Thursday, 28 April 2016

Movie Time! The Jungle Book

Assallamualaikum...Hi dari rimba!

Mummy dan hero-hero ni memang suka tengok wayang, selain suka jalan  kat tempat-tempat yang best-best! Tapi kali ni special sikit...  lebih kurang seminggu movie ni keluar ,  baru mummy dan hero-hero pi tengok. Padahal selalunya bila ada movie cartoon baru je berdesup kitaorang  pi tengok . Nak tau  sebabnya ? Nak tengok kat kampung dengan Mak Usu hero-hero ni la. Cian mak usu takde kawan, tak kan nak ajak Tok dan Wan pi tengok wayang pulak la kan.. Confirm tak akan dilayan. hhhehehe
Mummy tengok poster je dah teruja, seorang kanak-kanak yang hidup  didalam rimba bersama-sama binatang buas.

Muka excited dapat pi tengok movie peberet

Yeahhh sayang Mak Usu.. Mak Usu kann belanja Pop Corn....Muahh ciked! Sayang ada makna na.. ..hahahha :p

So planning punya planning .. akhirnya dapatlahh aku tengok . Best sangat! Bukti? Pop Corn Giant mummy tak habis sebab dok melopong tengok Si Mowgli tu , kalo tak asyik gaduh je tak cukup..hhahaha. Panggung pilihan aku kali ni TGV kat Aeon Alma Bukit Mertajam.  Kat TGV ni harga tiket  agak mahal sikit kalau bukan member jika nak dibandingkan dengan GSC . So harga tiketnya RM 50 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. 




Sebenarnya Movie The Jungle Book ni memang dah lama ditayangkan cuma dalam pelbagai versi yang berlainan.. yang belah kiri ni Poster Movie pada tahun 1994, hah! lama kan.. Yang belah kanan ni versi cartoon. Memang memikat hati kanak-kanak sungguh la kan... Bukan takat kanak-kanak , mummy yang dah tua ni pun teruja tengok.. hehhehe :D

Sinopsis 

Mengisahkan seorang anak seorang pengembara yang bernama Mowgli dimana  bapanya telah dibaham harimau  iaitu Si Raja Rimba Shere Khan.  Mowgli ditinggalkan didalam sebuah gua  dan telah dijumpai oleh seekor harimau bintang bernama Bagheera . Kemudian Bagheera telah menyerahkan Mowgli kepada sekumpulan serigala di rimba dan dibesarkan oleh nya. Malahan ibu serigala iaitu Akeera , Mowgli anggap seperti ibunya.

Disitulah bermula kehidupan  yang penuh pancaroba Mowgli dari kecil sehingga meningkat remaja. Namun sejak kehadiran Raja Rimba Si Shere Khan ianya mulai berubah. Acap kali Shere Khan mengganggu kehidupan mereka sekeluarga. Ianya terjadi sewaktu  Mowgli bertemu dengan Shere Khan sewaktu sedang meminum air dikolam . Baginya Mowgli tidak layak tinggal di rimba. Desakan demi desakan oleh Shere Khan agar Mowgli pulang pada kehidupan manusia , Bagheera dan Akeera akhirnya bersetuju.  Dengan harapan Mowgli tidak diganggu lagi walaupun Akeera agak keberatan melepaskan anak manusianya itu pada mulanya.

Sepanjang perjalanan Mowgli kembali ke tempat asalanya pelbagai peristiwa telah berlaku, antaranya Mowgli berjumpa dengan Ular Sawa yang nyaris membelitnya namun telah diselamatkan oleh seekor beruang yang bernama Baloo . Namun atas pertolongan yang diberikan oleh Baloo itu, dia meminta sesuatu sebagai balasan dengan mengambil madu lebah untuknya. So berbagai peristiwalah yang berlaku selepas itu sehingga membuatkan Baloo dan Mowgli menjadi sahabat baik. Nak tengok dengan lebih lanjut sila menonton ye. Best! Kanak-kanak pun sesuai untuk menonton. Dia punya excited sampai nak ngap Pop corn bole terlupa ..hehehhehe . 


Trailer The Jungle Book. Mummy suka cinemaphotography nya.. menarik! Dua tiga kali jugaklah mummy menjerit mengalahkan budak-budak dalam panggung..Cehh! buat malu je.. Tu la sapa suruh Shere Khan tu keluar tiba-tiba. Babab kang!  Next movie.... Adakah Iron Man ? Tak pun Kung Fu Panda Ish  best jugak ni..hehehehehe Tungguuuuu....

Thanks for reading! Wassallam..

7 comments:

  1. Oh bkn. Cartoon eh mummy..tpo tgk trailer best la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cartoon la UA.. ni ori punya. Lagilah excited tgk. Rasa mcm nak pi tgk lagi lahh... :D

      Delete
  2. sentap ! mummy balik sini tak jumpa kite pun.. huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa.. Siti dok Penang tang mana?

      Tapi sorrylahh kali ni balik suntuk sangat. Takpa raya mai umah na

      Delete
  3. Tak dapat tengok pun lagi. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ciannya dia.. tapi baik Zumal tgk cepat. Best tau! Mummy pun rasa macam nk tgk lagi.. hehehe :)

      Delete
  4. lom tgk ni :(
    adakah weekend ni? hi hi hi...
    yg pasti, nurin sibuk kata dia tau citer ni.
    sebab last year, darjah 4, masuk dlm subjek english.

    ReplyDelete