Friday, 3 June 2016

Safari Wonderland A Famosa

Assallamualaikum...

Alpaca? Apa Alpaca ni?? Alpaca ni merupakan sejenis haiwan yang penempatan asalnya di Amerika Selatan. Terdapat dua jenis Alpaca , Suri Alpaca  dan juga Huacaya Alpaca. Alpaca dewasa mempunyai ketinggian antara 80-100 cm dan mempunyai berat antara 50-90 kg dan mampu hidup sehingga 20 tahun. 

Hi sayalah Alpaca tu.. Comel tak saya? hehehe :D

Mestilah comel kan... 

Hah! kenapa mummy cerita pasal Alpaca ni, sebab dorang comel sangat okay. Mummy dah tengok tau! Lepas ni tak yah susah-susah beli tiket flight nak tengok Alpaca ni ye kat Amerika tu. kenapa ? sebab kat Melaka dah ada Alpaca ni. Yahooo... !!

Safari Wonderland A Famosa 

Harga tiket termasuk Set Lunch

Weekday  
Dewasa RM 56 , Kanak-kanak RM 43

Weekend

Dewasa RM 59 , Kanak-kanak RM 57

Masa lawatan 
10.00 pagi - 6.00 petang


Yeahh! We are ready to explore. Tapi ada budak sebelah mummy tu sangat tak sabar. 
Cepatlah cepatlah. hehehe

Sebelum tu jom tengok peta dulu, kalau tak nak tengok peta ni, 
bole pergi ambil di kaunter peta Safari ni dalam bentuk flyers. Senang boleh usung ke hulu dan ke hilir.

Mula-mula kita bagi makan kat Binturung dulu ni ye.  

Sebenarnya terdapat pelbagai tarikan yang ada di Safari A Famosa ni selain Alfaca . Kita juga dapat mengembara sambil belajar tentang asal usul, habitat, cara pemakanan dan pelbagai lagi tentang haiwan ni. Sebab kat sini terdapat hampir 100 spesis haiwan yang bole kita lihat dan kaji. 

Terdapat pelbagai show yang diadakan oleh pihak Safari seperti Elephant Show, Multi Animal Show , Colours of The Birds Show dan Wild wild West Show. Seronok kann.. kan .. kan.. Tapi waktu mummy datang, kitaorang hanya sempat tengok Binturung dan beberapa haiwan dalam Safari ni je sebab datang petang.. Sob sob sob ruginya! Kalau datang pagi-pagi mesti pelbagai show dapat kitaorang saksikann.. Huaa nak pergi lagiii.. 

Bukan itu sahaja , dengan menaiki truck yang disediakan kita akan merasai pengalaman yang cukup mengujakan . Yelahh kita dapat melihat sendiri haiwan-haiwan tu dengan jarak yang cukup dekat sekali. Wow teruja tak? hehehee . 

Macam nilah suasana di dalam truck. Selalunya haiwan yang kena kurung tapi kali ni kita pulak yang kena kurung . Rasakan kamu! So sewaktu dalam truck ni janganlah pulak dihulur-hulurkan tangan atau sebagainya.. jangan nanti pergi 5 jari balik 2 jari..keh keh keh

Ni la rupa truck yang kitaorang naik tu.. Berpagar atas bawah, kiri, kanan, depan belakang ..hahahha Ni manaya penjara bergerak. :P

Mr Chong yang memberi penerangan sewaktu kitaorang datang melawat. 
Pelbagai haiwan yang mummy dan hero kecik jumpa waktu kat Safari ni.. Antaranya

Rusa

Lembu berstokin Putih

Apa pandang-pandang hah!

En. buaya sedang minum petang. 


Singa dan pasangannya..Eh!

Waktu ni dah ada kat kawasan tiger. Tunggu punya tunggu takdelah pulak dia posing atas truck ni. Kalo tak memang cun giloslah! hahaha

Tiger sedang diberi makan. Ngap!

Hah! dekat kan..Dekat sangat,. Sampai truck belakang kitaorang ni dingap bumpernya. Nasib ngap manja-manja. Adoii!

Bluekkk.. I dah kenyang.

Letih je tengok Seladang ni.. Puasa ganti kot..!

Masing-masing yang duduk dalam truck ni dengan wajah teruja.

Selain Alcapa , Hippopotamus juga menjadi salah tarikan terbaru di A  Famosa ni.  Saiznya yang besar dan  merupakan  haiwan bermamalia herbivor yang berasal daripada Sub-Sahara Africa membuatkan perasaaan teruja mummy dan hero kecik melihatnya. Kat A Famosa ni ada dua ekor hippopotamus .. satu jantan dan satu lagi betina. Comel je. Siap malu-malu cat lagi bila kitaorang kerumun dia  nak amik gamboo.. Hahahha. Pemalu rupanya. 

Berat badan hippo ini mampu memcecah antara 1500kg bagi yang jantan  dan 1300 kg untuk yang hippopotamus betina.  Malahan ianya merupakan haiwan ketiga terbesar selain gajah dan juga rhinoceros. Tapi jangan disebabkan sifat malu -malu cat dia tu, korang jangan tak tau hippopotamus  yang berkaki pendek ni mampu berlari antara 30km sejam dan cukup aggresive dan bersifat tidak boleh diduga akan perwatakannya dan tergolong antara haiwan yang berbahaya.


Happynya dia dapat jumpa hippo. Selalu tengok dalam tv , yelah peminat National Geography dapat tengok live. Mau tak happy..hehehe :D

En Hippo sedang diberi upah setelah dipujuk rayu sebab datang dekat dengan kitaorang. Kalau tak memag jauh-jauh dia lari pi berendam.. Pemalu jugak hippo ni kan.. Nak tergelak jugak tengok gelagat hippon sepasang ni. hheehe

Hippo yang ada di A Famosa. Senyum je muka. Dah beramah mesra kan.

Hero kecik sedang memberi makan Alpaca

Sebenarnya seronok pergi Safari ni especially buat korang yang ada anak-anak yang semakin membesar dan penuh dengan perasaaan dan semangat ingin tahu tu. 


Tapi bukan kanak-kanak je happy , mak mak macam mummy ni pun happy sakan. Yelah dapat saksikan sendiri dengan menaiki truck , dimana truck yang dinaiki dilintasi dengan haiwan-haiwan seperti harimau, singa , beruang matahari dan pelbagai lagi haiwan lagi.. Hah! Riuh-rendah sungguh truck mummy , padahal budak-budaknya sorang dua je.. yang lain semua dah tua-tua belaka. hahahaha .. Nampak tak perasaan happy dan bergumbira bukan milik kanak-kanak sahaja okay. kikki.. 

Hero kecik bersama kakak yang sibuk mengusung telur Ostrich dan juga Emo. 
Sempat jugaklah hero kecik tanya itu dan ini untuk menambah ilmu. Nasib baik kakak tu sabo je melayan. hhehehe

Ehh lupa pulak nak cakap sekarang Kat  A Famosa ni tengah ada promosi " Jun Promosi " .. Harga tiket semua bernilai RM 18  hanya pada hari rabu di bulan Jun sahaja.. Apalagi booking cepat!



Untuk sebarang pertanyaan mengenai  Safari dan juga theme park yang lain bole menghubungi :-

No telefon :
03-2781 8888 / 06-552 0888

Website :  

Email : enquiries@afamosa.com

Thanks for reading ! Wassallam..

Autopublish 03 Jun 2016 I 11.30 AM

22 comments:

  1. syok nya baca . mmg informtif sgt. xtahu lak hippo berat gilaaa smpai beribu kilo. kena golek mmg lenyek la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHHAHA... tempat best citer pun bestlah. kann mummy pun baru tau , bila dok baca2 dan kaji-kaji akan perihal Hippo ni.. Lenyek je.. kojol teruslah..hahaha :P

      Delete
  2. murahnya tiket hari rbu. tapi bulan pose. xlarat la nk jalann :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..murah dan berbeza sgt dengan harga asal.. apa takpe la, nanti naik je truck.. hehhe :D

      Delete
  3. hipo tu serius comel mummy, tapi kalau lumba lari ngan saya confirm saya kalah.haha.bestlah g safari gini.lagi-lagi kalau pencinta haiwan cam hero mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoish... kite pun kalah dengan hipo tu even dia berat berganda2 dari kite....

      Delete
    2. Kan Sal.. memang comel sgt plus pemalu giteww... Hahaha Bukan takat Sal..ngan mummy , pun mummy kalah..

      Hero kecik takyah cakap memang excited gilos..cepatlah mummy..cepatlah mummy..hehehe :D

      Delete
    3. Kan Siti memang berat giloss.. bukan ratus2 dah, ribu riban dah berat dia.. hehhee :)

      Delete
  4. penjara bergerak ?? kikiki

    part jari tu yang seriau sikit.. mana tau tertinggal jari kat belakang.. cane nak kutip duit raya.. ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Siti, kiri kanan, depan belakang semua berpagaq.. memang taraf penjara bergerak ni, tapi tuk keselamatan la..hehhee

      Hahahha Tu kalo jari tertinggal memang nangislahh , takleh kutip duit raya..kikiki:P

      Delete
  5. Replies
    1. Hero kecik pegang tanduk rusa tu.. nampak je kecik tapi berat.. hehehe

      Delete
  6. pertama kali dengar nama binatang binturung

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. mummy dah banyak kali dengaq.. sbb selalu pi zoo.. hehehee :)

      Delete
  7. Alpaca tu nampak macam sedap jer kalau buat masak merah , nyam nyam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiiittt.. ada ke patut Alpaca tuk dimasak.. hahahaha .. :p

      Delete
  8. Muka alpaca tu macam burung unta... Leher cam zirafah.. Badan cam kambing... Ahhhh! Jantina dia apa? Ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. oiiitt panjangnya buat analisa.. keh keh keh.. Alamak tak sempat tgk la.. nanti mummy check okay.. hahahaa :p

      Delete
  9. Replies
    1. Tak pun.. Ok je. Macam well maintainance je.. Terbaeklahh! Tak macam pet shop tu.. busuk! hehehe

      Delete
  10. Replies
    1. sekali lunch. tapi puas hati walaupun bayar mahal. best!

      Delete