Saturday, 20 August 2016

Resepi Brownies Mudah dan Senang

Assallamualaikum.. 

Hah! Sebenarnya aritu mummy memang dah teringin sangat nak makan brownies ni sebab pernah try waktu pi open house raya rumah kak Zura aritu. Ya ampun sedap weii... ! Tak manis sangat tau! Cukup sesuai dengan tekak mummy dan hero-hero. 

Kebetulan pula nak dijadikan rezeki , setelah selesai menghadiri event, Kak Z dok la kejap melepaskan lelah dirumah mummy. Mummy mintaklah kak Z ajarkan cara mudah dan senang! Kebetulan pulak semua bahan-bahan dah ada . Apalagi jom baking! 

BROWNIES KEDUT


Bahan A
Coklat 250 gram ( potong kecik-kecik) - Coklat ketul2 punya
Mentega  125gram ( potong separuh mentega kotak tu) 
( Double boil , cair dan sejukkan )

Bahan B
Gula Perang 1/2 cawan 
Tepung Gandum (1/2 cawan)
Serbuk koko 2 sb
Telur 2 biji 1/2
( Gaul pakai spatula )

Setelah bahan A  yang telah sejuk dan B . Gaul sehingga rata, kasi mesra giteww.  Kalo nak lagi menarik boleh je masukkan walnut yang telah dibakar atau chip coklat. 

Masukkan dalam loyang 4 segi. Sapukan sedikit marjerin kat loyang tu supaya brownies tak hanggit dibawah. Tuangkan adunan itu mengikut ketinggian 1 1/2 inci atau 2 inci. Sudah mudah untuk dipotong nanti. Mummy bakar dalam suhu . Pertama 120 c 60 minit . Kedua 150c 30 minit. Senang cerita ikut oven je. hehhee

Keluar dari oven dia akan mengelembong macam ni.. nanti dah sejuk dia akan kedut sendiri.

Mummy letak dua suhu sebab nak bagi dia kembang cantik, bila kembang cantik .. nanti dia sejuk akan muncullah kedut -kedut yang menggoda tekak tu nanti. 

Diingatkan jangan nak pandai-pandai godek brownies tu sehingga ianya benar-benar sejuk. Bila dah sejuk barulah potong dan ngap! sedap weiii... Especially buat hantu coklat macam mummy ni... yum yum!

Mummy dan Kak Z. Kak Z ni banyak resepi  best-best tau kat blog dia. Nanti try la ronda ok. www.azurarahman.com

Buat kak Z, thanks sebab ajarkan resepi simple ni.. perghh macam kacang jelah buat.. hahhaa ( berlagak, sekali masak next time hanggit! kah kah kah :p ) Padan muka mummy..! 

Nanti korang cuba tau.. ehh lupa nak cakap ni brownies kecik je, ikut size family .. Kalo nak besar.. doublekan ajer kuantiti bahan kat atas. Mudahkan.. Selamat Mencuba! 

Thanks for reading! Wassallam..

28 comments:

  1. Replies
    1. hehheehhe... comel tak mummynya.. :p

      Delete
    2. Chomellllll! Imut bangatttttt ;)

      Delete
  2. terliurrrr !!! nak jugak.. tak kiraaa.. nak kena buat hari niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. sila lah buat. senang je tu.. mummy yg tak suka baking ni pun dh jatuh cinta tau.. hehehe :)

      Delete
    2. Harapan saya untuk buat brownies hari ni tinggal harapan jela. Coklat tak de huhuhu

      Delete
    3. ala kedai runcit depan rumah kan ada.. pi la beli.. hehhee

      Delete
  3. sedapnye..nanti nk trylah..senang je baca resepinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa senang makk.. cubalah nanti. Hehehe :)

      Delete
  4. hai mummy santik!! lama x singgah sini..pe kabo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JM yg manis.. kabo sihat.. hehhee :)

      Delete
  5. eh eh eh..header baru..ingatkan salah blog tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa bertukar wajah kejap.. hehhee :)

      Delete
  6. laaah..mmg namanya brownies kedut eh..ingatkan brownies tak jadik heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip haip.. brownies kedut la bukan tak jadi.. :p

      Delete
  7. Replies
    1. Bole bole... tapi tak tau bila. hahhaa

      Delete
  8. nnti kita nk buat jugak lah hihi

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tp i ni jenis tangan kayu kalau baking..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ngan kiteww.. tangan kayu. Tapi nak makan punya pasal.. kita masak je.. hehe :)

      Delete
  10. brownies memang sedap...kena pula buat sendiri memang terbaik 24 jam menghadap tu ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang sedap brownies ni sbb coklat banyak tepung kurang. Memang mummy hadap sampai habis pun.. hehhe

      Delete
  11. nampak sedap ni bookmark dulu la...

    ReplyDelete