Saturday, 18 June 2016

Resepi : Kek Coklat Kukus

Assallamualaikum...

Hari ni semua takde mood nak berbuka puasa aka dah takde idea nak makan apa. Kebetulan pulak arini dok sibuk mengemas rumah tetiba.... terjumpa pulak saki baki bahan-bahan buat kek aritu.. Apalagi laju je tangan ni menulis bahan-bahan tuk buat kek. 

 

Sebelum ni pun hero-hero ada gak request nak makan kek coklat. Tapi disebabkan kemalasan mummynya.. mummy beli je bagi anak-anaknya makan. hahahah kejamkannn ! :p

Mummy tanya gak hero-hero ni nak makan apa.. dah semua tak nak makan nasi so mummy tanyalah budak kuat komplen yang tengah demam teruk tu .. boleh tak makan kek coklat. Dia on je.. " Hero kecik cakap " kalau kek coklat Kita lalu makan kot" ehh.. bole pulak gitew.. hahaha . Times makan bole timbang-timang air ea tekak tu.. kikiki

Hero besaq tak yah cakap.. pucuk dicita ulam mendatang.  Yang sorang ni lagilah hantu coklat. So masaklah mummy ngan bahan-bahan yang ada . 

Resepi Kek Coklat Kukus..

Bahan A 

1 Cawan Susu Cair ( mummy pakai mug je sukat)
1 Cawan air 
1 Cawan mentega Cair ( mummy panaskan dulu bagi cair - pakai 1/2 butter 250gm tu)
2 Cawan Gula Perang

Bahan B ( Kacau bagi rata dan ayak )

2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 Sudu Teh Baking powder
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat

Bahan C ( Dikacau rata bagi sebati)

1 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanilla

Topping Coklat ( Double boil)

1 Cawan Susu Pekat
2 Sudu makan serbuk koko
2 Sudu makan mentega
atau
1 Peket Coklat  cadbury / Van Houten dll ( Cairkan)




Kek yang telah siap dikukus .


Cara membuat Kek

Panaskan kukusan ( api kecik sudah)
Kacau Bahan A didalam mangkuk besar supaya rata dan sebati

Ayak bahan Bahan B  dan masukkan ke dalam bahan A  dengan perlahan. Kacau sampai rata.

Bahan C dipukul dengan garlu dan masukkan ke dalam mangkuk besar tu. Kacau supaya ianya tak berketul-ketul.

Lapik loyang dengan kertas mahjong dan ratakam lapik tu dengan mentega supaya tak melekat nanti. 

Tuang bahan kek tu kedalam separuh loyang supaya nanti dia kembang tak melimpah.

Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil bagi mengelakkan kek pecah.

Cara membuat topping coklat

(Masak menggunakan teknik doubel boil)

Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau rata. 

Panaskan dengan api yang sederhana  dan kacau sehingga sebati . 

Masukkan mentega fan kacau  sehingga sebati lagi.

Tunggu sehingga kek sejuk dan dituangkan coklat keatasnya..

Siap!!


Apalagi jom makan dengan Ice Cream Vanilla.. Yummy! 

Seronok tengok hero-hero makan.  Terlepas hajat nak kek coklat mummy masak. hehehe. Senang keje mummy tak payah masak macam-macam menu makan kek je dah kenyang. Tapi standby gak nasi, tapi tak laku. Simpan tuk sahur je la nanti. 

Muka ada happy jugak posing ngan kek coklat peberet! 

Thanks for reading! Wassallam

19 comments:

  1. Nampak sangat menyelerakan..! Reen singgah sini sambil follow. Follow Reen? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Thanks Maman...

      Done follow!

      Delete
  2. Ehem....nasib baik dah buka pose :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. sib baik kannn... kikiki

      Delete
  3. menggoda sungguh.. hehehe

    jemput join GA :)

    http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_97.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe.. Macehh ni..

      Nanti mummy pi jenguk na...

      Delete
  4. wah. nampak sedap.

    boleh buat jual ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehee YUmmy!

      Tak kuasa mummy.. makan sendiri sudah. Takut nanti terbalik dapur tu.. :D

      Delete
  5. hoi mummy. cap cap cap. merenjis air liur. boleh pos tak ? =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee... bole bole takut sampai bekas dah kosong la sbb posmen dah ngap! kikiki

      Delete
  6. ha ha ha..sib baik ada coklat kek dalam peti ais ku.
    nak g beli ais krim lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... sila sila makan ngap ice cream memang sedap! yummy!!

      Delete
  7. nampak sedap nanti boleh cuba resepi kek mummy ni...

    ReplyDelete