Tuesday, 31 May 2016

Mother's Day High Tea with Celebrity Chef Wan

Assallamualaikum... 
" Ibu .. Ibu.. engkaulah ratu hariku , bilaku berduka .. ibu  hiburkan selalu...
Ibu.. Ibu.. Engkaulah Ratu hatiku... Tempat menyatakan kasih .. wahai ibu "
Petikan lagu P. Ramlee 1953...
Korang ingat lagi tak lagu ni.. hah ! ni lah lagu yang sering kita nyanyikan tu , malahan banyak dinyayikan semula dalam iklan seperti fernleaf dan lain-lain lagi  media.  Cukup mendayu-dayu !

Malahan ia juga  akan mengingatkan kita tentang betapa besarnya pengertian seorang ibu yang tidak mampu digantikan dengan apa-apa sekali pun,  jika nak dibandingkan dengan tumpahnya darah sewaktu melahirkan kita dan tak terbalas dengan susu ibu yang mengalir dalam darah kita. 

I Love U mama..! 

Tapi bagi aku ,  ucapan ni bukan hanya perlu diucapkan pada hari ibu sahaja.. malahan hari -hari adalah hari ibu bagiku... Hah! Dah jadi ibu aka mummy ni lagilahh sangat mengerti.. hah! baru tau susah senangnya.. Rasain kamu...


8 Mei 2016 adalah sambutan Hari Ibu. Pasak kuat-kuat kat kepala tu. Hari penghargaan untuk ibu..  So aku berkesempatan meraikan diri sendiri dengan " Sambutan Hari ibu di Ramada Hotel bersama Chef Wan " hahahaha... Reward tuk diri sendirilah katakan. 

Hah ni korang kenal tak? kalo tak kenal tak tau la..hhehhehe

Chef Wan sedang mengusik salah seorang tetamu yang hadir pada hari itu.

Dewan full house okay. So kalau full house paham-paham sendiri je la ea.. 

Pelbagai aktiviti istimewa yang telah disusun oleh Ramada Plaza Hotel ni untuk ibu-ibu yang hadir. Yup meriah sangat!  Antara aktiviti yang telah disusun antaranya demontrasi masakan oleh Chef Wan , Ceramah pemakanan yang sihat oleh Doktor dari Putra Hospital, Special Talk oleh Chef Wan , Zumba  , cabutan bertuah dan juga games tuk ibu-ibu yang hadir.

Mother's Day High Tea with Celebrity Chef Wan 

Tarikh : 
8 Mei 2016

Masa : 
12.30 petang - 4.30 petang

Lokasi : 
Bunga Raya Grand Ballroom Level 7 , Ramada Plaza Hotel

Harga :
RM 98 Dewasa , RM 68 Kanak-kanak. 

Bukan tu sahaja makanan yang dihidangkan juga memang menguji diet mummy aritu.. Perghh mantopsnya menu dia.  Jawabnya memang keje mummy aritu berulang-ulang ke meja buffet makanan la.. Ada Dim sum, Pizza , Pelbagai Variety Pasta  , Dessert .. ehh macam-macamlah menu. Naik juling la nak pilih. hehehe

2 orang mak sorang bakal mak..hehehhe :D Kiri Blogger Kak Z, kanan Blogger Farah

Akhirnya diet mummy hancus. asyik makan je kejenya. Pizza tu sedap! kalah dominos.. hehheeh Walaupun mummy tak berapa suka makan pizza, tapi pizza ni telah mummy buat jatuh cinta la. Aduish!

Sushi Otak-otak. Lain dari yang lain. Sedap!

ABC... Boleh suka-suka hati je nak isi apa..Syokk! 

Zumba Time! habis semua mak, mak diangkutnya untuk turut serta berzumba. Best! walaupun ada yang kecam kenapa buat zumba tuk event Mother's Day ni? lex lex sudah... Mummy tengok enjoy je mak-mak yang ada kat situ. terserlah keseronokkan disitu. Lagipun yang nak berzumba ni pada yang mampu la.. yang tak mampu mummy tengok dorang pun turut serta bertepuk tangan.. So mummy simpulkan kebanyakkan dorang yang hadir enjoy!

Selain itu juga terdapat pelbagai yang disediakan oleh pihak Ramada  Plaza  Hotel ni. Sedap-sedap pulak tu.  Tapi tekak orang lain-lain. Ikut mummy and the team semua puas hati. Muncit jugaklah pewott kitaorang balik haritu..hehehe :D

Pasta Station

Pizza dan Ikan bakar Station

Yang ringan-ringan saja Station..keh keh keh  :p

Ni yang heavy-heavy Station.. :P 

Dessert Station.. Ni port peberet la kan.. Kek Coklat Oh! Kek Coklat! hehehhe :P

Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Tapi mummy takde lucklahh.. So takdelah mummy amik gambarnya..O! aku keciwa laalalaa. :P Selain itu banyak juga  hadiah berupa Voucher-voucher penginapan di Ramada Plaza Hotel Melaka dan juga dimenangi oleh ibu-ibu yang hadir. Tulah korang rugi tak pi...

Mummy and team with General Manager Ramada, Marketing Manager dan juga PR Ramada.

Selfie Sedas ngan Chef Wan. Dah tak larat nak bangun Chef Wan sebab ramai sangat yang nak bergambar dengannya. Walaupun penat melayan kerenah peminat, senyuman masih terukir tau. 

Selfie lagi..hehehe :D

Yeahhh! Happy Mother's Day Mummy.. Inilah cerita reward untuk diri sendiri sempena Mother's Day... 

Thanks for Reading! Wassalam..


21 comments:

  1. ehehehe hancus diet ye Mummy. tapi memang semua nampak tempting pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh hancus hancus... Makanan dia memang tempting hbs , tu yg takleh diet tu.. ehhehee :)

      Delete
    2. Takpe,..hancus diet lepas ni mummy leh lari lari dan lari lagi! Orang macam saya yang malas lari ni yg bahaya ;)

      Delete
  2. godaan apakah ini....sedapnya abc ...lagi sedap letak bahan sesukahati....

    mummy tengok tu..yan nak tu..mummy tengok yang ni..yan nak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa... Hi Yan.. Lama tak nampak.. hehhe :)

      aaa best semua boh sendiri.. yum yum!
      Tau takpe macam tu lerr yg mummy rasa.. semua mummy nak..hehehe :D

      Delete
  3. pepagi dah buat perut and tekak ni geram tau.. uhh ! *mencik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaah... apakan daya , dah terlajak post.. hadam kan aje ye Siti.. Keh keh keh :p

      Delete
  4. wahh..meriah sungguh, foods pun sedap2...nyum, nyum..

    ReplyDelete
  5. meriah..mummy-mummy cantik belaka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. Meriah sgt! Macehh Sal! muahhhss

      Delete
  6. fuh mewah.... dessert station tuh menarik2 minatku.....kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Husna.. kembung pewott mummy aritu.. hehhe :)

      Delete
  7. Replies
    1. aaaa Ekin. Nasib baik mummy tak bawak tupperware kalo tak bole tapau.. ahhahaa :p

      Delete
  8. Chef wan ni mmg ske datang melaka laa kot... Dulu jmpe dia kat mydin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu kot.. Makan-makan kat Melaka kan sedap.. hehehe :)

      Delete