Wednesday, 1 June 2016

15 Tips Kekal Cantik Sepanjang Bulan Puasa

Assallamualaikum..

Lesu saat berpuasa? No la korang bukannya budak-budak lagi. Confirmlah cergas kan. So jangan jadikan berpuasa sebagai satu alasan atau penghalang untuk kekal cantik, ceria , comel ehhh..panjang pulak ngomelnya. Biarpun berpuasa , kecantikan tetap perlu dijaga . Jom mummy ada 15 tips istimewa untuk korang agar sentiasa nampak segar dan bermaya.





1. Pelembap Bibir

Usah menjilat bibir saat berpuasa kerana ia akan membuatkan bibir korang menjadi lebih kering. Sebaliknya sapukan Lip bam atau pelembab bibir  agar terus kekal lembab. 

2. Krim Pelindung Matahari

Sepanjang bulan puasa , kebiasaannya cuaca akan menjadi sedikit panas pada waktu siang. Jadi gunakanlah krim pelindung matahari atau sun block agar mampu menjaga kelembapan kulit korang.

3. Pelembap Wajah

Untuk sentiasa segar , gunakan pelembab wajah dengan kadar air yang lebih tinggi dan mampu menyerap dengan cepat pada kulit wajah. Sekali sekala face mist pada wajah korang.

4.Vitamin Rambut

Sapukan vitamin pada rambut korang agar rambut akan kekal lembap dan berkilau.

5.Losyen Badan

Tidak hanya pada wajah , tubuh juga kan mengalami kekeringan . Jadi gunakan losyen badan untuk kulit kering agar ia mampu memberi kelembapan berpanjangan . Sebaliknya pilih losyen yan hadir dengan kandungan shea butter, minyak badam dan minyak zaitun.

6. Losyen Tangan

Selain losyen badan , losyen tangan juga penting untuk melembapkan tangan yang kering. Losyen tangan lebih praktikal dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

7. Pembayang Mata

Hiasi kelopak mata  dengan pembayang mata dari rona yang lembut . Ia mampu mengelakkan  wajah yang lesu. Oleskan mainan rona warna yang ceria.

8. Pemerah Pipi

Untuk memberikan kecerian pada wajah, oleskan sedikit pemerah pipi dengan rona-rona ceria seperti merah jambu dan juga jingga.

9. Penggaris Mata

Jika kamu tidak suka pembayang mata, cukup sekadar calitkan sedikit penggaris mata untuk mata yang lebih galak. Tak kiralah yang liquid atau pencil. Ikut keselesaan.

10. Maskara

Tahukah korang? bahawa dengan mengenakan satu layangan maskara, ia mampu membuatkan mata korang tampak lebih mengancam ! Jadi  tidaklah korang nampak tak bermaya kan. Opss lupa pulak maskara waterproff juga sesuai untuk kesan yang lebih menakjubkan.

Note : Untuk elakan maskara bergumpal sila oleskan secara zig zag.

11. Make Up Remover

Make -Up remover juga merupakan salah satu item yang wajib dimiliki setiap wanita kerana ia membantu kamu senang menanggalkan solekan . Yelah nak solat nanti nak kena betul-betul bersih dari make-upkan.

12. Kuasa Bedak

Pilih bedak kompak yang ringan dan sesuai dengan warna-warna yang ringan warna kulit. Sapukan ia ke seluruh permukaan wajah dan leher agar warna kulit sekata.

13. Masker Wajah

Masker wajah penting untuk kulit agar terjaga kelembapannya. Gunakan masker yang diperbuat daripada aloe vera , timun dan avokado. Ia mampu membuatkan kulit korang kekal anjal , bercahaya dan segar.

14. Gincu Bibir

Sebaiknya gunakan gincu bibir yang mampu memberikan kelembapan pada bibir. Ia bertindak untuk menghindarkan bibir daripada kekeringan. Pilih rona-rona yang natural dan semulajadi untuk menaikkan seri wajah. Tapi kalau nak pakai pink bole je ..macam mummy ..hehhehhee 

15. Minyak Wangi

Gunakan haruman minyak wangi yang segar seperti teh hijau dan juga mint. Tapi kalau yang allergic perfume macam mummy bole je gantikan dengan colonge yang lembut-lembut baunya. 

Info/ sumber : Jom Cantik bersama Guardian


Semoga tips-tips yang mummy senaraikan ni bermanfaat untuk korang bila tiba bulan puasa nanti . Apa-apapun ikutlah keselesaan ye. 

Thanks for reading! Wassallam

25 comments:

  1. Replies
    1. Thanks Yaya.. Selamat Berpuasa juga..

      Delete
  2. Replies
    1. Takpe Yan.. kita tempek-tempek je.. Mummy pun bukannya pandai sangat.. hehehe :)

      Delete
  3. http://centumentltdreview.com/the-slim-belly-trick-review/

    Keri Wahler’s The Slim Belly Program Review – Does The Slim Belly Diet Plan Work? Is it Safe? Don’t buy before reading our complete The Slim Belly eBook Reviews.

    http://wholetoneshealingmusicreview.com/the-slim-belly-system-review/

    ReplyDelete
  4. hehehe.. pi kerja pakai moisturizer and sun block and bedak baby je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy bedak baby johnson tu wajib.. peberet sgt! Taklehh tinggal..

      Oklahh tu Siti , ikut keselesaan katanya.. hehehe :)

      Delete
  5. mummy!!!!!!!!!!!!!!....kita dtg nihhhhh....tp dtg kejap jer haaaaa.....nnti kita dtg lg yerrr....jgn lupa sedia air teh tauuuuuuuuuuu....hahhaahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Deana Amvoiii lama tak nampak naaa..

      Mai mai jemput duduk . Ni ha ayaq teh o ngan jemput2 .. meh sini jemput tengok .. keh keh keh :p

      Delete
  6. TQ for the tips mummy...puasa pun kena kekal cantik, ye dak... hihi
    selalu sy ni memang akan pkai gincu, losyen & pemerah pipi je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Yelahh pompuan kannn...

      Tu pun dah ok. Berseri-seri dah tu.. hehehe :)

      Delete
  7. bulan puasa serentak dengan musim bola..kena mekap lebih, kalau tak memang nampak huru-haralah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa peminat bola mai dahh.. hah! Baguih2.. kusut masai kena tutuplahh tutupkan walaupun tak tido semalaman hadap bola.. hhehehe :)

      Delete
  8. sape nak cantik macam mummy kena ikut tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh cantekkk ker? Berlemuih ada la.. hahaha

      Delete
  9. jom cantik2 masa puasa dan raya nanti..muahs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom Murni.. Puasa ka, raya ka.. confirm cantekk!! hehehe

      Delete
  10. mak ai...berderet tu list
    tapi apa adahal dak? demi kecantikkan katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. sekali sekala kasi mestilah berderet YY.. Nak cantekk sama ngan kawan2 mestilah.. hehehe :)

      Delete
  11. SS pakai bedak sejuk jek! He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah cun macam Aton.. hehehe Pakai bedak sejuk Mak Cun upernya.. hehehe :)

      Delete