Tuesday, 23 August 2016

Tips Merawat Rambut Rosak dengan Cara Paling Murah dan Berkesan

Assallamualaikum..

Kalau sebut rambut je.. hah! memang dah macam -macam masalah timbul. Kalau zaman anak dara dulu.. mak aiii, rambut panjang mengurai dan ikal mayang  , lembut lak tu.... halus je. Tapi sekarang dah macam dawai. Dawai pun kadang-kadang lembut lagi.kah kah kah :P

Bila usia semakin meningkat dewasa ni, maka muncullah pula masalah rambut gugur dan juga uban . Ianya berpuncanya daripada pelbagai faktor sebenarnya. Diantaranya disebabkan oleh penggunaan shampoo yang berasaskan alkohol , kekerapan mencuci rambut, faktor melahirkan anak, terdedahkan kepada kepanasan dan kekeringan disebabkan oleh peralatan yang berhaba tinggi seperti pengiring rambut dan pelurus rambut. Malahan   ada juga yang disebabkan oleh penggunaan pewarna-pewarna rambut  yang berbagai-bagai color yang mengandungi bahan kimia  dan sebagainya.

Disini mummy sharekan dua tips yang mummy selalu amalkan sehingga hilang segala masalah rambut yang menghantui mummy selama ini. Rambut pun dah cepat panjang, malahan semakin lembut. So mummy sharelah mana yang termampu  agar dapat membantu masalah korang. Manalah tahu sesuaikan.

Tips 1

Bahan-bahannya

Santan kotak   atau pun santan asli tapi yang original lagi baguslah kan
1 biji limau nipis 
( Kalau rambut panjang amiklah santan tu banyak sikit , kalau rambut sikit ..eh bukan rambut pendek amiklah sikit...hehehehe :P)

Cara-caranya

Campurkan kedua-dua bahan tadi dan gaul rata . 
Ratakan dengan  sikat dan lumur secara rata seisi rambut. 
Guna jari pun boleh  kalau nak lagi puas hati. 
Balut rambut pakai towel atau shower cap . 
Biarkan selama  30 minit-1 jam .( Tapi kalau mummy suka peram sehari semalam..eh macam perap ayam barbeque pulak..keh keh keh :P )
Kemudian bilas rambut dengan shampoo bersih-bersih. 

Kebaikan

Rambut akan tumbuh lebih cepat dan lebat 
Rambut yang rosak atau yang bercabang-cabang tu akan hilang dan pulih sedikit demi sedikit  
Melembutkan dan mengilatkan rambut
Menyihatkan  dan melembabkan kulit kepala korang
Menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala
Melambatkan proses rambut putih ( Uban)


Tips 2

Sila beli Minyak Rambut Herbal Hair Oil jenama Franch Natural & Herbal ( Almond)
Harganya kurang daripada RM 10 ..harga asal lupalah pulak . Mummy beli minyak ni kat Mydin je.. bau wangi je!  Serius tak memeningkan kepala. Mummy pakai minyak nilah segala rambut rosak mummy hilang..Memang terbaeklah! Ni tips mudah lah. Tak perlu perah santan.. sesuai sangat untuk mummy yang cukup terlebih rajin ni..hehhe

Sapu pada kulit kepala dan ratakan. Biarkan dalam 20 minit..tapi mummy selalu letak sebelum tidur  , kemudian pagi esoknya baru bilas..hehhee

Kebaikan

Melembutkan struktur rambut
Mengilatkan rambut
Menguatkan akar rambut
Mengelakkan rambut gugur

Kandungan

Halba
Almond
Bijan Hitam
Kastor

Tips-tips ni korang boleh amalkan setiap hari atau pun 2 atau tiga kali seminggu ikut kerajinan. Lagi rajin lagilah cepat dapat hasilnya. Apa-apapun semuanya bergantung pada keserasian kulit kepala juga. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Thanks for Reading! Wassallam

7 comments:

  1. wah bagus tips ni mummy ju
    nak kena cuba juga

    rambut pun dah macam dawai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. nanti la try . Mana tau lambut lepas lembut bak kapas.. hehehe

      Delete
  2. Rambut i pun dh start kering di hujung..dh lama x pi buat treatment since my mom sakit..nak kena pi salon weekend ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngan mummy aritu.. tp tak larat nak pi saloon.. so buat kat umah je. hehe

      Delete
  3. thanks for the tips. lama dah tak pergi salon. ni dalam pantang stress tengok rambut sendiri T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 mommy.. Takpe nanti try la buat.. lepas pantang leh melawooo balik. hehehe :)

      Delete
  4. Abah aida guna kak minyak ni.
    abah aida tu pantang la gi mydin, mcm2 dibelek dan dibeli nyer :-)
    Bau nyer ok la.
    tak mcm minyak jeton kaler ijau tu kak.
    mcm bau india!!!
    pening mak!!!!!!

    ReplyDelete