Tuesday, 14 June 2016

Tempat Menarik di Melaka I 5D Art Studio Melaka

Assalammualaikum...

Siapa yang tak suka datang Melaka angkat tangan?? hahhaha Berani tak suka. hahha :p Mummy babab baru tau! Apatah lagi , Melaka sememangnya terkenal dengan produk-produk pelancongan yang mampu menarik minat sama ada pelancong luar mahupun pelancong tempatan. 

Sebab Melaka ni kecil je saiz je, so dari satu tempat ke satu tempat tu takdelah jauh sangat. Sehubungan itu cukup bersesuaianlah dengan penubuhan Melaka 5D Art Studio ni yang bakal menjadi salah satu daya tarikan terbaru di Melaka. ia ya juga telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2016  yang lalu di Bukit Cina Melaka.

Ruang hadapan 5D Art Studio Melaka. Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan  Capitol Satay Celup Bukit Cina , Melaka .  ( Ni Restaurant Cina.. jangan korang masuk pulak... Restaurant ni pemes tau, kalau nak makan kat situ memang kena beratur panjang sampai tepi jalan, mummy tak makan.. mummy tengok je..hehehe :P) 

Ruang hadapan dan kaunter tiket. Masuk sila bukak kasut okay. 
Rak Kasut ada disediakan.

Melaka 5D Art Studio 

Harga Tiket : 

Ketinggian 131 keatas 
( RM 25 Malaysian -RM 35 Non-Malaysian)

Ketinggian 91-130cm 
( RM 20 Malaysian - RM 25 Non-Malaysian)

Warga Emas 
( 60 tahun keatas dan OKU -RM 20)

FREE
( 90cm ke bawah) 

Waktu Operasi :

Lokasi : 39, Lorong Bukit Cina 
( Bersebelahan dengan Capitol Satay Celup) , 
75100 Melaka.


Salah satu ruang terdapat di 5D Studio ni.. Lukisan 5 dimensi ni melibatkan 5 muka dimensi. Atas, bawah, kiri, kanan , atas  dan juga tambahan props. Barulah nampak real!


Apa itu 5D art ?

" Ianya adalah merupakan seni helah gambar yang dilukis dalam bentuk 5 Dimensi. "

Lukisan-lukisan ini telah dilukis oleh En. Sunny Goh , yang juga merupakan pelukis yang sama , yang telah memperkenalkan lukisan dimensi pertama di Malaysia iaitu 3D Art Exhibition di Ipoh Perak. Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan beliau kini telah membuka lagi cawangannya di Ipoh Perak dan juga Kulai Johor.

5D Art Studio Melaka ini merupakan sebuah bangunan 2 tingkat dan mempunyai 44 ruang yang menempatkan 77 buah lukisan berdimensi bagi membolehkan pengunjung berimaginasi umpama sebahagian daripada lukisan tersebut .  Nampak macam kecil je bangunan ni , tapi lukisan-lukisan yang ditonjolkan cukup memukau mata dan menimbulkan perasaan teruja  untuk berposing sakan . Malahan mummy telah  dibantu oleh kakitangan 5D studio yang seramai  4 orang itu.

 " Cara bagaimana dan dari angle mana gambar itu perlu diambil kita serahkan sahaja pada yang pakar.. " staff dorang la. Malahan kamera mummy tu dekat tangan dorang je, mummy hanya perlu menggayakan aksi bersama-sama lukisan yang ada kat situ. Tak reti jugakkk? Ada gambar yang telah ditampal didinding sebagai petunjuk  cara untuk berposing.  So senangkann.. apalagi jom layan gambar mummy pula na.. Jangan muntah pink sudah..hahhaa :p

hah! ngeri tak..ngeri kan.. padahal mumy  berdiri je kat belakang tu .hehhee Tak kuasa mak nak kangkang luas-luas lagu tu..   I'm not the ballerina hokay! hahaha :P

Terror tak mummy tarik train tu.. Muka selamber badak je.. ehhh bukan selamber meow (Baru comel sikit kann ).. keh keh keh

Kitaorang jalan-jalan amik angin sepoi-sepoi bahasa. Kesian Ah Pek tu, sebab dapat penumpang yang comel-comel saiz badannya..hahaha :p

Kiri : Imbangan badan.
Kanan : Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Tapi kalau dekat sini dibenarkan meniru

Racing dengan En. Dinasour. 

Matik sudah... kena potong 16..



Kiri : Sebenarnya kat belakang dinasour tu hanya dibenarkan sorang je yang naik, tapi bila staff tu tengok kitaorang punya saiz badan ni, dia kata.." Ok bole naik dua orang" hehehehe nampak tak permainannya di situ.hehehe :P

Kanan : Jenuh dok lari dari Abam Badang.. lari lariiiii... 

Ala-ala comeynya anak telur ayam ni.. Ehh bukan , anak itik la..  Sebenarnya terdapat pelbagai angle yang membolehkan korang bergambar sakan kat sini .  Tapi dingatkan sila ikut tanda arah yang berwarna merah dilantai bagi membolehkan aksi-aksi itu kelihatan lebih asli seolah -olah korang berada disitu. 

Sebenarnya banyak lagi lukisan-lukisan 5D yang terdapat disini. Best! Sampai penat la nak cari idea macamana nak posing , selalu dok belakang kamera je.. Eh ye ker..? Macam tak je kan..hahaha :P

Inilah team yang turut serta bagi lawatan mummy ke 5D Studio Melaka. Mummy and the geng  telah disambut dan diberi layanan mesra oleh pemilik 5D Studio itu Catrin  Hoo dan semua kakitangannya. Thanks Uols! Apalagi  buat yang suka posing tu , 5D Studio Melaka ni memang sesuai buat korang. Datang Melaka jangan lupa singgah ok.. Dekat je..!

Thanks for reading! Wassallam

Autopublish 14/6/2016 10.30 am

30 comments:

  1. Thank you for sharing Mummy.
    Ada rezeki kami pi terjah sana pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Sham.. Orait.. hehehe :)

      Delete
  2. wah sonoknyaaa . boleh masuk dalam checklist ni. before due date plan nak pegi melaka =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa Syok Mommy... sila sila masuk checklist. Mak buyong nak jalan2 baik2 ok..

      Delete
  3. wah kat melaka dah ada 5d art...harus terjah bila ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa dah ada Ema.. Apalagi mai sini nanti terjah la ye.. :)

      Delete
  4. cantik2 5d dia,nmpak real sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tulah bezanya 3D ngan 5D.. 5D nampak lagi real.. :)

      Delete
  5. Lama dah Nani tak ke Melaka, macam macam dah ada sekarang. Bestnya mummy jalan jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Nani kat Melaka la ni, dah ada macam2 .. antara larat ngan tak larat nak jalan je. hehhee :)

      Delete
  6. Best jugak kalau dapat bawak anak2 masa cuti sekolah nanti...
    Otw balik kampung gitew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. budak2 mestilah suka., Otw otw tu boleh la singgah., ;)

      Delete
  7. SS tak tahu laa... Till now nape lah SS masih tak bernafsu berahi nak masuk 3d ke 5d ke apa je d lagi ke... Cer mummy pujuk SS pi... Keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la lain orang lain caranya.. mummy kalo pi D D ni tang posing je kekok.. SS bole geng ngan hero2 la.. mcmana ea nak pujuk.. nah lolipop.. hehhee :)

      Delete
  8. Replies
    1. Ni kenapa pulak la nak keluar komen banyak2 kali nihhh...addeehhh

      Delete
    2. hahahhahaa.. kadang2 Tenet ni ngek ngok gak.. takpe layan kan aje.. hahahaa

      Delete
  9. rega ikut ketinggian ??? tetiba rasa macam nak ketuk diri sendri jadi pendekk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah yg terpampang dikaunter tiket. Mummy tulis je.. Ala kira macam dewasa 25 , kanak2 dan warga emas 20 je.. hehehhe :)

      Ala jgn la ketuk , jenuh aihhh nanti mummy nak betuikan balik.. kikiki :p

      Delete
  10. terkezut kite.. ingat mummy kangkang bebetul.. ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. jgnlah terkejut. Kaki mummy pendek je, tak sepanjang tu., hahahaha :p

      Delete
  11. bestnyaaa mummy !!! bila lah nak terjah melaka lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. Nanti cuti datanglah.. :)

      Delete
  12. aduhhh terkejut gambar first tu ingat mummy kankang betul-betuldah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. kaki mummy pendeklah.. :p

      Delete
  13. wowwww..5D pulak..tp memang best tang kangkang kaki tu..murni ingatkan betul td..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan Tertipu Murni.. posing je, kalo nak mcm tu takleh kaki pendek.. kikiki ;)

      Delete
  14. alaaaaaa... tak sempat juga pergi ni.

    dah 2 minggu berturut2 mengulang ke melake ni..

    adei...

    ReplyDelete