Sunday, 19 June 2016

Nota Chenta untuk Abah

Assallamualaikum...

19 Jun 2016 ( Ahad) .. Hari ini hari Abah tau! Korang tau tak? Seperti makhluk-makhluk lain dimuka bumi ni.. aku pun tak terlepas nak wish jugak hari Abah kat abah aku.. Tapi takdelah nak update kat Media Sosial sebab abah takde facebook , instagram ker dan lain-lain lagi .. kalau update pun, dia nak tengok pun melalui FB  adik aku.. Nadia. Tu pun aku tak berapa nak yakin dia nak layan benda-benda macam ni. Kalau mama tu okay lagi. Tapi aku tulis la sikit Nota Chenta tuk abah kat sini sebagai kenang-kenangan. 

Abah suka borak dan abah juga suka buat joke. So dengan bill unlimited ni boleh lah aku berboraklah sakan  dengan abah arini. Tapi Unlimited Lah sangat sehingga  hero-hero aku datang mengacau. hahahha. Biasalah aku kan mak dan aku jugaklah bapak.. memang senantiasa menjadi mangsa hero-hero . 

Abah.. 

Abah memang suka layan borak. Hal anak-anak memang selalu dia titik beratkan.  Dari hal kerja sehinggalah ker hal personel . Abah ni memang  prihatin orangnya. Tak suka tengok anak-anak susah. Tapi tu lah anak-anak , suka sangat buat benda susah. Kan abah kan..hahhaha #jari telunjuk satu ke depan, empat lagi tunjuk ke diri sendiri.. 

Aku dan abah

Waktu aku kecil ...

Sebagai kanak-kanak yang menghidap asthma , aku ni memang suka berkepit je dengan abah sebab dengan abah , aku boleh berdukung memanjang. Hahahaha Abah kan sado! Aku pulak memang sentiasa lembekkan badan. Cian Abah....Nasib baik aku dulu badan macam papan lapis, kalau badan macam kayu balak seperti sekarang tak tau lah apa nasib abah aku ...hehhee

Pernah tak korang dengar.. Kalau anak pompuan ni waktu keciknya mesti manja dengan Abah. Macam tulah aku. Semua nak Abah!  hahahha :p Dasar anak manja tak sedar diri.. kikiki :p

Zaman sekolah rendah 

Aku ni kira kememe orangnya .. asal kena usik je mesti aku akan bilang " Nanti aku balik , aku report dengan abah aku " hahahha.. Tu pun hasil maklumat dari kawan-kawan sekolah rendah dahulu.  hahaahahhaha.. Lolaq sungguh perangai aku dulu- dulukan...


Zaman Kolej

Aku ingat lagi .. waktu aku belajar , aku bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya. Sanggup diberinya kad ATM BSN dia  ( Duit Pencen) untuk aku bayar yuran dan duit belanja kolej. Habis macamana Mak ngan Abah nak belanja kan... huhuhu #hatikenakuat Tapi berapa sangatlah duit pencen abah tu dulu-dulu, takat lepas bayar yuran kolej je. Namun waktu tu aku rasa dah bersyukur sangat-sangat.

Bila tak cukup aku diamkan aje, sanggup aku keje part time kat kedai seluar jeans untuk tampung duit belanja. Tapi ni rahsia tau. Kalau dia tau, matiklah aku kena cincang. 

Abah selalu pesan biar abah yang susah tapi anak-anak jangan..  T_T  Zaman belajar dulu aku tak de lah semewah kawan-kawan aku.. Boleh beli je apa yang dorang mampu. Makan pun kadang -kadang aku sita perut. hahaha bole tak ayat macam tu..  Kalau nak beli barang-barang untuk study ( graphic kan barangnya mahai2 tu ) aku diam je... malas nak mintak abah. Sanggup aku tebalkan muka dan pinjam dengan kawan-kawan yang lain.. Memang besar pengorbanan abah. Terima Kasih Abah..

Tapi dalam lembut-lembut abah dan manja -manja aku.. Abah still  tegas orangnya.. bukan takat tegas malahan garang weiii..! Sekali dia gulung newspaper dan ketuk lantai.. bersepah kitaorang adik beradik lari nyorok dalam bilik.. hahahha Tau Takut!! Tak kira la kau manja tahap gaban ker apa? Salah tetap salah. Hukuman harus diterima.. hahahah :p

Huish terlampau banyak memori aku dengan abah. Tak tertulis! Tengah taip entry ni pun hati rasa sayu je.. uhuhuhu.. Along sayang Abah! Maafkan along abah .. Along tak mampu kasi hadiah setinggi gunung namun Along akan cuba memberi kasih sayang tak berbelah bahagi.. Insya Allah. 

Abah.. 

Along ingat lagi waktu abah sakit dulu.. Hati rasa tak keruan, sebab abah tak pernah sakit, sekali abah sakit terus masuk hospital. Waktu tu berdesup along drive bawak kete balik kampung dari Melaka ke Penang. Waktu tu aku dah tak fikir apa dah..Hanya nak balik cepat jumpa abah. Terlintas juga  kat kepala ni , kalau bos tak izinkan cuti... along berhenti keje je terus.. ( Padahal bos tak lulus cuti lagi aku dah cabut balik) Arghhh lantaklahh orang nak kata apa.. Abah dan mama tetap berada ditangga teratas dihati Along..  

Waktu sampai kat hospital tu abah dah sedar.. Abah macam biasa bergurau senda seperti biasa. Pandai abah sembunyikan rasa sakit , asal anak abah ni tak susah hati. Waktu tu, Along memang tak bole tengok langsung muka abah.. rasa macam air  mata ni dah macam air terjun , deras.. ! Waktu tu abah ada cakap " Ala Along tak yah risau la, Abah okay je.." Sambil membuat aksi sihat  yang mencuit hati.. Abah memang kuat! Tapi Along tahu Abah dah tak sekuat dulu. Apatah lagi Along kena temankan Abah mandi, temankan abah makan, siapkan baju abah.. Along sayu sangat! Tapi kan Abah memang cekal.. Along harap tu kali terakhir Along tengok abah terlantar di katil hospital. Along sentiasa akan doakan kesihatan Abah.



Sayang sangat!

Along sayang Abah sangat-sangat sebab Abah "Marka" pertama Along ! Moga Abah sentiasa sihat, bahagia dan ceria seperti selalu. Nanti Along balik kita makan durian sama-sama okay dan abah jangan lupa doakan anak abah yang sorang ni terus cekal meneruskan kehidupan yang  makin goyang ini. Adakalanya Along memang tak kuat  untuk menghadapi orang sekeliling yang tak pernah mengerti tapi setiap kali dengar kata-kata hikmah dari mulut abah, seumpama satu energy baru akan muncul.Terima Kasih Abah ! Tak terhingga jasamu... T_T

Sayang Abah!  Selamat Hari Abah. I love U, Abah to the moon and back!

Wassallam

23 comments:

  1. Alamak... nak nangis jugak.. yes ! abah is daughter''s first love...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgn la nangis.. yup abah is my 1st love..!

      Delete
  2. i love too abah ~~ *sibuk kat entri orang.. muhahaha*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee.. takpe abah siti pun jawab love u tooo..!

      Delete
  3. sedih pulak baca nota mummy ni,abah2 mmg gitu dia xnak tunjuk kesusahan kesakitan dia kat anak, kalu boleh nak tgok anak senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. abah sanggup berkorban apa saja asal anak bahagia..

      Delete
  4. Bergenang pulak air mata ni. Huhu. Abah kan segala galanya untuk anak perempuan. Selamat Hari Bapa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah tisu.. lap ciked. Kannn abah adalah pedamping terhebat tuk abak pompuannya..

      Delete
  5. :(

    Abah memang selalu jadi hero and boyfriend paling ohsem :)

    ReplyDelete
  6. nanges.

    pasal tu saya tak pernah tulis any entry ttg mak abah...

    nanti nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah tisu!

      Tulahh sometimes kita kenalah tulis.. sebagai tanda penghargaan untuk abah.. coz abah is the best! walaupun tulis penuh dgn tangisan.. huhuhu :((

      Delete
  7. sedih, nak nanges...jasa abah akan dikenang sepjg hayat..

    ReplyDelete
  8. Mummy ni anak bapak lah kiranya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugakkk... tapi abah cakap semua pun anak abah... hehehee :)

      Delete
  9. Touching la baca,...pengorbanan seorang ayah :)

    ReplyDelete
  10. alahai sedih la baca ... sbb sy dah tak ada abah dari darjah 5 :(~

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok org lain daftar masuk asrama, daftar masuk uni ada abah kat sebelah

      Delete
  11. ekin bulan 6 aritu 2 kali buat ucapan untuk aboh hihihihihi... selamat hari bapa dan selamat hari lahir

    ReplyDelete