Monday, 23 May 2016

Mandi Manda di Air Terjun Sedim Kulim Kedah

Assallamualaikum..

Mandi manda dimusim panas yang berlaku di negara kita sejak 2,3 bulan yang lalu ni memang sesuatu yang mengujakan dan menyeronokan especially buat hero-hero dan adik-adik aku.. Tapi tulah bila masuk hutan ni seronok, seronok jugak.. tapi janganlah sampai keterlaluan sehingga mengundang percakapan yang tidak elok. Pantang larang tok nenek adakalanya kena jaga.. Tak gitewww..!

Lokasi pilihan ?? Mestilah yang dekat dengan rumah mama abah la .. Sebenarnya ia plan yang tak dirancang , memandangkan kali ni perjalanan pulang ke kampung secara percutian pendek berbudget  so apalagi Air Terjun Sedim di Kulim Kedah menjadi pilihan. Air dia.. perghhh kalah sejuk peti ais.. Nyaman seyhhh..!! Bukan tu aje.. bersih sangat malahan ianya juga dijaga rapi.Tak kelihatan langsung sampah sarap yang dibuang merata-rata. Memang terbaeklah.!


Ni lah air terjunnya... Waktu kitaorang datang ni tinggal beberapa ketul je orang yang ada kat situ. Lagipun kitaorang datang hari biasa bukan cuti sekolah atau pun cuti hujung minggu. So memang lengang habislah. Senang tak perlu nak berebut-rebut mencari port  yang best untuk mandi.. ehhehe

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari rumah mama abah hingga ke Air Terjun Sedim  ni. Merentas berbagai -bagai kampung finally kitaorang pun sampai. Mencabar sungguh .. ingatkan dekat tapi jauh.  Di ingatkan kalau nak mandi kat sini kena sebelum pukul 7.00 petang kalau tak habislah kena hambat dengan renjer hutan yang menjaga keselamatan kat sini. Yelahhh manalah tau, dah namanya dalam hutan.. macam-macam boleh berlaku . Dah la sepanjang perjalanan ditemani hujan renyai-renyai.. 

Ada budak tu... nampak air geram..! Tapi nak masuk takut..keh keh keh
Hero kecik laa sapa lagi...

Sebenarnya mummy , mak usu hero-hero dan adik ipar tak plan pun nak mandi manda.. yang sakan nak mandi hanyalah hero-hero je. Tapi bila sampai je tengok betapa canteknya Air Terjun ni, bersih , nyaman dan segar..! Hahahahah korang jangan tak tau mummy berendam dengan seluar jeans lagi.. termasuklah adik-adik mummy.. Basah lokos bakhang..!!

Dah dah jom cuci mata keseronokkan berendam selama sejam kami semua. Dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang. Tu pun dah cukup kitaorang kecut-kecut kesejukkan seluruh badan.. hhehee.. Sakan!! 

Air dia jernih je.. Masuk kamera pun boleh nampak hero hero besaq..


Main air kat tepi-tepi batu besar dan tepuk-tepuk air. Tu jela yang mampu dibuat , nak berenang tak pandai.. hehhee . Kedalaman airnya susah sikit nak agak.. Takut jadi apa-apa . So aktivitinya main tepuk-tepuk air dipinggir batu jelahh. 


Telatah hero-hero bila jumpa air.. So bagi korang yang duduk nun i utara sana bole try pergi mandi di Air Terjun Sedim ni... Best!

Thanks for reading! Wassallam

10 comments:

  1. Replies
    1. aaa memang bersih mommy... Best berendam ni! hehhehee :D

      Delete
  2. kenangan tempat ini dulu selalu jugak datang mandi manda, sewa pelampung dan melunjur guna air deras dari atas ke bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow lagi best.. Awat mummy pi tak dak semua tu. Ini tidak adil. Nak kena pi lagi ni... hehhee

      Delete
    2. boleh ke dari bawah ke atas? he he he...

      Delete
    3. hahahhaha... oittt.. cari pasal nampak.. kah kah kah :P

      Delete
  3. Mana air terjunnyeee? nampak sungai jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air terjun kat atas lagi..mummy malas nak pi jauh-jauh sebab kena jalan kaki. Kita mandi kat tempat yang bole parking kete sebelah je.. hehehe Sungai tu selingan je..hahaha :P

      Delete
  4. uik bestnya kita yang kulim tak sampai lagi sedim ni entah bila la nak sampainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi Ekin.. Hujung minggu ni dah bole pi. Jangan lupa bawak pelampung tau... hahhahaa :p

      Delete