Saturday, 4 June 2016

Bufet Makan Malam di A Famosa Resort Melaka

Assallamualaikum..

Lip lap lip lap sekejap je dah nak puasa kan. Korang dah ganti puasa belum.  Mummy dah! Tak kira korang tak tanya pun mummy nak cakap jugak.. hahahaha.. 

Korang nak tau apa paling mummy suka selain dapat melakukan amal ibadat bila menjelang ramadhan ni ! Apalagi makanlahh.. yeahh! Yelah waktu makan atau lebih dikenali sebagai istilah berbuka puasa ni lah kita dapat berkumpul dengan dia.. dia.. dan juga dia yang tersayang.  Seronok weii dapat dapat melihat muka yang tersayang didepan mata sambil menjamu selera.. hehehe  Kenyanggg!! yum yum

Di A Famosa Resort ada disediakan bufet ramadhan yang menyajikan lebih 100 jenis juadah istimewa bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang bakal menanti korang 4 hari lagi .

Bertemakan  "Arab"  pada tahun ini , pasti sesuatu yang menarik untuk dinikmati bersama-sama dengan keluarga dan juga rakan-rakan yang tercinta.  Bermula dengan juadah pembuka selera hingga ke juadah pemanis mulut. Menu utama di sini adalah Kambing Golek dan Kambing Bakar! Sedang tulis je pun , dah telan air liur.. Keh keh keh :P


Hah nampak tak bini aladin senang menanti korang kat dihadapan  Club House ni. Apalagi cepatlah mai...

Iftar Bufet Makan Malam

Tarikh : 6 Jun-5 Julai 2016
Masa : 6.30 petang -10.00 malam
Lokasi : Golfer's Terrace , Club House

Harga Promosi 
( Tempahan Awal sebelum 10 Jun 2016)
RM 48 Dewasa RM 38 kanak-kanak

Harga Biasa
RM 68 Dewasa RM 48 Kanak-kanak

Tempahan Awal 
( 5 hari sebelum tarikh datang)
Golfer's Terrace  ext 88865
Isnin -Ahad ( 10 pg-6 ptg)

Tel no : 06-552 0888
Website : www.afamosa.com
Alamat : Jalan Kemus , Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah , Melaka


Hah.. mummy port yang senang nak ambil makanan yang banyak dan banyak.. Esoknya bangun pagi pewott buncitt! arghhh tetiba stress! Aku dah gemoks!! hahahhaha :P


Suasana kat Club house ni cozy je.. Mummy suka.. hero kecik pun suka



Menu-menu yang disediakan :-


Rojak buah-buahan dan pelbagai jenis jeruk
( Ulam-ulaman serantau , Pecal parit Jawa dan Kerabu  Ayam Berulam Keledek dll)


Home Made Fusion Bread Counter
( Assorted Bread Loaves & Roll , Grissoni Stick  & Lavash , Sticky Rice & Rendang Bread dan lain-lain )

Panggang dan Grill
( Otak-otak , satay,  Lamb Chop , Charcoal Grilled Chicken dan lain-lain) 

Ada kambing golek.. Tergolek-golek perut mummy nak hadam kambing ni.kikiki :p

Ni ni hero kecik ambilkan untuk mummy.. Yum yum! Mummy suka kupang tu..sedap!

Incredible India
( Chicken Manja Kolambu , Meen Kolambu , Baigan Bharta & Dhall)

Ni Roti Nan ngan Kambing Bakar.

Tradisional Kampung Cuisine
( Nasi Tumis Kari , Ketam Kari Kandar, Ayam Rendang Minang Hijau dan lain-lain)

Nasi Ayam ..Nasi Ayam..lai lai lai

Dessert Station
( Chocolate Fountain dan pelbagai jenis pemanis mulut)

Coklat Fountain tu memang menggoda jiwa. Station yang paling banyak kali mummy dan hero kecik ulang alik.. keh keh keh :P kejap amik stawberry ngan coklat, pastu laici ngan coklat , pastu  marshmallow ngan coklat..erkkk pengsan!

Pilih je yang mana suka...lalallaa

Laici Coklat..yum yum


Dessert again...

Ole-ole dari pihak A Famosa.. Thank you!

Bukan itu sahaja , setiap tetamu  yang hadir untuk bufet ramadhan ni berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah keseluruhan RM 1300. Apalagi cepatlahh booking. Nikmati saat-saat berbuka puasa selama sebulan  ni dengan orang yang tersayang di Bufet Ramadhan A Famosa ni. 

Thanks for Reading! Wassallam

16 comments:

  1. Camne nak diet ni mummy... Semua sedap2... Iskksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah! Tu lah pasal.. mengembang semangkuklah mummy! hheheh :)

      Delete
  2. Laici dgn coklat? X pernah lak rasa... Leh try ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa Hero kecik yg amik kan.. Sedap! Nanti jgn lupa try ok.. :)

      Delete
  3. dengaq kambing ja dah geram.. dengan nama mummy lagi lah... selalu tinggai kite... nangessss

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh keh keh.. ala-ala jgn la majuk meh sini mummy belanja gambo kambing na.. kikiki :p

      Delete
  4. roti nan dengan kambing bakar? wah sedap tuu

    ReplyDelete
  5. palinggg suka yg choc fountain tu. kite geng la mummy!

    ReplyDelete
  6. wahh berbaloi byr semua nampak tempting ke sbb puasa semua nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu memang sedap . tp sebab bulan posa sedap tu makin bertambah la.. penambah selera.. hehhee

      Delete
  7. fuhh..dah pergi buffetramadhan ada cabuatan bertuah lagi? mmg menarik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn untunglah siapa yang dapat cabutan bertuah tu..

      Delete