Sunday, 10 April 2016

Travellogue Zhuhai Part 2 : The Fisher Girl Statue

Assallamualaikum...


" Siapa yang penat sila tinggal dihotel, sapa yang nak sightseing sekitar Zhuhai bole ikut lawatan tepat jam 10.30 pagi ye dan sila tunggu di lobi.... lambat tinggal ! ( hahhaha tu mummy tambah sendiri je, lagipun Tour Guide kitaorang ni bukannya reti cakap Melayu pong..hehhehee)" Pesanan ringkas daripada tour guide kitaorang Mr Ken. Apalagi dah beberapa hari asyik terperuk bekerja inilah masanya tuk berjalan-jalan. Yeahhhhh! Lokasinya ..jeng jeng jeng.... Selalunya lalu kat sini waktu pi keje nampak kabus tebal je, balik keje pulak dah gelap.. so apa pun tak nampak.. hehehe

The Fisher Girl Statue


 

Statue ini mengisahkan tentang seorang gadis yang entah dari mana munculnya di sebuah kota iaitu Zhuhai. Baginya Zhuhai itu merupakan sebuah kota yang indah yang dipenuhi dengan taman-taman yang hijau dan mempunyai pantai yang cantik. Disebabkan enggan kembali ke tempat asalnya gadis itu  mencari nafkah dengan menganyam net dan mencari mutiara yang lagaknya tak ubah persis seorang gadis nelayan. Selain itu juga gadis ini mempunyai kelebihan dan kuasa untuk merawat penduduk-penduduk yang sakit dan ini menyebabkan gadis ini cukup disukai oleh penduduk tempatan.


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan seorang nelayan muda yang bernama Hai Peng dan mereka mulai jatuh cinta. Namun hidup ini tak selalunya cerah , Hai Peng acap kali mendengar dan mempercayai tuduhan-tuduhan jahat dan mendesak gadis fisher untuk memberinya gelang ajaib dia sebagai bukti kasih sayang beliau kepadanya. Disebabkan cinta yang tak berbelah bahagi Gadis nelayan itu terpaksa menjelaskan asal-usul gelang tersebut. Gadis itu merupakan  anak Raja naga laut Selatan dan gelang lapan yang dipakainya  diberi bagi tujuan untuk menjaga keselamatannya dan sekiranya ia menanggalkan gelang tersebut umpama ia mencabut hayatnya sendiri. Namun diatas sikap yang terlampau mempercayai anasir luar , Hai Peng memaksa gadis nelayan untuk membuka gelang lapan tersebut . 

 
The Fisher Girl Statue 

Namun disebabkan rasa cinta yang menebal terhadap Hai Peng , sebaik gelang itu ditanggalkan.. gadis itu telah tidur untuk selama-lamanya. Ala tak ubah macam cerita  " Sleeping Beauty tu ..". Kejadian itu membuatkan Hai Peng menyesal tak sudah. Disebabkan oleh kesedihan itu Hai Peng telah berpindah  ke Elder Jiu Zhou Huan . Disitu dia belajar cara untuk menyembuhkan semula gadis nelayan itu.

Disitu Hai Peng terpaksa  ke Pulau Zhou Jiu untuk mencari rumput kebangkitan, Ianya wajib dimakan dengan darah manusia. Selepas melalui pelbagai liku-liku kesusahan, Hai Peng mendapati rumput  itu telah berkembang dengan darah sendiri. Hari berganti tahun dan akhirnya rumput itu mencukupi dan mampu digunakan untuk memulihkan gadis nelayan itu. Akhirnya gadis nelayan bertukar menjadi manusia sejati. Namun dihari perkahwinan , sebuah pearl ajaib telah muncul ditepi pantai. So disitulah munculnya idea pembinaan   Statue Gadis Nelayan itu sambil memegang pearl gergasi bagi mengingati kisah Gadis Nelayan ini.

Hah! Gigih tau mummy cerita... fuhhh fuhhh fuhh.. Korang tak baca siap!



 Posing sebentar di signage..gegeh aihhh! hahha :p

Lompat jangan tak lompat! ehh ni bukan lompat la ni terbang...hehehhe

 
Ni baru lompat... Lompat gaya diva gitewww..puihh! 
Tangan masuk poket hokay..ko hader..:P

Ni kat seberang jalan The Fisher Girl Statue.. Tak tau apa nama.. nak baca tak reti...hehehe

 
Diantara mereka-mereka yang turut serta dalam sightseeing  tuk hari tu.
Dari kiri Nurul ( Koko Minda ) , Mummy, Myra ( Koko Minda) , Kak Mala (Otak-Otak Pulau Gadong)
Belakang dari kiri Ken ( Tour Guide)  dan Bernard ( River Cruise)
Last sekali dari kiri  Pn Azimah ( Room Mate Mummy) , Husband and Wife ( Roti Canai Terbang Semabok) dan  Qayum(Lupa dari mana..hehhehe ) Ampun!

 
Posing lagi seketui..

 
Mummy and Myra... dua-dua ni kaki posing..keh keh keh :P 
Thanks for reading! Wassallam


48 comments:

  1. salam seronok noh mummy duk lompat lompat tak jatuh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Yana.. :) Tu la dok lompat sana .. dok lompat sini.. nasib baik masih berpijak di bumi nyata.. hehehe

      Delete
  2. Hai Peng tu jahat lah! hahah emo lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik yana pulak yg emo.. keh keh keh :p .. Kita babab Hai Peng tu sekali na.. !

      Delete
  3. Cerita cinta mampu menarik org dtg..tak kisah mitos atau realiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betui makk.. ni nasib baik lepas hujan kalo tak , tak tau bole bergambar ke idak.. heheh

      Delete
  4. part mkn rumput berdarah tu dh mcm raja bersiong..ngeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Raja Bersiong , China version kot.. keh keh keh :p

      Delete
    2. Tah2 adik beradik... he he he..

      Delete
  5. Mummy ala ong la..pakai kaler merah gi statue tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa.. ni mitos atau dongeng semata.. hehehhe ;p

      Delete
    2. Itu trademark dia laa Mak... Nanges dia kalu kaler merah dia ilang... kah kah kah...

      Delete
  6. ala sedihnya cerita . kesian gadis tu. cerita cerita macam ni selalu buat kita sedih kan ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..pengorbanan tuk sebuah cinta.. T_T

      Delete
  7. wahhh siap melompat-melompat nah mummy kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy tengah lupa diri waktu ni..ingat bole terbang tapi bole lompat je..hahahah :P

      Delete
  8. haip..jangan main lompat2 ..kang kencing malam...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh ye ker...baru mummy tau.. tapi kalo lompat lagi tinggi tak kencing malam kot.. hehehehe :P

      Delete
  9. Dont worry,..gigih saya membaca kisah ni :)

    ReplyDelete
  10. Diva yang suka lompat2 dalam gambar tu ada kuasa ajaib tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilahh ada.. kuasa ajaib sengeh sokmo..hahahah :P

      Delete
  11. Mummy,..kemunculan pearl ajaib tu bawa happy ending ke sad ending?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy + sad ending kot.. Happy dia kawin.. ending dia jadi manusia dan berpisah terus ngan ayah dia. hehheeh :D

      Delete
  12. Makkkk aihhh lompat... patut lah retak lantai tu... he he he...

    ReplyDelete
  13. Rugi kalu jenjalan just nak lepak otel je kan mummy... baik dok umah... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betui! setuju bangat.... kan baguih main lompat2 cam mummy ni kan... hehehe

      Delete
  14. SS lagi teruja ikan merah yang lompat2 tu banding The Fisher Girl Statue... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa.. SSS ni kang! babab mau.. hahahhahaa :P

      Delete
  15. Hai Peng San tawww baca citer mummy.. keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. ala jangan HAi Peng San.. jenuh nak dukong ni tau..

      Delete
  16. aida pernah skali lompat gitu.
    hadoi. brape kali baru jadik gambo lompat tu.
    jenuh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy kalo amik gambo orang sekali snap je... tapi kalo orang amik gambo mummy berkali-kali kena lompat.. jenuh!

      lain kali suh je mummy yg amikkan gambo , sekali je.. tapi upah bayau tau! hahaha :P

      Delete
  17. Hai Peng tu hensem macam Fu Haifeng tak mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fu Haifeng tu sapa.. alamak tak update pun... yg mummy tau SRK tu je yg hensem..hahahah :P

      Delete
  18. Replies
    1. Ilmu harus dikongsi bersama barulah rock! hehehhee:D

      Delete
  19. dah sampai situ , mestilah kena jalan-jalan juga dan abadikan kenangan . rugi tau klu dok hotel memanjang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betui Sal... dok bilik tengok dinding je tak syokk ma... kan kan kan...

      Delete
  20. dah sampai situ , mestilah kena jalan-jalan juga dan abadikan kenangan . rugi tau klu dok hotel memanjang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betuii.. bosan dok hotel je.. taklehh sedut pengalaman kan..

      Delete
  21. Amboii gigih plak den baca citer si gadis nelayan dn mr hai peng gituu..Hai peng nama macam satu kopitiam kat kawasan rumah lya..hehehe

    ReplyDelete
  22. Amboii gigih plak den baca citer si gadis nelayan dn mr hai peng gituu..Hai peng nama macam satu kopitiam kat kawasan rumah lya..hehehe

    ReplyDelete