Friday, 20 May 2016

Street Fashion: Women’s Tops

Assallamualaikum...

Fesyen dan wanita memang tak dapat dipisahkan lagi . Peribahasa ada menyebut " Bagai Aur dengan Tebing" dan Umpama "Isi dengan Kuku" .. Mungkin itu yang dapat digambarkan kita sebagai seorang wanita. Memang berpisah tiada . Tak kiranya fesyen apa sekali pun. Memang sentiasa bersama.! Wah gitewww..... 

Begitu jugaklah fesyen baju wanita yang ditampilkan  ini. Cukup memukau mata! Simple tapi cukup menarik. Bukan setakat sesuai untuk aktiviti bersiar-siar, malahan pemilihan baju seperti ini juga amat sesuai dan di padankan untuk acara santai, ke pejabat dan pelbagai lagi aktiviti lain. Yang penting kena pandai mix and match!


Women’s tops atau baju wanita merupakan topic yang paling menarik untuk dibincangkan lebih-lebih lagi dengan perkembangan dunia fesyen yang semakin pesat. Baju juga merupakan jenis pakaian yang paling penting dan sering menjadi tumpuan bagi sesebuah penampilan. Pendek kata, tanpa pemilihan koleksi baju yang menarik, ia boleh mencacatkan penampilan seseorang individu itu. Berikut merupakan beberapa jenis koleksi tops wanita yang paling popular dikalangan para penggemar fesyen;


Loose Tees

Loose tees atau t-shirt longgar merupakan koleksi tops yang sering menjadi ramai wanita untuk tampil bergaya ketika cuti hujung minggu. Koleksi tops ini sesuai dipakai dengan jeans, shorts, leggings dan apa jua pilihan bottoms anda. Cukup selesa dipakai dan memberikan anda penampilan yang cukup santai.


Long Sleeve Tees

Selain loose tees, anda juga boleh kekal selesa dan tampil bergaya dengan pemakaian long sleeve tees ketika hujung minggu. Baju yang berpotongan lengan panjang ini sesuai untuk anda gayakan dengan pemakaian jeans atau skirts.


Shirts

Shirts atau kemeja merupakan pilihan utama ramai wanita yang ingin tampil kemas untuk ke pejabat. Selain menjadi pilihan yang ideal sebagai pakaian rasmi ke pejabat, kemeja juga boleh anda gayakan sebagai pakaian kasual.


Blouse

Jenis tops yang menjadi pilihan ramai wanita di pertengahan umur pula adalah koleksi blouse. Apa yang menarik mengenai blouse adalah ia boleh digayakan untuk apa juga acara, kasual mahupun formal.

Yang senangnya lagi, korang tak perlulah sibuk nak cari parking bagai untuk mendapatkan baju-baju wanita yang awesome ni.. hanya klik.. klik.. dan klik di Website  dan proceed to payment. Tunggu je depan umah! jeng jeng jeng.. Siap untuk bergaya sakan... hehehehe  Nak gorgeous ?! Nak meletops ?! Apalagi ... Jomlah shopping. hehehe

Thanks for reading ! Wassallam

14 comments:

  1. Salam Jumaat Mummy..
    klu bab-bab Zalora ni, susah nak ckp mummy... bila masuk web site dia, mcm sehari tak tak keluar.. semua nak angkut masuk chart.. hahaha.. cantik2.. sllu atie beli baju hand bag & kasut..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Atiey.. Salam Jumaat jugak..

      Tau takpe bila masuk
      website shopping online ni memang jenuh membelek je kejenya.. hahaha

      Apalagi jom shopping, raya dah dekat ni.. ehhh! kikiki :)

      Delete
  2. Siap pakai peribahasa tu! Kagum titew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn.. mukadimah , katanya. kikiki :)

      Delete
    2. pakai peribahasa kena bagi markah lebih, cikgu

      Delete
  3. Honestly... SS suka suar koyak rabak tu... Memang selalu pakai bawak jalan... Tapi... Bila balik kg... Mak tanya "Dah x de seluar lagi ke nak pakai?"... Sedih! He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh kita geng! mummy pun suka pakai. Tapi kalo balik kampung memang simpan dlm lemari la jawabnya kalo tak memang nak kena ceramah berjemaah la jawabnya.. hahahaha

      Delete
  4. Ni yang rasa nak pi beli baju baru nih...hihi

    ReplyDelete
  5. tak nak masuk nanti terjangkit shopping hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. bole ea macam tu..kikikik :P

      Delete