Friday, 27 May 2016

Izeara Xtravaganza Produk Kurus Amukan Bella

Assallamualaikum...

Hah! Ingat tak lagi korang pasal Bella yang mengamuk disebabkan oleh ubat kurus yang dipakainya tidak panas. Yelahhh bila sebut krim kurus of course la dalam otak kita ni akan terfikir pasal nak bakar lemak.... Bila nak bakar lemak mestilah ingat panas.. Tapi ni sebaliknya yang terjadi. Itulah yang menjadi punca utama amukan Bella.

Maybe baru sekali dua je Bella pakai dah takde effect terus Bella mengamuk dan melatah tanpa sedar tindakan itu akan mengundang kecaman buat dirinya. Malahan ianya juga menjadi viral di media sosial. Cian ah kak tengok ko dik..! Kerana marahkan satu produk habis semua produk melayu ko babitkan. Siap laporan polis bagai! Hamik ko betul-betul mengamuk Si Bella ni...



“….secara logiknya produk slimming mana tak panas, memang tak panas, inilah produk Melayu, I dah buat report polis! ”  Bella


Hah tiba-tiba muncul pulak video Ayah Rani Kulop sound direct kat Bella supaya memohon maaf secara terbuka.. Jangan disebabkan satu produk habis ko labelkan semua produk melayu tak okay.. Meh dengaq sikit na... Apa kata Ayah Ayah Rani Kulop..



Bila dah jadi Viral.. Tak lama lepas tu barulah Si Bella ni muncul pula dengan Pengakuan maaf atas apa yang terjadi. So aku salute la , dia berani mintak maaf atas yang terjadi.. Takdelah lari sampai keluar negara bagai sebab takut dikecam. Kannn...... Bak kataorang berani buat berani tanggung arr.. Tak giteww..!


Atas permohonan maaf yang telah dibuat akhirnya owner produk itu sendiri iaitu Izeara Xtravaganza menjawab segala kontrovesi dan juga persoalan yang berlaku dari awal hingga akhir. Relax je dia bagi penjelasan walaupun dah dikutuk oleh orang ramai yang mengatakan bahawa dia menggunakan Bella sebagai salah satu cara promosi untuk produk beliau.



Setelah mendengar penjelasan yang diberi.. eh! tergerak pulak aku nak tau pasal produk ni... Yelahh produk krim kurus tak panas ni? memang 1st time rasanya di Malaysia . Suatu kelainan dan wajib dicuba... 

Apa Kebaikan Izeara Xtravaganza??

  • Merupakan serum kurus pertama di pasaran yang TIDAK PANAS, TIDAK MELEKIT 100%
  • Pastinya harganya MAMPU MILIK
  • Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilance C. Ia adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit,
  • Melawaskan pembuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza
  • Hilang strecthmark lama dan selepas baru melahirkan anak jika menggunakannya secara konsisten selama 7 hari.
  • Lemak-lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan pantas dan cepat.

Produk Izeara Xtravaganza

Berkesankah? Jom tengok testimoni pelanggan yang dah menggunakan produk ini


Wow rata-rata mengatakan ianya cukup berkesan. Superpower betul produk ni.. Apa-apa atas perkara yang terjadi ni aku dapat disimpulkan bahawa :

 Janganlah kita mudah melatah, baru cuba sekali terus judge produk ni tak bagus... 
sabar tu penting ok.   

Kalau buat salah tu cepat-cepatlah mengaku dan reti-retilah nak mohon maaf.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Thanks for Reading! Wassallam....

10 comments:

  1. ni nak gelak ke nak kutuk..hahaha.sukati korang la nak buat bisnes cmane, jangan tipu orang sudah

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha ... sama cam sal...


    Indeks emosi ditutup bercampur campur ni...

    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahah.. macam2 la korang ni. :p

      Delete
  3. Diluluskan KKM tak?

    Takut nak pakai.

    Takut kidney rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus .. Yelahh mummy pun takut nak pakai kalau takde kelulusan KKM

      Delete
  4. Rani kulop dgn bella dah mcm laki bini... Keh keh keh

    ReplyDelete
  5. Kalu rasa nak kurus cepat... Baring atas jalan! Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. tu bukan kurus, tu leper da..

      Delete