Monday, 20 June 2016

Ice Cream Malaysia mengimbau memori

Assallamualaikum... 

Dulu waktu kecik-kecik mummy selalu makan ice cream Malaysia. Harganya tak silap aku 20sen je kata orang keyell, 2 kupang kata orang utaqa.. Kadang-kadang harganya , ada juga dijual dengan harga 10 sen je. Tengok tukang jual tu lahh.. Normally kalau untuk perisa sirap, oren , anggur lebih murah harganya.. Cuma kalau yang ada susu tu harga dia mahal sikitlah. Susu kan mahal ... katanyalah. 

 
Ice Cream Bubur Kacang Yang mummy buat..

Kebetulan sabtu yang lepas mummy ada masak bubur kacang, tapi disebabkan semua overdos dengan menu berbuka puasa aritu , apalagi mummy jadikanlah bubur kacang tu sebagai ice cream. Nampak lagi mudah untuk mummy menggoda hero-hero makan. Takdelah asyik nak request ice cream Magnum dan ice cream paddle pop memanjang. Dah makin gugur pulak rambut mummy ni.. hehehe :p

Paling excited nak buat hero besaq lah.. Suka dia kalau mummy buat ice cream. Dan yang paling best buat pada bulan puasa ni.. takdelah buat terus habis. hehehee 

 
Bubur Kacang

Senang je nak buat. Cari je plastik yang memanjang tu kat kedai runcit. Masukkan air / bubur kacang ker.. pastu ikat di bahagian hujung. Sejuk bekukan dalam peti semalaman.

 
Plastik Ice Cream

Cara nak makan.. kalau yang sopan tu bole gunting bahagian hujung plastik ice cream tu. Yang brutal sikit bole je gigit dan pusing pusing dan pusing kat bahagian hang diikat tu sampai putus. hehehehe.. Barulah rare!  Kalau nak lagi best makan ice cream malaysia macam zaman budak-budak dulu. Makan sikit ice cream dulu sampai suku. 

 
Ice Cream yang sedang dalam proses pembekuan. Dah dibekukan bole ngap kan.. hehehe :)

Pastu ambik ice cream dan ketuk kat dinding bagi hancur-hancur sikit. Pastu hisaplah ice cream tu sampai habis.. Bestt weiii!  Nanti kalau korang rajin buatlahh.  Hero-hero mummy sibuk nak suruh mummy buat jual. Tapi mummy kata kita tengoklah dulu. Siap ada yang request buat signage depan rumah lagi. Hamboii anak mummy! over tau... hhehehehe 

Thanks for reading! Wassallam.. 

15 comments:

  1. kite suka yang pusing2 tu.. baru rasa teruja nak makan.. hak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. pusing-pusing sampai penatlahh gigi dok tokak.. Tapi bila dah putus plastik tu perghh lega. Nikmat makan lepas tu .. hehhe

      Delete
  2. wah first time dengar aiskem bubur kacang. nak buat jugak tapi tak jumpa jumpa plastic tu ha -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh dah ramai yg buat mommy.. Sedap!

      Kat kedai runcit ada jual. Pi la tanya nanti na.. Kata nak plastik ice cream Malaysia

      Delete
  3. teringat kecik2 dulu dengan aiskrim malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. dulu tak banyak ice cream canggih manggih macam la ni.. Dulu ice cream Malaysia la jadi pilihan di tangga teratas.. heheh :)

      Delete
  4. Kih kih... 1st tyme tgk aiskrim bubur kacang. Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la Huda.. nanti try buat.

      Dah ramai la yang buat .. babab kang!

      Delete
  5. Mak aiii mummy... rasa nk balik buat jg bila tgk mummy buat Ice Cream Bubur Kacang ni... sedapppnyaaaa...memang peberet zaman kecik2... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sedap! Nanti buatlahh... hehehe :)

      Delete
  6. tengok aiskrim ni teringat arwah emak...setaip malam buat...sebab nak jual...tapi anak-anak sama naik bedal aiskrim ni

    ReplyDelete
  7. memang bestlah kan ais krim kacang ni ... teringat zaman kecik-kecik dulu kan kalau makan.

    ReplyDelete
  8. tapi kan, my dotter berdua tu tak reti makan ais krim malaysia ... nak kena keluarkan dari plastik dan masuk cawan atau bekukan masuk dalam cup ais krim ada batang tu, sabo jer lah :p

    ReplyDelete
  9. kalo buat ni kan hahaha.. CT tukang tuang je sebab tak reti nak ikat..

    ReplyDelete
  10. sedapnya ais krim malaysia... lama tak makan

    ReplyDelete