebal.. ketaq weiiii, nampaknya kena cari baju yang lagi lagi lagi tebal la jawabnya... so mula-mula aktiviti lepas check in hanyalahhh duduk bawah selimut sebab nak gantikan aktiviti tak tido dari pukul 12 malam semalam... hahahahahahhahahha... Sini subuh pun awai 5.15 pagi dah subuh...  Tapi tu biasalah kan sebab pi mana-mana pun waktu solatnya akan berubah-rubah. 

Nota Chenta Adam aka Hero Kecik buat Mummy... Love U la! 
Sorry pic blurr sikit.. ketaq sejukk..hahhaha  Bahasa Mandarin + Bahasa Melayu.
Banyak gunanya hokay.. 

Oklah mummy nak bersiap pi breakfast dan belajaq mandarin sikit-sikit hasil dari tulisan hero kecik. Dia ada jugak request nak ikut sama sebab dia kata , bole tolong mummy translate apa yang orang sini cakap.. Tapi apakan daya datang sini pun atas urusan keje. sob sob sob.  Ish rindu pulak hero-hero mummy ni.  Masing-masing tengah merdeka tu sebab tak perlu  pergi tuisyen tapi sedih la sebab cuti sekolah dorang memerap je ngan daddy dia, nanti mummy balik kita enjoy okay.. 

Agak-agak dorang ingat mummy tak..? Double  sob sob sob.. Semalam ada gak hero kecik text mummy.. tapi mummy cakap jangan kerap sangat sebab message mahal , tetapi sebaliknya berlaku.. memang hero kecik terus tak text dah langsung.. eeeee... kedekut tui dorang ni. Terpaksa suh Mak Usu dia top upkan handset dorang, kalo tak memang takde harapan la dorang nak borak ngan mummy je yang kiut miut ni..ehhh ada kena mengena ker..? hahahaha #muntahpink :P 

Next entry tungggguuuuuuu....
Thanks for reading! Wassallam..

33 comments:

  1. Fewwwiiittt... mumy pun dah buat travelog .... cayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat lama la Huda.. tapi tapi hupdatenya 3,4 tahun sekali..hahahaha :P

      Delete
  2. Angkat tangan.... sep sep... suka ambik gambo dlm flight juga

    ReplyDelete
  3. Amboi bestnya dah sampai China

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala baru cikit2 je jalan kalo nak dibandingkan mama hot ni.. hehehehe pelan2 kayuh katanya.. heheheh

      Delete
  4. Replies
    1. Alamak kak Mala baca.. ai is malu la.. hahahaha :p

      Delete
  5. Replies
    1. Alamak kak Mala baca.. ai is malu la.. hahahaha :p

      Delete
  6. sorry Mummy..lama dah tak mai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Takpe dimaafkan. Ala mummy pun sama lama dh tak meronda ke sana. ada free mummy ronda na

      Delete
  7. Gambar cantik-cantik la..especially yang no 4 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe. Macehh FYda.. bergamboo guna phone je pun. :D

      Delete
  8. Assalam mamy.. nak tnya la.. dr hong kong ke zhuhai ocean king dom kena passport ke. Kalau dr HK ke macau x yah kan.. kalau kes ni mcm mana mumy.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ... :D Alamak mummy tak pastilah pulak..maybe bole tanya kat blog2 traveller yg lebih pakar seperti http://azaleania.blogspot.my/ , http://jarimanistravel.blogspot.my/ , http://scdhaseinphoto.blogspot.my/...

      Delete
  9. Assalam mamy.. nak tnya la.. dr hong kong ke zhuhai ocean king dom kena passport ke. Kalau dr HK ke macau x yah kan.. kalau kes ni mcm mana mumy.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ... :D Alamak mummy tak pastilah pulak..maybe bole tanya kat blog2 traveller yg lebih pakar seperti http://azaleania.blogspot.my/ , http://jarimanistravel.blogspot.my/ , http://scdhaseinphoto.blogspot.my/...

      Delete
  10. bestnya cerita perjalanan begini..terasa ingin pulak nak melancong

    ReplyDelete
  11. unik jugak zhuhai ni ye..jarang dengar orang travel ke sini.thanks for the tip mummy, tak tau bila nak sampai..kena prepare mental fizikal nak sampai China ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa best jugak.. aaa mental kena kuat.. tapi takdelahh teruk sgt pun.. just enjoy je.. hehehe :)

      Delete
  12. Replies
    1. hari ni, esk, lusa., hahahaa Apa Ekin nak tulis ni.. hehrhe

      Delete
  13. Padatnya bandar depa. Bila la nak sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa memang padat pun.. banyak rumah flat je pun., padat tapi bersistematik, Hutan konkrit tapi pokok2 penuh .. redup je lalu.. hehehe

      Delete
  14. Cantiknya bandar zhuhai ni....padat jak....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa cantik!.. Kemas dan teratur. Jalan pun takde lubang2. Rumah pulak yg tinggi 2 mencakar langit. Sistem teratur! mummy pun suka... padat penduduk , padat bangunan.. :D

      Delete
  15. gambo 1st tu buat aida teruja...
    sgt cantik view town tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe... Tu pic dari Restoran Hotel. Hari2 layan mata.
      hehheeh :D

      Delete
  16. Seronok la.mummy blh terbang ke zhuhai..banyak gambar2 menarik kat sana..tq mummy sudi kongsi cerita..kita pon teruja membaca citer mummy..

    ReplyDelete
  17. ramai je yg pergi ke china ni hati jadi panas ... heheheee

    ReplyDelete
  18. +$3,624 PROFIT last week...

    Subscribe For 5 Star verified winning picks on NFL, NBA, MLB and NHL + Anti-Vegas Smart Money Signals!!!

    ReplyDelete