Tuesday, 30 August 2016

Piala Cawan Air

Assallamualaikum..

Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan berjaya mendapat Piala Cawan Air. Kenapa cawan air..? hehhee Baca sampai habis ok. Tahun lepas hero kecik tersenarai bagi peserta Syarahan kelas masing-masing tapi kecundang sebab kaki bengkak dan tak sihat lepas main bola sepak. Apalagi tahun ni kasi balas dendam la.. Syukur Alhamdullilah. 

Walaupun hanya sekadar tempat ketiga  dan dikalahkan oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah dia ( well pompuan memang awesome pun..kah kah kah :p), tapi banggalah jugak.. sebab takde sapa lagi pelajar lelaki kat sekolah dia yang bisa ke depan selain hero kecik ni.. hehehe

Tahun ni nampak la kesungguhan dia nak menang..Hari-hari hafal, balik kampung rumah Tok dia kat Penang pun  diangkutnya text syarahan tu. Nasib baik ada nombor yang diraih kalau tak muram durjana je lah muka hero kecik tu... hehehe

 
Hero Kecik buat muka rabbit bersama Piala Cawan Teh. Hahhaa :p

Arini waktu perhimpunan pagi nama dia dipanggil, tapi hero kecik dah bole agak dia menang apa.. ciss eksennya! Dia cakap walaupun syarahan dia ala-ala samseng bagi syarahan .. Hero kecik menang tau..! aaa hero kecik ni buat ala-ala samseng untuk menghilangkan gemuruh dihati.. walaupun gaya ala-ala samseng .. dia cakap kawan-kawan dan guru jenuh gelakkan dia . Kelakor gamaknya sebab nampak pelik cara dia bagi syarahan, katanyalah.  Baca syarahan " Pentingnya Membaca " tapi gaya persis tajuk syarahan " Castello" .. mau tak gelak. hehehehe 

Piala Syarahan Cawan Teh. Tengoklah design dia. Hero Kecil siap bubuh air minum lagi. Adoii Bertuah punya anak. Tapi yang mulakan ni cikgu tuisyen dialah. Siap pesan nanti balik bole bubuh air teh tau..nanti bole minum dalam piala.. hahhaa :p Cikgu pun sama naik ngan anak murid. Adehh!

Apa-apa pun tahniah hero kecik! Mummy doakan adik berjaya tak kisah la dalam apa jua pertandingan, syarahan  ker, bola sepak ker, Wushu ker ... memasak ker? ehh! Tersasul pulak.. hahahha :p Yeahh ! Hero kecik memang piala bole minum teh ! kikiki :p Lepas ni Syarahan English pulak.. Tapi hero kecik macam tak berminat je.. walaupun nama peserta , cikgu dah listingkan. Semuanya terpulanglah. Keputusan di tangan hero kecik. Apa pun keputusan mummy sokong je. Hopefully hero kecik , do the best! Menang kalah bukan ukuran yang penting semangat tu ada. Kalau semua nak menang sapa pulak nak kalah kan.. kikiki :p

Thanks for reading! Wassallam..

9 comments:

  1. Wahh tahniah untuk hero mummy !

    ReplyDelete
  2. Tahniah hero kecik yg dah tak bopa nak kecik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Mak.. hahhaha.. betui2 memang tak kecik lagi dah.. hahaha :p

      Delete
  3. Haa..kan dah lps geram minum lam tu! bkn senang nk menang tau

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah lah hero mummy. hahah
    tak pernah org buat lg.

    ReplyDelete
  5. bukan senang mummy nak dapat piala cam ni...

    kalau saya pun bubuh air juga hahaha

    ReplyDelete
  6. tahniah hero kecik

    lupa pula nak ucap tahniah....nanti ada masa balik penang kita jumpa....

    ReplyDelete