Thursday, 9 June 2016

Kisah berbuka di Ramadhan ke 3

Assallamualaikum... 

Erkkk Alhamdullilah. Selesai sudah berbuka puasa dihari yang ketiga ni. Hari ni kitaorang berbuka puasa kat luar je, melayan hero kecik. Ikutkan mummy lebih suka makan kat rumah sesimple yang bole. Best! 

Kononnya hero kecik nak cari Maggi Remen Korea tu la .. Ngidam katanya. ni semua salah viral media sosial la ni.  Tapi maggi tak dapat, dapat dua buah buku cerita hantu peberet hero kecik. Pengsan! Almari dah penuh buku. Mana lagi nak dia susun buku-buku tu. Adeh. Ni pun sunyi seketikalah kat rumah, ada budak tu dok pulon habiskan baca buku dia . Selagi tak habis, selagi tu la hadap. Oh Amannya dunia sambil taip entry. Keh keh keh :p

Kunun-kununnya lepas beli maggi tu , plan nak tengok wayang . Sebab arini hari Rabu, special price kununnya. Tapi bila tengok ada Filem " Warcraft " launch esok terus tak jadi. Terawih pun kelaut jugak arini.. Ingat bole buat-buat lupa apa yang dijanji pada hari rabu.. tapi tak. Di tuntutnya bagai tak cukup tanah. Huaaa mak tak dapat lari nyahhh! Apa la nak jadi ngan hang ni Julia, melayan anak je keje nya.. huhuhu

Disebabkan tak dapat apa yang dihajati, teruslah masuk Tony Roma's sampai waktu berbuka.  Sejam jugaklah kitaorang menunggu tuk berbuka. Kematu buntut! Biasalah hero kecik bukan suka shopping-shopping ni, so masuklah dulu order makan. Tapi suh hidang dekat-dekat waktu berbuka.  


Ni lah menu untuk hero kecik. 
Dah bagi menu sibuk jugak nak tengok menu mummy.. Adoii!
Banyak jugak pilihan untuk hero kecik ni.. Tapi biaslah hero kecik.. ermmm

So orderlah apa yang patut. Mummy pun order , apa yang bestnya..  Mummy order main dish , hero kecik dapat free makan. Wow syokk tu!  Cuma kena beli air je la. Dessert dan kurma pun free.  Menu free tu sekali ngan kertas games tuk kanak-kanak. Ingat dapatlah dihabiskan games tu dalam sejam. Ciss tak sampai 5 minit siap. T_T  

Waktu ni phone mummy kat tangan dia aje. Phone dia pandai tak bawak. Charge Battery kata nya.. Pandai sangat!

Nasib baik kat sini ada Free wifi , selamat data mummy, sebab hero kecik nak layan you tube.. gossip Emma Maembong ngan Zizan Razak.. Perghhh macam mak mak sungguh hero kecik ni. Mummy pulak kena tanya the lastest gossip Emma Maembong kat dia. Lagipun mummy ni bab gossip-gossip ni kurang minat sikit. huhuhu

Lepas order tu ni ..  tu ni ... kitaorang pun layanlah Youtube. Erkk bosan doh! Pastu hero kecik terbalik kan kertas tu dan mula melukis. Dilukisnya muka mummy macam orang ntah-ntah apa ntah, mood sabotaj la tu. Tapi bila tang muka dia ada ke patut dia lukis muka dia kacak-kacak. Ciss ini tidak adil, tidak adil bagiku... lalalalaa Eh! Terfeeling sat!


Dah ok ok nak posing tetiba ada satu waitress tu kejap kejap tengok hero kecik. Disebabkan malu dan dah hangin macam ni lah rupa gambar yang di snap! ermm Masam macam Thousand Island!

Kat kertas tu ada lukisan muka dia.. tapi tak berapa nak terang sebab pencil yang diberi warna merah. Yang kat sebelah lukisan dia, ada lukisan mummy.. tapi sebab di dah lukis mummy macam cik ponti.. so takyah la tayang kat sini na..hahha :p

"Mummy punya deria rasa dah hilang ea? "
Tu la yang diungkapnya  bila makanan-makanan yang diorder  tiba dan dia makan .. 

Hero kecik memang tak suka cheese.. Tapi Chicken Tenders yang diordernya sampai bersama thousand island.. perghhh masam la muka, macam merajuk pun ada. Adoiii! Tapi dia dah tertuang pukak Thousand island kat atas chicken Tenders pun., adoii disaster disaster...  last last dia makan jugak setelah mummy kais -kasi Thousand island tu.. Padahal mummy rasa sedap je ngan portion yang besar tu. Tapi apakan daya lain orang lain tekaknya.


Chicken Tenders  yang diorder oleh hero Kecik. Yang ni free untuk kids .

Tak suka suka , habis jugak termasuk yang dalam pinggan mummy. Sambil makan sambil ngomel. Staff-staff kat Tony Roma's ni pun dok sengih-sengih tengok gelagat hero kecik. Harapkan ajer muka hensem tapi perangai kalah mak nenek.. Opsss! hahahhaa :p Matiklaahhh mak kalo dia baca ni.. hehehe :p 


Ni mummy punya Chicken Valley with rice. 
Rice tu boleh pilih nak brokoli ker, mashed potato ker.. banyaklah pilihan..  

Kat Tony Roma's ni kos makan berdua RM 80 menggunakan free voucher yang diberi aritu. Selamat makk.. Walaupun banyak free.  Bole tahan jugak harganya kan. Last sekali dapat FREE  French Bread.. Hero kecik cakap .. 

" Mummy roti ni baru keluar dari peti ais ea..."  
hahahaha.. 

Serius waktu ni rasa macam nak gelak berdekah-dekah dah. Tapi ku tahan labuuu.. Terpaksa la mummy explain roti ni selalu mummy bakar je bubuh topping butter + garlic . Tapi kat sini dia bagi macam tu je. So tak berapa sedaplahh.. melopong kejap mendengar penjelasan mummynya. 

Actually hero kecik ni memang tak suka western melainkan Lamb Cop dan juga Chicken Cop. Dan pastikan semua takde cheese. Kalo tak dia kata dia gatal-gatal  dan pening kepala nanti. Tapi mummy tengok ok je. Propa la tu.. hahahah :p .


Senyum jugak lepas makan.. lepas makan masam! eeee

Akhir sekali  hero kecik ulang balik soalannya.. 
" Mummy ni dah hilang deria rasa ea.. tempat apa ni mummy bawak Adam ni " 
dengan muka curious dia ulang dan ulang.. Adoii la anak.. 

Pengajarannya sila jangan bawak orang atau anak-anak korang yang tak suka makan western  kat tempat western  sebab dia akan tanya dan terus tanya soalan pelik-pelik macam ni sehingga korang tak mampu nak jawab balik.  Malahan dia akan komen setiap menu yang tiba ,  mengalah ketua-ketua chef dalam Master Chef tu. Pengsan! Walaupun waktu korang rasa memang sedap gilerr makan kat situ. kannn

Thanks for reading! Wassallam.. 

Autopublish 9/6/2016 12.00 AM



26 comments:

  1. Hahahah adoyaiii gelak besar baca keletah si hero kecik!
    Hero kecik bukan tekak western la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. tulah banyak songeh bawak dia.. penin mummy..

      Delete
  2. hahahaah..Adam2... dah tak kena selera, banyak lah komen kan.. kan dia dah pandai masak sekarang.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sejak dh pandai masak lagi.. komen berjela aje.. jenuh nak pasang telinga dan pasang tekak.. kikiki :p

      Delete
  3. Nasib baik hilang deria bukan hilang ingatan... Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan SS.. tak jumpa jalan pulang kang.. hahahaha :p

      Delete
  4. Roti kuar peti ais tu kelakau... Ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn suka suka hati dia je nak buat kesimpulan.. adehhh..

      Delete
  5. hahaha hilang deria gtuh , bijak si kecik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saja je dia.. buat penaya mummy dia..

      Delete
  6. Hahahah comel aje diorang ni. Macam macam soalan ditanya nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la naik penat dah jawab soklan.. kalah exam ni

      Delete
  7. selamat menyambut bulan ramadhan mummy julia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Ema.. Selamat menyambut bulan ramadhan jugak.. :)

      Delete
  8. hero kecik nk mkn maggi Ramen Korea tu? leh geng ngan Auntie JM lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sibuk nak cari maggi remen.. tapi sampai la ni tak jumpa2.. huhuhu

      Delete
  9. hero berdua tu dah mula berpuasa eh mummy..adik2 sado tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa dah start puasa dah.. tapi tulah maintain sadonya.. kikiki

      Delete
  10. kih kih kih..hambek sekali hero tu komen..kuar peti ais tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh suka -suka dia je nak komen.. pengsan mummy!

      Delete
  11. boleh tahan gak hero kecik nye selera..so mean pas ni tak leh masuk lagi Tony Roma's tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bole tahan.. cerewet yang aman. Nampak Tony Roma dh black list buat hero kecik.,eee geram betui la

      Delete
  12. boleh tahan gak hero kecik nye selera..so mean pas ni tak leh masuk lagi Tony Roma's tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bole tahan.. cerewet yang aman. Nampak Tony Roma dh black list buat hero kecik.,eee geram betui la

      Delete
  13. chef juri masakan ni... hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. pening kepala mummy dok melayan dia sorang.. hehehe

      Delete