Tuesday, 5 April 2016

Muzium Alam Semula Jadi

Assallamualaikum...

Bila cakap muzium je, confirm korang akan cakap erkk, Muzium? best ker? ada apa kat muzium? Hahhahha.. Mummy dah lali dah ngan soklan lagu tu.. so sapa pernah masuk muzium ? cer angkat tangan, sapa suka kita geng!...Yelah muzium sama je macam buku, cuma diadaptasi dalam bentuk real la kan..takdelah nak hadap buku je memanjang tak gitewww.. So bila mummy jenjalan tak dapat pi muzium memang rasa ke'frust'an tu..ehh! ada ker ayat tu..keh keh keh..

Muzium Alam Semulajadi menjadi pilihan mummy kali ni, kebetulan ada lawatan kerja..so sangat beruntunglah mummy kan.. macam -macam bole kita explore.. Sambil baca sambil posing..! Tang posing tu penting..hahahaa 

Apa bestnya muzium ni ?

Ianya merupakan satu-satunya muzium dimana pengunjung boleh melihat spesimen-spesimen haiwan, tumbuh-tumbuhan, fosil dan mineral yang terdapat di Malaysia dalam satu bumbung. Penubuhan muzium ini bertujuan untuk mengumpulkan , menyelidik dan mempamerkan khazanah flora , fauna dan geologi negara kita.  Disamping itu juga  ianya dijadikan sebuah repository kepada pelbagai spesis terancam dan juga yang hampir pupus seperti mamalia, reptilian , serangga , hidupan laut , burung, flora , batuan , mineral , fosil dan lain-lain spesimen yang perlu dikaji , difahami dan dihargai.

Muzium Alam Semula Jadi
Jabatan Muzium Malaysia ,
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,
Jalan Diplomatik , Presint 15,
62000 Putrajaya


Tel 
03-8890 2877/03-8880193

Facebook  
Natural History Museum Putrajaya

Website

Pic Sumber :  Website Muzium Alam Semula Jadi

Aras bawah muzium ini mempamerkan spesimen  mamalia , burung, reptilian, buah-buahan tropika , tumbuhan , herba dan juga hidupan laut. Jangan tak tau ! Terdapat satu Skeleton  Paus Bryde berukuran 12 meter yang akan menyambut pengunjung  di pintu Masuk Muzium.

Harga Tiket 
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak/ Student  ( Bawah 12 Tahun) : PERCUMA
Pelancong Dewasa / kanak2 : RM 5.00


Waktu Lawatan
9.00 pagi- 5.00 petang
(Ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan 
Hari Raya Aidiladha)

Antara haiwan-haiwan yang telah diawet dan dipamerkan.


Beruang Matahari ni merupakan beruang terkecil dan paling langka diantara semua spesis beruang. Bukan tu je ianya juga lebih dikenali sebagai beruang madu! hah..ni lah beruang madu yang selalu kita dengar tu.. Sebab apa dipanggil beruang madu ? Sebab  tabiatnya yang suka menggeledah sarang lebah untuk mendapatkan madulah. Nak tahu beza dia ngan beruang-beruang yang lain.. Ianya mempunyai bentuk bulat sabit berwarna emas di dadanya.  Untuk makluman juga ianya merupakan beruang asli yang telah diawet...  Comey je.. Saiz pun takdelah besaq sangat pun.Mummy lagi besar. hahahhha #gelakjahat


Harimau Malaya yang cukup sinonim dengan Bola Sepak Negara kan. Harimau ni merupakan sub-spesis harimau yang hanya mendiami kawasan Semenanjung Malaysia dan juga Selatan Thailand. Harimau karnivor ini selalunya menjadikan rusa, babi hutan , kambinng dan mamalia yang lain sebagai pemangsanya.. hadoiii explain pun dah macam National Geography lah pulak yang menjadi kesukaan hero-hero mummy. hehhee



Ni kawan sapa..? cer angkat tangan sikit..kikikiki Kalo yang ni tak tau jugak , ni la namanya Ungka Tangan Putih. kalo sesiapa yang selalu masuk hutan mesti selalu dengar suara merdu dia ni. Riuh sekampung tau .hhehhe.. samalah macam mummy pi tidoq kat Perkampungan Orang Asli aritu..suara dia je berbunyi tak padan ngan size dia yang kecik molek tu. hhehee


Ni Beruk. Tukang amik buah kelapa atas pokok nyiuq.



Ni adalah satu spesis burung yanng semakin pupus. Namanya Burung Cenderawasih yang merupakan spesis yang sangat dramatik dan menarik di dunia. Ianya hanya boleh didapati di Indonesia, Papua New Guinea dan Timur Australia. Apa bestnya burung cenderawasih ni? Ianya terkenal disebabkan oleh warna bulu pelepahnya yang menyerlahkan berwarna kuning terang, biru, merah dan juga hijau. Saiz dia pun kecik je.. antara 15 cm hingga 110 cm. Burung ni hanya memakan serangga dan ada juga sesetengah spesis hanya makan buah je.



Yang ni paling best... serius mummy pun baru tau. Sapa-sapa yang takde barang kemas tu boleh cari kumbang permata ni. Sebab ada sesetengah negara di Asia menggunakan sayap hadapannya sebagai barang kemas dan juga perhiasan diri. hehehhe.. Save budget! Cepat pi tangkap... kikikiki :P


Posing sedas ngan klik-klik opis. 
Haii dah rupa macam cikgu cekge tadikalah pulok.. hahhaha :P


Antara yang makin pupus juga .Telur Dinasour.
 Ianya berasal dari China dan berusia lebih kuranng 65 juta tahun. 
Nak tau lebih lanjut baik korang pi. explain lebih-lebih kang, korang tak nak pegi pulak..
haip babab kang!



Pompuan ni bila masuk rumah orang selalu pi terjah dapuq , kali ni mummy pi terjah stor depa pulak..hahahha syokk weiii.. Macam-macam haiwan ada kat dalam ni. teruja kejap! Serius baru tau susah ker senang nak awet haiwan-haiwan ni. Kita tengok dan pandang sekali imbas je, tak tau susah payah dia. yelah dari bangkai pastu nak awet sehelai sehelai ditambah pulak baunya yang harum semerbak tu, mau pengsan dibuatnya, Respect gilos buat mereka yang sanggup buat keje lagu ni.

Posing ciked dengan Skeleton kat belakang tu. Caption takda . 
Rasa macam Orang Utan je.. Comeykan! yang depan bukan belakang...ehhh...hahhhaa :P


Babi Hutan pun ada . 
Ni original punya, nasib baik dorang remind awal-awal jangan pegang atau terpegang.


Skeleton Gajah. Rasa macam kerdil je orang-orang yang lalu kat kiri kanan dia kan. Okaylah nak tau lebih lanjut jangan lupa datang melawat muzium ni. Macam-macam ada! 

Thanks for reading! Wassallam

41 comments:

  1. Replies
    1. Wslm Yana... aaaa pi muzium.hehehe :D

      Delete
  2. Replies
    1. aaa memang yang real punya dan telah diawetkan... :D

      Delete
  3. Replies
    1. Tang mana yang geli tu.. jgn tak tau kat sesetengah negara asian dorang buat batu cincin dan pelbagai jenis aksesori wanita. hehehee Menarik tu...

      Delete
  4. kita suka museum ... tapi museum alam rimba ni memang kita tak masuk walaupun percuma dan dalam kawasan jajahan takluk kita... (sejak bila pulak putra yang berjaya ni I punya... ha ha ha).

    reason kenapa tak nak masuk sebab tu lah - depa awet haiwan tu for real...
    hadoiii - iols is very cannot go - tak sampai hati - i rasa itu cam zalim - ngeri etc.
    nanti balik tak boleh tidur ... teringat-ingat ...
    hihihihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii takmo takmo.. nanti mummy pun sedih jugak kang.. huaaaa

      Delete
    2. alamak salah Dewasa RM 2 kanak2 je yg free.. hehhe sorry sorry.. Sbb kat flyers tak tulis harga.. check website baru nampak harga tiket.. heheh Sorry na..

      Delete
  5. Mummy jangan lupa p bird park KL tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah aim lama Bird Park tu... tapi asyik fikir berbaloi ke dengan apa yg dibayar dengan apa yg dilihat nanti..hehhee :D

      Delete
    2. Dah ... best and berbaloi.. esp bawak kids...

      Delete
    3. wahhh tetiba teruja.. ok ada masa free nanti mummy pi lah.. hehhe Macehh Huda.. Muahhh..!

      Delete
  6. menarik gak muzium ni mummy,dahla free..memang tak rugi.boleh bawak anak-anak belajar ilmu hewan..musang berjanggut ada tak?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakk tak free ... salah tulis.. Harga TIket Dewasa RM 2 kanak2 je yg free.. hehhe sorry sorry.. Sbb kat flyers tak tulis harga.. check website baru nampak harga tiket.. T_T

      Delete
    2. hahahahaha... ada ada kat dalam TV itu Musang Berjanggut..hahaha :P

      Delete
  7. Menarik jgk nampak muzium ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang menarik.. hehe :D

      Delete
    2. SS akan layan museum kalu kaki dah gatal... ha ha ha...

      Delete
    3. wow bila kaki gatal layan muzium.. hbs kalo badan gatal layan apa pulak..hahahha :P

      Delete
  8. Bila free tu yg buat lg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makkk.. sowiee ..!! Harga tiket Dewasa RM 2 kanak2 je yg free.. hehhe sorry sorry.. Sbb kat flyers tak tulis harga.. check website baru nampak harga tiket.. heheh Sorry na..

      Delete
    2. keh keh keh ... habes semua orang serbu nanti buat scene kat kaunter ...
      "ehhh mummy julia cakap free... i tak kira... i nak masuk free jugak..."

      ha ha ha ...

      Delete
    3. haha..habislah mummy.kena edit entry cepat

      Delete
    4. Huda.. hadoiii matilah mummy.. hahhaa :p

      Delete
    5. Sal.. mummy dah edit, cer tengok.. cer tengok.. hadoii korang ni, kecut pewott tetiba.. hahaha :p

      Delete
    6. Kalu nak free kena gayut sebelah monyet... ha ha ha...

      Delete
    7. tudiaaa ..hahahhaaha jenuh nak bergayut tu... :P

      Delete
  9. Salam singgah sini mummy..... wahhh.. . best lah dapat pegi muzium..... MD seumur hidup ini belum pernah lagi masuk muzium..... kesian kan mummy.... m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm MD... alahai rugi rugi.. zaman skrg ni muzium byk yg dah best utk diexplore.. baik pi.. syokkk!

      Delete
  10. aida kurang suka muzium.
    gi sebab nak bw anak2 aje.
    diorang suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak jumpa muzium yang kena ngan jiwa Aida lagi kot.. lama2 bestlahh tu.. heheheh :)

      Delete
  11. Jay Emmm manaaaaa Jay Emmm... Harap Jay Emmm boleh sponser SS ke sini... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM Oh JM.. RM 2 je cepat belanja SS..hehehee..

      Delete
  12. Yes Mummy. :) Kita geng. Last pergi Muzium masa sekolah-sekolah dulu. Hihi !

    Tapi Muzium semulajadi ni, wow interesting. Serious !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh.. finally!

      Mummy pi mana -mana muzium semua best! jiwa muzium kununnya..kikiki :D

      Delete
  13. wahhh bestnya dapat muzium

    ReplyDelete