Wednesday, 25 May 2016

MITOS ? Apa tu...

Assalamualaikum...

Tak lama kat Galeri Seni Rakyat Melaka akan diadakan pameran yang Bertajuk  

" Mitos : Interpretasi Visual 2 Generasi " 

Tarikh : 1 Jun - 17 Julai 2016

Lokasi : Galeri Seni Rakyat , Jalan Laksamana Melaka
 ( Hadapan Bangunan Stadhuys dan sebaris dengan Cendol Jam Besar)

Masa Lawatan : 9.00 pagi - 5.00 petang



Apa itu MITOS ?


" Mitos adalah sesuatu perkara yang masih belum dibuktikan secara ilmiah dan kecenderungan mengarah ke hal yang tidak masuk akal , diperkemaskan lagi secara berlebih-lebihan agar menjadi lebih menarik. 

Mitos ? Lagenda dan cerita rakyat yang hanyalah sebahagian kategori cerita-cerita tradisional , namun watak-watak bersifat luarbiasa yang selari dengan ajaran Islam yang telah menyebabkan cerita-cerita MITOs ini menjadi lebih popular.

Latar dalam cerita merangkumi alam kayangan alam ghaib , alam jin dan lain-lain bererti unsur-unsur luarbiasa dan ghaib .. adalah intipati dalam penceritaan mitos "

Oleh : NAZRUL ASRAFF MAHZAN 



" Sebagai salah satu bentuk kesusasteraan lama MITOS merupakan cerita menghibur yang dirujuk untuk mempelajari budaya dan adat istiadat masa silam.

MITOS merupakan antara penyebab manusia tertarik kepada Islam. Sifat fitrah semulajadi kita mengagumi perkara-perkara luarbiasa selaras dengan ajaran Islam seperti penciptaan Adam AS dan kewujudan para malaikat mengaitkan ALLAH SWT sebagai pencipta segala makhluk , termasuk manusia. 

Namun kesudahan sesuatu penceritaan itu selalunya berkesudahan penuh dengan nilai-nilai moral dan agama khususnya."

Oleh : HAJI MAHZAN MANAN


" MITOS adalah tradisi lisan yang terbentuk di sesuatu dalam cerita yang bersifat simbolik dan mengisahkan serangkaian cerita yang nyata , imaginasi atau dongeng berlatarbelakangkan masa lampau.

Warna pula merupakan suatu bahasa yang tersembunyi , maka penataan warna dalam karya -karya MITOS ini bukan hanya berkaitan dengan estetika saja, tetapi melalui pemilihan warna diharap dapat mengkomunikasi sesuatu mesej.

Setiap calitan warna memainkan peranan dalam menimbulkan suatu persepsi tertentu serta menguatkan suatu simbol yang tersirat."

Oleh : HAIRUL AZZAHAR MAHAZAN


Antara lukisan -lukisan bertemakan MITOS yang bakal dipamerkan antaranya adalah :





So buat korang yang meminati lukisan mahupun yang meminati kisah-kisah MITOS ini boleh datang melawat. Thanks for Reading! Wassallam

14 comments:

  1. sebaris dengan Cendol Jam Besar? Kalu cendol tu bergerak... abis aarrr org sesat tak jumpa... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol jam besaq tu dah kena gam... tak punya larr... Bluekkk :p

      Delete
  2. salam mummy sastera entry kali ni hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Yana... Iye berseni sasteralah kita ye . Hehehhee

      Delete
  3. pada yana mitos tu dongeng , dongeng itu mitos XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa lebih kurang sama je Yana. Dua-dua akan diakhiri dengan pengajaran dan ikhtibar tuk semua pihak.. :D

      Delete
  4. wahh...klu sy ada kat sana, mau gak terjah pameran ni Mummy..sy suka benda2 mcm ni...
    skrg sllu cerita mitos si Tanggang dgn anak bujang sorang tu...klu sy suka Bawang Putih Bawang Merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. sib baik Atie jauh dimaafkan. Kalo Atie datang confirm mummy dah tunggu kat pintu Galeri jadi tukang sambut ...hehehe :)

      Delete
  5. So unfortunate.. mcm tak dapat nak pi tgk jer pameran ni.
    - lama dah berangan nak panjat Gunong Ledang pi hiking.. tak jugak kesampaian
    (tetiba berangan sebab nampak lukisan Puteri Gunong Ledang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Kak Sham.. tempoh pameran panjang tu....

      Ehhh! Mummy dah pernah hiking kat Gunung Ledang nanti bile search kat entry....

      Best kak Sham.. nanti pi la .. hehhehe :)

      Delete
  6. Replies
    1. Thanks you for like it! Puan G.. :)

      Delete