Monday, 15 August 2016

Hero - hero dan Bengkel Basikalnya

Assallamualaikum...

Dah lamanya jugak cuti rehatkan. Bukan apa,  penat sangat lately ni, padahal cerita nak menulis tu..nah! bersusun. Nanti pelan-pelan mummy hupdate okay. Tungguuuu...

Ni kisah hero-hero mummy. Hero-hero mummy ni memang terkenal perangai-perangainya yang  lasak dan juga kemunculan idea-idea yang luar dari kebiasaannya. Especially bab -bab berniaga ni. Apa yang dorang tak pernah jual..lego, lukisan, kuih raya dll. Ni semua gara-gara selalu tengok mummy berniaga ni la. Mana tak tumpahnya kuah kalo bukan ke nasi kan.. hehhee :)

Cuma kali ni business dia nampak agak menonjol. Ingatkan hanya sekadar hangat-hangat taik ayam.. Tapi ni nampaknya bengkel ni dah hampir lebih seminggu bertahan. Kadang-kadang tu bila ajak keluar kita pulak dimarahnya sebab dia kata habis bengkel basikal sapa nak jaga. adehhh! Penuh komitment!

Signage asal yang telah mengejutkan mummy setelah balik keje. Mana tak terkejut, rumah tetiba jadi Bicycle Wash! hahhaha :P Siap ada Open dan Close lagi. hehhe

Ni signage kedua setelah diupgrade menjadi bengkel basikal. 
hehhee Lukisan oleh Hero Kecik

Sejak seminggu yang lepas hero-hero mummy telah membuat satu pakatan. Pakatan membuka bengkel basikal depan rumah . Ingat macam biasa je la , kejap bukak pastu tutup. Mula-mula hero kecik buat signage bengkel mencuci basikal  .. customer lak muncul  tak berhenti-henti.. hah! sudah.. Dari kedai cuci basikal dan ke kedai repair basikal. Pak Cik sebelah umah je dah hantar 3 biji basikal.. Ish biar betui anak mummy , hish  reti  ker repair basikal.. musykil kejap! risau mula menguasai diri.

Basikal sedang direpair

Yelah dah bayar kang.. tup tup takleh naik basikal malahan makin rosak, tak ke haru waktu tu.. sapa nak bayar ganti rugi.. mummy dia jugakkk. Tapi masyaAllah, pak cik sebelah umah punya basikal yang telah tersidai berkurun lamanya akhirnya ke jalan tar jua.. hehhee.. Sib baik.. Kalau tak mau bankrap mummynya.

Mummy tak pernah latih atau hantar hero-hero kat mana-mana kelas repair-repair basikal tau . Lagipun yang pandai repair hero besar je.. tu pun sebab dia minat benda-benda macam ni.. hero kecik? dia kreatif dari segi idea, melukis dan cara bagaimana nak menjana duit tanpa modal dengan bijak sekali. Tukang laksana abang dialah. hehehehe. Nampak tak betapa dia pandai memonopoli orang disekitar dia. Dia jadi bos je. hahaha :p

Customer yang datang di sebelah petangnya.

Mana datangnya modal? Duit sekolah yang mummy kasi tu lah. Sanggup ikat perut especially hero besaq.. Duit tu lah yang digunakan tuk beli tiub, gam dan juga color spray tuk sembur basikal atas permintaan. Kalo cuci basikal tu.. semua pencuci / sabun  basuh baju mummy dia angkut.. keje hero keciklah tu. tau tau je bekas sabun mummy dah ringan . hahahah jimat kos katanya.

Cara kira untung rugi dia? Hah  ni CEO ada.. mummy sediakan satu buku lejer. Pastu dorang tulis lah duit keluar masuk, habis niaga.. mummy kirakan lah setiap untung ruginya. Mula-mula haru biru jugak sebab hero besar ni pemurah orangnya.. habis dia kasi diskaun takpun free .. apalagi mengamuklah hero kecik. So gaduh kejap, nasib baik semua settle secara aman. Cuma... hero kecik je suka songlap sehari sehengget nak beli air gas, coke la, fanta merah la, slurpee la.. adoii tapi takpelahh tu je gaji dorang. Sorang pun tak pernah request mintak gaji. Kalo nak beli apa-apa tulis je kat buku lejer.  

Disebabkan oleh tidak mengambil untung yang tinggi iaitu sekadar 50sen , 1.50 sen , RM 2 sahaja, hero kecik telah meletak sebiji tabung bagi memudahkan customer menderma. Katanya boleh buat pusing modal. hahhaa :p

Pekerja ? Buat masa ni ,  pekerja repair basikal sorang je.. gaji 2 minggu 5 hengget! Hah! amacam ada bran.. Ni bukan paksaan tau, ni sendiri yang offer diri nak gaji macam tu. Ada jugak yang nak bekerja tanpa gaji. Tapi mummy tak kasi , buat naya anak orang je. 

Sebenarnya berniaga ni bukan sebab nak cari duit semata atau kisah mummy tak cukup kasi makan. Tapi ianya sebenarnya memupuk rasa apa itu erti tanggungjawab, belajar berdikari, displin  dan betapa susahnya ertinya mencari duit. Sebenarnya pembelajaran dorang tak terjejas langsung pun , tuisyen still macam biasa, mengaji macam biasa.. 7 malam dah start tutup kedai sehingga lepas balik ngaji. Kalau ada customer layan la kejap. kul 10.30 mlm masuk tido. Ok je . Apa-apapun nak seribu daya tak nak seribu daya. Doakan yang baik-baik tuk mummy and the geng ok.. 


Hero Besar dengan tangan yang kotor hasil kerja keras dibengkel. Muka pun penat je. Kadang-kadang dia merungut jugak nak tutup..penat katanya. Tapi mummy balas dengan senyuman je. Sebab cakap je nak tutup, tapi bila nampak customer datang suka aje. Hero Kecik... dia lagilah suka. Dia boskan . Dia arahkan abang dia je, Sekali sekala dia turun jugak menolong tapi nak menutup bengkel tak mungkin kot. Hero kecik tu cita-citanya tinggi. Nak beli BMW katanya. hehhee Amin. 

Thanks for reading! Wassallam.. 

28 comments:

  1. Lovely sharing ... ur super heroes!!

    ReplyDelete
  2. Lovely sharing ... ur super heroes!!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kak.. bijak nya anak2 kak. Genius sangat kecik2 da otak business. Hehehe
    Kagum saya! Serius. (^_^) Alhamdulillah. Moga terus berjaya ye hero2 akak. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya bijak semusim.. datang malasnya apa pun tak jadi.. Apa2 pun thanks Aina.. Syukur Alhamdullilah.. Amin

      Delete
  4. a great sharing la ni mummy.
    mesti mummy bangga ekk dgn heroes.
    alhamdulillah :)
    sesuatu yg sgt bagus dijadikan contoh ni tau.
    kipidap mummy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe.. Thanks Aida.. Tulah kadang2 bangga kadang geram gak asyik ikut rentak dorang je.. Tapi takpelah kita amik yg baik2 je, moga jadi contoh buat semua.. Insya Allah. Amin

      Delete
  5. Perhhh terbaek lah adik2...

    Dah beli bmw esok jgn lupa bwk auntie huda bersiar2 ye... hihihi

    ReplyDelete
  6. terbaik anak mummy pndai cari duit hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdullillah..tp tak tau la sampai bila bertahan ni..hehhee :D

      Delete
  7. Bagusnya anak anak ni. Pandai dia nak buat duit sendiri. Heheh ! Kagum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah anak2 zaman sekarang..macam-macam dalam kepala dorang..Anw Tq Wani..:D

      Delete
  8. Replies
    1. masyukkk poket anak je.., mummynya tak.. bawak keluar lagi adalah.. hehehe

      Delete
  9. Apa kata jual tisu sekali... ha ha ha.. aduii laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa barang jual tisu.. jual aiskrim malaysia la.. baru best!

      Delete
  10. ya Allah ingatkan bengkel basikap siapa punya..dah hero dua org tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa budak2 ni punya.. bertuahkan..!

      Delete
  11. x rugi kalau ada kemahiran why not buat servis basikal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh bole je.. yg pelajaran terabai sudah sbb mummy standby rotan je.. hehhee

      Delete
  12. ada juga servus cuci basal dan polish tu..bagus anak2 mummy ni pandai berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa semua dia servis.. barang2 kat umah semua dia angkut kluar., adoiilah anak!

      Delete