Thursday, 16 June 2016

Resepi Gulai Ikan Keli Mummy

Assallamualaikum...

Adoi bulan-bulan puasa ni tekak memang tak boleh diduga akan kehendaknya kan. Begitu jugaklah tekak mummy.. Teringin itu.. teringin ini .. hhahha Kalah orang yang mengandung sembilan bulan seploh hari tu kan kikiki :p Kali tetiba rasa nak makan  menu masakan utaqa pulak..

Ehh lupa lak nak tanya , korang masak apa tu?  ke masak kat Pasar Ramadhan. Ala takpe ... kadang-kadang tak semua orang ada masa nak masak.. terkejarkan itu , terkejarkan ini.  Mummy ni nama je balik pukul 4.30 ptg tapi start masak pukul 6.30 ptg jugak... hhahahahha  Dasar muntut berat! :p

Ni hah! dah masuk ramadhan ke  yang ke seploh baru dan nak up entry resepi makanan. Yelahh makan kat umah secara ala kadar je.. Malas betul nak makan kat luar bulan-bulan puasa ni. Dah la ada mamat sorang kat umah tu yang kaki komen. hahha 

Lagi seronok dok kat dapur , keletang keletung bermain dengan periuk belanga. Hasilnya pula dijamu untuk yang hero-hero kaki komen. Berselera pulak tu... Haii berbunga-bunga lah hati ni kann... Sapa yang jadi mak confirm akan tahu rasa apa tu.. :D 

Semalam mummy masak Gulai Ikan keli  selain tu ada jugak  menu sampingan yang lain.. ada beli kat pasar ramadhan depan umah dan ada jugak dimasak sendiri . Tapi disebabkan hero-hero suka ni kita menu ni kita tulis resepi kat sini. Senang nanti dorang dah besar refer entry ni .je.. Keyword : Gulai Ikan keli Mummy..hahahaha :P


Resepi Gulai Ikan Keli 

Serbuk kari baba's ( 1 peket daging + 1 paket ikan- dicampurkan)

Tumis ( bawang merah, halia (ditumbuk)
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga , biji ketumbar dan adik beradiknya yang lain) 

Ikan Keli 6 ekor ( kalau besar belah dua takut periuk tak muat) hehehhe

Bendi 6 biji ++ ( amik saiz yg kecik atau muda )

Kelapa parut sebiji ( Perah dan ambil santannya)

garam secukup rasa

Sedikit minyak

Cara memasaknya

Panaskan periuk , kemudian masukkan sedikit minyak, masukkan pula bawang, halia, kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih , biji ketumbar , Buah Pelaga . Goreng sehingga naik kekuningan dan naik bau harum rempah tu. Kemudian masukkan serbuk kari tu. Gaul sehingga rata baru dimasukkan santan. Kemudian  masukkan air . Kacau  sehingga ianya pecah minyak. Bila dah mendidih masukkan  ikan dan juga bendi. Biar kan ia mendidih dan masak. Tapi kalau ada sesiapa ada daun kari bolehlah ditambah menaikkan lagi aroma masakan tu..Eh jangan lupa letak garam secukup rasa ok.. 

Siap!

Ops jalan lupa korang rasa bulan -bulan puasa ni.. buat sesiapa dah serasi kat dapur tu especially mak mak , amik aroma je dah tau, cukup garam ker tidak.. Biasalah mak mak kan selalunya ada magic.. hehehee .. 

Thanks for reading! Wassallam

20 comments:

  1. ikan sembilang tapi resepi guna ikan keli.. sama ea mummy ?? hik2 *larikk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit mummy dah betulkan lahh.. adoiii budak ni..babab kang!

      Delete
  2. Hari ni ibu Nani masak ayam percik. Hehehe. Sedapnya gulai. Selalu kat rumah ni ikan keli buat goreng berlada ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sedapnya... Ikan Kelu goreng berlada pun sedap gak tu.. Yummy!

      Delete
  3. pernah makan ikan keli goreng jah hihihihi kari tak pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan Keli goreng memang peberet kitaorang pun.. tp sekalu sekala buat ikan kelu gulai pun sedap gak.. hehehe :)

      Delete
    2. ikan kelu tu apa mummy hahahahha

      Delete
  4. pergh tengok dari warna kuah je dah tahu ni sedap.. menarik2..

    Blogwalking sini, jom baca article seo ini

    Tip SEO Cara Mudah Bina Tajuk site...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tengok kuah je dh tau sedap ea.. Tq Tq.. hehehe nanti leh try na.. :)

      Delete
  5. serbuk kari ikan + daging..huhu..sedap ni..bila makan bubuh kicap..kasi banjir itu kuah..perghh..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh makan ngan kicap ea.. tak pernah nanti nak try la makan mcm tu.. hehehe :)

      Delete
    2. Yes mummy... kari kuah banjir... buh kicap... sedap oiiii....

      Delete
    3. wahh nanti mummy nak cuba laa.. macam sedap je bunyinya.. :)

      Delete
  6. hamboi Mummy 6.30pm baru start masak. pantas betoi bersilat kat dapo tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. suka makan panas2 dan fresh2 dr kuali yg lmbt2 masak.. siap masak ngam2 azan.. hehehehe :) Bukan takat silat , kung fu, karate semua kluaq.. hahaha

      Delete
  7. murni tak makan ikan keli..tapi murni tau resipi ni mesti sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tak makan. Nanti try try la cuit. Insya Allah tak lama lagi confirm jatuh cinta.. hheheh :)

      Delete
  8. Kita pun 630 baru start masak... hihihi...

    ReplyDelete